Sabtu, Februari 28, 2009

Singgah Sana Seni: KL: Peluang, Impian, Harapan

Pada hari Jumaat: Malam Sabtu


Terus ke malam pementasan teater Kuala Lumpur: Peluang, Impian, Harapan
anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL
persembahan kolaborasi oleh Mekar Budaya, ANGKA, LXQ Production dan The Arts Stage Club


Tiga kisah yang berlaku dalam satu garis masa yang panjang. Di sebuah kampung di negeri Kedah pada awal 70-an, Jah Mahadi dan teman-temannya takjub sekali dengan segala impian mereka mengenai Kuala Lumpur. Fantasi mereka begitu besar, kalau mahu menjadi ternama, haruslah berhijrah ke kota besar itu. Berhijrahlah mereka semua menjadi warga kota, mencari peluang dan mencapai impian masing-masing. Pada tahun 2009, sekumpulan anak muda berkeluh-kesah tentang kesukaran merencanakan hidup di kota metro ini. Bagi mereka Kuala Lumpur adalah dusta dan sesak. Tapi bagi mereka juga, Kuala Lumpur adalah peluang, impian dan harapan. Dalam pada mereka cuba mengejar segala impian dan harapan di Kuala Lumpur, mereka lupa bahawa Kuala Lumpur juga lebih pantas mengejar mereka. Manakala merentasi garis masa kedua-dua kisah ini, dari 70-an hinggalah ke millenium, pelbagai kisah anak rantau dari Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, malah seluruh Malaysia dapat dilihat - dan mereka mengongsi pengalaman impian dan harapan mereka terhadap apa yang mereka lihat sebagai Kuala Lumpur. Apakah erti Kuala Lumpur bagi sekumpulan seniman kampung? Apakah maksud Kuala Lumpur bagi sekumpulan anak muda yang berpendidikan tinggi tetapi kehilangan arah? Apakah makna Kuala Lumpur bagi setiap satu rakyat di negara ini? Apakah yang kita cari di sebuah kota yang sentiasa membuka tangannya menerima sesiapa dan apa saja? Semua kisah ini berkait tetapi tidak bertemu, berpangkal tetapi tidak berhujung, ia berulang-ulang dalam satu lingkaran yang sama, berpusar-pusar dalam arus peluang, impian dan harapan manusia, terhadap sebuah kita kota - KUALA LUMPUR.

Itulah sinopsisnya.


Secara keseluruhannya, aku berpendapat bahawa pementasan pada malam tersebut menghiburkan serta membuatkan aku terfikir tentang beberapa isu yang tampak seperti kesukaran hidup di kota lantas mendesak manusia bagaimana menggunakan atau mempergunakan 'survival skills' - atau mungkin juga boleh dipandang sebagai 'arts of survival'? Isu ini timbul dalam piece yang dimainkan oleh The Arts Stage Club (ASC) - tentang seorang berpandangan bahawa KL adalah DUSTA, seorang lagi pula berkata KL adalah SESAK dan seorang lagi berpendapat KL adalah tempat yang penuh dengan peluang dan menjadi harapan dalam mencapai impian hidup. Teater ini telah mempersembahkan suatu fenomena realiti, yang perlu juga diambil iktibar oleh masyarakat. Kita sudah banyak lihat, ramai orang yang berjaya dengan berdusta dan berlaku jahat. Dan sebaliknya, orang yang baik akan menjadi 'loser'. Kita lihat perkara ini dari sudut yang general - duniawi. Sudah tentu, dari sudut Islami, orang yang baik tetapi kalah di dunia tidak dipandang sebagai 'loser'. Itu sudah tentu.

Aku tidak mahu berkata panjang lebar tentang isu. Nanti aku merapu pula. Ha ha.

Terus dengan komen-komen:

Rating Akin: 0-Sangat teruk, 1-Teruk, 2-Biasa-biasa je.., 3-Baik, 4-Sangat bagus, 5-Ibu jari naik


Persembahan oleh The Arts Stage Club (ASC)
Skrip/Arahan: Fasyali Fadzly Saipul Bahari

Cerita: 3/5
Lakonan: 4/5
Teknikal: 3/5
Kostum/Make-up: 2/5
Set: 3/5
Pengarahan: 4/5
Pengurusan pentas: 3/5

+Stail/Keunikan: Orang ramai lalu-lalang di belakang sebagai elemen 'penambah rasa' - khuatir mengganggu fokus penonton pada watak utama - perlu dilakukan dengan berhati-hati, tidak pada waktu watak utama menyebut punchline pada dialognya. Tambahan, set sedikit seperti teater kanak-kanak. ;P



Persembahan oleh LXQ Production
Skrip/Arahan: Mohd Shahrul Mizad Ashaari

Cerita: 3/5
Lakonan: 5/5
Teknikal: 3/5
Kostum/Make-up: 2/5
Set: 3/5
Pengarahan: 4.5/5
Pengurusan pentas: 3/5

+Stail/Keunikan: Memang kontemporari! Aku suka. Aku suka.

+Kesukaan: Variasi karakter. Monolog seorang watak, dengan beberapa orang pelakon lain menjadi 'sound effect' untuk adegan tertentu (aku tak tahu apa nama stail ni. huhu). Karakter yang berdialek Nogori dan Ganu ada suatu ketika bermonolog sambil menari sedikit. Pergerakan slow-motion juga menarik.



Persembahan oleh ANGKA
Skrip/Arahan: Mohd Rodzi Abdullah

Cerita: 2.5/5
Lakonan: 4.5/5
Teknikal: 3/5
Kostum/Make-up: 3/5
Set: 3/5
Pengarahan: 4/5
Pengurusan pentas: 3/5

+Stail/Keunikan: Watak Mak Nyah yang tak menjengkelkan dan tidak draggy, sebaliknya menghiburkan.


Penampilan istimewa oleh Yusri Edo (Yus Raja Lawak ASTRO) cukup menghiburkan, ditambah lagi dengan bakatnya menyanyi sambil bermain gitar dan meniup harmonica.


Secara totalnya, persembahan pada malam itu telah cukup menyerlahkan wajah Kuala Lumpur di samping menyampaikan definisi peluang, impian dan harapan yang terkandung. Hasil kolaborasi idea dan konsep oleh pengkarya dan pengarah berlainan sudah pasti akan mewujudkan variasi yang menarik. Aku kira, pementasan ini berjaya.

2 ulasan:

  1. jumaat malam sabtu tu pun aku tgok jugak.memang best.tapi ulasan n point of view aku kiranya tak sehebat orang teater macam kau..haha. yang mampu aku katakan ianya best, penuh mesej dan entertaining.

    BalasPadam
  2. tak nampak ko kat panggung pun ha ha

    BalasPadam