Khamis, Mac 26, 2009

Singgah Sana Seni: Ribut

25 Mac 2009, 8.30 mlm, Taman Budaya KL

RIBUT mengisi slot pementasan pertama dalam produksi S.A.T.U (Satu Antalogi Teater Universiti Malaya). Ia merupakan projek pengijazahan tahun akhir pelajar Seni Persembahan (Drama) Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.

***

Butiran pementasan:

Karya: The Tempest oleh William Shakespeare

Susunan: Marlenny Deen Erwan

Arahan: Esnani / Didi

Lakonan: Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman (Adeq Sutun)

Sinopsis:

Alonso (Raja Naples), abangnya Sebastian, anak lelakinya Ferdinand, Antonio counselor Gonzalo, dan Antonio (abang Prospero, merampas Duke Milan) terperangkap dalam satu taufan yang ganas di laut. Ribut itu menakutkan semua bangsawan untuk meninggalkan kapal. Apabila ribut itu surut, Duke Prospero yang dibuang negeri dan anak perempuannya Miranda kelihatan atas pulau itu yang telah didiami mereka selama 12 tahun. Miranda memberitahu bahawa dia melihat kapal retak dalam ribut itu, tetapi Prospero menenangkan dia, menjelaskan ia adalah satu ilusi sakti yang beliau wujudkan. Beliau menerangkan muslihat musuh-musuh beliau kepadanya dan menghantar Ariel untuk memusnahkan musuh-musuh beliau. Ariel ialah jin yang dipenjarakan oleh Sycorax di sebatang pokok kerana enggan melakukan kejahatannya, kemudian dengan hikmat sakti Prospero, Ariel telah terlepas dari seksaan itu.
Persoalan demi persoalan telah dibangkitkan tanpa henti-henti dengan mempersoalkan bilakah ianya akan berakhir. Adakah pengakhirannya Miranda akan bersatu dengan Ferdinand ataupun sebaliknya? Saksikanlah RIBUT...

***

Malam itu adalah kali pertama aku menonton karya Shakespeare dan juga kali pertama menonton adaptasi karya beliau. Walaupun karyanya boleh dibaca secara percuma di internet, namun aku tak mampu untuk membacanya tanpa sebarang tunjuk ajar daripada seorang guru. Ha ha. Makanya, aku mengambil masa yang sedikit lama untuk memahami ceritanya kerana sengaja aku tak baca sinopsis terlebih dahulu. Dah baca sinopsis baru dapat faham. Ha ha. Noob Shakespeare aku ni.

Lakonan Adeq Sutun (ini gelaran pelakon itu kerana telah berlakon dalam telemovie RTM iaitu Sutun, Sutun 2 dan Sutun Kembali) secara keseluruhannya sangat baik. Ini dapat dibuktikan apabila dia berjaya membawa dan menghayati tiga watak dengan karakter yang berbeza. Pertama sebagai Ariel, kedua sebagai Alonso dan ketiga Puteri Miranda. Transisi dari satu watak ke satu watak yang lain adalah lancar dan baik. Aku tertarik dengan lakonan dua sisi yang ditunjukkan sewaktu Raja Naples dan Puteri Miranda saling berbicara. Pergerakan Ariel sebagai jin juga dilakukan dengan baik sekali apabila melihat setiap pergerakannya seolah-olah telah dikoreograf dengan begitu teliti dan halus. Namun begitu, pada permulaan persembahan, lontaran vokal telah ditenggelami oleh bunyi audio ribut dan sewaktu babak Puteri Miranda menyatakan rasa cinta pada Ferdinand, anak lelaki Raja Naples, ada dialog off-stage yang langsung tidak dapat didengari kerana telah ditenggelami oleh muzik. Harus menggunakan mikrofon barangkali. Gerak tari Puteri Miranda dan Ariel juga telah dikoreograf dengan baik dan menetapi karakter masing-masing.

Rating untuk pementasan RIBUT:
Cerita: 6/10
Lakonan: 9/10
Muzik: 8/10
Sinografi: 8/10
Koreografi: 7/10
Teknikal: 6/10
Prop/Set: 7/10
Kostum/Make-up: 9/10
Pengarahan: 8/10
Pengurusan: 8/10
Keseluruhan: 8/10


Selepas ini: Di Sebalik Pintu pada 26-27 Mac 2009, 8.30 malam.

1 ulasan: