sejak dua tiga hari ini aku mengalami kesukaran mencari ilham untuk menulis sesuatu
mungkin geophysics masih berlegar-legar di ruang otak
jadi pagi ini aku terlebih sedut oksigen
maka lahirlah satu cerita
sebuah monolog aku persembahkan kepada umat dunia
"Aku Bukan Loser"
tentang seorang lelaki bernama Luzer yang sentiasa bernasib malang
di mana-mana, bila-bila, dengan siapa-siapa
suatu hari dia terlepas bas setelah pulang bekerja lewat
dia terpaksa tidur di bus stop
tidak lama selepas itu dia terjaga dari tidur
menjadi orang lain
orang gila
orang gila bermonolog tentang nasib hidup dia
dulu dia tak gila
tapi anak perempuan dia, anak lelaki dia, isteri dia buat dia gila
ada sejarah hitam
membuatkan dia tertekan mental
lalu jadi gila
namun gila-gila dia pun tak macam orang gila biasa
dia gila tapi mampu memberi nasihat agama kepada orang lain
walaupun dia dulunya tidak kuat agama
dan banyak melakukan maksiat dan dosa
tapi sewaktu dia memberi nasihat agama kepada orang-orang di warong kopi
dia telah ditahan oleh pihak berkuasa
waktu itu dia menjerit-jerit nama Luzer
Luzer bangun dari tidurnya di bus stop
Azan Subuh pun berkumandang dari surau berdekatan
skrip penuh akan ditaip
bila hendak dipentaskan?
haa yang itu kita tak tahu lagi ya
Ambil masa untuk menulis?Memang.Aku selalu cuba relate dengan kejadian hari-hari.Teori-teori aneh yang aku pikir betul.Dari chat pun,boleh jadikan penulisan. =)
BalasPadam