Sabtu, Januari 24, 2009

Jumaat, Balik Kampung, Jangan Melencong!

Aku sudah merancang perjalanan balik kampung dengan begitu rapi dan kemas.
Tiket akan aku beli seawal mungkin kerana aku tak suka cari pasal di saat-saat akhir.
Bila aku beli tiket di saat-saat akhir, itu maknanya perjalanan itu adalah atas urusan kecemasan atau urgency.

Aku tak serik naik bas.
Sebab setiap kali naik bas, aku dapat pengalaman baru.
Pengalaman dalam melihat manusia-manusia.
Bukankah itu satu pengalaman?
Atau, kau orang semua hanya melihat orang tanpa ada rasa dan jiwa?

Orang macam aku memang kurang sesuai bekerja bidang kejuruteraan.
Tapi aku suka bidang kejuruteraan.
Cuma aku tidak sebegitu rajin untuk mencari sesuatu yang baru dalam bidang kejuruteraan.
Aku hanya mengikut teori yang sudah sedia ada.
Terkeluar topik pula.

Dan malam ini aku naik bas, 10 MINIT sebelum bas bergerak.
Aku naik dan tempat duduk aku sudah diduduki seorang lelaki muda.
Dia baru sedar tiketnya adalah untuk perjalanan hari esok.
Malang juga nasibnya.
Semoga dia selamat pulang esok.

Tapi itu cerita bas. Yang bosan. Cerita, bukan bas.

Aku mahu cerita apa yang aku buat sebelum naik bas.

Aku melencong ke Taman Budaya KL.
Dan aku telah tonton teater kanak-kanak berjudul "Cincin Belah Rotan".
Aku ingat cerita pasal perkahwinan ke, cinta ke, kekeluargaan ke.
Rupa-rupanya...

Tentang kepentingan menjaga keindahan alam sekitar.

Sebijik macam tajuk khutbah Jumaat dalam skrip JUMAAT aku. Opps, spoiler.

Dipersembahkan oleh Kelab Teater Kota Kuala Lumpur (KTKL). Skrip oleh WSMok. Arahan Umie Sofea. Hmm.. Sedap nama tu.

Pementasan ini biasa. Cukup biasa.
Moral yang ingin disampaikan objektif dan tidak meleret-leret (durasi pementasan tidak lama), sesuai dengan tahap penerimaan target audiens iaitu kanak-kanak.
Dan memang ramai juga kanak-kanak yang hadir menonton.
Suntikan komedinya pula biasa. Telatah dan ligat watak kanak-kanak utama iaitu Fuad dan Zul dipergunakan.
Zul nampak lebih biasa di atas pentas dengan gayanya yang tersendiri.
Fuad pula sedikit kaku dan kekok tapi dengan bantuan Zul, ia dapat diselindung sedikit.
Yang lain aku tak nak komen. Set pentas kawasan hutan.
Oh ya, teknikal lampu sedikit teruk. Banyak juga muka pelakon tidak kena cahaya lampu.
Dalam teater, "...to be seen, to be heard..." - Mano Maniam
Jelas sekali lampu perlu nampakkan muka pelakon, bukan saja-saja pasang dan main lampu konon untuk bagi feel seni.
Vocal projection tiada masalah lagipun Taman Budaya KL tidaklah besar mana.
Koreografi, aku tak reti nak komen. Tanya orang tarian ha ha.
Energi pula tidak maintain.

Kesimpulannya, aku rasa persembahan ini seharusnya jadi lebih menarik jika diperbaiki dari pelbagai aspek seperti yang telah disebut, terutamanya kekuatan lakonan semua watak.
Jika semua pelakon punya kekuatan tersendiri, seluruh pementasan akan jadi marvellous.
Macam mana nak bina kekuatan lakonan?
Itu bergantung kepada pelakon itu sendiri.

Sebelum pementasan bermula, aku berborak-borak dengan seorang brader yang duduk di sebelah kanan aku.
Dengan orang teater aku senang mahu bergaul. Dengan orang lain aku jadi sedikit pasif. Itulah aku yang dual-personality. Bukan dual. Tapi multiple. Ha ha.
Berborak-borak juga tentang teater dan penglibatan masing-masing.
Brader tu pernah jadi SM. Stage Manager, bukan Sultan Muzaffar. Di UPSI.
Memang dia akui kata-kata aku (yang aku quote kata-kata direktor teater aku) bahawa malam show, direktor goyang kaki, SM yang bertanggungjawab untuk show.
Borak punya borak.
Akhir sekali baru berkenal-kenalan dan berjabat tangan.
Brader tu nak kahwin tak lama lagi dengan orang Batu Pahat.
Brader tu punya nama...

Yusof.


Postscript: Allah Masa Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan