Selasa, Disember 23, 2008

Andai Patung Beruang Boleh Membaca

Pagi ini seperti pagi-pagi yang sebelumnya juga.
Bangun pagi, gosok gigi, mandi wangi-wangi, minum nescafe.
Sama sahaja rutinnya.

Tapi pagi ini lain macam sedikit berbanding pagi-pagi yang sebelumnya.
Pagi ini aku berjalan sedikit pantas.
Dengan bunyi tapak kasut yang berlebih-lebihan.
Dan aku berhenti bila mana kaki aku memberitahu sel-sel neuron aku untuk berhenti di situ...
atau..
sel-sel neuron aku yang memberitahu kaki aku supaya berhenti di situ?

Aku berdiri agak lama di situ.
Sekejap berdiri tegak.
Sekejap merehatkan kaki sebelah kanan.
Dan kemudiannya kaki yang sebelah lagi pula.
Itulah kaki aku.

Memang.

Memang pagi ini lain macam sedikit berbanding pagi semalam, dan pagi-pagi yang sebelumnya.

Aku menunggu bas tiba.
Bas adalah salah satu pengangkutan awam yang selalu aku guna untuk pergi kerja, balik kampung dan pergi bersiar-siar ke pusat bandar.
Dan pagi ini, bas tidak kelihatan pada waktunya ia sepatutnya muncul.
Dan ya, aku seorang yang akan 'set timing' untuk sesuatu rutin - bukan main bedal ja.

Memang sah.

Pagi ini memang sah lain macam berbanding pagi-pagi sebelumnya.

Di sudut hadapan aku, di pembahagi jalan raya itu, berjarak lebih kurang 10 kaki dari aku yang sedang berdiri, aku terpandang sebuah teddy bear bersaiz bagak, berwarna coklat, kotor dan lusuh, sedang duduk berehat di sebelah pohon yang cukup rendang.
Berlatarbelakangkan bas ekspres yang bertampalkan iklan kelab bolasepak MU pada badan bas itu, dan bila digerakkan sedikit sudut lensa mata aku ke atas belah kanan terlihat bulan sabit yang tak berapa nak sabit jadinya menghiasi langit masih sedikit gelap kebiruan.

Balik ke tempat fokus yang asal.

Ke sebelah kiri teddy bear itu, lebih kurang 5 kaki jaraknya ada sebuah tiang lampu.
Dan seorang lelaki berusia pertengahan sedang minum air dari sebuah botol segelen ukurannya.
Tidak mahu aku mengagak-agak akan apakah jenis air yang sedang diminumnya itu.
Dan selesai meneguk barang 3 teguk, lelaki itu menggantungkan botol airnya di tiang lampu yang sudah ada dawai barangkali.
Dengan machonya, lelaki itu menghilangkan dirinya dari tempat kejadian.
Berbekalkan sebungkus kuih-muih yang ada dijaja tidak jauh dari tempat kejadian.

Dan memang pagi ini lain macam sedikit berbanding pagi-pagi sebelumnya.
Sebab aku hanya dapat duduk di dalam bas bila aku sudah sampai di tempat kerja.
Kerana di dalam bas bila aku pandang kanan aku nampak Indon, aku pandang kiri aku nampak Indon, aku pandang belakang aku nampak Indon, aku pandang depan aku nampak Indon, aku pandang atas aku nampak.. aa.. aku pandang bawah aku nampak.. aaaaaa...
Indon sana, Indon sini. Aku di Malaysia atau Indonesia?

Dan memang lain macam.

Memang.

Andai teddy bear itu boleh membaca kisah benar ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan