Khamis, Mac 12, 2009

Kifarah Dosa Noda Kota

Dalam sibuk-sibuk orang akan mendirikan rumah tangga bila tiba musim cuti sekolah,
dalam sibuk-sibuk orang mencari bakal suami atau isteri,
aku masuk hospital, ya tempat yang aku fobia itu.
Manalah tahu demam suspek ke, apa ke, memandangkan apartmen yang aku diami sekarang ni berpotensi tinggi - kotor, kotor dan kotor - dan aku rasa aku patut ucapkan pada dunia, "Selamat Datang ke KL, Malaysia!" dengan nada yang sinis.

2 hari dapat MC, 2 hari lah aku tak masuk office, 2 hari saja aku kerja minggu ke-15 ini. ha ha.
Seronok ke tak masuk kerja? Ya, itu seronok.
Seronok ke kena kifarah dosa? Tak seronok zahirnya, tapi seharusnya manusia bersyukur kerana dapat jatuh sakit.
Sekali sekala kenalah sakit, betul tak?
Asyik sihat je memanjang. Tak mencabar lah hidup. Lagi pun dah lama aku tak rasa mata berpinar-pinar. Ha ha.

Apa pun, dikesempatan ini juga aku nak berpesan bahawa apabila kita jatuh sakit, banyak duit akan dibelanjakan untuk ubat-ubatan (selain 'membeli' MC 2 hari), dan pada masa kita sakit itu, kita sudah tidak kisah akan duit, tetapi kesihatan kita. Duit banyak mana pun, duit yang banyak itu juga yang akan kita gunakan untuk menjaga kesihatan kita. Jadi, tak salah kumpul duit banyak-banyak. He he. Kesihatan sudah pastinya penting, kekayaan seharusnya digalakkan untuk menampung kehidupan, dan akhir sekali kasih sayang daripada ahli keluarga tersayang (termasuk bakal isteri, aku kira) yang memberikan 1000% (ini bukan typo) perhatian, sokongan dan dorongan.

Terima kasih mak, ayah, abang-abang dan (bakal) isteri.


ps: Baru aku sedar, aku sibuk minggu ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan