Sabtu, November 08, 2008

penulis jalanan

aku hanya penulis jalanan
berbekalkan komputer riba
yang sudah hampir tamat riwayatnya
aku tak buta-buta menulis
aku menulis apa yang aku lihat
apa yang aku dengar
apa yang aku rasa
dari apa yang dipertontonkan
di pentas dunia
aku sukakan dunia pentas
kerana dari situ aku belajar tentang dunia
dan dari situ aku tahu
dunia bukan sekadar dunia
dunia punya isi yang perlu diteroka
untuk apa?
untuk ke dunia yang lebih baik
lebih abadi

aku hanya penulis jalanan
berbekalkan iltizam kecil
otak berat sebelah
kejap ke kiri
kejap ke kanan
dari otak terus menggambarkan tubuh
aku berjalan
tiada lurus
kejap ke kanan
kejap ke kiri
dan ada masanya
aku tersungkur
aku patah balik ke belakang
ya!
kenapa tidak kita tidak boleh patah balik ke belakang?
kita berjalan dan berjalan
ada masanya
kita perlu berpatah balik

aku hanya penulis jalanan
di lorong yang hampir tiada orang lalu-lalang
namun dari situ aku dapat belajar
kenapa pepatah sedikit lama-lama jadi bukit wujud
kenapa orang-orang dahulu cukup hebat
hebat berbahasa
hebat berbicara
hebat bermadah
hebat berpujangga
bukan itu sahaja
hebat dalam bekerja
hebat dalam sains
hebat dalam teknologi
hebat dalam astronomi
hebat dalam matematik
hebat dalam sastera
hebat dalam seni
dan tidak salah aku mengatakan
kenapa tidak kita patah balik ke belakang?
ada masanya kita perlu patah balik ke belakang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan