Khamis, Disember 25, 2008

Lencongan ke Imaging Selfs

Sebelum aku melencong menonton Yes Man
aku melencong melawat Galeri Seni PETRONAS buat pertama kalinya
di Suria KLCC
Aku telah melihat karya seni fotografi potret oleh Soraya Yusof Talismail
Potret yang dipamerkan adalah potret 80 pengamal seni dari bidang seni visual, fotografi, filem, seni reka, muzik, teater, sastera, tarian dan reka tari di Malaysia.

Aku telah melihat kesemuanya dan menghayati beberapa potret yang unik dan kreatif dengan kelas yang tersendiri.
Pastinya, setiap potret begitu seni dan hanya yang menghayatinya sahaja dapat merasakannya.

Selain Imaging Selfs, ada juga pameran Drawing The Line - sculptures by Amin Gulgee.
Ia sebuah pameran arca-arca tembaga dan loyang.
Di dalam semua hasil arcanya, dapat dilihat akan kalimah ALLAH dalam tulisan arab.
Arca yang aku paling suka adalah "47 the wall III" yang mana terdapat 47 arca muka-muka yang berfrakmen-frakmen yang dicantum-cantum secara artistik.
Pendek kata, hasil arcanya halus dan aku pasti banyak lagi arca yang lebih-lebih-lebih halus.
Dan oleh kerana itu kali pertama aku melihat arca, aku masih belum dapat menghayati dengan baik sebuah arca.


Dan katakan YA! untuk seni. Ha ha


Yes Man sebuah filem yang patut ditambah dalam senarai filem-filem yang digunakan oleh seorang kaunselor atau motivator sebagai materialnya.
Abang aku seorang kaunselor dan dia suka filem-filem yang banyak unsur motivasi di dalamnya.
Dan Yes Man akan boleh mendorong sesiapa sahaja yang menonton untuk mengubah sedikit sebanyak gaya hidupnya dengan mengatakan YA! apabila ada peluang baik di depan mata.

Sekali lagi, katakan YA! apabila ada peluang baik di depan mata anda.
Peluang yang boleh mengubah gaya hidup anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan