Sabtu, Disember 27, 2008

Andai Kucing Boleh Membaca

Aku pulang agak lewat malam itu.
Seperti kebiasaannya aku akan singgah di kedai runcit di tempat letak kereta di basement apartmen itu.
Membawa pulang jajan jagung berperisa durian.
Dulu, isipadu jajan itu besar. Sekarang sudah kecil. Maklumlah, ekonomi gawat.

Tidak jauh dari kedai runcit itu, aku terpandang seekor kucing.
Kemungkinan besar berjantina jantan, sedang elok duduk di tengah-tengah atas bumbung sebuah kereta pertama buatan Malaysia bercat merah menyala.
Aku sangka kucing itu jantan kerana kucing itu sedang bertapa.
Mungkin juga kucing itu betina yang sedang mengenangkan arwah datuk nenek ibu dan bapanya serta memikirkan masa depan anak-anaknya yang ramai yang sedang bermain-main di tingkat atas.

Pelik juga.
Kucing bertapa di atas bumbung kereta.
Dalam hiruk pikuk kota.
Kenapa pula orang selalu bertapa di dalam gua, di tempat sunyi?

Andai kucing boleh membaca kisah separa benar ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan