Selasa, Mac 24, 2009

Aki Si Jin Hutan

Aku sudah pun menonton filem Jin Hutan di TGV, KLCC hujung minggu yang lalu sebelum aku ke Istana Budaya pada waktu malamnya.

Jin Hutan adalah sebuah filem amatur dari serba-serbi tetapi cuba membawa suatu mesej yang signifikan iaitu kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya walaupun anaknya hodoh. Namun, jika penonton tidak dapat bersabar sehingga ke hujung filem ini, kemungkinan besar tidak dapat mengetahui sejarah 'jin hutan' tersebut yang bernama Aki (alamak, tambah huruf N kat belakang dah jadi nama aku tu! haha). Aku katakan begini kerana memang sewaktu aku menonton, ada orang yang sudah keluar dari panggung sebelum filem tamat.

Aku pun tidak dapat mengulas dengan lebih terperinci tentang filem ini kerana aku tidak belajar lagi tentang filem. Kalau teater tu dapatlah aku ulas. Jadi, apa kata, aku bagi rating terus? Haha. Kerja pemalas namanya ni.

JIN HUTAN
Cerita: 2.5/10
Lakonan: 2.5/10
Visual: 2/10
Bunyi: 2/10

Yang signifikan dalam filem ini:
1. Cubaan CGI yang kurang real.
2. Baju hujan (4) yang berlainan warna, yang kemudiannya ditinggalkan begitu saja.
3. Watak bomoh Pak Su yang pandai speaking yang mana pada aku memberi elemen humor.
4. Aki yang bermutasi!


OK! Apa pun, cubaan yang berani dan baik daripada Jeffery Wong.

Teruskan usaha. Semoga berjaya. -Ayat templat cikgu sekolah yang diisi dalam penyata keputusan periksa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan