Sabtu, Januari 31, 2009

Roy; In The Making

Latihan untuk menyertai Festival Teater KL tahun ini akan bermula.
Tempoh hari, aku dan rakan pentas sudah pergi survey pentas Taman Budaya KL.
Skrip yang hendak dibawa juga telah ditetapkan, iaitu Miao Miao Sang Arnab (MMSA).
Karya Dr Shark.
Tenaga produksi MMSA tidak perlu ramai orang.
4 orang pelakon. 3 aktor, 1 aktres.
1 orang teknikal pun sudah cukup kerana pengunaan audio dan lampu sangat minimal.
Malah, pelakon sampingan juga boleh menjadi SM (1 orang) dan krew belakang pentas (1 orang) kerana set teater ini juga minimal dan tidak perlu ditukar-tukar.

Festival Teater di KL kebiasaannya akan menemukan banyak kumpulan teater di sekitar Lembah Klang.
Berbelas-belas, kata abang technician di sana.
Jadi, saingan memang banyak.

Aku akan memegang watak sampingan bernama Roy.
Seorang playboy.
Aku tidak pernah bawa watak playboy sebelum ini.
Jadi aku rasa aku perlu mula belajar.
(Walaupun aku dahulu dicop sebagai playboy sekolah menengah.)

Jika tiada aral, Isnin ini kami akan memulakan staged reading.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan