Ahad, Februari 28, 2010

Brown Dalam Malam

neon, merah jambu, hijau
malap, kelam samar-samar
atas bangku angin kosong lalu
pohon rendang menolong tak bergoyang
anjing-anjing berjalan berpasangan
masih sunyi kosong tanpa salakan

kelip-kelip kecil merah
kelip-kelip kecil bintang
pantulan cahaya lampu
pada muka tasik berwarna ungu biru
rumput-rumput kering pun kosong
mata separuh terbuka
hampir lelap selelap jiwa

awak rawak, rawak awak
rawak perasaan
bagai bagi Brown
bawa rawak dalam debu semak
semarak bunyi simfoni
unggas dan burung waktu malam
denai berbatu cantik
pada celah-celah seekor semut mencari jalan
awan langit gelap
pelangi masih nampak
cuma pada belang tanpa warna

aku dalam layar Brown
cuba berhenti namun kuasa bukan pada aku



Tasik UTP,
11.30 malam

Jumaat, Februari 26, 2010

Bangsawan THJ : Hari 9 / Latihan 8 / Babak 2

Khamis 25 Feb 2010. Pukul 5.00 - 7.00 petang.

Tak banyak yang aku dapat komen tentang latihan petang semalam.
Hanya ubah sedikit blocking dalam balairung seri.
Fokus utama petang itu adalah watak Sultan yang perlukan sesi latihan personal yang intensif nanti.

Malamnya pula penuh dengan kehidupan.

Yang penting, ia adalah yang terbaik untukku....

... yang terbaik untukku...

Berpusingnya titik hidup aku

Meloncatnya koma hidup aku

tetap yang terbaik untukku...

Latihan akan bersambung semula hari Isnin depan.

Mahu menikmati hidup.

Menghabiskan waktu-waktu terakhir di UTP.

Rabu, Februari 24, 2010

Bangsawan THJ : Hari 8 / Latihan 7 / Babak 1

Rabu 24 Feb 2010. Petang, pukul 5.00 - 7.00
Selesai dengan progress report FYP aku yang tidak kuat jiwanya (dan selepas mengetahui punca blackout waktu aku tengah syok tidur tengah hari tadi), aku singgah IT & Book Fair sempena IRC Carnival. Aku tak pergi program-program dalam karnival tu, walaupun aku minat Aaron Aziz, tak minat Angkasawan Negara dan ada Upin Ipin, tapi aku tengok-tengok juga foto-foto penyertaan pertandingan fotografi yang ada dipamerkan. Foto itu menang atau tidak, cantik atau tidak, adalah sesuatu yang seni dan subjektif. Ikut perasaan juri yang memilih lah. Apa pun, fotografi zaman sekarang sudah gah dengan gajet-gajet kamera yang berteknologi canggih, dan haruslah jiwa dan perasaan sewaktu menangkap apa-apa gambar perlu ada pada diri fotografer. Seni fotografi, salah satu cabang seni yang aku minat. Pernah juga menang hadiah sekali dulu. Tapi lepas kamera rosak (dan yang sekarang pun dah rosak lagi) tiada lagi hasil jiwa seni aku dalam bentuk fotografi.
Jadi kira aku singgah tadi tu kebetulan saja rasanya. Yang penting, aku nak pergi IRC pinjam buku pasal teater. Buku pasal Kabuki, Fabel kurun dari China dan satu lagi buku teks pasal teater secara lengkap.
Lepas tu aku terus ke MPH, tempat training.
Ada meeting dengan Dr Shark untuk updates muzik, set dan kostum.
Ramai juga krew budak-budak baru yang datang. Tunjuk muka itu penting. Kalau tak nanti board of directors semua tak kenal krew-krew baru tu semua. Bila nak buat family day? Family day haruslah diwajibkan untuk budak-budak baru turut serta.

Lupa nak sebut sesi latihan malam semalam, Timmy sempat datang pada waktu aku dah nak balik. Jadi malam semalam kali pertama dia berlatih. Baru buat sikit, dah kelakar. Pandai dia cari karakter. Itu baru buat sikit, dan dah pasti aku inginkan (Doc apatah lagi!) yang LEBIH LEBIH LEBIH lagi daripada Timmy. Aku yakin dan taruhkan watak Timmy sebagai kickstarter yang bagus untuk show sebenar nanti dan aku percaya dia akan berupaya set the mood for the night, orang putih kata. Cuma... dia kena belajar olah tubuh. Supaya tidak nampak keras dan kaku, dan akhirnya menjadi fleksibel. Watak Uncle Sam tak apa kalau badan dia kaku, tapi untuk watak Tauke Panggung kali ini, kebolehan dan potensinya sebagai pelakon teater perlu diuji dengan cabaran ini. Begitu sajalah komen untuk sesi latihan Timmy pada petang itu.

Cast Babak 1 yang tidak hadir adalah Jebat, Lekir dan Lekiu.
Terima kasih pada Jebat yang dah siap beritahu awal-awal tak dapat hadir.
Lekir dan Lekiu hilang ke mana? Entah, tak tahu. Tapi tak mengapa, budak baru masuk katakan. Eh, bukan sepatutnya budak baru masuk kena bancuh dan gaul cukup-cukup ke? Eh tak, ni bukan asrama penuh atau program orientasi Minggu Aluan Siswa.
Cuma jangan berputus asa lah untuk buat latihan lontaran suara sampai dapat buat dengan betul. :)

Melur pula masih diingatkan lagi supaya memasukkan emosi ke dalam dialognya bersama Tuah. Melakonkan pantun itu, bukan sekadar berpantun. Jika dapat melakonkan pantun, lenggok suara sudah mudah untuk didapati, jadi barulah bangsawan beb!

Perkara yang sama juga ditekankan untuk watak Bendahara. Lenggok bahasanya. Lenggok suaranya. Jika ini dapat dikuasai dengan baik nanti, dengan usaha dayanya mencari perasaan dan jiwa seorang yang tua, dengan teknik 'take-time, enjoy-the-lines, word-by-word', pasti boleh! Boleh punya lah.... Tapi kena jaga juga, pacing kena tepat. Tak mengapa, itu kerja direktor untuk pantau dan pandu pacing sebuah play.

Arya Petra? Dr Shark bisik pada aku yang intonasinya banyak yang mendatar. Ia berkaitan dengan lenggok suara juga barangkali? Ya! Variasi intonasi ada, cuma kedengarannya mendatar pada kebanyakan masa. Ada juga aku terfikir untuk memberikannya satu ruang untuk dirinya 'naik syeikh' sewaktu memesan dan mewasiat pada kelima-lima pendekar itu!

Dalam gua gelap lah beb, takkan full lights pulak nanti? Tapi kena buat juga tasmat pertarungan di awangan itu! Bangsawan katakan................

Untuk watak lain, setakat ini tiada dalam fikiran apa yang hendak dikomen. Bukan tiada komen bermakna sudah cukup latihan sebegitu. Pelakon harus terus bina, develop, kembangkan, kukuhkan lagi karakter itu sampailah habis show malam terakhir nanti. Jadi karakter kau orang lah!

Dah pukul 7 petang, tak sempat nak teruskan latihan untuk Babak 2. Kesian ada yang datang tapi tak sempat training. Jadi, mula esok, bila mana Dr Shark dapat hadir sesi latihan, dua babak akan dilatih secara serentak! Jadi tak adalah pelakon ni rasa macam membuang masa pulak datang tak training apa-apa. Walaupun waktu aku jadi watak pak pacak Patung dalam Miao Miao Sang Arnab dulu, aku suka datang latihan walaupun aku tahu bahagian aku tak ada pun untuk hari tu. Tapi sekurang-kurangnya aku boleh gantikan tempat sesiapa yang tak datang latihan. Dan dalam masa yang sama, aku dapat belajar. Tengok saja pun dapat belajar. Jadi aku rasa tak rugi atau membazir pun kalau datang latihan, sebab tengok saja-saja pun kau orang boleh belajar.

Perjalanan seni aku masih panjang, jika dikurniakan keizinan oleh Allah.

Bangsawan THJ : Hari 7 / Latihan 6 / Babak 3-4

Selasa 23 Feb 2010. Malam, pukul 9.00 - 10.30.
Baru masuk hari ketujuh perjalanan produksi bangsawan ini secara rasmi. Tak termasuk cuti.
Komitmen pelakon teruji.
Kehadiran pada malam tadi adalah baik.
Hanya watak Tun Bija Sura dan Sultan sahaja yang tidak hadir.
Jebat pula hampir-hampir tidak hadir tetapi turut hadir juga akhirnya. Bagus. Komitmen nampak di situ.
Tuah pula walaupun aku dah jangkakan, selepas mendengar bunyi-bunyi percussion di Blok B semasa perjalanan ke MPH, yang dia akan ada latihan nasyid, turut menyempatkan diri hadir untuk latihan.
Oleh sebab ramai yang ada hal dan urusan lain pada malam itu, aku hanya biarkan saja pelakon berlatih ikut suka mereka tanpa aku interrupt. Tak ada yang perlu diulang-ulang, walaupun seharusnya pasti ada... Jadi sesi latihan malam ini tidak ambil masa yang lama. Sebelum pukul 10.30 sudah selesai.
Tak apalah, aku bagi can dulu kat pelakon yang tak hafal skrip lagi untuk training bagi hafal skrip dulu.
Sebut pasal hafal skrip, aku perasan Tun Teja ada buat satu nota skrip kecil. Bagus. Ada nampak inisiatif di situ.
Tiada komen pasal karakter kali ini.

Aku juga dah tunjukkan pada direktor muzik, set dan kostum beberapa video bangsawan yang boleh dijadikan sebagai satu sumber rujukan yang baik. Harap-harap video tu dapat membantu kerja-kerja penting bangsawan itu.
Untuk minggu hadapan, aku harus mula fikir tentang koreografi dalam bangsawan ini.

Otak aku sangat letih memikirkan tentang bangsawan.
Namun energi yang sudah lama hidup dalam jiwa teater ini akan terus memacu pandu pergerakan aku dalam teater walaupun ada pasang surutnya, ada ketika aku laju bergerak ada ketika aku perlahan dan mungkin terpaksa berhenti berehat sebentar.
Aku pun manusia juga, kan. :)

Apa pun aku kena study lagi pasal bangsawan, iaitu terutamanya dari segi lakonan bangsawan. Ternyata sekarang ini lakonan pelakon masih belum berbunyi atau kedengaran seperti lakonan bangsawan. Hal ini perlu segera diambil perhatian. Kalau dah terlalu lambat nanti dah susah pula nak ubah dan bentuk semula olah lakonan para pelakon.

Ah, aku tak belajar teater. Aku tak tahu nak tulis guna istilah apa yang sesuai, aku main bantai saja tulis. Asalkan orang faham bila baca sudah cukup memadai. Tunggulah aku ambil ijazah dalam teater nanti. (Eh, ada niat juga nak belajar teater peringkat ijazah ya...)

Sekian saja untuk kali ini.
Walaupun aku keluar dari dewan itu dengan perasaan hambar dan sedih, tetapi terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi chatting dengan aku. Sedikit sebanyak ia membantu aku menghilangkan rasa sedih itu.

Lagipun aku baru saja diziarahi oleh seseorang. Seharusnya aku tak harus bersedih. Tetapi.. ya lah, mungkin ada benarnya, sedih itu untuk kesedihan. Eh, memanglah. Habis tu, takkan sedih itu untuk kegembiraan? Tapi boleh jadi juga. Seni, beb. Seni! :)

Terima kasih semua....

Selasa, Februari 23, 2010

Bangsawan THJ : Hari 6 / Latihan 5 / Babak 1-2

Isnin 22 Feb 2010. Malam, pukul 9.00 - 12.00
Round kedua training pun bermula.
Memandangkan aku ada kelas Co-Q Drama & Theatre II dari pukul 8 (iaitu 8.40) sampai pukul 10 malam.
Aku hanya datang training pukul 10 malam.
Nasib baik budak-budak semua dah warm-up.

Untuk training malam ni, aku lebihkan perhatian aku pada perkara-perkara kecil.
Maknanya training untuk lakonan lebih detailed.
Tak dilupa juga blocking yang memeningkan kepala khususnya untuk babak di balairung seri.
Inilah padahnya tak ada penasihat bangsawan.
Boleh ke buat macam tu? Boleh ke buat macam ni? Khususnya adat istiadat di istana waktu dulu.
Tak boleh bantai saja. Kalau buat bantai saja kemudian kesalahan itu dapat dikesan oleh penonton, penonton akan perasan dan kritik.
Ini teater bangsawan lah.
Walaupun bangsawan ini bangsawan moden, tetapi elemen asas bangsawan tak boleh pula tak ada.

Dan sebelum mula apa-apa, rata-rata pelakon tak hafal skrip lagi.
Okay, fine. Baru round kedua training kan....


BABAK 1

Untuk Babak 1, Nizar sebagai Lekir tidak hadir latihan. Dia juga sekelas Co-Q dengan aku, jadi aku ingat dia akan terus datang training yang tempatnya tak jauh dari LH1 tu. Kenapa tak datang? Aku tak tahu. Kali ni aku akan jadikan perkara kehadiran training ini satu perkara kecil dan ringan. Aku tak kisah pelakon nak datang training atau tidak. Sebab yang nak berlakon adalah pelakon. Kalau tak datang training, lakonan pun macam sampah. Jadi bila selesai show bukan sahaja pengarah akan kritik, tetapi penonton pun dapat nilai dan kritik, pelakon mana yang macam sampah, pelakon mana yang mantap. Jadi semuanya terpulang pada diri masing-masing, nak datang training atau tak. Aku tak akan marah kalau tak datang training sebab sibuk nak buat kerja lain sekalipun. Seperti Hussein sebagai Sultan yang tidak hadir juga atas kerja eventnya. Tapi itu tak jadi masalah bagi aku, asalkan bila waktu training berikutnya, lakonan kau meyakinkan aku. Hehehe. :)

Yang lain, semua hadir. Bagus dan tahniah untuk itu.

Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu & Kasturi ada masalah besar. Chemistry. Reaction.
Kalau diaorang hanya 'bersama' di atas pentas waktu latihan, tetapi tidak di luar pentas, mereka berlima ada masalah besar untuk wujudkan chemistry sebagai 5 pendekar bersaudara itu.
5 pendekar BERSAUDARA beb. Bukan kawan-kawan biasa. Sahabat beb, sahabat.
Lebih-lebih lagi Tuah dan Jebat. Chemistry mereka berdua ni kena sangat kuat. Kedua-duanya perlu saling menyayangi. Bukannya musuh. Mereka berdua jadi musuh bila Tuah hendak bunuh Jebat nanti. Awal-awal, tidaklah begitu.
Nazrul sebagai Lekiu ada gaya dan stail yang unik. Untuk itu, aku suka wataknya sebagai Lekiu. Namun, lontaran suaranya masih perlu diperbaiki. Dan reactionnya.
Aiman sebagai Kasturi, walaupun setakat ini tak ada line (bercadang nak bagi dia line juga), tetapi kehadirannya atas pentas tidak boleh diambil ringan. Olah tubuhnya sebagai pendekar masih perlu dicari. Jebat juga masih perlu cari olah tubuh pendekar yang tetap. Bukannya meleset ke kanan ke kiri macam Ayie yang sebenar, atau watak yang dipegangnya dalam Asylum tempoh hari. Bukan. (Ada masalah melekat jugak ke?)
Khairil sebagai Tuah meyakinkan aku yang dia ada study karakternya di luar waktu training. Betul atau tidak itu tak penting, tetapi waktu training malam itu dia lebih nampak meyakinkan sebagai Tuah dan dah hafal banyak line. Aku juga ada suruh semua pelakon yang lain tengok bagaimana Khairil play dengan line dia. Okay, mungkin ada yang kata, dia memang pelakon yang dah berpengalaman. Well, sebab tu lah pelakon yang lain perlu belajar daripadanya.
Pelakon yang lain pun boleh saja buat sehabis baik, asalkan ada inisiatif dari diri sendiri untuk study karakter tu. Yes, INISIATIF DIRI SENDIRI. Dan ramai juga pelakon yang kadang-kadang okay, kadang-kadang tak.. Pelakon pun ikut mood jugak ke? Aku ingat penulis saja yang perlu ikut mood menulis. :P
Melur pula.. Melur ye.. Lontaran suaranya masih perlu diperbaiki. Emosinya perlu lebih lagi. Dia perlu rasa apa dialog yang disebutnya. Kalau sedih, rasa sedih dulu. Kalau merajuk, rasa merajuk dulu dengan Tuah. Setakat ini olah suaranya baik, setakat aku belum lihat dengan lebih mendalam lagi.
Kemudian, Jebat. Jebat paling susah aku nak train. Dia masih tak enjoy lagi dengan karakternya itu. Tapi manalah tahu kan waktu show nanti dia jadi pelakon terbaik ke. Macam waktu Asylum dulu ke? Entahlah. Ini bangsawan, dan kita tunggu dan lihat progresnya untuk latihan akan datang. Setakat ini tiada perubahan yang ketara pada karakternya. Suka tengok direktor waktu tengah training, sama ada jadi ke tak dia buat? Sama perangainya waktu Asylum dulu. Suka tengok Aini waktu dia tengah training. Buat sajalah wei!! Haha.

Waktu aku berjalan pergi ke kelas malam tu, aku sempat masukkan diri aku ke dalam minda karakter Jebat. Banyak emosi yang boleh dilahirkan waktu tu. Terus boleh rasa sebak kalau kau pilih emosi sedih untuk dikeluarkan dari minda kau. Okay, ini bahagian yang sedikit mengarut tetapi benar.

Kelas teater tadi belajar pasal realism. Belajar teater secara formal memang buat aku kekok. Tapi masih mengujakan. Dan lepas tu aku terus teruja nak buat satu teater realism suatu hari nanti memandangkan TTS tak pernah buat teater realism. Bagi aku, ia lebih mencabar. Dan bila belajar pasal realism hari tu, otak aku terfikir-fikir tentang 'realiti' dan juga 'mati'. Mungkin aku boleh jadikannya sebagai tapak untuk teater masa depan aku, "HARI JADI MATI". Inilah yang aku ada sebut dulu, bila aku tengok ada sekumpulan budak-budak Cina sambut hari jadi, aku terus terfikir nak buat teater pasal tu. Mungkin boleh jadikan Timmy dan Syafiq (budak baru yang cakap Cina berhabuk tu) sebagai watak utama.


BABAK INTERLUDE

Yang menariknya babak interlude ni, slot tu sebenarnya untuk Extra Turn 1. Iaitu tarian tradisional orang kampung. Dan waktu tu Datuk Bendahara dan datuk-datuk lain sedang melihat keadaan kampung. Kemudian masuk pula pengamuk menghuru-harakan keadaan. Pengamuk ada dua orang. Nak mengamuk pun walaupun tak ada line, tapi kena ajar juga macam mana nak buat ikut blocking.


BABAK 2

Babak 2 yang aku risaukan adalah:

Lontaran suara tuanku permaisuri Tun Teja dan Raden Mas.

Adat istiadat istana yang aku banyak tak tahu (tapi boleh belajar daripada video-video bangsawan lain).

Blocking.

Dan kedudukan Tun Tuah waktu tu.

Perihal lakonan pula tiada masalah kecuali watak Sultan perlu diasah dengan baik (eh semalam Sultan tak datang, jadi tak dapat nak asah apa-apa yang patut.)

Raden Mas pula kena cari slang Jawa. Dan adegan menangis selepas ketua lanun dibunuh masih fake. Nak kena ajar juga lepas ni nampaknya. Semalam tak perasan, direktor-direktor muzik, stage, semua tengah sibuk melontarkan pelbagai soalan pada aku. Sampai meroyan aku dibuatnya meminta-minta seorang penasihat bangsawan turun dari langit. Ha ha ha.

Tapi tak mengapa! Kita teruskan kerja keras dan usaha kita.

Ingat, bangsawan Tuah Hang Jebat kali ini versi Islami sikit. Sikit sajalah. Tapi masih, ia perlu ditekankan dan ditonjolkan! ITU IDENTITI KITA, DAN PERJUANGAN KITA BEB!

Peace!

Oh ya, belum habis lagi. Baru teringat. Setakat semalam, Atul sebagai Inangda aku rasa ada sesuatu yang perlu diperbaiki tapi perhatian aku semalam tak berapa jelas. Esok lusa kita tengok balik macam mana ya.. Tapi Atul dah pandai main spacing dan blocking dia. Senang, tak payah nak ajar kan... Hehehe.

Okay, sekian untuk kali ni.

Ahad, Februari 21, 2010

Rawak: Sembang Borak Teater

Semalam aku rasakan yang karya Tukang Kasut Jalan Rogayah (TKJR) aku macam sampah. Dan perlu refine skrip tu. Hari ini, aku rasakan yang TKJR ada lapisan yang menyatakan: obses pada sesuatu yang duniawi akan membawa 'mati'. Sekarang, bagaimana hendak tonjolkan kehendak aku itu? Sentuhan dan gubahan seorang pengarah yang kreatif?

Mati hati ke?

Tercemar oleh udara yang tercemar. Walau ia hanya sa-kadar satu ibarat. Perlukan terapi seni tampak. Dah lama tak menikmati hasil seni tampak. Nanti nak pergi Pasar Seni tengok apa-apa pameran yang ada.

Ada mata tengok nikmat dunia?

Dalam perjalanan ke Penang semalam. Dalam Transit, aku ada berborak dengan Nuzul pasal perihal set dan kostum bangsawan. Bila sembang-sembang aku pun terkeluar idea. Minta-minta idea tu tak mustahil dilakukan. Juga, kagum dengan semangat Zizi, Esah, Nuzul dan Syi yang TAK tidur malam sebab buat kerja set dan kostum. Aku tabik hormat di situ. Jadi pelakon perlu bersemangat buat kerja karaktor juga. :)

Seni ada di mana-mana bagi yang melihat?

Waktu jalan-jalan dalam pasar malam bersama rakan-rakan sepentas pun begitu juga. Rasanya lebih mudah aku ilham aku keluar bersama rakan pentas berbanding seorang diri. Lebih-lebih lagi situasi pasar malam menggamit jiwa aku melihat tabung-tabung derma. Rakyat memang perlu didahulukan, tetapi...

Perihal manusia berkalau-kalau, bertapi-tapi?

Penulis ada "writer's block", iaitu 'empangan' yang menyebabkan penulis stuck untuk teruskan menulis. Pak Samad Said pula berkata, ia hanya sa-kadar satu sifat MALAS penulis. Jadi kena rajin teruskan menulis. Kalau minat, pasti tiada masalah. Tapi kalau TERPAKSA tulis report engineering, boleh tahan kena tentang kuat jugalah rasa malas tu.

Malas baca skrip, tak mengapa. Asalkan jangan malas datang training!

The Qum Actors perlukan kickstart. Yang diharap-harapkan perlu dilepaskan dan orang lain tak boleh terlalu mengharap, sebaliknya mengharap pada diri sendiri supaya boleh menggerakkan apa yang diharapkan, dalam hal ini, TQA. Aku harap aku akan kerja di KL nanti. Siapa kata aku tak nak masuk TQA dan masuk production lain? (Ada niat jugak tu nak masuk production lain...)


Ini hanya catatan rawak. Dan awak, ya, awak memang rawak! Siapa awak?


Sabtu, Februari 20, 2010

Lambaian Pulau Episod 3 (Yang Tak Berapa Jadi) : Letih Kalau Hidup Atas Pentas Lama-lama, Yang Duduk Luar Pentas Pun Letih

Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih. Letih.

Jumaat 19 Feb 2010, 9.00 PM - 12.00 AM
Sabtu 20 Feb 2010, 12.00 - 7.00 AM

Sebelum tengah malam, lepas Isyak ingatkan mahu tidur. Mahu tidur awal sebab nak pergi Penang pukul 7 pagi.
Tapi tak dapat juga lelapkan mata. Mungkin dah tak biasa tidur awal dan badan tak cukup letih untuk mudah lelap mata atau mungkin semudah kerana hati yang gundah gelana gelisah tak berkata.
Capai pena merah dan kertas nota cuba untuk menulis puisi.
Tidak cukup dengan pena nyata digenggam pula pena maya menulis catatan dan karangan ringkas.
Banyak yang berlaku selepas itu. Perkara-perkara remeh nan kecil tetapi berjaya melanjutkan waktu tidur aku sampai pukul 4.30 pagi. Nasib juga aku terbangun pukul 6.30 pagi dan terus cepat-cepat bersiap.


7.30 - 10.15 AM
9 orang sahaja TTSian yang pergi. Ada dua orang lagi yang asalnya nak pergi tapi tak jadi pergi.
Menaiki Transit yang kali ini dipandu oleh Abg Mus. Kali ketiga menaiki Transit untuk aktiviti TTS. Dan pengalaman paling tak boleh dilupakan bila Transit dipandu oleh Che Mad Haris. Berhenti untuk sarapan di Sg Perak. Pau dia tak sedap inti ayamnya dan roti bakarnya ekstra nipis tak seperti biasa yang aku lihat. Lagipun suasana di situ aku rasa sedikit pelik dan ganjal. Aku tengok rupa orang-orang di situ pun pelik. Mungkin sebab aku dah lama sangat tak bergerak ke bahagian utara.
Aku bercadang hendak tidur sahaja sepanjang perjalanan pergi pagi itu tetapi tidak, akhirnya aku mahu melihat pemandangan alam sekitar sebab aku dah lama tak bergerak ke arah utara. Lebih-lebih lagi view sewaktu melalui jambatan Pulau Pinang.
Tiba dan tak sesat di Dewan Budaya USM dan terus masuk untuk menonton apa yang patut ditonton dan bahagian seterusnya adalah bahagian yang 'menarik'.


10.15 AM - 12.15 PM
Masuk saja aku terkejut dalam hati. Ramai betul kerusi yang nonton.

Pelakon sedang melakukan dramatari (atau physical theatre? itu aku kena pastikan lah. aku tak ada knowledge sangat pasal genre teater sebegitu. apa pun, dalam entri ni aku sebut sebagai dramatari saja).
Dalam dramatari itu, pelakon bermain dengan lenggok dan olah tubuh bagi mendapatkan satu kotak (daripada beberapa kotak) di atas suatu platform yang tertinggi dalam set itu dan mengambilnya dalam perasaan yang takut-takut, curiga dan was-was. Kemudian pelakon akan membawanya ke ruang bawah set yang mana ruang tersebut merupakan bahagian real cerita monolog tersebut. Kemudian dia akan menggolekkan kotak itu secara perlahan sebagaimana dia bergerak mengambil kotak itu tadi secara perlahan dan kemudian dia akan menampal kertas-kertas bergambar pada setiap sisi kotak itu secara perlahan juga.

Ah, senang cerita ini konsep monolog tersebut:

  1. Sebelum mula babak, ada dramatari mengambil kotak turun dari tangga platform tinggi ke bawah, menggolekkannya ke satu point di atas pentas.
  2. Pelakon keluar dan slide dipaparkan dengan voiceover yang telah dirakamkan. Voiceover itu sebagai narrator.
  3. Slide habis, pelakon dramatari keluar semula untuk menampal kesemua sisi kotak dengan gambar-gambar yang dicetak hitam putih.
  4. Pelakon keluar salin baju. Waktu tu krew pentas akan keluar siapkan props untuk babak bermula. Waktu ini juga ada muzik selingan. Memandangkan props tak banyak mana pun. Jadi terpaksa menunggu lama sebelum babak bermula.
  5. Babak bermula dengan pelakon keluar sebagai karakter yang menjadi narrator dalam voiceover berslide tadi.
  6. Babak habis, keluar pula slide dengan puisi.

Dan untuk babak berikutnya bermula dari sekuen pertama tadi.

Ada satu babak Tok Ketua Kampung pergi mandi. Dia keluar pentas. Pentas masih full light (babak masih berlangsung). Ada voiceover + sound effect yang telah dirakam dimainkan. Soundeffect dia gosok gigi, kencing, kemudian Tok Ketua ada bebel sorang-sorang (dia nak bercakap dengan anak dia yang ada kat rumah masa tu (duduk atas sofa di ruang tamu pada awalnya) kemudian ada sound effect mandi yang LAMA. Mungkin mandi WAJIB kot. Dah habis mandi Tok Ketua lap badan sambil membebel lagi. Lepas tu barulah dia keluar ke pentas duduk atas sofa balik. Padahal dia hanya perlu salin pakaian daripada baju batik, seluar slack, songkok tinggi kepada baju basahan, kain pelikat dan memegang tuala saja. TAK PERLU LAMA-LAMA KOT! Hah, kan dah emo! :P

Apa pun, oleh sebab terlalu bosan menonton. Di belah kiri aku ada yang dah terlentok tetapi aku secara sengaja mengejutkan mereka (SORRY YE! HAHA). Di belah kanan aku ada yang dengar MP3 guna HEADPHONE yang BESAR! Ada juga yang tengah belek-belek handphone. Aku juga dengar MP3 sampai baterinya habis.

Dah tengah hari, kitaorang semua dah lapar jadi keluar dewan. Tunggu Transit tiba dan lepas tu bergerak ke Queensbay Mall untuk makan!

Adakah kitaorang balik semula untuk menonton monolog terpanjang itu selepas makan?

Jangan lupa saksikan kisah Lambaian Pulau Episod 3 (Yang Tak Berapa Jadi)!

Crush Crash Clash Gua

Nota: Entri kali ini paling jujur gua pernah buat dalam blog ni.


1995
Kali pertama gua blushing pegang tangan orang perempuan.
Tapi seronok juga rupanya.
Terus gua rasa macam suka tengok budak perempuan tu.
Budak perempuan tu penolong ketua darjah. :P


1998
Sukan Komanwel di Malaysia.
Gua suka dan bersemangat.
Jadi, gua sunat tahun tu.
Lepas tu terus bernafsu tengok budak perempuan.
Gua suka seorang budak perempuan ni beza umur 2 tahun lebih muda dari gua.
Budak perempuan pandai wo. Pandai ngaji Quran. Anak cikgu wo. Kakaknya waktu tu UIA wo.
Ingat lagi waktu rentas desa sekolah dia pakai baju warna ungu!
Dan gua ada tulis nama budak tu kat tapak tangan gua dan sembur minyak wangi Polo Blue milik abang sulong gua yang gua curi-curi sembur. (Aku juga sembur minyak wangi kat tali leher pengawas sampai Cikgu Sains ada pernah tanya kat kelas, siapa yang pakai minyak wangi kuat sangat baunya?)
Dan waktu tu ada seorang kawan gua yang suka kat budak perempuan tu jugak dan pernah bergaduh dan tak kawan kejap.
Pernah buat surat dan nak hantar kat dia tapi tak jadi sebab takut-takut. Loser gila gua!


2000
Pertama kali gua ada makwe.
Gua suka pandang pertama wo.
Waktu hari pendaftaran kot?
Lepas tu bila ada jamuan raya sekolah pun aku pandang-pandang juga.
Gua sedar waktu tu sah-sah lah cinta monyet.
Dalam 4 bulan macam tu member kelas gua hasut gua suruh break dengan makwe gua tu.
Kelakar dan bodoh. Ha ha.
Lepas break tu gua pun buat tak tahu sebab gua pun bisu dulu! Ha ha ha!
Tapi sekarang dah jadi member jugak lah.


2002
Gua ada kenalan pen pal beb! Rajin gila gua tulis surat kemudian pos.
Mungkin sebab tu sekarang gua dah boleh menulis.
Apa pun, pen pal gua ni ada kenalkan kat member-member dia.
Ada dua orang. Dua-dua boleh tahan elok rupanya. Haha.
Satu bernama Zurina, satu lagi Ayu.
(Sebab dah lost contact sekarang so aku dedahkan nama sebenar.)
Pernah juga keluar dengan si Zurina dan pen pal aku tu ke bandar.
Itu first time gua keluar dengan perempuan.
First time juga tengok wayang.


2003
Waktu ni gua dah tak bisu. Jadi kewujudan aku di dunia fana ni lebih dilihat dengan didengari dengan lebih jelas lah.
Gua ada join English In Camp dan kat situ gua dapat ramai kenalan perempuan.
Dari situ juga gua sangkut kat sorang minah ni yang tua setahun dari aku.
Linda namanya. Woah! Classic choice!
Memandangkan waktu tu gua tengah hangat tahi ayam rap sana rap sini, jadi gua pun ada buat satu lagu rap sebagai luahan perasaan aku pada dia. Woah!
Dari English In Camp tu jugak aku ada beberapa admirer seperti Normah, Fa, dan Azrin? Oh my god. Ada lagi, ada lagi tapi tak ingat.
Tapi sebab masa tu gua memang syok kat Linda tu sorang saja. Yang lain gua tak layan lah...
Akhirnya gua sudah cukup memendam rasa, gua selalu bergayut dengan dia guna telefon rumah yang mak bapak gua bayar tiap-tiap bulan tu, dan akhirnya di telefon juga gua berjaya meluahkan perasaan gua pada dia.
Itu kali pertama gua confess dengan perempuan.
Tapi gua kena reject. Ha ha ha! Loser!


2004
Gua tersangkut lagi kat sorang perempuan yang lebih tua setahun dari aku...
Gua cari pasal lagi la tu...
Macam tahun sebelumnya, gua pendam perasaan, gua luahkan pun dalam lirik-lirik lagu dan puisi-puisi.
Tapi gua tahu gua tak ada peluang. Jadi gua slow-slow lepaskan diri gua daripada kancah perasaan yang dipendam itu.
Jadi tak ada apa-apa yang berlaku. Gua dengan dia pun masih kawan sampai sekarang.
Dalam masa yang sama juga gua cari alternatif.
Gua cari kenalan perempuan dan jumpa dengan seorang perempuan bernama Zana.
Rupanya elok dan manis. Dan pernah keluar dating sekali. Waktu dating tu aku rasa sangat tak sedap badan, jadi lepas jumpa tu terus tak jadi dan akhirnya lost contact.


2005
Gua masuk kem khidmat negara dan gua kenal lagi ramai kawan perempuan.
Tapi macam biasalah, tak ramai yang gua berkenan dan boleh sangkut.
Antara beberapa kenalan perempuan yang significant dan yang aku masih ingat: Nanie, Nora, Ita, Hawa, Nabila, Lieya.. (Alamak! Mesti Fad akan baca ni!)
Dan akhirnya, gua dan Nanie pun sangkut paut antara satu sama lain. (Walaupun gua dengan Nora pun ada berpandang-pandangan.)
Itu aku kira sebagai kali pertama aku bercinta secara serius. Bukan cinta monyet dah.
Banyak juga kisah aku dengan Nanie ni tapi tiba-tiba aku rasa aku nak simpan saja buat masa sekarang dan kalau aku nak cerita pun, biarlah aku cerita pada Cik Misi.
Bila terfikir balik terus datang perasaan frust menonggeng tu.
Waktu tu aku jadi separuh gila bila aku diputuskan hubungan oleh dia.
Putus cinta atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan olehnya.
Masa tu aku baru masuk UTP.
Bila lepas putus cinta tu, aku masih lagi ada menaruh harapan pada Nanie. Aku fikir waktu tu, mungkin aku boleh tunggu sampai hati dia terbuka lagi untuk kembali pada aku. Lama juga aku nak lupakan dia dan let go. Adalah dalam 2 tahun macam tu...
Jadi, 2005 sampai 2007.. aku masih mengharap dan menunggu macam orang bodoh yang gila.


2007
Aku bertemu dengan bakal isteri aku.
Enough said! :)


2008
Aku bertambah berisi terutamanya bahagian pipi dan perut.


2009
Aku dan Najwa sudah merancang untuk berkahwin.
Dalam tahun ni, Nanie tiba-tiba call aku. Entah dari mana dia dapat nombor telefon aku yang latest pun aku tak tahu. Tapi aku tak layan. Apa-apa SMS yang dia hantar pun aku tak balas. Maaf. Kau dah terlambat.


2010
Aku cinta padamu, Nur Najwa Zulqurnain.

Bangsawan THJ : Hari 5 / Latihan 4 / Babak 4

Jumaat 19 Feb 2010. Pukul 6.00 - 7.00 petang.
Lepas selesai meeting FYDP dengan SV, aku terus ke MPH.
Aku sampai baru pelakon baru warm-up. Ingatkan dah mula berlatih. (Harapan)
Tapi tak mengapa.

Latihan Babak 4 ini tidak melibatkan ramai cast. Jadi boleh beri tumpuan yang lebih.
Komen untuk sesi latihan kali ini? Memuaskan.
Dan aku berasa puas.

Enough said?

Harapan lah.

Babak 4 dimulakan dengan adegan Jebat bermadu kasih dengan Dang Baru.
Memandangkan aku anggap Ayie dan Syira dua-duanya tak pernah bermadu kasih di dunia betul, perasaan bagi adegan sebegitu perlu dicari dan dirasai.
Again, chemistry antara dua watak ini perlu ada dan dibina hari demi hari.
Sebagaimana chemistry antara Srisegala (Khairil) dan Masayu (Tasha) dalam teater Kerusi dulu.
Dan juga chemistry antara Wangi (Aini) dan Arnab (Acab) dalam teater Cinta Sang Arnab dulu yang tak berapa best tu. Hahaha.
Dan dalam bangsawan THJ ini, Jebat (Ayie) dan Dang Baru (Syira) perlu menjalin chemistry, perlu menjadi pasangan bermadu kasih, alah, bercintalah senang kata. Kalau dah pernah bercinta pasti mudah.
Aku rasa tak ada masalah sebab mereka berdua pun bukannya baru kenal dan masing-masing dah biasa antara satu sama lain berdasarkan pemerhatian alam semulajadi.
Namun begitu latihan petang tadi merupakan latihan pertama Dang Baru secara sebenar di atas pentas teater. Jadi sudah pasti asas-asas lakonan masih perlu dipelajari.
Reaksinya harus tepat dan kena. Sebutan dialognya harus tidak berlagu. Lenggok suaranya sewaktu berpantun adalah baik tetapi harus pandai membezakan antara berpantun dengan bercakap biasa.
Jebat pula bertambah baik dari segi fokusnya pada latihan. Dah tak teragak-agak. Dah tak tersengih-sengih atau terjelir-jelir lidah dan apa-apa ekspresi muka pelik.
Memandangkan babak 4 ni energi si Jebat marah harusnya tinggi, jadi Ayie tak ada masalah sangat. Babak ini boleh jadi babak terbaik Jebat bila waktu show sebenar nanti.
Seperkara lagi aku mengharuskan Jebat dan Dang Baru memberikan maksud dan perasaan dalam pantun-pantun. Seharusnya bukan sekadar menyebut pantun tu tanpa merasainya memang nak kena lempang lah pelakon yang berlakon macam tu waktu real show! Sepak sepak sepak karang. Hehe.
Datuk Bendahara pula aku hanya memesan Daus supaya lebih take time lagi dalam menyebut dialog. Sesungguhnya itu adalah perkara asas yang perlu dikuasainya dengan betul dan kemas kemudian barulah karakter tuanya menjadi. Daus memang dari dulu cenderung untuk sebut line dengan laju. Jadi aku anggap kali ini watak ini mencabar potensi Daus sebagai pelakon dan masih, aku pasti yakin Daus boleh membawanya dengan latihan yang baik. Yeeeeeee!
Tuah? Macam biasa, pelakon berpengalaman yang masuk TTS saing dengan aku ni tak perlukan tunjuk ajar dah dari segi lakonan. Hanya sedikit peringatan dan pesanan biasa saja seperti kesinambungan tahap energi Tuah dengan Jebat. Yang lain, semuanya okay saja!
Oh tapi, baru aku ingat dan aku tak terberitahu lagi pada Tuah, aku mahu lihat Tuah bila berbicara dengan Melur dan Tun Teja supaya lebih manis bicaranya, lebih charming barangkali.
Tiba-tiba aku dapat rasa aura Tuah masih ada dalam diri aku. Ah, kenapa aku tak berlakon? Haha.

Hmmmmmmmmm!

Petang tu aku puas dengan sesi latihan. Terima kasih kat para pelakon yang sangat baik!

Esoknya, hari Sabtu aku dan beberapa orang TTSian lagi akan pergi ke USM Penang, menonton maraton monolog pencegahan rasuah dari pagi sampai ke petang. Monolog terpanjang di Malaysia dan akan masuk dalam Malaysia Book of Records.

Jadi aku boleh nikmati nikmat seni di sepanjang perjalanan pergi dan balik nanti.

Di kesempatan ini juga aku ada buat satu puisi pendek tatkala hati aku tengah lara dan merindui.



"Peras"

sekitab ungkapan dilafaz
tolak ke dalam rahang
sekat di tekak
bengkak dan lalu kesat
perasaan diperas
beribu talu
dengung anak tekak
menggetar pemetik dalam rangka

sejilid kata-kata penggugat nadi
diperas perasaan pada hati yang mengadu
pada makhluk apa dan mana
nama yang tercakar-cakar
boleh ditahan bisa bahangnya pada kulit nipis
pasti tiada lagi yang perlu penafian
tulang belulang bergetar beribu
keras diperas perasaan rindu

sudah hanya tentu padamu
dan padaMu kebesaranNya




Jumaat, Februari 19, 2010

Bangsawan THJ : Hari 4 / Latihan 3 / Babak 3

Khamis 18 Feb 2010. 5.30 - 7.00 petang.
Semua pelakon yang diperlukan hadir.
Kecuali Zaid sebagai Tun Utama yang ada main bola.
Bola?! Oh dear. Walaupun aku tak merasai situasi sebenar tetapi masih ia.. masih boleh memberi kesan tempias pada aku.
Tetapi tak mengapa. Harap-harap komitmennya terbina secara kukuh melalui produksi bangsawan ini. InsyaAllah.


Untuk progres kali ini, aku hanya suka menyentuh hal ehwal 'permainan emosi' para pelakon.

Tun Teja.
Dalam babak ini permainan emosi Tun Teja HARUSLAH MESTILAH baik sebaik-baiknya.
Itu adalah perkara yang aku tekankan kepada pemain watak ini iaitu Nisa.
Dari rasa gelisah kemudian ada shift apabila berjumpa dengan Tuah dan kemudian meluahkan perasaan kasihnya pada Tuah. Rasa cinta yang kuat, rasa sedih bila Tuah tidak mahu membalas kasihnya, rasa geram, dan akhir sekali rasa cinta yang kuat itu seharusnya terbina dengan kukuh dari awal permainan hingga menggoda Tuah. Dan bila berdiaog dengan Patih Karma Wijaya pula ada shift lagi kepada mempertahankan dirinya kerana tidak bersalah dan telah dituduh.

Dan.. sepertimana aku mengenali pelakon yang bernama Nisa ini, dia cenderung untuk bergerak ke sana ke sini sesuka hati atas pentas. Tapi tugas direktorlah nak mengarahkan blocking dan spacing semua. Cuma harus diketahui bahawa bila pelakon disuruh supaya menggunakan seberapa ruang (space) yang ada, tidak bererti pelakon boleh bergerak sesuka hati ke sana ke sini atas pentas. Oleh sebab itulah adanya plan blocking.

Blocking juga merupakan satu kerja yang seharusnya menerapkan seni dalam mengerjakannya. Sememangnya tujuan utama blocking adalah untuk memastikan kedudukan pelakon atas pentas tidak terhalang atau dihalang oleh subjek atau objek lain di atas pentas. Tetapi dalam masa yang sama blocking juga boleh memberi impak atau kesan khas kepada perasaan dan keadaan babak tersebut berlangsung. Ia juga satu hasil seni kepala otak pengarah dan percayalah, blocking yang baik boleh menjadi satu faktor kepada keseluruhan pementasan yang baik. Sebab itulah kat mana-mana pun dalam bidang teater, blocking adalah perkara yang selalu disebut.

Datuk Patih Karma Wijaya (PKM).
Aku mengingatkan pada Nik supaya mencari satu karakter yang lebih ringan olah suara dan tubuhnya, lebih ringan lagaknya atau dalam bahasa pasarnya, karakter yang lite. PKM juga boleh bermain dengan baik dalam karakternya. Bila menghadap Sultan, dia menghasut dan membatu api. Bila berbicara dengan Tun Teja, dia mahu menyerang dan menjatuhkan moralnya, bila berbicara dengan Tuah pula dia sangat benci dan dalam masa yang sama sudah berasa puas kerana dapat memerangkap si Tuah.

Sultan.
Hussein sebagai pelakon baru masih perlu belajar asas lakonan secara tak langsung dan tak formal. Misalnya 45-degree rule.
Sesi latihan kali itu juga aku mengajarnya supaya memasukkan perasaan ke dalam dialog yang disebutnya. Iaitu bila Sultan murka dengan perbuatan Tuah, bila Sultan seperti tidak mempercayai Tun Teja dan bila Sultan menitahkan sesuatu kepada Datuk Bendahara. Kesemua perasaan ini perlu dihayati, bukan sekadar dipelajari bagaimana hendak melakukannya. Dan kesemua inilah yang aku maksudkan sebagai 'permainan' seorang pemain (pelakon).
Tapi makin lama aku makin suka dengar suaranya sebagai Sultan walaupun waktu audition dulu aku berasa ragu-ragu. Makin lama makin sesuai aku rasa.
Ah, dalam teater memang begitu. Makin lama seorang pelakon itu berlatih membawa watak yang didukungnya, makin serasi dan sebati dalam diri. Malah, ada juga pelakon yang akan terbawa-bawa karakternya itu walaupun show dah habis dan mempengaruhi karakternya dalam show yang lain selepas itu. Entah siapalah tu ya....

Watak lain aku tiada komen lagi setakat ini.

Semua 'permainan' ini harus dikuasai dengan baik oleh para pelakon. Barulah lakonan mereka boleh disifatkan sebagai sebuah lakonan mantap.
Dan sudah pasti, kerja karakter adalah tugas utama para pemain/pelakon.
Nak berlakon? Tunjukkan potensi kau orang semua. Jadi karakter itu. Masukkan jiwa dan seluruh perasaan kau ke dalam jiwa karakter itu. Caranya untuk percaya apa yang kau orang cakapkan. Namun memaksa diri untuk mempercayai bukanlah cara terbaik. Boleh, dan boleh berkesan dan menjadi, tetapi cara yang terbaik adalah untuk merasai dan menghayati watak itu secara keseluruhannya. Keseluruhannya dengan maksud, dari atas sampai bawah, di setiap sudut.

Malamnya pula, lepas Maghrib aku bersama Am, Syakir, Zizi, Khairil, Nuzul dan Pojan (Ya! Pojan) pergi Silibin. Jumpa bro Kamal Sabran, kenalan kepada kenalan Dr Shark.
Bincang-bincang pasal muzik dan kesan bunyi yang boleh diterapkan dalam teater bangsawan ni. Setelah beberapa lama, TTS dan Kamal Sabran masing-masing dah dapat berkongsi idea asas kerja muzik yang boleh dilakukan. Ada peluang untuk dapatkan band yang main muzik Melayu tradisional (Dewangga Sakti) selain sentuhan eksperimental noise dari Kamal Sabran yang pada pandangan aku menarik kalau dapat diterapkan dalam bangsawan ini.

Apa-apa pun TTS masih lagi mencari seberapa banyak alternatif bagi muzik untuk teater bangsawan ini. Alumni Gamelan, Paan juga ada berminat untuk turut bekerjasama. Namun begitu, TTS harus membuat keputusan secepat mungkin, tentang pilihan lagu-lagu, muzik latar dan apa-apa lirik yang ingin dicompose menjadi lagu, khususnya bahagian penamat si Tuah menyanyi meratapi kematian Jebat.

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNYA!

Sekian untuk kali ini.

Khamis, Februari 18, 2010

Sneak Preview: Teater "Mono & Poli"


“MONO & POLI”
Oleh Akin Muhammad
Teater untuk HalalFest 2010


SINOPSIS

Teater MONO & POLI memaparkan realiti hidup yang bergelumang dengan isu halal dan haram dalam sebuah komuniti. Ada yang jelas nyata halal haramnya. Ada yang syubahah. Ada orang yang ambil kisah dan ada yang tak peduli. Ada yang terpaksa berurusniaga dengan bank yang mengenakan interest. Ada yang tak sedar akan rezeki yang halal harus berpunca dari sumber yang halal. Ada yang percaya pada label halal semata-mata tanpa meyakini apa yang dimakan atau digunakannya itu. Ada yang masih ikhlas bekerja tetapi apakan daya, majikannya tetap melaburkan hasilnya untuk sesuatu yang tidak halal. Ada yang ditangkap masuk penjara bukan atas sebab kesalahannya tetapi oleh kerana hasad dengki dan rasuah yang berleluasa... halalkah hidupnya sebagai manusia di dunia ini? Persoalan halal bukan setakat makan minum atau periuk nasi, tetapi lebih mendalam lagi. Penjara dunia masih boleh lepas keluar lagi, tetapi penjara akhirat.. Hmmm... Namun begitu dari sudut aerialnya, halal dan haram bukanlah seperti permainan Monopoly, bukannya sekadar permainan yang boleh buat main-main. Dan memonopoli juga boleh jadi ada elemen rasa hasad dan dengki.



KONSEP

Berdasarkan permainan Monopoly. Watak Mono dan Poli bermain permainan itu secara virtual reality, kononnya. Tiada plot yang lazim membentuk cerita dari awal hingga ke klimaks dan penamat. Teater ini hanya sekadar sebuah teater. Setiap babak boleh berdiri dengan sendiri. Namun begitu semua babak boleh menjalin sebuah plot cerita yang boleh digubah oleh pengarah.



WATAK-WATAK

1. MONO
2. POLI
3. GON
4. PEMUDA BUAT LOAN
5. CIKGU SEKOLAH AGAMA
6. MC
7. ENCIK YOUSOFT
8. BUDAK NAKAL 1, 2
9. BUDAK ALIM
10. LELAKI
11. PEREMPUAN
12. NOR
13. DANIAL
14. SALLY (SALLEH)
15. DIREKTOR DRAMA TV
16. P.A DIREKTOR
17. MAKE-UP ARTISTS
18. SENIMAN JALANAN
19. TUKANG SAPU
20. PENGAWAL KESELAMATAN
21. TAUKE
22. BLOGGER
23. PEGAWAI POLIS
24. PEMBANCUH KOPI
25. PEMAKAN
26. PEMINUM
27. PENIUP LILIN
28. PEGAWAI PENJARA

Sneak Preview: Teater "She (Dia)"


“SHE (DIA)”
Oleh Akin Muhammad
Teater pendek 10 minit untuk Ladies Night, Heart4Islam (28 Mac 2010)



SINOPSIS

Lima adik-beradik perempuan dan berperwatakan yang berlainan. Di sebalik perbezaan mereka berlima, ada satu persamaan iaitu jiwa wanita yang lembut.. dan.. mengumpat.. dan.. ingin berkahwin! Okay, bukan satu tapi tiga persamaan.
Teater ini juga menyelitkan ketabahan seorang ibu tunggal yang sudah lama bercerai sejak anak-anaknya masih kecil tetapi tetap berjaya melahirkan anak-anak yang berjaya. Ketabahan yang dimiliki oleh ibu mereka juga akhirnya diturunkan kepada kelima-lima beradik itu, apabila ibu mereka itu meninggal dunia.



KONSEP

Susun atur para pelakon ditunjukkan sebagai menceritakan keadaan sesuatu babak. Misalan pada Babak 1 mahu ditunjukkan perbezaan setiap orang maka setiap postur badan asas seperti berdiri, duduk, baring adalah berbeza-beza. Manakala untuk Babak 2 pula walaupun perbezaan karakter tetapi atas satu dasar (yang terpulang pada interpretasi) mahu ditunjukkan persamaan. Boleh jadi semua duduk dalam satu barisan, atau berdiri dalam satu bulatan dan seumpamanya. Dan untuk babak-babak seterusnya juga sebegitu rupa, bergantung kepada sisi kreatif pengarah. Simbol-simbol juga boleh digunakan untuk lebih menjelaskan lagi kisah subteks si ibu yang bercerai itu. Simbolism satu perjalanan yang pada mulanya berbunga-bunga tetapi derita di tengah-tengah jalan tatkala perjalanan melalui jalan itu masih jauh.



WATAK-WATAK

SHA adalah seorang perempuan melayu terakhir
SHE adalah seorang muslimah sejati
SHI adalah seorang wanita bekerjaya yang elegan
SHO adalah seorang perempuan tomboy
SHU adalah seorang perempuan yang gedik dan ada stail
MAK adalah ibu kandung kelima-lima beradik itu

Bangsawan THJ : Hari 3 / Latihan 2 / Babak 1-2


Rabu 17 Feb. Petang, 5.30 - 7.30 petang.
Kehadiran membanggakan.
Hanya beberapa orang saja yang tidak hadir.
Rasanya budak foundation ada kelas petang.
Tak mengapa.


I

Hari ini aku tertinggikan suara.
Aku ingat aku dah dapat kawal.
Mungkin dapat kawal sikit-sikit saja kot.
Aku tak suka sebenarnya meninggikan suara kat budak-budak lain.
Sebab aku akan rasa bersalah sepanjang hari tu.
Cuma reaksi spontan aku kalau rasa annoyed.
That's my bad dan aku akuinya.
Maka benarlah juga kadang-kala aku terlalu logik bak testimoni SEFA.
Otak logik aku pun kadang-kala bercampur baur dalam arena otak seni.
Umpama bapak aku berlakon dan aku mengarah, dan aku meninggikan suara pada bapak aku yang ada buat silap waktu berlakon.
Memang niat nak menegur lakonan bapak aku tu. Tapi itu sudah jadi terlalu logik! Kan...
Sampai sekarang aku masih berpendapat bukan senang nak jadi pengarah teater. Fuh. Aini, kalau kau masih ada, mesti tempat aku di atas pentas! hahaha. Tapi.. bukan kau pun kadang-kadang meninggi suara jugak ke? :P Ah, tapi kau ada alasan PMS! Aku nak guna alasan apa?! :P
Aku harap tiada yang ada hard feelings, especially budak baru.
Budak lama pun harap-harap tiada hard feelings.
Dan tidak dibawa-bawa ke luar pentas dan dewan.

Idola director aku dalam TTS adalah Koba.
Dr Shark pun ya juga, tapi itu pun senior dulu ada cerita yang Dr Shark dulu pun garang juga... Ruginya, aku tak sempat merasa zaman Dr Shark garang.
Entahlah. Bagi aku tak semestinya direktor kena garang atau strict.
Yang penting bagi aku, direktor kena berpengetahuan luas tentang teater.
Dan banyak idea.
Sebab itulah idola direktor dalam TTS aku adalah Koba.
Sebab Koba banyak idea on-the-spot waktu mengarah budak-budak.
Idea aku susah nak keluar on-the-spot waktu mengarah.
Waktu tak mengarah saja baru keluar.
Mungkin sebab tu aku rasa aku lebih sesuai menulis berbanding mengarah.
Ya, pasal hal ni, aku yakin dan pasti.

Aku sememangnya masih mencari stail dan identiti aku dalam mengarah.
Stail dan identiti aku dalam menulis sudah ada.
Tapi stail mengarah belum ada lagi.
Semestinya aku tak mahu jadi pengarah yang terlalu mengarah, yang garang, serius atau strict sangat.
Ya lah, pelakon mana yang suka kalau pengarah garang nak mampus kan... Kat mana-mana pun macam tu.

Tapi.. adakah ia sekadar mitos? Direktor dan Stage Manager seharusnya emosional? Entahlah. Mitos saja agaknya. Sebab bagi aku, setiap perkara dalam dunia ni mesti ada pengecualian, exception.
Mungkin seorang direktor yang tegas tapi dalam masa yang sama friendly adalah seorang direktor yang paling bagus, terbaik dan paling profesional.
Hmm.. ya, itulah pendapat dan pendirian aku.
Tapi aku rasa aku kena expose diri aku kepada lebih banyak lagi stail dan gaya para pengarah teater di luar sana.
Caranya... ya, sudah pasti caranya dengan masuk ke dalam kandang orang lain. Berlakon dalam production orang lain, di bawah arahan seseorang yang lain, yang lebih berpengalaman, yang berkelayakan dan seumpamanya.
Harapan aku agar aku boleh mengarah dengan lebih baik lagi.
Jadi group leader dalam hal akademik pun aku tak bagus, harap-harap dalam hal seni teater ni taklah macam tu juga.
Kalau dah cuba juga tapi tak bagus-bagus juga... hmm.. aku akan baiki skil menulis aku.. dan teruskan mencuba lah. Cuba dan terus mencuba sampai berjaya!
Yeah!


II

Latihan petang ni agak lama dan panjang.
Sebab Babak 2 memang panjang.
Babak 1 ulang latihan kembali.
Reaction antara para pelakon masih kurang.
Chemistry 5 pendekar belum wujud lagi.
Jebat.. Jebat.. Jebat... masih belum light lagi.
Nampak gaya dia kena buat 'personal training' dengan Doc Shark nanti.
Sebagaimana Doc Shark buat personal training dengan aku masa bawak watak YB dulu.. Mahu tak berpeluh dulu! Berpeluh kot walaupun dalam bilik berhawa dingin.
Tapi yang bagusnya bila ada personal training ni... direktor lebih fokus.. dan tak akan ada gangguan daripada pelakon atau krew lain yang sibuk berborak atau meeting dekat belakang direktor. Oppss! Hehehehe.
Jebat... dia berjaya sebut satu line dengan light sekali saja petang ni.
Selebihnya? Masih stiff dan teragak-agak. Ah, kena suruh dia let go nanti.
Tuah bagi aku tak ada masalah besar. Khairil sudah banyak pengalaman.
Nizar sebagai Lekir juga banyak yang perlu dibelajar sebagai orang baru.
Tapi suaranya yang kuat jadi satu kelebihan baginya.
Datuk Bendahara pula... masih belum cukup tua. Perlu lebih take time lagi dan tak laju waktu sebut line. Pacingnya paling penting. Suaranya tak ada masalah untuk jadi seorang yang tua dan bijak. Olah tubuhnya juga tiada masalah besar cuma perlu diperbaiki supaya nampak lebih tenang dan tak kekok.
Arya Petra setakat ini tiada komen yang perlu dikomentarkan.
So far so good. Cuma ada diingatkan supaya tidak keluar 'lagu' sewaktu menyebut line yang panjang.
Line yang panjang adalah tricky untuk pelakon melakonkannya dengan baik.
Line yang 'berlagu' boleh mendorong pendengar (penonton) untuk berasa bosan dan menjatuhkan energi.
Watak Sultan pula.. hmm.. untuk Babak 2 tadi aku tak stop pelakon kat poin-poin yang kurang menyenangkan. Memandangkan masa tak berapa mengizinkan dan aku just nak tengok dulu the whole flow.
Blocking untuk Babak 2 di Balairong juga masih haru-biru.
Zaid pelakon baru kena belajar lagi expression wajah.
Tun Teja? Macam biasa, macam Nisa' cuma kali ni aku suka lenggoknya masa berpantun.
Raden Mas? Esok lusa kena buat vokal dulu.
Patih Karma Wijaya rasanya boleh cari karakter lagi. Sama ada jahat yang betul-betul nampak jahat... atau nampak baik, tapi sebenarnya sangat jahat dalamannya.
Zafran sebagai Tun Bija Sura pula perlu diasah lagi asas-asas lakonan. Mungkin dah lama tak berlakon jadi seolah-olah baru mula berlakon. :P
Tapi itu semua tak mengapa boleh diperbaiki atas kemahuan pelakon sendiri.
Atul sebagai Inangda pula masih belum jadi licik. Kalau boleh aku mahu karakternya unik dari semua segi. Kalau boleh suaranya lain, olah tubuhnya lain dan ekspresi mukanya lain. Kalau boleh lah...


Sekian untuk kali ni.
Hanya rasa jujur dari aku yang tengah dilema ni.


Rabu, Februari 17, 2010

Writer's & Engineer's Block!

Semester terakhir aku dalam TTS. Harap-harapnya.
Lepas habis belajar aku akan mengembara seni seorang diri.
Lebih banyak berpuisi barangkali. Atau apa-apa karya lain.
Bila dah cukup wangnya, aku akan letak share aku dalam The Qum Actors.
Harap-harap aku boleh menjadi seorang penteater yang profesional daripada TQA ni.

Semester terakhir ini juga banyak show yang menanti.
Baru lepas satu show Belenggu 50 tempoh hari.
Lepas ni ada show monolog di USM, pada hari yang sama juga ada show mime di Penang juga.
Kemudian ada show teater penuh untuk HalalFest di UTP.
Kemudian ada show pendek 10 minit untuk Ladies Night di UTP.
Kemudian ada sketsa untuk UTP Family Day.
Kemudian ada show teater untuk program V5 Go Green.
Kemudian kemuncaknya show bangsawan Tuah Hang Jebat di UTP.
Bulan Jun pula salah satu skrip aku telah dijemput (skrip yang dijemput, bukan penulisnya...) untuk dipentaskan oleh TQA.
Kalau jadi, satu kerja lagi nak proofread dan edit.

Untuk show HalalFest, teater penuh MONO & POLI, aku perlukan barisan pelakon baru.
Platform untuk mereka dilatih berlakon dan supaya mereka tak 'lari' dari TTS begitu saja.
(Mana Adam yang berlakon dalam teater 10 minit 'bab i' aku dulu tu?)

Sekarang aku tengah pening kepala dan buntu.
Buntu dengan skrip teater MONO & POLI tu.
Buntu dengan FYP aku tu yang dah sampai satu tahap yang menyukarkan.
Buntu yang amat dengan FYDP aku yang aku gagal untuk handle dengan baik.

Dan ini yang dinamakan

WRITER'S & ENGINEER'S BLOCK.

Dua-dua belah otak buntu. Stuck. Tak ada idea. Tak boleh fikir jalan seterusnya.
Cuti pun tak guna.
Tidur banyak mana pun tak guna.
Mungkin...
...mungkin jerit dan meroyan boleh jadi satu terapi yang bagus.

Ah, hadapi sajalah hidup ini!

Sabtu, Februari 13, 2010

Bangsawan THJ : Hari 2 / Latihan 1 / Babak 1

Rabu 10 Feb 2010. Petang. 5.30 - 7.00 PM.
Tak semua pelakon yang dapat hadir.
Ini perkara biasa. Tapi tak mengapa.

Perkara pertama yang harus dilakukan adalah memastikan para pelakon baru dapat melontarkan suara dengan betul. Bagi pelakon lama seharusnya dah tak ada masalah. Dan sudah pasti, pelakon baru seperti Aiman dan Anis yang hadir petang itu, dan juga Ammar yang tak berapa baru tapi baru muncul atas pentas semester ini, pasti akan keluarkan suaranya daripada tekak. Apa pun, petang itu aku berpuas hati setakat ini kerana ada sedikit peningkatan daripada latihan lontaran vokal. Tak mengapa, semakin lama berlatih insyaAllah semakin baik nanti.

Kemudian satu perkara penting yang aku pesan pada pelakon yang hadir petang itu ialah supaya mencari karakter tersendiri mengikut acuan pengarah dan mengembangkannya. Terpulang pada inisiatif pelakon itu sendiri, jika dia mahu berlatih dalam waktu latihan sahaja, tidak jadi masalah. Atau pun dia mahu berlatih sepanjang hari, tidak hanya semasa waktu latihan saja pun boleh. Lagi bagus. Seperkara lagi yang aku ingatkan khususnya pada watak utama, Jebat, ialah supaya mencari lenggok tubuh dah bahasa yang lebih kepada pendekar zaman dahulu kala. Memandangkan ini bangsawan kan, tak bolehlah buat stail lakonan teater moden. Si Jebat boleh cari dan buat stail tersendiri yang bersahaja, tetapi bukanlah terlalu bersahaja sehingga tidak nampak gaya seorang Jebat, pahlawan Melayu. Haha. Entah kenapa aku tergelak tiba-tiba bila teringat Ayie berlatih sebagai Jebat pada sesi pertama tempoh hari. Hahaha.

Tapi apa pun, aku yakin dan percaya dengan barisan pelakon Bangsawan Tuah Hang Jebat ini. Sepertimana aku memilih Daus menjadi watak Ka'ab bin Malik yang sudah tua dalam teater Belenggu 50 tempoh hari, seperti itu jugalah aku memberikan keputusan aku pada Dr Shark bahawa Daus boleh membawa watak Datuk Bendahara dalam bangsawan ini. Tapi seperti biasa, kerja karaktor pelakon perlu dilakukan oleh diri sendiri terlebih dahulu sebelum diasah dengan lebih tajam lagi oleh pengarah.

Anis yang memegang watak Melur pula nampaknya seperti perlu ditunjuk ajar satu demi satu teknik-teknik dalam berteater. Tak mengapa, sebab aku dapat lihat potensinya dan kebolehannya belajar dengan cepat. Aku masih ingat lagi, bila aku beritahu semua cast Belenggu 50 hari tu supaya hanya buat tech run sahaja, cue untuk first dan last line saja, Anis tertanya-tanya. Mungkin dia tak belajar pasal running the production waktu kelas Drama & Theatre I dulu. :P Apa pun, lontaran suaranya sewaktu menutur dialog masih masih masih masih perlu dipelajari dengan lebih betul lagi. Waktu latihan tempoh hari suaranya tenggelam. Tak mengapa, boleh tu.. boleh... asalkan dia tak terkeluar sisi overacting sudahlah memandangkan watak Melur tu watak anak perempuan kepada alim ulama, iaitu Arya Petra.

Sultan yang memegang watak Arya Petra pula bagi aku tak ada masalah besar baginya. Dia memang sesuai bawa watak sebegitu rupa. (Entah kenapa ya? Dr Shark mungkin tahu... hehehe) Cuma, dia hanya perlu memvariasikan lagi sebutan dialognya supaya tidak terlalu berlagu-lagu yang kebiasaannya membuatkan penonton seperti aku berasa bosan. Atau.. bangsawan yang kita buat kali ini seharusnya membosankan? Entahlah. Konsep semuanya dalam kepala otak Dr Shark, dan biasanya hanya akan keluar bila-bila masa, on the spot, secara spontan, tanpa ada melakar-lakar atas kertas dan seumpamanya. Maklumlah, pengalaman dah berpuluh tahun. Kalau aku, kena lakar-lakar (visualize) dulu dalam kepala otak dan kemudian atas kertas kalau tak nanti aku terlupa pulak.

Untuk watak-watak yang lain dalam Babak 1, pelakon sebenarnya tidak hadir jadi tak dapat aku berkomen apa-apa. Lepas ni aku harap kehadiran pelakon dapat dipastikan terlebih dahulu untuk sesi latihan itu. Kalau confirm semua pelakon dapat hadir baru seronok, baru betul-betul rasa dan meruap-ruap semangat.

Untuk produksi bangsawan THJ kali ini, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk kemaskini blog aku tentang perihal progres latihan dari semasa ke semasa. Kalau tak terkemaskini itu nanti barangkali aku sibuk dengan urusan akademik pula.

Latihan akan disambung semula pada hari Rabu depan selepas cuti Tahun Baru Cina. Kemungkinan besar untuk Babak 1 dan Babak 2.

Buku Buruk Untuk Masa Depan

Beberapa buah buku skrip lama baru saja masuk dalam koleksi aku.
Harga buku-buku tu murah dari RM 1, 2 dan 3.
Hanya boleh didapati di Kedai Buku DBP di KL.


PROTEST
(Modern Malaysian Drama)

"Protest", Dinsman
"The Island of Sadandi", Dinsman
"Someone", Johan Jaaffar
"My City Oh My City", Johan Jaaffar
"Corpse", Hatta Azad Khan
"The Chair", Hatta Azad Khan



BAGINDA PUTERI

"Baginda Puteri", Rahimidin Zahari
"Lampu Kaca", Mustafa Jusoh
"Anak Merdeka", Amiruddin Ali
"Demi Tanah Air", Amiruddin Ali
"Sesalan Bermusim", Mohd Arshad Ami
"Ronggeng", Gunawan Mahmood
"Kubur", Gunawan Mahmood
"Ali Baba Sendirian Berhad", Atondra



PAHLAWAN KECIL
Amiruddin Ali

"Warisan"
"Pahlawan Kecil"
"Surat Untuk Ina"
"Hati Seniman Kecil"
"Esok Masih Bersinar"
"Warisan Milik Kita"
"Usahawan Muda"



JERANGAU MERAH
Wan Hossein Syed Alwi



JANTUNGNYA BERDEGUP LAGI

Drama Pentas:

"Hati Seorang Perempuan", Mohd Esmawy Haji Husly
"Siapa Berkuasa, Bila Berkuasa, Di Mana Berkuasa", Median Haji Dahlan
"Pahlawan Yang Dilupakan", Hadi Haji Bibi
"Kuno", Khalid Drahman
"Pangkalan", Zakeria Embi
"Sesat", Maiden Sulaiman

Drama Radio:

"Jantungnya Berdegup Lagi", Wan Hussain Syed Alwi
"Di Sini Bakti Bersemadi", Ajes Tuah
"Wakil Rakyat", Yusuf Mustanir
"Gerhana", Rini Tupong
"Sebuah Harapan", Ramlah Abu Nawas



TUAH TAJI
Abdulaziz H.M.

"Si Taji Hitam"
"Tuah Taji"
"Awang Kecil"
"Mat Jeni"
"Labu Putih"
"Kundur"
"Padi"
"Nasi"
"Sulung"



CETERA
(Antalogi Pemenang Peraduan Menulis Drama TV Berdasarkan Cerpen DBP 1980)

"Ipin", Abdulaziz H.M.
"Balak", Mohamad Muda
"Tulang Pekasam Ikan Puyu", Mohamad Jali Majid



Kalau ditanya kenapa aku beli buku-buku skrip tu semua?
Aku akan jawab, "Untuk masa depan".

Rabu, Februari 10, 2010

Review Show Belenggu 50

Waktu selesai sesi terakhir ujibakat tempoh hari, aku ada berkongsi cerita turun-temurun TTS.
Cerita dulu-dulu yang disampaikan kepada aku melalui generasi terawal.
Dan sekarang aku sampaikan kepada generasi yang baru.
Waktu sekarang ini merupakan waktu kritikal bagi generasi baru TTS untuk mempersiapkan diri masing-masing dengan seberapa banyak pengetahuan dan skil tentang teater.
Sudah tiba masanya pelakon-pelakon yang sudah berpengalaman mencuba untuk mengarah sesebuah drama pentas dan menulis sesebuah karya.

Malam semalam adalah malam show pembuka tirai TTS untuk semester ini.
Berjudul "Belenggu 50", yang diilhamkan daripada karya Dinsman "Menunggu Kata Dari Tuhan".
Itu secara formalnya lah.
Show tersebut bersempena majlis pembukaan Heart4Islam (H4I), sebuah program anjuran Rakan Masjid.
Kali terakhir TTS perform untuk H4I adalah pada tahun 2008 dengan teater Qum!
Terus judul teater tersebut dijadikan nama bagi sebuah kompeni teater berdaftar di Kuala Lumpur. Iaitu The Qum Actors. Nama kompeni sudah profesional.

Apa pun rehearsal pada petang itu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Para pelakon pun baik-baik dan semua hadir.
Jadi tiada apa yang aku harus risaukan sangat untuk show malamnya itu.
Walaupun persediaan hanya dua hari sahaja.

Ada beberapa komen daripada Aini, mantan Presiden TTS yang turut hadir menonton.
Malas nak taip balik. Jadi aku copy paste sahaja daripada perbualan di GTalk. Selepas pulang dari mapley.

1:47 AM me: apa komen show tadi? tak bgtau pun tadi hehe
1:48 AM [TTS]: ade bbrape part aku tsentuh ngan character kerel
tp emotion dia x all out
yg aku pasti dia pon pasan
suara atul sayup2...dia x cari mic
1:49 AM overall mmg 'terkesan'
kire sampai maksud skrip tu kpd pnonton
tu yg aku suke
hehehe
yg lain cm biase...hebat2~
1:50 AM me: woah wpun ada ekonomi dan boikot kan.. aku tak perasan tu. tak proofread pun hehe
anis pelakon baru camne?
[TTS]: dia pndai cari mic
1:51 AM facial expression bole dbaiki
me: dengar jelas la tadi ye
[TTS]: cuma part nangis tu obvious fake la kn
me: oh okay
haha
[TTS]: haha
dia x didedahkan lg ngan sume2 teknik tu
1:52 AM so aku bole terima la
me: haha. tu lah.. terus wat show camtu je kan. takde proper trening
[TTS]: bgus sbb aku x nmpk dia nervous
1:53 AM me: tapi pelakon lain dengar jelas kan? aku kat depan tgh amek gambar dengar macam tak berapa kuat mic tu
[TTS]: mmg bpotensi besar gitu
mic mmg x brape kuat
x cm rehearsal ptg td
me: oh
puak
pulak
[TTS]: tp kbanyakan plakon project suara
so ok jelas
me: oh okay
anis mmg berpotensi besar
pelapis pelakon pompuan gitu
1:54 AM [TTS]: cm ammar tu...kena ajar dia supaya btenang throw line
dia pon cm ash gak
me: hmmm betul jugak tu
[TTS]: xpe...tu pon 1st time utk ammar kn
me: eh?
[TTS]: blakon dpn org ramai
me: aah laaaaaaaa
haha
1:55 AM 1st time kan dia berlakon
baru perasan
[TTS]: haah
me: haha
[TTS]: dia masok2 dpt teknikal dl
me: haha okay la tu
1:56 AM pacing tadi okay la kan?
[TTS]: overall best
timing pon elok2 je 30min
pacing cantek
me: woah
[TTS]: x cpt sgt..x slow sgt
me: okay
[TTS]: org bole tangkap cite tuh
kecuali pkataan cm ekonomi dan boikot tu la
1:57 AM me: LOL
[TTS]: pnonton bole gelak plak
haha
me: mmg harus gelak okt
kot~
haha
[TTS]: hahaha
sbb tetibe ade pkataan moden kn
hahaha
me: tu la kan....
haha
mmg awkward


Syabs dan tahniah pada semua yang terlibat dalam show pertama kali ini.
Show pembuka tirai yang bagus.
Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Selasa, Februari 09, 2010

Bangsawan Jebat: Hari 1 - Scriptreading

Petang 08 Feb 2010.
Scriptreading untuk Bangsawan Jebat bermula.
Skrip masih draf.
Hanya ada Babak 1 - 4 sahaja daripada 6 babak.

Scriptreading adalah step permulaan yang penting untuk pelakon mendapat idea basic tentang karakter dan gaya serta cara menutur dialog.
Sesi baca skrip ini juga akan diteruskan dengan sesi pertama latihan yang amat amat penting untuk memastikan pelakon dapat mencari karakter dan bentuk karakter yang ingin dibawa.
Walaupun ramai saja yang tersasul-sasul sewaktu baca skrip, mungkin sebab tak biasa dengan ayat klasik? Tapi kalau diikutkan tak adalah klasik sangat pun. Mungkin pelakon terlalu cepat sebut line. Kena relaks dan enjoy baru jadi.

Dan lepas habis scriptreading petang tu, aku terus pening kepala.

Malam ada kelas co-curriculum Drama & Theatre II.
Tak sangka Nizar dan Anis yang baru masuk TTS tu juga sekelas.
Bagus juga. Sekurang-kurangnya ada yang aku dah kenal sikit-sikit dan akan kenal banyak sikit lepas ni.
Aku tak pernah hadiri kelas teater secara formal jadi malam tu aku rasa sedikit kekok.
Ah, rasa janggal dengan diri sendiri.
Rasanya kalau dah habis belajar nanti terus bergiat full blast cari job untuk menulis atau apa-apa yang berkaitan dengan bidang teater.

Lepas kelas terus bergegas ke Chancellor Hall untuk rehearsal show Heart for Islam. Tak ada tech run malam ni jadi training atas stage saja.
Ada isu yang aku nak sebut di sini tetapi entah kenapa aku malas nak tulis.
Yang pasti TTS dah lama tak bekerja dengan Medtech dan RM untuk buat suatu show.

Untuk show Heart for Islam tu nanti, aku tak harapkan gelak ketawa penonton. Sebab cerita tu bukan cerita rekaan. Cerita yang diadaptasi dari hadis. Kisah yang menyedihkan jadi tak boleh lah nak reka-reka cerita. Apa pun, apa yang aku harap, ENERGI pelakon tetap ada walaupun cerita ni cerita sedih. ENERGI sedih kena ada. Dan satu lagi aku harap supaya pacing cerita ni tak slow sangat! Kalau tak nanti bosan ya amat!!!!!!!

Harap-harap show tu berjalan lancar. Itu saja!

Bangsawan Jebat: Hari 0 - Casting

Ahad 07 Feb 2010. 2.30 petang - 10.00 malam.
Sesi casting untuk bangsawan kali ini sedikit sukar.
Sukar untuk direktor menentukan pilihan casting yang paling tepat.
Pemilihan casting yang tepat adalah penting bagi memastikan pelakon yang dipilih untuk sesuatu watak itu mampu membawa watak itu dengan baik.

Keputusan direktor juga dipengaruhi oleh apa yang pelakon tunjukkan di depan direktor sewaktu audition. Ini terdiri daripada pelbagai aspek: suara, nada intonasi, emosi, figure serta sifat kesesuaian karakter itu.
Memilih cast untuk watak-watak utama adalah yang paling sukar.
Jebat, Tuah, Sultan dan Dato Bendahara.
Namun begitu akhirnya malam itu keputusan untuk pemilihan semua cast dapat dibuat.
Biasanya waktu casting adalah waktu pening kepala tuan direktor.
Tapi bak kata pepatah, two head is better than one.
Dan setiap keputusan yang terpilih adalah bersebab.

Berikut adalah cast Bangsawan Jebat (setakat ini) dan mungkin akan ada perubahan mengikut keadaan jika memerlukan:

Tauke Panggung - Timmy
Jebat - Ayie
Tuah - Khairil
Lekir - Nizar (Baru)
Lekiu - Nazrul (Baru)
Kasturi - Aiman (Baru)
Arya Petra - Sultan
Sultan - Hussein (Baru)
Tun Teja - Nisa'
Datuk Bendahara - Daus
Datuk Patih Karma Wijaya - Nik
Tun Utama - Zahid (Baru)
Tun Bija Sura - Zafran
Lanun Petala Bumi - Hissam
Pengamuk - Ammar
Melur - Anis (Baru)
Dang Baru - Syira
Inangda - Atul
Raden Mas - Farah
Dayang-dayang - Mira, Nadia, Dayah, Mila (Baru)
Pengawal-pengawal - Ash, Acab, Half, (siapa lagi seorang tak ingat!)

Ahad, Februari 07, 2010

Ringkas: Teater Yang Lebih Jelas Dalam Hidup

Hujung minggu aku dah nak habis.
Dah masuk hari Ahad.
Sekarang pukul 4.00 pagi.
Tapi tak tidur lagi.

Khamis yang lalu selesai sudah sesi ujibakat.
22 orang layak masuk.
11 orang pelakon.
11 orang krew.
Kali ni pecah rekod kemasukan TTS yang selalunya tidak seramai itu.

Jumaat pula.
Seharian aku membaca hadis tentang kisah Ka'ab bin Malik yang tidak pergi berperang.
Dinsman ada hasilkan karya dari hadis yang sama.
Tetapi lakonan monolog.
Aku pula adaptasikan sebuah teater dari hadis tersebut.
Dan ada beberapa watak.
Lepas faham hadis tu, aku terus menulis.
Selain tu aku juga dengar dua ceramah tentang hadis yang sama.
Satu versi local, satu versi international.
Draf pertama siap juga petang Jumaat itu kemudian aku siapkan edit pada petang hari Sabtu.

Sabtu pagi pula aku jadi fasilitator lagi untuk English In Camp di SMK Gunung Rapat.
Nak cerita banyak tentang beberapa isu yang aku dapat daripada pengalaman aku di sekolah pagi tu tapi rasa malas sekarang ni.
Yang jelas nyata isu perkauman yang akhirnya menjurus kepada beberapa lagi sub-isu.
Pendek kata pengalaman yang sekejap itu amat menyenangkan hati aku.

Sabtu malam pula ada TTS Kickstart bersama-sama dengan ahli baru.
Hanya sekadar malam pengenalan dan ice-breaking.
Aku sangat teruja di dalam.
Kerana sungguh ramai ahli TTS sekarang ni.
Dulu kalau makan di mapley satu meja saja cukup.
Paling banyak dua meja saja.

Alhamdulillah.

Selepas kickstart itu juga terus scriptreading teater untuk majlis pembukaan Heart4Islam yang akan berlangsung pada Selasa 9 Feb 2010 ini.
Watak-watak sudah pun diberikan kepada pelakon-pelakon yang terlibat.
Aku percaya pada kebolehan mereka semua untuk menjayakan show yang amat singkat waktu persediaannya.
Oleh sebab masa persediaan singkat, harus curi-curi masa yang ada untuk berlatih.
Durasi show dalam 20-30 minit seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Aku berharap penonton dan pelakon sendiri dapat memenuhi durasi tersebut dengan rasa sayu dan air mata yang tulus.

Aku lihat cabaran ada di hadapan.
Banyak.
Dan cabaran itu perlu dihadapi.
Untuk mencapai cita-cita yang diimpi.

Petang ni ada casting Bangsawan Jebat.
Aku harap direktor tak pening kepala sangat!
HAHAHAHAHAHA!

Khamis, Februari 04, 2010

Ringkas: Q&A Selepas Teater

Hari pertama semester bermula tempoh hari, aku hadiri mesyuarat bersama ahli-ahli TTS dan juga Dr Shark. Dalam perbincangan yang macam-macam, selepas Dr Shark mempersoalkan sama ada orang boleh faham atau tidak karya aku yang akan dipentaskan, dia ada sebut tentang memberi ruang dan peluang kepada penonton untuk bertanyakan soalan tentang apa-apa yang tak difahami dalam pementasan sesuatu teater itu.

Sebenarnya perkara itu bukan pelik bagi aku. Sewaktu aku menonton teater sebabak 'Berani Mati' (karya dan arahan Fasyali Fadzly) suatu masa dahulu, selepas selesai pementasan, pengarah dan para pelakon membuka ruang kepada penonton untuk memberikan pendapat dan juga bertanyakan apa-apa soalan berkenaan teater itu. Ini, merupakan satu budaya yang sihat pada pandangan aku. Ia seperti mewujudkan satu ruang pembelajaran dua hala. Ya lah, bukan semua penonton dapat faham apa yang dipentaskan. Dan bukan mudah pengarah nak pentaskan sesuatu yang artistik, kreatif dan pelik dengan cara yang mudah difahami. Itu memang satu cabaran besar. Pengarah boleh berimaginasi secara melampau. Nak buat itu, nak buat ini. Nak buat macam tu, macam ni. Tapi sudah pasti wujudnya halangan dalam merealisasikan imej-imej artistik yang terlintas dalam kepala otak si pengarah.

Kita (TTS) boleh cuba amalkan budaya sihat itu. Namun lebih berkesan jika ruangnya tidak luas. Seluas black box adalah cukup baik. Kalau jadikan black box itu satu Pandora box pun, apa salahnya?

Bubur

[AKU 1 duduk di atas kerusi yang sudah patah.]
[AKU 2 duduk di atas platform yang sudah pecah.]


AKU 1
So, this is it?

AKU 2
Yeah, this is it.

[Pause]

AKU 1
Macam tak percaya.

AKU 2
Aku pun.

AKU 1
Tapi ini kenyataan, kan?

AKU 2
Ya lah.

AKU 1
Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi.

AKU 2
Tak payah cakap apa-apa...

AKU 1
Dan aku pun tak tahu apa perasaan aku sekarang.

AKU 2
Sedih lah.

AKU 1
Aku pun.

[Pause]

AKU 1
Kau rasa masih ada harapan lagi tak?

AKU 2
Aku tak tahu. Hanya Tuhan Yang Tahu.

AKU 1
Ya. Ya, memang Tuhan saja Yang Tahu.

AKU 2
Kau jangan sedih sangat.

AKU 1
Macam mana aku tak sedih sangat? Hidup aku selama ni bergantung pada dia.

AKU 2
Kau kata dulu kau seorang yang tak bergantung pada apa-apa. Independent, kata kau.

AKU 1
Ya. Aku silap. Setiap orang pasti akan bergantung pada apa-apa.

AKU 2
Kita bergantung pada Tuhan kita lah.

AKU 1
Ya. Itu silap aku dulu. Yang baru sekarang aku sedar.

AKU 2
Baguslah kalau kau dah sedar.

AKU 1
Tapi manusia berhak bersedih, kan?

AKU 2
Ya. Betul. Tapi janganlah bersedih sangat.

[AKU 1 menangis.]

AKU 2
Kau bertenang dulu.

[Pause]

AKU 1
Tidak, aku tak percaya perkara ni boleh berlaku. Tidak, aku tak mahu biarkan kesedihan ini menyelubungi hidup aku. Aku tak percaya semuanya sekarang. TIDAK!! Ini hanya mimpi semata-mata saja kan? Ini bukan kenyataan! Bukan!!

AKU 2
Bertenang. Ingat Tuhan.

AKU 1
Bertenang kau cakap? Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak akan dapat faham sebab kau bukan di tempat aku! Senanglah kau cakap suruh aku ingat Tuhan.

AKU 2
Baiklah. Aku minta maaf. Tapi kalau boleh, janganlah mati sebelum tiba ajal kau. Dan yang dah tiba ajalnya itu, janganlah diminta untuk dikembalikan. Bukan semuanya sudah terlambat, tetapi memang sampai di situ saja kisah hidupnya.

AKU 1
Kau jangan cakap banyak! Kau jangan cuba nak tenangkan aku! Biar aku sendiri yang menenangkan diri aku. Diri aku, aku tahu lah bagaimana nak kawal diri aku!

AKU 2
Baiklah. Aku minta maaf lagi. Kali ini aku akan berdiam.

[Pause]

AKU 1
Aku.. aku.. Aku minta maaf. Aku tak patut cakap dengan kau macam tu.

AKU 2
Tak mengapa. Aku maafkan. Aku faham, dalam keadaan kau sekarang ni, kau mudah emosional.

AKU 1
Emosional? Emosi? (Gelak kecil) Teringat pula kenangan aku bersamanya dulu.

AKU 2
Sudahlah. Jangan diingat sangat kisah lalu. Nanti kau makin sedih. Lebih baik kau lupakan.

AKU 1
Tapi aku tak mahu melupakannya. Kenangan sajalah yang masih ada dan boleh terus hidup. Jasadnya sudah tiada. Salahkah aku berbuat begitu?

AKU 2
Tak, tak salah. Silakan.

[Pause]

AKU 1
Bersedih buat aku mudah lapar.

AKU 2
Kau nak makan?

AKU 1
Boleh juga. Apa yang ada?

AKU 2
Bubar.

AKU 1
Bubar?

AKU 2
Eh bukan. Tersasul. Bubur, bubur ayam McD.

AKU 1
Bubur ayam McD?

AKU 2
Bukan dari McD betul. Ala-ala saja. Aku masak tadi.

[AKU 1 mula menangis lagi.]

AKU 2
Makanlah. Mungkin boleh tenangkan sedikit kesedihan kau.

AKU 1
Aku dah tak ada selera.

AKU 2
Makanlah. Aku suapkan. Makan ya?

[AKU 1 mengangguk.]
[AKU 2 menyuap AKU 1.]

AKU 2
Sedap?

AKU 1
Kurang garam.

AKU 2
Tak cukup masin ke?

AKU 1
Cukup masin. Tapi kurang garam.

AKU 2
Oh. Nanti aku tambah garam sikit.

AKU 1
Kau kena banyak makan garam.

AKU 2
Aku takut kena darah tinggi.

AKU 1
Kalau takut saja, bila nak beraninya?

AKU 2
Aku takut jadi macam kau, sangat berani sampai jadi sangat sedih.

AKU 1
Aku dah banyak tersilap langkah.

AKU 2
Aku harap-

AKU 1
-Aku harap kau tak ikut jejak langkah aku.

AKU 2
Ya. Aku pun harap begitu.

AKU 1
Lama-lama sedap pula rasa bubur ni.

AKU 2
Nak lagi? Aku suapkan.

[AKU 2 menyuap AKU 1]

AKU 1
Kalau dulu aku makan nasi.

AKU 2
Dulu kau masih sihat dan berselera.

AKU 1
Sekarang dah terlalu bersedih. Selera makan hilang.

[AKU 1 menangis lagi.]

AKU 2
Nasi sudah menjadi bubur. Mana mungkin kita nak jadikan bubur itu nasi kembali?

AKU 1
Memang tak mungkin. Tapi bolehkah kalau aku berdoa?

AKU 2
Mohon pada Tuhan?

AKU 1
Ya, mohon pada Tuhan. Mungkinkah boleh?

AKU 2
Aku tak tahu. Hanya Tuhan Yang Tahu.

AKU 1
Aku nak berdoa sekejap.

[Pause]
[AKU 1 berdoa menadah tangan tinggi.]

AKU 1
Ya Tuhan, kurniakanlah pada aku rezeki sesuap nasi dan tabahkan hati aku supaya tidak membazirkan nasi itu, sebelum ia basi atau menjadi bubur.

AKU 2
Amin.

AKU 1
Amin.


[Gelap.]
[Kosong.]

Rabu, Februari 03, 2010

Rawak: 2 Malam Selepas Ujibakat

Dua malam audition TTS sudah berlalu.
Ada yang bagus, ada yang haru.
Di kalangan yang bagus, yang berpotensi.
Tapi kita tak tahu lagi.
Sejauh mana mereka dapat bertahan dalam aktiviti seni ini.
Aku dah lihat ramai sangat budak-budak baru yang datang audition.
Bermula tahun 2006 lagi aku sudah conduct sesi audition.
Ramai yang hadir pada hari pertama dipanggil untuk casting.
Dan sedikit yang tinggal pada kemudian hari selepas situasi dan suasana kerja teater sedikit menekan dan membebankan.
Misal kata ada 10 orang yang layak dan dipanggil, hanya 1-2 orang saja yang akan terus bertahan.
Bagi aku, kerja teater tidak seharusnya menekan dan membebankan.
Ia memang sedikit sukar dan mencabar, tetapi tidak pernah aku merasa terbeban dengan apa-apa saja tugasan pentas.
Semuanya dilakukan dengan hati yang terbuka dan perasaan yang seronok.

Sepanjang dua malam audition yang telah berlalu.
Aku dapat lihat beberapa orang muka pelapis, yang boleh harap, yang boleh pakai, yang berpotensi. Tapi itu bukan kata putus aku yang terakhir. Kita kena tengok sejauh mana mereka boleh terus bertahan.
Aku juga dapat lihat beberapa orang yang tidak ada respek pada penganjur audition, tidak ada disiplin langsung walaupun sebenarnya berbakat.
Aku juga dapat lihat ramai orang yang malu-malu, segan-segan dan aku rasa itu tidak menjadi masalah sebab aku dulu pun begitu.

Bagi TTS, kami tidak kisah apa latar belakang kau.
Kau orang masjid ke, kau orang band ke, kau orang karaoke ke, kau orang perokok ke, kau orang lembut ke, dan lain-lain. Yang penting, rasa hormat antara satu sama lain perlu ada. Tak kira kau pergi audition di luar sana pun sama saja. Malah, di luar sana kebanyakannya mengamalkan gerak kerja teater secara profesional yang lebih serius. Sebab di luar sana, it's serious business!

Bagi yang tak terpilih, boleh cuba lagi.
Bagi yang terpilih, tolong hargai peluang yang ada sebaiknya dan buktikan kau orang mampu jadi pelakon, pengarah, penulis, pengurus pentas atau krew teater yang baik pada masa akan datang.

Bagi ahli TTS yang sedia ada yang teringin menulis skrip, mulakan menulis!
Walau sebaris ayat sekalipun. Dan walau sampah sekalipun.
Kalau tak mulakan menulis, sampai bila-bila pun kau orang tak akan dapat menghasilkan satu karya.

Tulis dengan hati kecil. Maka sebuah karya jujur akan terhasil.
Percayalah. Karya yang jujur tidak akan pernah berbohong. Walau jauh mana imaginasi itu sekalipun. Kalau dapat tembus sampai ke lapisan terdalam karya aku. Maka dapatlah kau tahu banyak perkara tentang diri aku. Isu-isu aku, baik buruk aku, dan perasaan aku.

Lagi sekali.
Respek, respek, respek.

Sepanjang pengalaman aku, dah banyak perkara yang aku belajar dari kesilapan dalam teater. Khususnya dari segi penerimaan aku terhadap rakan sepentas yang lain.

Kita boleh hidup dalam dunia kita sendiri.
Tetapi dunia kita sendiri itu sebenarnya adalah sebahagian daripada dunia kita semua.
Selamatkan dan pelihara dunia kita daripada kadar kemusnahan yang tinggi dan pantas.
Dunia memang akan musnah. Jadi apa yang kita boleh lakukan adalah memperlahankan kadar kemusnahan dunia ini.
Selamatkan alam sekitar.
Jangan kencing merata-rata.
Jangan berak merata-rata.
Jangan meludah merata-rata.
Jangan buang sampah merata-rata.
Jangan buang bayi merata-rata.
Pelbagai 'JANGAN' dan segala macam 'AMARAN'
Apakah semuanya itu boleh pakai?
Semuanya dalam karya akan datang:


"AWAS! MUATAN PANJANG"
(Tolong jangan fikir ada subteks, tolong ya?)