Ahad, Januari 11, 2009

(Bukan) Anne: Ehh.. ehh.. ehhhhhhh

Hari itu aku singgah ke sana ke sini.

Tengah hari aku singgah ke YOUTH '09 di PWTC.
Pesta anak-anak muda dan belia dari seluruh Malaysia.
Asalnya aku berniat hendak tonton performance dari Project OMG dan Project Connect.
Tapi memandangkan waktu tidak begitu mengizinkan.
aku terus ke Istana Budaya untuk menonton Makyung Raja Besar Senyaya.
tiket pun belum beli.

Tentang YOUTH 09 tersebut aku kagum dengan pameran foto oleh Lomo Kidz.
Sebanyak lebih kurang 4500 foto ditampal secara kolaj.
Kesemuanya hasil tembakan dan cucian filem sepanjang tahun 2008
dari pelbagai negara bukan setakat di Malaysia tetapi Manila, Bangkok, China dan banyak lagi.
Dan semuanya lomo tiada digital.
Banyak lagi booth yang mempamerkan hasil seni mereka
dah macam kat Pasar Seni aku rasa.

Malam itu Lambang Sari 93% penuh
Lalu sedetik hati aku berkata
Agak ramai juga yang minat makyung...

Apa pun itu kali pertama aku melangkah masuk ke Lambang Sari
Pentas semi arena (kot?) maaf jika aku salah aku tidak belajar teater secara ofisial ha ha
Malam itu juga baru aku tahu bagaimana sebuah makyung dipentaskan secara lengkap
Oleh sebab itu kali pertama aku menonton makyung
aku tidak mampu berkomen banyak
Secara keseluruhannya makyung Raja Besar Senyaya ini berjaya dipentaskan dengan tidak membosankan para penonton
Peran-peran berjaya membuat kelakar
Teknikal ringkas dan kemas
Set pentas pula - ohh... set makyung kena macam tu ye... (68% mirip dengan pentas teater KERUSI tempoh hari)
Teknik lakon pun cukup dan nampak ia digunapakai - ini yang penting
Bahasa yang digunakan pula tidak terlalu klasik
Sedikit ayat-ayat Bahasa Inggeris turut digunakan
Kira ada suntikan moden
Pengarah, Fatimah Abdullah dan watak utama, Rosnan Rahman memang banyak pengalaman dalam makyung
seperti yang dinyatakan dalam buku programnya
Jadi secara keseluruhannya aku rasa teater makyung ini baik.

IB sudah pun mewar-warkan program bagi tahun 2009 ini.
Aku akan menonton pementasan yang ada seperti dalam jadual program di blog ini jika tiada aral melintang.
Jika ada sesiapa yang nak ikut serta bolehlah sama-sama kita menonton teater.
Selain di IB, jangan lupa usha show-show yang ada di Taman Budaya, Stor Teater, Panggung Bandaraya, Annexe CM, dan di mana-mana yang ada.


PS1: Aishah Sinclair!
PS2: Little Britain!
PS3: (Di Petaling Street) Belu, bang? Belu, bang? Ohhh... berlubang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan