Sabtu, Januari 31, 2009

Visual Tak Bergambar

[ini sepatutnya ada gambar ubi yang berisi]

[ini sepatutnya ada gambar ubi tak berisi]

[dan ini pula sepatutnya ada gambar tin kosong]

[dan ini pula sepatutnya ada gambar tin berisi]

[selanjutnya, ini pula sepatutnya ada gambar tin berisi ubi]

[dan lebih lanjut lagi, ini pula sepatutnya ada gambar ubi berisi tin kosong]


Anda yang mana satu?

A Play

Di pejabat:

A Play - a perception of how a producible reservoir, petroleum charge system, regional top seal and traps may combine to produce petroleum accumulations at a specific stratigraphic level


Di pentas:

A Play - a story (script) written by a playwright to be acted on the stage by actors/actresses


PS: Don't play-play

Hang Tuah; Pro-babi-liti/Posibiliti?

Hanya kemungkinan kecil
untuk aku memegang kembali watak Hang Tuah

kita tunggu dan lihat
bagaimana nanti
jadinya
pro-babi-litinya
dan
posibilitinya

Jiwa aku cukup selesa dengan watak itu
Sesuai

Apa yang paling penting sekali
dalam diri Hang Tuah
adalah ketaatan yang tak berbelah bahagi



PS: Abaikan Hang Tuah versi kacukan. Kredibiliti dia sebagai Hang Tuah 'melayu' masih aku pertikaikan. (Yeah, walaupun aku tahu, zaman sekarang 'Melayu Boleh'. Malaysia Boleh, Melayu Boleh. Yeah, right~)

Putra; Re-making

Aku akan kembali di atas pentas tidak lama lagi.
Kemungkinan besar bulan Mac ini.
Teater KERUSI dibawa pula ke Kuala Lumpur, ke pentas Taman Budaya.

Aku, tanpa berfikir panjang akan akibat yang akan aku hadapi, menerima tawaran berlakon sebagai Putra lagi sekali.
(Lebih kepada meminta-minta, sebenarnya ha ha)

Namun aku rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Putra sebelum ini.

Apa yang tak kena? Haa.. yang tu kita tak tahu ya.

Aku rasa saja.. ya, rasa saja.

Roy; In The Making

Latihan untuk menyertai Festival Teater KL tahun ini akan bermula.
Tempoh hari, aku dan rakan pentas sudah pergi survey pentas Taman Budaya KL.
Skrip yang hendak dibawa juga telah ditetapkan, iaitu Miao Miao Sang Arnab (MMSA).
Karya Dr Shark.
Tenaga produksi MMSA tidak perlu ramai orang.
4 orang pelakon. 3 aktor, 1 aktres.
1 orang teknikal pun sudah cukup kerana pengunaan audio dan lampu sangat minimal.
Malah, pelakon sampingan juga boleh menjadi SM (1 orang) dan krew belakang pentas (1 orang) kerana set teater ini juga minimal dan tidak perlu ditukar-tukar.

Festival Teater di KL kebiasaannya akan menemukan banyak kumpulan teater di sekitar Lembah Klang.
Berbelas-belas, kata abang technician di sana.
Jadi, saingan memang banyak.

Aku akan memegang watak sampingan bernama Roy.
Seorang playboy.
Aku tidak pernah bawa watak playboy sebelum ini.
Jadi aku rasa aku perlu mula belajar.
(Walaupun aku dahulu dicop sebagai playboy sekolah menengah.)

Jika tiada aral, Isnin ini kami akan memulakan staged reading.

Charkap Charcoal

Cakap apa kau nak cakap
tapi sila fikir apa kau nak cakap

Jangan terlepas cakap

Cakap bila perlu
kurangkan cakap kurangkan dosa
Cakap pada tempat dan waktu yang perlu
kurangkan cakap kurangkan dosa

Dan ini bukan rekaan

jika anda percaya dan yakin dengan percaya


Charkap jangan sebarangan

Jangan charkap charcoal

Jumaat, Januari 30, 2009

Saka Harimau 7 Keturunan

Dulu-dulu
masa zaman jahiliah
zaman mak bapak kita yang dah veteran sekarang ni tak tahu sangat pasal Islam
zaman orang perempuan tak ramai tahu yang menutup rambut itu WAJIB
zaman itu lah

Bapak aku kata,
askar-askar atau polis-polis zaman dulu-dulu
suka amalkan ilmu
untuk bagi kebal katanya
jadi bila kena tembak tak lah mati
Itu bapak aku kata,
bapak aku boleh kata sebab dia dulu askar juga
tapi dia tak pakai la ilmu kebal tu

Ada yang amalkan ilmu tu sejak dari muda sewaktu jadi polis
dan sampai dah pencen
tak buang-buang lagi jin yang jadi penghalang peluru-peluru tu
jadinya
dan jin tu pun dah jadi datuk dah sekarang ni
datuk jin
jangan salah taip jadi datuk jins
walaupun ia nampak seperti plural bagi datuk jin, tapi senator datuk jins nanti terasa
jadi, jangan tersalah taip
bahaya

Jadinya saka itu pun
mengganggunya setiap malam bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi
tiap malam dia mengigau dan meracau kesakitan belakang badannya seperti dicucuk-cucuk
macam mana aku boleh tahu seperti dicucuk-cucuk?
sebab mak aku pernah diganggu sewaktu tidur di rumahnya
dan mak aku kata seperti dicucuk-cucuk dengan jarum
lepas pukul 3 pagi sudah berhenti meracau
maklumlah waktu se per tiga malam

Jadinya saka itu pun perlulah dibuang
ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol dan botol itu dibuang ke laut
Kalau tak dibuang
aku khuatir saka akan pergi pula ke keturunan tuannya


Harap dijauhkan



PS: Jangan sesekali minta pertolongan daripada jin, iblis, syaitan. Minta pertolongan daripada Allah semata-mata. Kalau minta selain daripada Allah, itu namanya.........? Dan apa hukumnya? Dan apa balasannya jika tidak sempat bertaubat?


Anda orang Islam, harus tahu jawapannya.

Q

Di sini
ramai orang yang tidak suka beratur
ya lah, siapa yang suka beratur panjang-panjang, lama-lama?
orang mestilah nak cepat
lumrah manusia nak cepat-cepat
semua benda nak cepat-cepat
habis kerja nak cepat-cepat
tunggu hujung minggu nak cepat-cepat


KTM ada buat Sistem Q
bagus bagus


Tapi ramai lagi yang tidak ikut Q
ya lah, siapa yang suka beratur panjang-panjang, lama-lama?
orang mestilah nak cepat
lumrah manusia nak cepat-cepat
semua benda nak cepat-cepat

Tapi ada satu benda yang ramai manusia yang tidak cepat-cepat....


























AMAL SOLEH.



PS: Mungkin Q Haidar dapat membantu? Atau dengan menonton Spa Q?

Khamis, Januari 29, 2009

kertas-kertas

kalau dapat diperhati
aku tidak biasa menampal-nampal helaian nota atau artikel yang informatif
ada yang berpendapat cara itu untuk mengingat sesuatu yang fakta seperti rumus-rumus tanpa perlu menghafal, tetapi mengingat tanpa mengingati
tapi kita korbankan kertas-kertas
terima kasih kertas-kertas

aku sebaliknya
memanfaatkan teknologi komputer yang sudah ada
seboleh-bolehnya aku tidak mahu cetak keluar apa-apa artikel yang informatif
tapi nota kuliah perlu juga aku rasa kerana aku tidak mampu baca nota kuliah sewaktu komputer beroperasi ha ha
tapi setakat itu sahaja
aku tidak selalu korbankan kertas-kertas
nasib kau baik kertas-kertas

apa hendak aku katakan di sini
adalah tentang alam sekitar
nah, lagi sekali aku ajukkan tajuk khutbah Jumaat
walhal khutbah Jumaat seperti alam sekitar atau buah-buahan tempatan hanya dapat didengari

di masjid-masjid seperti di kampung aku
tidak perlu sesiapa terasa terganggu dengan pernyataan itu
kerana memang aku pernah dengar khutbah Jumaat sebegitu
tapi tidak salah pun khutbah sebegitu
cuma pada aku, ada perkara agama lain yang perlu ditekankan
dan yang pasti perkara agama lain yang perlu ditekankan kepada ummah bukannya buah-buahan tempatan
kan sudah meleret

selamatkan alam sekitar, manfaatkan teknologi maklumat
(walaupun komputer consume banyak tenaga elektrik)
ha ha

akhir.



PS: Abaikan Teater Patung Kertas yang menggunakan kalimah 'kertas', teater yang pada luarannya menarik perhatian rata-rata golongan tersasar

Rabu, Januari 28, 2009

Contohi Semut Yang Bekerja

Cuti Tahun Baru Cina sudah pun habis
Masa untuk bekerja semula
Bekerja sebagai khalifah Allah di muka bumi
Bukan hanya sebagai pelajar kejuruteraan
Bukan hanya sebagai pelakon teater
Bukan hanya sebagai penulis skrip
Bukan hanya sebagai Akin Muhammad

Te..

..tapi pejabat masih berhantu hari ini.

kanan kosong

kiri kosong

Selasa, Januari 27, 2009

Sampaikan Salam Fu*k Kepada Ibu Mertua, Oh..

Kepada mertua abang sulongku yang masuk campur urusan rumah tangganya dan menyiarkan fitnah terhadap keluarga abang sulong aku merangkap keluarga aku di dalam sebuah surat khabar arus perdana;


Fu*k you, motherfu*ker


PS: Mungkin sebab ini aku kurang hajar, terima kasih

Celah-celah

Bukan di celah-celah bontot
Bukan di celah-celah payudara
Bukan di celah-celah buah kerandut
Bukan juga di celah-celah vagina

Te..

..tapi di celah-celah kehidupan



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tercatatlah kisah sebuah keluarga yang penuh dengan jin, iblis, syaitan
yang salah satunya menghype-hypekan
di atas helaian surat khabar bertarikh 4 Januari 2009
Maka berderailah fitnah, hina, cela, caci, maki, kutuk, perli dan segala macam perilaku luahan nafsu jin, iblis, syaitan
Di celah-celah kehidupan dalam sebuah taman di kota
Fuh... Hidup di kota memang mencabar
Tapi sebenarnya, orang yang ada di dalam kota itu yang tidak tahu menyahut cabaran dengan cara yang betul dan sunnah

Madah, bicara, suara dan kata keluar lagi
Dengan erti kata mengutuk perilaku jin, iblis, syaitan
yang dilahirkan melalui jasad, anggota, tubuh manusia
yang asalnya putih dari noda
Walhal celah-celah itu pun bukanlah sebesar mana hendak diuar-uarkan, malah dihype-hypekan di media massa
media massa yang sering memainkan peranannya yang kadang-kala tiada benarnya
walhal celah-celah itu hanyalah sekelumit rasa pahit hempedu, secubit rasa masin garam
Tapi semuanya itu hanya disedari apabila manusia-manusia
tidak mengikut telunjuk nafsu jin, iblis, syaitan

Senafas di hembus
sekalimah agung dilafaz-ertikan

La ilahaillah
Muhammadurrasulullah



PS: Semoga besan orang tua aku mendapat petunjuk dan hidayah dariNYA

PPS: Kita bukan fikir diri kita, kita kena fikir orang lain juga

PPPS: Berapa banyak postscript daa


Dan dengan ini aku terilham untuk menulis skrip drama pentas, atau tivi.

Isnin, Januari 26, 2009

Puisi BSLBP*

*BSLBP=Botol Silinder Lutsinar Bertudung Putih


[Ini gambar botol silinder yang dipegang oleh lima jari.]

[Dan ini caption gambar itu: Sebuah botol silinder lutsinar bertudung botol putih dipegang oleh hujung lima jari penangkap gambar ini.]


[Nah. Jelas bukan?]



Botol silinder.
Kosong. Tertutup. Lutsinar.
Penutupnya putih.
Bila jatuh ke lantai bunyinya kuat.
Bila jatuh ke tilam bunyinya senyap.

Namun.
Apa saja dapat dilakukan,
bila ia dalam cengkaman.
Lima jari.

Nyata sudah,
ia tak akan pernah terlepas,
ia tak akan boleh lari
daripada kenyataan.


PS: Gua rasa, karya gua ni boleh dimasukkan dalam KOMSAS Tingkatan 8, barangkali? Ha ha


[Ok lah. Untuk orang yang lebih kepada visual. Ini gambarnya.]

Ahad, Januari 25, 2009

Jumaat, Terlajak

Terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata...
boleh meminta maaf

Di bawah ini entri dari seseorang yang aku perlu memohon maaf terhadapnya;

***

masa aku form3 masa tu 1997.. aku tuka skolah kat Bandar Baru Salak Tinggi. cikgu aku tanya aku asal mana. Memang aku malas nak jawab bila orang tanya soalan ni... sebab orang2 akan cuba figure out kat mana laaa Tronoh ni. patutnya dah tak tau sudah la.. mungkin awak tu yang tak luas pengetahuan dan mungkin jugak tempat asal aku ni memang tak glemer.. sebab kalau aku pun aku akan cakap.. 'oo kat ________ (sinun atau mana-mana j la tempat yang memang aku tak penah dengar pun) just nak jaga hati orang tu dan mungkin jugak untuk cover yang pengetahuan aku tak luas. Balik google laaa, apa susah kan.

ok berbalik pasal citer tadi.. bila cikgu aku tanya.. aku jawab la.. 'Tronoh' (mesti tak tau punya)

dan memang la dia tatau semacammana sangkaan aku tapi yang kurang ajarnya dia terus cakap 'Mesti kat ulu kan.. sebab tu saya tak tau..'

nama cikgu aku ni Cikgu 'Rasol'. cikgu disiplin merangkap cikgu bi kelas aku

tak rasol langsung kan budi pekerti dia.. huhu (aku tau aku tabaik kata camtu- towards the end of the year.. dia dah agak rasol sket ngan aku disebabkan beberapa perkara)

setelah hampir 11 tahun berlalu.. aku ingat aku dah terasa apa-apa lagi tentang isu 'tronoh tu kat mana ek' sampailah beberapa minit yang lalu bila aku terjumpa link blog http://tronohtheatershop.blogspot.com/(aku baru bukak blog ni) so for first impression.. aku ingat ada budak ciner tronoh nak bukak balik panggung wayang lama kat pekan tu.. ni menarik ni. aku pun click dan terbaca bahawasanya..

'Tronoh Theatre Shop (TTS) adalah sebuah kumpulan produksi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak, tidak berlesen, tidak bayar cukai, tidak buat laporan; hanya bergiat aktif dalam pementasan teater terutamanya teater Melayu, persembahan 'mime', sketsa dan ada juga usaha untuk merakyatkan filem pendek di Malaysia...

dan perasaan yang agak hepi diawal petikan tu pudar terus bila baca ayat ending dia ...

.... TTS lahir di sebuah pekan kecil lagi terpencil di Tronoh, Perak dan idea penubuhannya .....'

aku tersedar.. ooo masih camtu rupanya... after 11 years.. tronoh masih lagi pekan terpencil rupanya.. tanpa bertanyakan founder organization tu, aku merasakan... mungkin dengan meletakkan adjektif sebegitu tentang tronoh lebih meninggikan nilai ingin tahu orang terhadap organization tu (contohnya untuk orang2 tempatan tronoh mcm aku ni), mungkin nama tronoh tu me'rhymes'kan nama organization tu dan mungkin orang luar akan lebih tertarik terhadap petikan itu sebab bila sebut nama tu adanya thots seperti.. ha? tronoh? tronoh pekan koboi tu? ada theatre project? eh series ke? camner beli tket dier?..

mungkin walaupun kurang rhymes dan kurang komersial dan kerana Tronoh Theatre Shop itu bukan pun diwar-warkan secara 'public-friendly' kepada Tronoh's locals... lebih elok namakan je organization tu UTP Theatre Shop (UTS)

mungkin aku agak sentimental

mungkin memang betul pun tronoh tu pekan kecil lagi terpencil

mungkin kerana aku mengharapkan... mungkin tronoh tempat aku dbesarkan boleh jadi lebih selain jadi objek gurauan kasar.. objek lomo.. objek untuk subjek freehand architecture students... objek untuk rhymekan nama persatuan... dan sebagainya

mungkin walaupun geram aku sebenarnya ambil berat pasal pekan 'lagi terpencil' ni..

mungkin walaupun dia 'lagi terpencil'.. dia bukan tak bermakna

atau mungkin ke lebih elok tronoh tu macam skarang

mungkin ke?

* dan selepas siap post ni baru aku perasan ada dah rupanya post dari knini tentang tronoh dalam version lebih polite.


***

Oleh sebab itu, aku terus menukar deskripsi TTS dalam blog rasmi.
Segala kesilapan amat dikesali dan harap dimaafi.
Dan aku tidak bermaksud untuk memberi makna pada kata-kata itu.

Ini adalah kenyataan rasmi dari aku sebagai admin blog TTS tersebut.

Harap maklum.

Sabtu, Januari 24, 2009

Jumaat, Mulianya Cintakan Tuhan

DVD filem Budak Kelantan sudah ada di pasaran.
Dan sudah ada dalam simpanan aku.
Aku beli yang original. Sebab bagi aku filem ini berbaloi ceritanya untuk aku beli yang original.
Kalau filem Razak Mohaideen aku akan beli yang cetak rompak.
Sedikit kasar bunyinya, tapi aku berkata jujur.
Kalau aku tidak terlepas tayangan filemnya, aku tonton di pawagam.

Secara ringkas, filem Budak Kelantan ini bagus moralnya.
Aku akui pandangan Yasmin Ahmad, filem ini seharusnya bermain lebih dengan emosi.
Tapi lagi sekali, matlamat tidak menghalalkan cara.
Ramai yang ingin bawa cerita dengan mesej berunsurkan agama.
Itu kita sokong.
Tapi mungkin cara bawaan boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang.
Dengan cara yang lebih bertepatan dengan agama.


BUDAK KELANTAN

Cerita: 3.5/5
Lakonan: 3/5
Visual: 3/5
Bunyi: 3/5

Jumaat, Balik Kampung, Jangan Melencong!

Aku sudah merancang perjalanan balik kampung dengan begitu rapi dan kemas.
Tiket akan aku beli seawal mungkin kerana aku tak suka cari pasal di saat-saat akhir.
Bila aku beli tiket di saat-saat akhir, itu maknanya perjalanan itu adalah atas urusan kecemasan atau urgency.

Aku tak serik naik bas.
Sebab setiap kali naik bas, aku dapat pengalaman baru.
Pengalaman dalam melihat manusia-manusia.
Bukankah itu satu pengalaman?
Atau, kau orang semua hanya melihat orang tanpa ada rasa dan jiwa?

Orang macam aku memang kurang sesuai bekerja bidang kejuruteraan.
Tapi aku suka bidang kejuruteraan.
Cuma aku tidak sebegitu rajin untuk mencari sesuatu yang baru dalam bidang kejuruteraan.
Aku hanya mengikut teori yang sudah sedia ada.
Terkeluar topik pula.

Dan malam ini aku naik bas, 10 MINIT sebelum bas bergerak.
Aku naik dan tempat duduk aku sudah diduduki seorang lelaki muda.
Dia baru sedar tiketnya adalah untuk perjalanan hari esok.
Malang juga nasibnya.
Semoga dia selamat pulang esok.

Tapi itu cerita bas. Yang bosan. Cerita, bukan bas.

Aku mahu cerita apa yang aku buat sebelum naik bas.

Aku melencong ke Taman Budaya KL.
Dan aku telah tonton teater kanak-kanak berjudul "Cincin Belah Rotan".
Aku ingat cerita pasal perkahwinan ke, cinta ke, kekeluargaan ke.
Rupa-rupanya...

Tentang kepentingan menjaga keindahan alam sekitar.

Sebijik macam tajuk khutbah Jumaat dalam skrip JUMAAT aku. Opps, spoiler.

Dipersembahkan oleh Kelab Teater Kota Kuala Lumpur (KTKL). Skrip oleh WSMok. Arahan Umie Sofea. Hmm.. Sedap nama tu.

Pementasan ini biasa. Cukup biasa.
Moral yang ingin disampaikan objektif dan tidak meleret-leret (durasi pementasan tidak lama), sesuai dengan tahap penerimaan target audiens iaitu kanak-kanak.
Dan memang ramai juga kanak-kanak yang hadir menonton.
Suntikan komedinya pula biasa. Telatah dan ligat watak kanak-kanak utama iaitu Fuad dan Zul dipergunakan.
Zul nampak lebih biasa di atas pentas dengan gayanya yang tersendiri.
Fuad pula sedikit kaku dan kekok tapi dengan bantuan Zul, ia dapat diselindung sedikit.
Yang lain aku tak nak komen. Set pentas kawasan hutan.
Oh ya, teknikal lampu sedikit teruk. Banyak juga muka pelakon tidak kena cahaya lampu.
Dalam teater, "...to be seen, to be heard..." - Mano Maniam
Jelas sekali lampu perlu nampakkan muka pelakon, bukan saja-saja pasang dan main lampu konon untuk bagi feel seni.
Vocal projection tiada masalah lagipun Taman Budaya KL tidaklah besar mana.
Koreografi, aku tak reti nak komen. Tanya orang tarian ha ha.
Energi pula tidak maintain.

Kesimpulannya, aku rasa persembahan ini seharusnya jadi lebih menarik jika diperbaiki dari pelbagai aspek seperti yang telah disebut, terutamanya kekuatan lakonan semua watak.
Jika semua pelakon punya kekuatan tersendiri, seluruh pementasan akan jadi marvellous.
Macam mana nak bina kekuatan lakonan?
Itu bergantung kepada pelakon itu sendiri.

Sebelum pementasan bermula, aku berborak-borak dengan seorang brader yang duduk di sebelah kanan aku.
Dengan orang teater aku senang mahu bergaul. Dengan orang lain aku jadi sedikit pasif. Itulah aku yang dual-personality. Bukan dual. Tapi multiple. Ha ha.
Berborak-borak juga tentang teater dan penglibatan masing-masing.
Brader tu pernah jadi SM. Stage Manager, bukan Sultan Muzaffar. Di UPSI.
Memang dia akui kata-kata aku (yang aku quote kata-kata direktor teater aku) bahawa malam show, direktor goyang kaki, SM yang bertanggungjawab untuk show.
Borak punya borak.
Akhir sekali baru berkenal-kenalan dan berjabat tangan.
Brader tu nak kahwin tak lama lagi dengan orang Batu Pahat.
Brader tu punya nama...

Yusof.


Postscript: Allah Masa Besar.

Jumaat, Januari 23, 2009

Jumaat, Telur Separuh Masak 1!

Aku rindukan sinar mentari pagi
Aku rindukan rasa Vitamin D itu
Pagi ini matahari jingga menyapa mesra alam ciptaanNya
habanya membahang dunia
buat seluruh makhluk yang memerlukan pancarannya
Mulianya matahari
tapi apakah kita sedar?

Jadi jangan berasa rimas jikalau cuaca panas terik menusuk daging
itu bukan angkara matahari

Kerana pada suatu masa dan ketikanya nanti
cahaya yang panas itu akan membakar jasad
malah lebih panas dari itu
jikalau kita tidak berhati-hati

Jadi berhati-hatilah

Anda mampu mengubahnya

Ingatlah orang yang tersayang

Sediakan payung sebelum hujan

Sediakan payung sebelum panas terik


Postscript: Tengah hari itu amat terik panasnya dan aku pula konon-konon mahu jadi The Spirit berpakaian hitam bertali leher merah. Aku rasa boleh hidangkan telur separuh masak yang dimasak dalam kocek seluar cotton hitam. Aku rasa. Sahaja.

Jumaat, Siap Kau!

Hari ini Jumaat
Jadi aku kena siapkan JUMAAT

Siap kau, Jumaat!



JUMAAT: Dah siap dah...

Jumaat, Gado-gado, Jangan!

Pada cuti Tahun Baru Cina ini
aku pulang ke kampung halaman menemui kedua orang tua yang tercinta

Kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina
Selamat Tahun Baru Cina

Ya
Kita rakyat Malaysia lah


PS: Jangan gaduh-gaduh dalam bas walaupun orang ramai tak faham apa yang kau orang gaduhkan

Khamis, Januari 22, 2009

Dari FRIDAY Menjadi JUMAAT

Skrip JUMAAT aku sudah hampir siap.
Kredit untuk pembikin filem Amir Muhammad kerana menolong aku mengadaptasi filem pendek itu ke bentuk teater melalui medium DVD.

Tapi aku perlu merujuk hal ehwal agama untuk skrip ini supaya tiada yang bercanggah.



PS: Dan ya, aku tidak ada kerja hari ini jadi aku berkarya. Lebih elok daripada keluar pejabat melencong ke TGV, aku rasa. Ha ha

Menguji Bakat Seorang (Bakal) Pelakon Harapan


Kalau kita sedar

bila dalam audition, kita tak sedar apa yang kita telah buat.

Jadi anjing lah. Jadi nyah lah. Jadi gila lah.

Dan jika dan hanya jika aku sedar selama ini.....

***

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina;

28-29 Januari 2009 akan datang, TTS akan mengadakan ujibakat untuk mencari bakat baru.
Setiap penggal TTS cari bakat baru. Tapi aku kadang-kadang pelik. Kadang-kala tidak cukup tenaga produksi. Bukankah itu pelik?
Dulu aku datang ujibakat bersama beberapa orang rakan yang kini sudah menemui passionnya yang sebenar.
Sekarang pula aku yang menguji bakat orang.

Aku pun tidak banyak pengalaman lagi. Masih mentah lagi dalam bidang ini. Memang aku sudah berlakon banyak show, sudah menjadi pengarah muda (sehingga ada krisis dalaman ha ha) dan berjaya menghasilkan beberapa skrip sendiri, tapi aku masih tidak mencapai tahap kualiti yang aku inginkan.
Kalau tidak percaya, boleh baca skrip aku. Banyak kekurangan dan cacat cela, lompong, lobang pada skrip tersebut. Maklumlah, penulis muda.

Dalam menguji bakat seseorang, aku tidak pentingkan bakat yang sudah sedia ada dalam diri individu itu. Itu perkara kedua atau selanjutnya.
Yang utama sekali, aku lihat pada personaliti dan komitmen seseorang itu.
Jika aku suruh dia buat aksi itu, dia tidak menolak-nolak dengan alasan segan, malu, tersipu.
Jika aku suruh dia berlakon sebagai seorang watak itu, dia tidak berfikir dua, tiga kali.
Dan bila aku kata yang latihan teater adalah intensif (dan kadang-kala ada lah sedikit insentif berbau wang), dia tidak menunjukkan reaksi pada mukanya yang dia akan menjadi bakal pelakon yang berlakon satu, dua show sahaja.
Dan orang yang diujibakat itu tidak kisah akan mendapat watak picisan hatta pelakon ekstra tanpa dialog sekalipun.
Dan akhir sekali, dia tidak kisah dibotakkan rambutnya (bagi lelaki).
Jangan tak percaya, ada pelakon yang kisah rambutnya dibotakkan. Dan dia kini sudah tidak mahu berlakon lagi.

Jangan serik!
(Kena tengking dengan techies - aku tak serik!)
(Kena marah dengan pengarah muda - aku tak serik!)
(Kena kutuk, kena perli, kena basuh, kena ceramah - aku tak serik!)
(Kena habiskan cuti tahun untuk show hujung tahun - aku tak serik!)
(Kena pulau, kena sisih, kena kecam - aku tak serik!)

Ha ha

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk jadi pelakon separuh masa, boleh lah datang ke ujibakat yang diadakan oleh TTS pada 28-29 Jan 2009, pukul 5-7 PM dan pukul 8-10 PM pada dua hari tersebut bertempat di V2 Foyer, UTP.


[Ini gambar poster digital]



PS: Kepada perempuan, sila berpakaian kasual dan jangan 'telanjang' - dalam erti kata yang berlapis, bukan erti kata sebenar - if you know what I mean..

Bukankah Itu Annoying?

(I)

Tak nak, tak nak. Lain?
Tak nak. Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
...
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?
Lain?

Wasn't that annoying?


(II)

Roti John ada?
Apa?
Roti John.
Apa?
Roti John?
Apa? Roti jan?
Roti John? Tak ada?
Apa? Roti canai?
Roti John.
...
Tak apa lah, roti kosong satu.


(III)

Di dalam bas.

Apabila suatu geng berborak sesama rakan

seperti pelakon teater yang project vokal di atas pentas

Wasn't that annoying?

Selasa, Januari 20, 2009

KL (II) : Kolam Lagha

Nama saya Khairul Lazim bin Ahmad. Senang dipanggil, KL.
Saya berusia 17 tahun. Lepasan SPM. Dan saya lelaki. Remaja. Baru nak 'up', kata seorang kawan saya dari Muar.
Dan seperti remaja-remaja yang lain, saya ada hobi.
Hobi saya berenang. Dalam kolam. Dalam-dalam.

Kawan-kawan lelaki saya ramai suka memancing. Di tepi sungai.
Kawan-kawan perempuan saya pula ramai suka dipancing. Di tepi jalan.
Kawan-kawan aaa.. lembut saya pula ramai suka memancing-mancing.
Tapi itu cerita kawan-kawan saya.

Saya suka berenang di kolam.
Kadang-kala sahaja saya berenang di air terjun, sungai atau pantai.
Di rumah saya ada kolam. Tiap petang saya berenang di kolam saya itu.
Dan bila saya adakan sambutan hari jadi, saya buat di kawasan kolam itu dan saya jemput kawan-kawan saya.

Sebab itulah, ramai orang suka berkawan dengan saya.
Dan kawan-kawan saya sentiasa suka berkawan dengan saya.

Sayalah.. KL.

KL (I) : Kesempitan Life

Langit: Aku dicakar, tercakar
Udara: Aku dicemar, tercemar
Hujan: Aku diasid, terasid
Awan: Aku dibeban, terbeban
Tanah: Aku diturap, terturap
Suhu: Aku panas, aku panas
Pokok berdaun hijau: Aku pupus, aku terpupus
Pokok-pokok berdaun hijau: Kami replika, kami direplika
Kepala berambut hitam: Aku sempit, kesempitan, dihimpit, terhimpit
Kepala-kepala berambut hitam: Kami dibeban, kami terbeban
Kepala botak: Aku botak, aku dibotakkan
Kepala-kepala botak: Kami dibotakkan, mereka membotakkan

Isnin, Januari 19, 2009

JUMAAT

Jika Amir Muhammad punya filem pendek "FRIDAY"
Akin Muhammad akan cuba adaptasinya menjadi sebuah teater "JUMAAT"

"JUMAAT" adalah sindiran kepada orang Islam di Malaysia khususnya muslimin yang wajib mengerjakan solat Jumaat setiap hari Jumaat.

Cukup dengan kata-kata.
Aku akan teruskan kerja adaptasinya.

7

Di pejabat gua, website blogger.com kena block
dan tidak dapat update 3S ini
Dengan itu sekali harung
7 entri panjang dan pendek
disiarkan
tidak termasuk yang ini
secara bertubi-tubi

Aku Muntah Seni

Singgah ke sana sini aku dan aku yang satu lagi
ke Hari Terbuka KLPac
Banyak ada dan macam-macam

Kami tiba kami menonton persembahan tari kontemporari
oleh Aris Kadir yang menang Datin Paduka Seri Endon Award for Performing Arts Excellence tahun 2007 kalau tidak silap
Ada 4 piece menarik

Tiada foto
Tiada komen
Sebab aku terfikir aku belum basuh baju dan esok kerja

Banyak music showcase
dan staged reading
dan aku tidak tonton interactive theatre
Sebab aku belum basuh baju dan esok kerja

Aku singgah juga ke pameran Iron Dragons of Malaya
dan Empathy - Potraits of Disability
Ergh.
Hujung minggu ini otak aku penuh dengan pameran seni
5 pameran seni
Dan balik, aku muntah teringatkan satu lukisan berjudul "Mahu Jadi Badang"

Aku akhirnya dapat juga membeli DVD "6horts" oleh Amir Muhammad
sebelum ni aku nak beli via online tapi macam lah gua percaya sangat dengan servis pos Malaysia
Setakat ni aku suka filem pendek LOST dan FRIDAY
sebab baru dua tu aku tengok dengan fokus ha ha

Tiada sebab khusus aku suka hasil kerja Amir Muhammad
mungkin nama hampir sama kecuali 'mir' jika dibandingkan dengan
Akin Muhammad

Heh.

Angan.

Ahad, Januari 18, 2009

Mimpi/Dejavu

pernah aku bermimpi
mimpi di tempat yang sama
acara yang sama
waktu yang sama
orang-orang yang sama
tapi tindakan dan aksi aku yang berlainan



dan aku deja vu sekali sekala

dan ini bukan rekaan

3S Ilhamkan 3 Cerita

Dek otak sarat dengan seni
ilham aku melimpah ruah
cuma tiada pen dan kertas sewaktu ilham muncul
aku terpaksa mengingat-ingat kalau ingat

Aku ada tiga cerita hendak dibuat;


Cerita Satu:

Sekumpulan OKU melawan OCU (orang cukup upaya) dalam satu perlawanan bola. (Simple punya cerita ni)

-ataupun-

Orang cacat yang dahulunya sempurna tetapi jadi cacat sebab...
...sebab dia baik hati menolong orang cacat yang tidak cacat, cuma berpura-pura.


PS: Terilham selepas menonton Majalah 3



Cerita Dua:

Kisah 3 orang.
Seorang tinggi IQ, seorang tinggi EQ, seorang tinggi SQ.
Ketiga-tiga orang ini merasakan kekurangan dalam hidup.
Dan mereka ditakdirkan bertemu dalam satu tempat dan waktu yang sama dan tepat.
Mereka bersama-sama mencari sesuatu yang dapat melengkapkan hidup.

PS: Terilham selepas mandi wajib



Cerita Tiga:

Cerita tentang seorang cikgu matematik yang dieksploitasi kepintaran otaknya oleh Pengetua sekolah untuk menipu para murid-murid, cikgu-cikgu dan ibu bapa murid-murid.

-ataupun-

Kisah seorang kristian yang hebat dalam bidang kejuruteraan yang akhirnya menemui petunjuk kepada rahsia alam ini.


PS: Mahu bereksperimen untuk mementaskan sebuah teater yang ilmiah dalam bidang sains dan matematik.

Sabtu, Januari 17, 2009

Israel.. aa... IZRAIL

"..bila Izrail datang memanggil...."

Stail (pengarahan) Bade dalam MAUT adalah sedikit melampau
Moral filem ini amat baik untuk Muslim yang menonton
Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara
Lantas aku berpendapat filem MAUT ini punya moral tetapi dilakonkan secara tidak bermoral

Filem ini terbahagi tiga; setiap satu dalam tiga bulan Islam berturut-turut;

Sya'ban;

Aku kurang jelas akan cerita dalam bulan Sya'ban
Mungkinkah ada babak yang sudah dipotong/ditapis?
Haa yang itu kita tak tahu

Yang sedikit melampau: Fadhilah Fadil mati di tanah perkuburan Kristian



Ramadhan;

Cerita di bulan Ramadhan ini cukup bagus (moralnya)
Tentang orang Islam yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan
Dan melakukan maksiat dalam bulan Ramadhan
Ceritanya juga tentang seorang perempuan yang hidup dalam maksiat
(Mungkin dia kemalangan dan dia koma) Dan dia diseksa oleh azabNYA (mungkin sewaktu dalam koma)
Ada babak yang menunjukkan dia diseksa dalam neraka.
Azab-azab yang akan dikenakan bagi perempuan yang tidak menutup aurat, khususnya.
Dan orang Islam yang tidak solat, amnya.

Yang sedikit melampau: Bukan babak dalam neraka, tetapi babak maksiat yang ditunjukkan



Syawal;

Seorang anak muda yang terjebak dalam budaya 'Black Metal' (Maaf jika salah. Aku kurang tahu. Jika aku salah betulkan aku) sewaktu Hari Raya Puasa.
Cerita lebih tentang kepercayaan kepada Allah dan kitab suci Al-Quran.
Dia kemalangan dan koma (dan seperti biasa, waktu koma, roh 'berjalan-jalan melintas masa menyaksikan apa yang tak dapat disaksikan sewaktu sedar').
Dan dia mati dan bila jenazah hendak dikebumikan, bumi tidak menerima, seperti yang kita biasa baca dalam Mastika atau Hidayah dan etcetera.

Yang sedikit melampau: Babak konsert Black Metal



Zulkaedah;

Cerita tamat...


***

Aku faham bagaimana Bade hendak ekspreskan ideanya.
Tapi filem ini membawa mesej Islam dan seharusnya keseluruhan filem dari setiap aspek produksi haruslah berlandaskan agama itu sendiri.

Namun filem ini mampu menyentuh hati orang Islam supaya sedar dan insaf akan dosa-dosa yang kita tidak terlepas lakukan setiap hari.
Kalau tak rasa insaf sedikit pun, itu aku tak tahu lah. Kau tengok filem suka-suka saja ka?


PS: Atau barangkali aku harus berpatah balik dan melalui jalan yang lebih jauh?

Aku Rasa Aku Terasa

Aku sudah singgah ke RASA TERASA
sebuah pameran seni
Kesemua karya seni amat unik
Ada yang simple tapi menarik
Ada yang begitu kompleks dan banyak elemen
dan sedikit menyeramkan
Aku tidak ambil masa yang lama
kerana aku tidak berseorang waktu itu
Tapi aku hampir suka kesemuanya
cantik di mata dan di jiwa

Ada juga pameran seni Fun
ada hasil seni anime, manga, filem Hollywood
dan juga landasan mainan kereta die cast Hotwheels yang bersaiz satu bilik
diperbuat daripada medium kayu plywood dan tali tangsi
aku rasa aku nak buat satu galeri seni kat rumah tangga aku nanti

Ada juga pameran Hiroshima & Nagasaki
pameran mempamerkan situasi sewaktu tragedi bom nuklear itu
ada juga sedikit tinggalan sejarah seperti serpihan atap yang menggelembung kesan letupan

Jumaat, Januari 16, 2009

Jumaat, Tidak Perlu, ESC

Penghulu segala hari

Imam berdoa

Ada yang sudah keluar lebih awal

menunggu rakan-rakan barangkali

mereka menadah tangan

dengan lemah lembut, lemah longlai

diparas pinggang

sambil berbual-bual dengan rakan di sebelahnya

mendoakan


Jangan salahkan musuh jika kita kalah dek kita lemah


***


Penghulu segala hari juga

SV aku macam tahu-tahu

Agenda aku di malam Sabtu

Sudah pasti dia tidak 'ESC' zaman muda-muda dulu

Khamis, Januari 15, 2009

Puisi Argh! Haih...

Perut buncit pun jadi kecut
Hati kering pun jadi basah
Argh!

Aku jalan, jalan dan jalan
Sampai aku jumpa jalan yang benar
Tapi aku 'Ctrl + Z' langkah
Argh!

Peluh menitik membasahi tubuh
Sampai sudah kering aku merasa lega
Dan aku 'Ctrl + Y' langkah
Haih...

Perut kecut pun jadi buncit
Hati basah pun jadi kering
Dan selepas itu aku 'Ctrl + C' dan 'Ctrl + V' puisi ini
Argh!!! Haih...

Dan akhir sekali
Aku terus 'ESC' dan tidak akan 'BACKSPACE'

Rabu, Januari 14, 2009

Bos bes ar...

Bos.

Besar pangkatnya. Besar keretanya. Besar nilai hartanya. Besar tubuhnya. Besar egonya. Besar amanahnya. Besar tanggungjawabnya.

Amanah. Tanggungjawab.

Ini yang menjadi perkara terakhir???

Pangkat. Kereta. Harta. Tubuh. Ego.

Ini yang menjadi perkara utama???


Bos di belakang aku, maksud aku, bilik dia di belakang aku.


Besar suaranya. Besar cakapnya. Besar pengetahuannya.

Bos bagus-bagus belaka.


Tapi malangnya ini bukan bodek bicara.
Ini sinikal bicara tiada dusta.


Rela aku menjadi kecil sekecil hama
daripada menjadi besar sebesar azabNya

Rela aku diherdik caci dan hina
daripada menjadi 'mulia' di sisi syaitan durjana

Rela aku dipanggil gila oleh orang-orang di luar sana
daripada menjadi orang-orang 'biasa' menurut segala 'kata'

('Biasa' dengan erti kata biasa melakukan sesuatu. 'Kata' dengan erti kata, kata-kata nafsu yang tiada fikir - oleh sebab itu aku meletakkan perkataan 'segala' sebelum 'kata' di perenggan atas, dengan erti kata 'segala' itu sebagai semua perkara tidak kira baik atau buruk. Dan kurungan ini pun dibuat kerana aku khuatir orang-orang yang kurang poetik sukar hendak faham atau TERsalah faham lantas TERsalah tafsir ha ha ha.)

Ini bukan bodek bicara.
Ini madah bicara suara dan kata.

Dan kalau kau rasa ini bicara benar tiada dusta......

Selasa, Januari 13, 2009

10 MINIT & SENYAP

Dah lama aku nak realisasikan skrip ni
tapi baru sekarang aku berjaya menulisnya
Tak silap aku ada mention pasal 10 MINIT ni dalam entri dulu-dulu
10 MINIT sudah siap


Dan tiba-tiba aku terfikir dan terasa nak buat satu teater berdurasi pendek
sebagai satu percubaan

satu teater

SENYAP


eh


asalnya aku nak buat teater
yang mana tiada dialog - tiada perbualaan
hanya aksi
dan kesan bunyi

filem pendek yang macam ni dah ramai orang buat


ceritanya secara ringkas, begini



SENYAP menyentuh isu bahasa. Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris.
Dua orang tokoh bahasa. Berdebat. Bertikam lidah.
Dua-dua orang ini orang terkenal.
Seorang pejuang Bahasa Melayu baku telah merancang untuk membunuh kedua-duanya.
Dengan bom.
Bom meletup! Rancangan dia berjaya.
Namun selepas letupan yang sangat kuat itu, dunia terus jadi senyap...
Dapatkah manusia hidup tanpa berkata-kata, tanpa BAHASA?


Ini satu cabaran.


PS: Cerita ini mungkin boleh diperluaskan lagi skopnya, bukan hanya setakat Bahasa Melayu dan Inggeris.

Isnin, Januari 12, 2009

Dari Singgah Sana Sini: Evolusi

Asalnya gua fikir akan blog gua ini umpama sebuah singgahsana gua di sini
di sini - di atas ruang maya, ruang siber ini
maka gua dengan itu menamakan blog gua ini Singgah Sana Sini

isi kandung blog ini terhasil daripada evolusi seorang manusia di zaman canggih

meskipun zaman canggih tapi masih ramai lagi orang yang tidak tahu memanfaatkan kecanggihan
dan sesetengah yang tahu pula - menggunapakai untuk eskploitasi

semua boleh berevolusi
orang boleh berevolusi
bahasa boleh berevolusi
teknologi apatah lagi - ini paling cepat berevolusi
maka teater pun boleh berevolusi

Jadi sempena tahun baru 2009, header blog ini perlulah ditukar nampak gayanya
gua pun dah bosan tengok muka gua tu berlatarbelakangkan tirai pentas


PS: Macam kurang lawa

Betul & Salah

Dalam seni tiada yang betul tiada yang salah
Dalam teater tiada yang betul tiada yang salah
Tapi dalam agama, ADA yang BETUL dan ADA yang SALAH

PS: Jadinya jika nak buat teater Islami... Lu pikirlaa sendiri!

Ahad, Januari 11, 2009

(Bukan) Anne: Ehh.. ehh.. ehhhhhhh

Hari itu aku singgah ke sana ke sini.

Tengah hari aku singgah ke YOUTH '09 di PWTC.
Pesta anak-anak muda dan belia dari seluruh Malaysia.
Asalnya aku berniat hendak tonton performance dari Project OMG dan Project Connect.
Tapi memandangkan waktu tidak begitu mengizinkan.
aku terus ke Istana Budaya untuk menonton Makyung Raja Besar Senyaya.
tiket pun belum beli.

Tentang YOUTH 09 tersebut aku kagum dengan pameran foto oleh Lomo Kidz.
Sebanyak lebih kurang 4500 foto ditampal secara kolaj.
Kesemuanya hasil tembakan dan cucian filem sepanjang tahun 2008
dari pelbagai negara bukan setakat di Malaysia tetapi Manila, Bangkok, China dan banyak lagi.
Dan semuanya lomo tiada digital.
Banyak lagi booth yang mempamerkan hasil seni mereka
dah macam kat Pasar Seni aku rasa.

Malam itu Lambang Sari 93% penuh
Lalu sedetik hati aku berkata
Agak ramai juga yang minat makyung...

Apa pun itu kali pertama aku melangkah masuk ke Lambang Sari
Pentas semi arena (kot?) maaf jika aku salah aku tidak belajar teater secara ofisial ha ha
Malam itu juga baru aku tahu bagaimana sebuah makyung dipentaskan secara lengkap
Oleh sebab itu kali pertama aku menonton makyung
aku tidak mampu berkomen banyak
Secara keseluruhannya makyung Raja Besar Senyaya ini berjaya dipentaskan dengan tidak membosankan para penonton
Peran-peran berjaya membuat kelakar
Teknikal ringkas dan kemas
Set pentas pula - ohh... set makyung kena macam tu ye... (68% mirip dengan pentas teater KERUSI tempoh hari)
Teknik lakon pun cukup dan nampak ia digunapakai - ini yang penting
Bahasa yang digunakan pula tidak terlalu klasik
Sedikit ayat-ayat Bahasa Inggeris turut digunakan
Kira ada suntikan moden
Pengarah, Fatimah Abdullah dan watak utama, Rosnan Rahman memang banyak pengalaman dalam makyung
seperti yang dinyatakan dalam buku programnya
Jadi secara keseluruhannya aku rasa teater makyung ini baik.

IB sudah pun mewar-warkan program bagi tahun 2009 ini.
Aku akan menonton pementasan yang ada seperti dalam jadual program di blog ini jika tiada aral melintang.
Jika ada sesiapa yang nak ikut serta bolehlah sama-sama kita menonton teater.
Selain di IB, jangan lupa usha show-show yang ada di Taman Budaya, Stor Teater, Panggung Bandaraya, Annexe CM, dan di mana-mana yang ada.


PS1: Aishah Sinclair!
PS2: Little Britain!
PS3: (Di Petaling Street) Belu, bang? Belu, bang? Ohhh... berlubang....

Sabtu, Januari 10, 2009

Lencongan ke Dialog Seni - Berani Mati

The Dialogue of Art di Annexe Gallery, Central Market
Ia sebuah graduation exhibition oleh Fine Art Deparment, Dasein Academy of Art
Bagi sesiapa yang tak tahu, terletak di Wangsa Maju - amoi tu bagi tahu

Ada 4 orang artis - semua chinese - 19 artwork - dan kebanyakan artwork yang dipamer boleh dibeli dengan harga yang mahal
paling murah RM350 dan paling mahal RM5200
Aku menghabiskan masa dalam setengah jam untuk melihat kesemua artwork.
yang paling menarik bagi aku adalah "The Building" - sebuah installation art yang menggunakan medium kain, speaker, MP4 dan batang kayu setinggi 4.1 meter - dan orang boleh tembus masuk (ada pintu)
perca-perca kain yang digunakan terdiri daripada banyak corak yang berbeza-beza - dan ada yang corak sama tapi berbeza warna
artisnya - iaitu amoi itu - bagi tahu yang sepatutnya ada bunyi katak semasa kita lalu tembus pintu building tu tapi bateri MP4 sudah kong - katanya
dan artwork itu dihasilkan selama 5 bulan
dan ia yang paling mahal di situ - RM5200
walaupun tak cantik di mata tapi cantik di jiwa seni

Selain itu artwork yang aku suka adalah "Breath" - bagi aku ia natural, nyaman dan mesra alam
imej seorang wanita yang sedang menghirup udara segar - inginkan kebebasan
ia nampak dan ia berkesan

Artwork colour woodcut berjudul "Development" juga menarik perhatian aku
di tengah-tengah ada akar umbi - dan ada tiga penjuru dengan imej rumah kayu beratapkan nipah - setiap penjuru berlainan warnanya
mesej yang cuba disampaikan melalui hasil seni itu berkesan

Kemudian, aku blah.


8.30 malam hari itu aku melangkah masuk ke Stor Teater DBP buat kali pertama
kecil sahaja rupanya ruangnya - patutlah ia dipanggil sebagai stor teater
tapi itu tidak penting
lagi kecil ruang lagi bagus - lagi jelas vocal projection pelakon
lagipun ramai sangatlah yang berminat nak tengok teater yang tak ada tarian dan nyanyian ni - ada. tapi masih tidak ramai
Teater berjudul "Berani Mati" - karya dan arahan Fasyali Fadzly, seorang pengarah muda
Mengisahkan...aaa.. sinopsis carilah sendiri ada blog dia - google la sendiri kalau rajin ha ha

Membawa kisah peperangan - suatu perkara yang berat
tapi pengarah cuba membawa pementasan ini dengan cara realism, ringan dan penuh dengan komedi
bukan senang hendak membawa sebuah cerita berat dengan cara ringan
silap gaya komedi tersebut menjadi dominan dan mesej utama cerita tersebut entah ke mana
tapi bagi aku itu juga terpulang kepada pemikiran penonton
jika penonton datang menonton dan gelak ketawa semata-mata tanpa memikirkan sub-teks - gelak ketawa sahajalah yang mereka dapat
jika penonton dapat berfikir - dua-dua mereka dapat

5 orang pelakon - semua lelaki - semua telah menunjukkan lakonan yang baik
ada yang cukup natural, ada yang kurang
ada yang terlalu menjerit-jerit
permainan emosi kurang - kalaulah pelakon dapat bermain dengan emosi lebih lagi sudah pasti ia dapat menyentuh hati para penonton
dan teringat aku akan pengarah teater aku berkata bahawa suatu pementasan yang lengkap dan gerenti menang (dengan erti kata berkesan dan memenangi hati penonton) perlu ada pelbagai emosi - utamanya gembira, sedih, kecewa, marah dan sebagainya.

Tentang set pentas pula, aku rasa ia sudah bagus.
Dan setiap sudut ia digunapakai oleh para pelakon.
Lagipun aku berpandangan yang set pentas itu walaupun hanya kosong (tiada props - atau hanya mime) tapi jika diguna oleh pelakon dengan baik - maka set pentas itu pun baiklah kiranya.

Teknikal - audio dan lighting - simple.
Kalau boleh dimainkan lagi lebih menarik barangkali.
Tapi aku tertarik dengan teknik ON-OFF lighting untuk menunjukkan babak yang memerlukan pergerakan masa yang lama.
ON lampu - semua pelakon freeze - OFF lampu
ON lampu - semua pelakon dalam aksi yang lain freeze - OFF lampu
dan begitulah buat beberapa kali.
Teknik ini jika dilakukan dengan cukup pantas dan 'sharp' aku pasti ia akan begitu menjadi dan menarik.

Selepas pementasan selesai, ada sesi soal-jawab penonton bersama pengarah dan pelakon supaya dapat berkongsi pendapat berdasarkan pementasan teater tersebut.

Oh ya, produksi Berani Mati ini dijayakan oleh The Arts Stage Club, Selangor yang berjaya memenangi beberapa anugerah di FTM 2008.

Khamis, Januari 08, 2009

Insurans - Drama - Upstream; Bernard; Pakcik Fucker - Pakcik Fred D. - Pakcik Em

untuk anda
guna dua-dua belah otak untuk berfikir sebelum membaca



kosong

kosong

mencari-cari-cari ilham menulis skrip drama tivi
dan teater Palestin
dimana-mana - bila-bila - dengan siapa-siapa - apa-apa cara

tatkala INSURANS berada di tempat teratas - DRAMA di tempat paling bawah - dan UPSTREAM tidak pula kelihatan
waktu itulah BERNARD Si Beruang Polar membantu


aku



orang-orang-orang mencarut tak mahu - malu - sopan
mencarut Yahudi masih tersipu?

fuck you motherfucker

terima kasih Pakcik Fucker - Pakcik Fred Durst - dan Pakcik Eminem

Rabu, Januari 07, 2009

Aku Bukan Loser

sejak dua tiga hari ini aku mengalami kesukaran mencari ilham untuk menulis sesuatu
mungkin geophysics masih berlegar-legar di ruang otak
jadi pagi ini aku terlebih sedut oksigen
maka lahirlah satu cerita

sebuah monolog aku persembahkan kepada umat dunia


"Aku Bukan Loser"

tentang seorang lelaki bernama Luzer yang sentiasa bernasib malang
di mana-mana, bila-bila, dengan siapa-siapa
suatu hari dia terlepas bas setelah pulang bekerja lewat
dia terpaksa tidur di bus stop

tidak lama selepas itu dia terjaga dari tidur
menjadi orang lain

orang gila

orang gila bermonolog tentang nasib hidup dia
dulu dia tak gila
tapi anak perempuan dia, anak lelaki dia, isteri dia buat dia gila
ada sejarah hitam
membuatkan dia tertekan mental
lalu jadi gila

namun gila-gila dia pun tak macam orang gila biasa
dia gila tapi mampu memberi nasihat agama kepada orang lain
walaupun dia dulunya tidak kuat agama
dan banyak melakukan maksiat dan dosa

tapi sewaktu dia memberi nasihat agama kepada orang-orang di warong kopi
dia telah ditahan oleh pihak berkuasa
waktu itu dia menjerit-jerit nama Luzer

Luzer bangun dari tidurnya di bus stop
Azan Subuh pun berkumandang dari surau berdekatan



skrip penuh akan ditaip
bila hendak dipentaskan?
haa yang itu kita tak tahu lagi ya

Ahad, Januari 04, 2009

Matematik & Teater dalam BM/BI

Persembahan Kotak Otak malam itu memang stail teater seperti persembahan anti-dadah oleh kumpulan The Fallen Leaves semasa di UM bulan Oktober 2008.
Mengisahkan pengalaman dan perjalanan sekumpulan anak-anak muda Malaysia dalam program arts & cultural exchange di UK selama 3 minggu.
Prop hanya sebuah kotak dan benda-benda yang menjadi simbol kepada setiap karakter yang dimainkan.
Kostum yang dipakai pula dimanipulasikan mengikut cerita.
Dan mereka juga naik tren ramai-ramai.
Dan sudah pasti semuanya mime.

Pak Akin pergi tonton sebab hendak cari seberapa banyak pendedahan yang boleh.
Melalui persembahan dari kumpulan lain.
(Selain daripada dapat cuci mata ha ha)
[(Dan memang senang nak cuci mata kat mana-mana show pun ha ha)]

***

Dah lama Pak Akin tak dicabar oleh Matematik.
Selepas selesai Matematik Kejuruteraan yang ke-6 di UTP, Pak Akin tidak bertemu lagi dengan Matematik setakat ini. (OK lah.. Gua ada jumpa Matematik jugak di tempat kerja)
Yang ada hanya differential equations.
Tambah tolak darab bahagi pula hanya dilakukan dengan 100% kiraan kalkulator saintifik.
Matematik adalah passion.
Tadika-Darjah 1-2-3-4-5-6-Tingkatan 1-2-3-4-5-Tahun asas-1-2-3-sekarang
A-A-A-A-A-A-A-A-A-A-A-A(D)-A-A-A-B

Bagi Pak Akin,
Matematik dalam Bahasa Melayu ke.. Bahasa Inggeris ke.. tidak penting.
Sebab yang penting dalam Matematik adalah nombor-nombor, simbol-simbol.
(Dan juga otak kiri)

Bagi Pak Akin,Teater dalam Bahasa Melayu ke.. Bahasa Inggeris ke.. tidak penting.
Sebab yang penting dalam teater adalah sub-teksnya (dan banyak lagi).
(Dan juga otak kanan)

***

Jadi Kotak Otak (lagi) memang betul-betul indie.
Selain teater ada juga exhibition benda-benda yang mereka kutip dan simpan semasa berada di UK.

Jumaat, Januari 02, 2009

Apa Boleh Dapat Dengan RM 1

Petang tahun baru aku pulang seawal mungkin
membiarkan orang-orang lain di sana

Malam tahun baru aku tidur seawal mungkin
membiarkan orang-orang lain di sana

Dan pagi tahun baru yang tenang itu
aku bangun seawal mungkinmembiarkan orang-orang lain di sana

Pagi itu memang lengang sunyi sepi tenang dan dingin
aku biarkan orang-orang lain di sana
pulang sewaktu aku pergi

Dapat juga aku observe akan kelibat sekelompok anak-anak muda yang mana
hingus belum kering
sunat belum kering
semua masih basah
terus aku teringat akan kata-kata SV aku

kamu masih muda kamu patut berfoya-foya



Dan YA

Aku berfoya-foya di pagi tahun baru yang lengang sunyi sepi tenang dan dingin
tanpa ada sebarang insiden yang lain macam seperti teddy bear atau kucing

Aku melampiaskan nafsu muda belia aku
bersama seorang cik misi yang tampak jauh lebih muda
dan sepanjang hari itu aku heret dia bersama-sama dengan jiwa aku menaiki bas yang dikenali sebagai


KL Hop-on Hop-off


buat pertama kalinya
bagi aku dan dia

Aku bakal jurutera dan pelakon separuh masa ini
dan dia cik misi yang diperlukan ketika pesakit strok sawan BABI (atau biasa) atau kemalangan yang mencederakan otak (atau lebih tepat lagi saraf) walaupun gajinya lebih kecil berbanding jurutera yang makan gaji buta
memang sentiasa mencari pengalaman baru dalam menjalani kehidupan
Kehidupan yang dilalui hanya dengan melakukan rutin-rutin adalah amat bosan lagi membosankan

Terima kasih filem YES MAN kerana telah menaikkan lagi semangat aku untuk lebih giat memberikan nilai dalam setiap saat dalam hidup ini

Pada 1 Januari 09 itu tiket untuk menaiki KL Hop-on Hop-off boleh dibeli pada harga promosi
RM 1 untuk pemegang MyKad
Harga biasa RM 19

Pengalaman menaiki bas itu seperti seorang pelancong
Memang sepanjang hari itu hanya aku bakal jurutera dan pelakon separuh masa ini
dan dia cik misi yang diperlukan oleh pesakit strok sawan BABI (atau biasa) atau kemalangan yang mencederakan otak (atau lebih tepat lagi saraf)
merupakan orang Melayu yang ada di dalam bas itu

Cukup satu pusingan setelah melalui 22 tempat perhentian 40 tempat menarik

Kamera tidak dibawa pada hari itu lalu di setiap perhentian tiada memori berbentuk foto digital yang dirakam

Mungkin lain hari
dengan kamera point dan tembak
dengan RM 19 satu kepala
dan jangan dilupakan MyKad

Dan pada penghulu segala hari ini
aku sambung kerja aku makan gaji buta

Terima kasih filem YES MAN


ps Entri ini tiada titik koma tanda seru pembuka kata atau titik bertindih kecuali titik pada huruf i kecil