Aku rindukan sinar mentari pagi
Aku rindukan rasa Vitamin D itu
Pagi ini matahari jingga menyapa mesra alam ciptaanNya
habanya membahang dunia
buat seluruh makhluk yang memerlukan pancarannya
Mulianya matahari
tapi apakah kita sedar?
Jadi jangan berasa rimas jikalau cuaca panas terik menusuk daging
itu bukan angkara matahari
Kerana pada suatu masa dan ketikanya nanti
cahaya yang panas itu akan membakar jasad
malah lebih panas dari itu
jikalau kita tidak berhati-hati
Jadi berhati-hatilah
Anda mampu mengubahnya
Ingatlah orang yang tersayang
Sediakan payung sebelum hujan
Sediakan payung sebelum panas terik
Postscript: Tengah hari itu amat terik panasnya dan aku pula konon-konon mahu jadi The Spirit berpakaian hitam bertali leher merah. Aku rasa boleh hidangkan telur separuh masak yang dimasak dalam kocek seluar cotton hitam. Aku rasa. Sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan