Rabu, November 12, 2008

Aku Putra

Aku Putra.
Aku suka keadilan.

Aku datang dari jauh.
Aku pergi berjalan jauh.
Untuk memperjuangkan keadilan.
Sebab aku suka keadilan.

Aku sudah punya isteri.
Masayu namanya.
Dia seorang yang sangat ayu.
Dan dia ibarat emas yang berharga bagi diriku.
Dia juga adalah lambang segala kehormatan yang ada pada bangsa, kaum dan agama.
Dan ia milik aku.
Untuk aku pertahankan.

Aku setia pada isteri aku.
Aku amat kasih, sayang dan cinta pada isteri aku.
Isteri aku menyokong perjuangan aku.
Dia sentiasa ada di sisi, di belakang aku.
Setakat ini, aku belum ada zuriat lagi.
InsyaAllah selepas perjuangan ini selesai.

Aku tekad.
Keadilan mesti ditegakkan!
Tidak boleh tunggu lama lagi.
Lagi lama lagi buruk padahnya.
Aku tekad.
Aku pergi berjuang seorang diri.
Berbekalkan 

Aku pergi menentang musuh nombor satu aku.
Srisegala.
Srisegala ni tak kacak.
Badan nampak macam manusia.
Tapi percakapan, gerak langkah dan tingkah lakunya macam binatang.
Srisegala ada seorang penasihat yang keji. Tuta Utama.
Dibawahnya Tuta-tuta, pak turut yang menjadi hamba abdi Srisegala.

Asalnya aku hanya hendak berbicara secara aman dengan Srisegala.
Supaya dia turun dari kerusinya itu.
Tapi Srisegala keras kepala.
Dia terlalu sayangkan kerusinya itu.
Sehingga dia mengerahkan Tuta-tuta untuk menyerang aku.
Aku tak takut.
Aku berlawan dengan Tuta-tuta.
Tiga lawan satu.
Tuta-tuta lembik.
Tak pandai berlawan.
Jadi aku menang.
Tapi...

Srisegala guna taktir kotor.
Dia guna jin.
Aku lupa nak buat pendinding.
Jadi aku tak kebal dengan jin.
Aku tak dapat bergerak.
Argh. Argh!
Aku cuba melawan serangan jin.
Tapi tu lah, aku terlupa nak buat pendinding.
Akhirnya, aku jadi kaku.
Aku dijala dengan pukat.
Pukat tu pun dah kena jampi.
Dan aku jadi buta.

Srisegala menang.
OK. Tak apa. Hero kalah dulu, kan.
Aku dipenjara dalam kandang.
Kandang tu pun dah kena jampi.
Kalau tak senang saja aku nak pecahkan kandang tu.
Aku penat.
Ya lah, aku manusia biasa juga. Mesti rasa penat.
Jadi aku tidur dalam kandang.
Layan saja lah...

Waktu aku tidur, isteri aku waktu tu pun tengah tidur.
Ya lah, dah malam kan.
Tak dapatlah tidur bersama malam ni.
Dah kena kurung.
Tapi isteri aku terjaga dari tidur.
Dia dapat merasakan aku dalam kesusahan.
Dia terus pergi mencari aku.
Dan bila dia menjumpai aku,
dia dapati yang aku dikurung dalam kandang.

Isteri aku minta maaf pada aku.
Sebab dia terlupa nak bekalkan aku keris pusaka.
Patutlah hari tu aku rasa macam ada barang tertinggal...
Tapi masa tu aku tengah lena.
Penat kena jampi dengan jin.
Isteri sendiri datang pun tak dapat sedar.

Kemudian, Srisegala pun mulalah menggatal.
Dia mengorat isteri aku.
Tak guna punya Srisegala.
Sialan.
Aku nak bangun tapi tak boleh.
Aku kena jampi!

Srisegala mengayat isteri aku.
Namun aku tahu, isteri aku tak bodoh.
Dia tak mudah makan pujuk rayu lelaki kecuali aku.
Isteri aku cuba untuk perdaya Srisegala.
Dia buat rundingan damai dengan Srisegala.
Tapi...

Lagi sekali Srisegala guna taktik kotor.
Bukan setakat jampi, kali ni dia rogol pula isteri aku.
Isteri aku cuba melawan tapi tak dapat.
Srisegala terlalu kuat dengan jin.
Akhirnya, Masayu selesai dirogol...

Jadi bila Srisegala dah rogol Masayu, dia lepaskan aku.
Tapi aku datang balik ke tempat Srisegala untuk mencari isteri aku.
Srisegala tipu aku.
Dia cakap dia dah hantar isteri aku pulang.
Tapi aku tahu isteri aku ada lagi kat tempat dia.
Walaupun aku buta, aku masih dapat melihat setiap gerak langkah Srisegala.
Aku guna mata hati untuk melihat.
Hebat kan?

Akhirnya aku dapat berbicara dengan isteri aku.
Tapi...

Isteri aku tiba-tiba berubah.
Dia seperti tidak mengenali aku.
Dia dah kena jampi!
Tapi aku masih dapat lihat jauh ke sudut hatinya.
Dia masih kenal aku, suaminya.
Itu pun lepas aku menangis.
Dan dia pun menangis sekali.
Tapi Srisegala bergelak ketawa melihat kami.
Jahat betul dia ni.

Lepas insiden tu, aku pergi membawa diri.
Aku bertapa di sebuah tempat yang sunyi.
Masa aku tengah syok bertapa, ada pulak tiga orang mamat ni datang kacau aku.
Ceh. Mengganggu konsentrasi betul lah.
Tapi sebab aku ada dengar yang mereka ada rancangan untuk jatuhkan Srisegala,
aku pun turunkan ilmu aku pada mereka bertiga.
Mereka bertiga digelar Wira-wira.

Wira-wira menyerang Srisegala dan kuncu-kuncunya.
Tuta-tuta tewas.
Srisegala dan Tuta Utama berjaya melarikan diri.
Itu pun sebab aku suruh Wira-wira biarkan Srisegala lari.
Sebab aku ni kan baik.
Aku tak bunuh orang walaupun dia jahat.
Baik kan aku?

Kerusi sudah kosong.
Isteri aku kata, aku patut mengambil alih kerusi itu.
Sebab aku menegakkan keadilan.
Aku memang suka keadilan.
Jadi aku duduk di kerusi itu.
Isteri aku pula menjadi pembantu aku.

Perjuangan aku menegakkan keadilan berjaya akhirnya.
Sesungguhnya, yang benar akan menang jua akhirnya.

MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan