Selasa, Ogos 25, 2009

Aku Sakit

Memang sejak azali lagi, bila awal Ramadan, kemudian ada kelas atau makmal dari pagi sampai petang, akhirnya aku akan jatuh sakit. Pening kepala yang amat sangat. Tidak dapat makan juadah berbuka puasa. Kalau makan, akhirnya akan muntah.

Dan itu apa yang telah berlaku semalam.

Bila sudah sakit kepala. Aku abaikan semuanya. Yang penting pada fikiran aku. Aku perlu berehat. Tidak perlu fikir akan perkara lain.

Entah kenapa aku selalu sakit kepala.
Risau saja aku ada penyakit.
Nak pergi jumpa doktor tapi hospital gomen bertahun baru dapat jumpa.
Nak pergi jumpa doktor hospital swasta tapi ambil darah saja sudah berapa ratus ringgit.
Nak tak nak tunggu masa hendak lapor kerja sajalah nanti...

Hmmmmmm...

4 ulasan:

  1. ak smlm baru dpt tau yg ak ada penyakit yg ak xnk ada... sedih tul

    BalasPadam
  2. haih. ko sakit apa lak ni? semalam ko pm aku kat gtalk aku tak reply sebab seharian takda kat bilik pastu balik ja terus sakit.

    BalasPadam
  3. oh, kalau macam tu, aku bersimpati....

    BalasPadam