Ahad, Mac 01, 2009

GENG dengan Manusia, Flora & Fauna

Jika aku bagi 10/5 bintang untuk The Curious Case of Benjamin Button,
untuk Slumdog Millionaire pula aku bagi 20/5 bintang.
Tak perlu aku ulas dengan lanjut lagi tentang Slumdog Millionaire. Anugerah-anugerah berprestij yang telah diterima sememangnya layak untuk filem ini.

Aku hanya nak cakap pasal GENG: Pengembaraan Bermula. Filem animasi 3D ini memang Malaysiana. Animasi yang lancar, halus, berwarna-warni ceria memang sangat sangat sangat sangat dipuji - malah sememangnya menarik perhatian golongan target kanak-kanak. Waktu aku datang menonton tempoh hari panggung masih lagi full house walaupun sudah dua minggu tayangan. Pencapaian ini amat memberangsangkan dan membanggakan.

Cerita GENG sudah semestinya bermoral untuk kanak-kanak. Meskipun watak Upin & Ipin bukanlah yang utama, tetapi penampilan keduanya yang comel menarik hati para penonton dan strategi ini amat berkesan untuk mengekalkan minat dan sambutan audiens sehingga ke projek seterusnya iaitu Upin & Ipin The Movie. Apa lagi mereka ada? Bermula dengan siri-siri pendek bersempena Ramadan & Syawal dua tahun yang lalu, walaupun hanya beberapa episod tetapi disiarkan berulang-ulang masih menjadi tontonan; sehingga ada Upin & Ipin dan Kawan-kawan. Ini satu kejayaan buat Malaysia. Walaupun negara luar sudah lama menghasilkannya.

Penghujung cerita ini nice. "Kita kan geng.." sangat tepat dan objektif. GENG menonjolkan setiakawan bukan hanya sesama manusia berbilang bangsa tetapi dengan makhluk lain iaitu alam sekitar (diceritakan Tok Dalang betul-betul menjaga dusun duriannya) dan hidupan lain (spesis Opet; boleh dijadikan sebagai spesis terpelihara). Nah, flora fauna! Semua elemen ada.

Kan aku dah cakap, filem ini Malaysiana. Mungkin ular besar tu sedikit ganas nampaknya.

GENG; aksi, lucu, comel, Malaysiana dan dua ibu jari naik!

Untuk GENG: Pengembaraan Bermula

Cerita: 4.75/5
Lakonan: 4/5

Visual: 5/5

Bunyi: 5/5



Filem pendek "Odoi Odu" pula telah berjaya memenangi 4 anugerah dalam ASTRO Kirana Short Film Awards 2008/2009. Aku tak ada masalah. [Baca sini]
Tapi aku tak tahan bila waktu ucapan pemenang grand prize, ada pula nama profesor madya tersebut disebut. (Udah-udah ler tu Akin Muhammad oi...)

1 ulasan:

  1. aku baru tgk cermin...odoi odu baru tgk separuh sbb lambat sgt tenet connection...so x leh komen sgt pasal odoi odu...(sebenarnya aku just tgk apa yg direkemen dalam blog ajami tu je...haha)

    BalasPadam