Sabtu, Januari 10, 2009

Lencongan ke Dialog Seni - Berani Mati

The Dialogue of Art di Annexe Gallery, Central Market
Ia sebuah graduation exhibition oleh Fine Art Deparment, Dasein Academy of Art
Bagi sesiapa yang tak tahu, terletak di Wangsa Maju - amoi tu bagi tahu

Ada 4 orang artis - semua chinese - 19 artwork - dan kebanyakan artwork yang dipamer boleh dibeli dengan harga yang mahal
paling murah RM350 dan paling mahal RM5200
Aku menghabiskan masa dalam setengah jam untuk melihat kesemua artwork.
yang paling menarik bagi aku adalah "The Building" - sebuah installation art yang menggunakan medium kain, speaker, MP4 dan batang kayu setinggi 4.1 meter - dan orang boleh tembus masuk (ada pintu)
perca-perca kain yang digunakan terdiri daripada banyak corak yang berbeza-beza - dan ada yang corak sama tapi berbeza warna
artisnya - iaitu amoi itu - bagi tahu yang sepatutnya ada bunyi katak semasa kita lalu tembus pintu building tu tapi bateri MP4 sudah kong - katanya
dan artwork itu dihasilkan selama 5 bulan
dan ia yang paling mahal di situ - RM5200
walaupun tak cantik di mata tapi cantik di jiwa seni

Selain itu artwork yang aku suka adalah "Breath" - bagi aku ia natural, nyaman dan mesra alam
imej seorang wanita yang sedang menghirup udara segar - inginkan kebebasan
ia nampak dan ia berkesan

Artwork colour woodcut berjudul "Development" juga menarik perhatian aku
di tengah-tengah ada akar umbi - dan ada tiga penjuru dengan imej rumah kayu beratapkan nipah - setiap penjuru berlainan warnanya
mesej yang cuba disampaikan melalui hasil seni itu berkesan

Kemudian, aku blah.


8.30 malam hari itu aku melangkah masuk ke Stor Teater DBP buat kali pertama
kecil sahaja rupanya ruangnya - patutlah ia dipanggil sebagai stor teater
tapi itu tidak penting
lagi kecil ruang lagi bagus - lagi jelas vocal projection pelakon
lagipun ramai sangatlah yang berminat nak tengok teater yang tak ada tarian dan nyanyian ni - ada. tapi masih tidak ramai
Teater berjudul "Berani Mati" - karya dan arahan Fasyali Fadzly, seorang pengarah muda
Mengisahkan...aaa.. sinopsis carilah sendiri ada blog dia - google la sendiri kalau rajin ha ha

Membawa kisah peperangan - suatu perkara yang berat
tapi pengarah cuba membawa pementasan ini dengan cara realism, ringan dan penuh dengan komedi
bukan senang hendak membawa sebuah cerita berat dengan cara ringan
silap gaya komedi tersebut menjadi dominan dan mesej utama cerita tersebut entah ke mana
tapi bagi aku itu juga terpulang kepada pemikiran penonton
jika penonton datang menonton dan gelak ketawa semata-mata tanpa memikirkan sub-teks - gelak ketawa sahajalah yang mereka dapat
jika penonton dapat berfikir - dua-dua mereka dapat

5 orang pelakon - semua lelaki - semua telah menunjukkan lakonan yang baik
ada yang cukup natural, ada yang kurang
ada yang terlalu menjerit-jerit
permainan emosi kurang - kalaulah pelakon dapat bermain dengan emosi lebih lagi sudah pasti ia dapat menyentuh hati para penonton
dan teringat aku akan pengarah teater aku berkata bahawa suatu pementasan yang lengkap dan gerenti menang (dengan erti kata berkesan dan memenangi hati penonton) perlu ada pelbagai emosi - utamanya gembira, sedih, kecewa, marah dan sebagainya.

Tentang set pentas pula, aku rasa ia sudah bagus.
Dan setiap sudut ia digunapakai oleh para pelakon.
Lagipun aku berpandangan yang set pentas itu walaupun hanya kosong (tiada props - atau hanya mime) tapi jika diguna oleh pelakon dengan baik - maka set pentas itu pun baiklah kiranya.

Teknikal - audio dan lighting - simple.
Kalau boleh dimainkan lagi lebih menarik barangkali.
Tapi aku tertarik dengan teknik ON-OFF lighting untuk menunjukkan babak yang memerlukan pergerakan masa yang lama.
ON lampu - semua pelakon freeze - OFF lampu
ON lampu - semua pelakon dalam aksi yang lain freeze - OFF lampu
dan begitulah buat beberapa kali.
Teknik ini jika dilakukan dengan cukup pantas dan 'sharp' aku pasti ia akan begitu menjadi dan menarik.

Selepas pementasan selesai, ada sesi soal-jawab penonton bersama pengarah dan pelakon supaya dapat berkongsi pendapat berdasarkan pementasan teater tersebut.

Oh ya, produksi Berani Mati ini dijayakan oleh The Arts Stage Club, Selangor yang berjaya memenangi beberapa anugerah di FTM 2008.

1 ulasan: