Rabu, Mac 04, 2009

MeNORMALkan Diri

Buat pertama kalinya aku meNORMALkan diri di sini. Dan aku akan membahasakan diri aku sebagai 'saya' sekejap.

Bulan Mac dalam kalendar tahun 2009 saya agak padat. Selain sibuk membuat persediaan dari segi pemahaman teori dan konsep fasiliti projek minyak yang saya terlibat di PMU, sebelum menghasilkan sebuah Process Flow Diagram (PFD) dan seterusnya dibentangkan kepada coach, supervisor serta staf sepejabat saya yang lain, saya juga sibuk dengan hal pendaftaran syarikat - The Qum Actors - bagi melayakkan kumpulan produksi teater tersebut menyertai Festival Teater Kuala Lumpur 2009. Bila urusan-urusan pendaftaran ini, macam biasalah, akan mengambil masa yang agak lama dan memerlukan saya turun naik pejabat.

Jadinya, sekarang ini semua belum selesai. Saya perlu mengisi borang permohonan nama syarikat dan setelah lulus, barulah saya boleh memohon untuk mendaftar sebuah syarikat. Dalam masa yang sama juga skrip teater yang akan dipertandingkan perlu diedit dan dihantar bersama-sama dengan borang penyertaan Festival Teater tersebut sebelum hujung bulan ini.

Dalam bulan ini juga, banyak persembahan teater akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan saya bercadang untuk menontonnya. Saya hanya menetap di KL ini selama 8 bulan sejak Disember tahun lalu dan sekarang tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi sebelum saya menyambung semula pelajaran saya di UTP sebagai pelajar tahun akhir. Jadi haruslah saya gunakan masa dan peluang yang ada ini untuk melihat bagaimana penggiat teater yang lain mempersembahkan sesebuah produksi mereka mengikut stail masing-masing. Maklumlah, saya tidak belajar seni persembahan secara formal, hanya belajar daripada pengalaman terlibat di dalam produksi teater selama lebih 2 tahun. Banyak lagi yang saya harus belajar melalui pemerhatian, menerokai bidang teater dari sudut pandangan seorang seniman atau aktivis yang sudah banyak pengalaman. Saya harap rakan-rakan produksi teater saya turut merasa begitu, bahawa mereka masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Meskipun penonton yang rata-rata pelajar dan staf UTP memberikan feedback/komen yang positif, kita tidak boleh terus berasa yang kita ini sudah bagus. Pada pandangan saya, adalah baik jika TTS mementaskan sebuah teater dengan ditonton oleh beberapa orang aktivis teater yang lain supaya wujud situasi menang-menang hasil daripada feedback/knowledge yang dikongsi bersama, supaya kita dapat tahu dimanakah tahap kita sebenarnya dan apakah pandangan orang lain terhadap stail teater yang dibawa oleh kita.

Dan saya sudah merasa loya membaca tulisan aku sendiri yang NORMAL ini.

Uergh.

Ha ha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan