Selasa, Disember 23, 2008

Lencongan ke Bilik Sulit


Sejak aku mula praktikal, aku jarang sekali balik ke rumah awal.
Ada saja lencongan yang disengajakan.
Dan hari Isnin minggu ke-4 ini, selepas kerja aku terus ke Central Market.

Pukul 8.30 malam ada teater "Bilik Sulit - Teater Bukan Teater".
Karya Hishamuddin Rais.
Arahan Hishamuddin Rais dan Mislina Mustaffa.
Sebelum ini aku hanya tahu dan baca skrip dia saja.
Kali ni aku menonton teaternya dan arahannya sendiri.
Bila teater Hishamuddin Rais, sudah pasti berkaitan isu politik.
Dan Bilik Sulit (BS) ini adalah sebuah karya yang eksplisit dalam kempen memansuhkan ISA di Malaysia.
Kepada yang pikir bahawa ISA itu wajar, lu pikir laaa sendiri.
Kepada yang pikir bahawa dia tak suka politik dan tak mahu masuk campur, lu pi laaa hidup kat dunia lu orang tu sendiri.
Kepada yang pikir bahawa ISA itu tidak wajar sama sekali dan bertentangan dengan Hak Asasi Manusia, apalah salahnya menonton teater sambil menderma kepada keluarga tahanan-tahanan ISA di Malaysia.

Lakonan kesemua pelakon amat mantap.
Semuanya natural.
Spacing mereka bagus.
Blocking mereka baik.
Vocal projection pun baik.
Energy di permulaan baik.
Tapi sedikit menurun di pertengahan.
Dan naik semula di klimaks.
Cuma ada kesilapan teknikal sehingga set di pentas terjatuh.
Walaupun serba kekurangan dari segi bajet sistem lighting dan audio, tapi dengan hasil karya, arahan dan lakonan yang bagus, teater berdurasi 45 minit ini dikira sebagai baik.

Begitulah komen aku akan sesebuah show secara permukaan sahaja.
Tak boleh nak komen lebih-lebih.
Aku pun baru dua tahun dalam bidang ni. Tak lama mana.
Kalau show TTS sendiri tu boleh lah lebih-lebih.
Ha ha.

1 ulasan:

  1. Teater sebagai medium informasi dan politik.

    Lepas ni blh la bawak ke layar perak pulak. Jauh ketinggalan tayangan gambar bergenre politik di Malaysia berbanding negara-negara luar.

    Sebab tu agaknya kita senang lupa pada sejarah.

    BalasPadam