Sabtu, Januari 24, 2009

Jumaat, Mulianya Cintakan Tuhan

DVD filem Budak Kelantan sudah ada di pasaran.
Dan sudah ada dalam simpanan aku.
Aku beli yang original. Sebab bagi aku filem ini berbaloi ceritanya untuk aku beli yang original.
Kalau filem Razak Mohaideen aku akan beli yang cetak rompak.
Sedikit kasar bunyinya, tapi aku berkata jujur.
Kalau aku tidak terlepas tayangan filemnya, aku tonton di pawagam.

Secara ringkas, filem Budak Kelantan ini bagus moralnya.
Aku akui pandangan Yasmin Ahmad, filem ini seharusnya bermain lebih dengan emosi.
Tapi lagi sekali, matlamat tidak menghalalkan cara.
Ramai yang ingin bawa cerita dengan mesej berunsurkan agama.
Itu kita sokong.
Tapi mungkin cara bawaan boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang.
Dengan cara yang lebih bertepatan dengan agama.


BUDAK KELANTAN

Cerita: 3.5/5
Lakonan: 3/5
Visual: 3/5
Bunyi: 3/5

3 ulasan:

  1. aku rasa Budak Kelantan antara cerita yang hampir semua pelakon dia boleh berlakon...watak ana (budak kena rogol) x nampak dibuat-buat...watak amoi jogging pun bagus...bukan dibuat-buat...dan watak bienda memang bagus la (dan bienda nampak ayu tanpa perlu kelihatan terlalu mencuba dengan tudung ala gipsinya)...

    komen member aku: nasib baik la danny pegang watak baik...x banyak sangat dialog...kalo x, lagi obvious dia x pandai berlakon!

    btw, sekali pandang watak jahar tu macam are-meer sofaz la pulak!

    BalasPadam
  2. aku bagi 2/5 bagi setiap kategori yang kamu ada..huu

    BalasPadam
  3. nak berlakon natural depan kamera ni macam susah sket

    kalau ada bakat semulajadi tak apa lah

    kalau tak ada bakat semulajadi macam aku ni, susah la sket

    ha ha

    BalasPadam