Ahad, Ogos 30, 2009

Tanggung Jawab

Millenium ni, manusia bergantung terhadap teknologi.
Misalnya. Kalau orang tu pandai selok belok komputer. Habislah jadi mangsa.
Dia yang kena buat banyak kerja.
Dia yang kena selenggara blog.
Dia yang kena muat naik media.
Dia yang kena edit video klip jadi filem pendek.
Dia yang kena edit video atau audio untuk teater.

Aku seorang yang tidak suka jadi ketua.
Tapi selalunya aku juga yang terpaksa jadi.
Dah nama pun terpaksa. Kualiti aku sebagai ketua tidaklah tip top.
Lagipun sisi emosi aku kuat dan banyak variable.
Nyatanya aku bukanlah seorang yang tip top untuk jadi ketua.
Tapi kalau dah terpaksa. Terpaksa lah.

Aku tak suka pegang tanggungjawab.
Kecuali tanggungjawab sebagai suami dan ayah dan seorang anak dan seorang pelajar.
Tanggungjawab aku dalam teater adalah berkarya dengan jujur.
Itu saja. Aku lebih selesa begitu. Jawatan Presiden aku akan tolak. Jawatan Project Manager aku akan tolak. Apa-apa saja jawatan aku akan tolak melainkan jawatan Director atau Artistic Director untuk sebuah pementasan. Sebab jawatan tu bukan jawatan. Bagi aku ia satu posisi yang membolehkan aku berkarya secara jujur.
Apa yang aku pentaskan itu adalah apa yang aku fikir dan rasa.
Apa yang aku tulis itu adalah apa yang aku fikir dan rasa.

Lagipun, aku berdarah AB.

1 ulasan:

  1. aku bukan ketua yang baik.. sebab?? masa selama aku jadi ketua darjah, aku la yg buang sampah, aku sapu sampah, aku padam papan itam, semua aku bwat.. HAHAHAHAHAHAHA

    BalasPadam