Khamis, Januari 22, 2009

Menguji Bakat Seorang (Bakal) Pelakon Harapan


Kalau kita sedar

bila dalam audition, kita tak sedar apa yang kita telah buat.

Jadi anjing lah. Jadi nyah lah. Jadi gila lah.

Dan jika dan hanya jika aku sedar selama ini.....

***

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina;

28-29 Januari 2009 akan datang, TTS akan mengadakan ujibakat untuk mencari bakat baru.
Setiap penggal TTS cari bakat baru. Tapi aku kadang-kadang pelik. Kadang-kala tidak cukup tenaga produksi. Bukankah itu pelik?
Dulu aku datang ujibakat bersama beberapa orang rakan yang kini sudah menemui passionnya yang sebenar.
Sekarang pula aku yang menguji bakat orang.

Aku pun tidak banyak pengalaman lagi. Masih mentah lagi dalam bidang ini. Memang aku sudah berlakon banyak show, sudah menjadi pengarah muda (sehingga ada krisis dalaman ha ha) dan berjaya menghasilkan beberapa skrip sendiri, tapi aku masih tidak mencapai tahap kualiti yang aku inginkan.
Kalau tidak percaya, boleh baca skrip aku. Banyak kekurangan dan cacat cela, lompong, lobang pada skrip tersebut. Maklumlah, penulis muda.

Dalam menguji bakat seseorang, aku tidak pentingkan bakat yang sudah sedia ada dalam diri individu itu. Itu perkara kedua atau selanjutnya.
Yang utama sekali, aku lihat pada personaliti dan komitmen seseorang itu.
Jika aku suruh dia buat aksi itu, dia tidak menolak-nolak dengan alasan segan, malu, tersipu.
Jika aku suruh dia berlakon sebagai seorang watak itu, dia tidak berfikir dua, tiga kali.
Dan bila aku kata yang latihan teater adalah intensif (dan kadang-kala ada lah sedikit insentif berbau wang), dia tidak menunjukkan reaksi pada mukanya yang dia akan menjadi bakal pelakon yang berlakon satu, dua show sahaja.
Dan orang yang diujibakat itu tidak kisah akan mendapat watak picisan hatta pelakon ekstra tanpa dialog sekalipun.
Dan akhir sekali, dia tidak kisah dibotakkan rambutnya (bagi lelaki).
Jangan tak percaya, ada pelakon yang kisah rambutnya dibotakkan. Dan dia kini sudah tidak mahu berlakon lagi.

Jangan serik!
(Kena tengking dengan techies - aku tak serik!)
(Kena marah dengan pengarah muda - aku tak serik!)
(Kena kutuk, kena perli, kena basuh, kena ceramah - aku tak serik!)
(Kena habiskan cuti tahun untuk show hujung tahun - aku tak serik!)
(Kena pulau, kena sisih, kena kecam - aku tak serik!)

Ha ha

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk jadi pelakon separuh masa, boleh lah datang ke ujibakat yang diadakan oleh TTS pada 28-29 Jan 2009, pukul 5-7 PM dan pukul 8-10 PM pada dua hari tersebut bertempat di V2 Foyer, UTP.


[Ini gambar poster digital]



PS: Kepada perempuan, sila berpakaian kasual dan jangan 'telanjang' - dalam erti kata yang berlapis, bukan erti kata sebenar - if you know what I mean..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan