Rabu, Disember 31, 2008

Kencing Percuma

Sekarang baru aku tahu
kenapa laluan pavement di bawah stesen Pasar Seni itu berbau hancing
tatkala aku berjalan hendak menuju ke Taman Budaya KL

Pada sebuah tiang yang menjadi asas platform rel
signboard tandas lelaki dan wanita sekali tertera
Mana tidaknya, nak kencing pun kena bayar

***

Sudah agak lama dahulu
mak cik security di Plaza Rakyat meniupkan wiselnya
tatkala aku sedang melintas di hadapannya
lalu aku toleh ke belakang
seorang lelaki kurang senyuman..aaa.. siuman sedang kencing berdiri di satu sudut yang sudah sememangnya kotor lagi mengotorkan
Mana tidaknya, nak kencing pun kena bayar

Siapa tahu, mungkin..
pengemis di tepi-tepi jalan
peminta sedekah
orang kurang siuman
orang gila
OKU
itu semua
CIA
atau SB?

1 ulasan:

  1. apa guna bayar mahal2 kalau tandas tak dijaga rapi. pikir nak kaut untung aje.

    apa guna kencing sepah2, bau hancing pun lekat juga. pikir nak lepas senang aje.

    BalasPadam