Jumaat, Mac 27, 2009

Kisah Tapak Sulaiman Cokelat dan Air Perisa Hot Dog

Gua dulu dengar walkman. Gua beli kaset. Gua tengok tivi. Carta MTV tiap minggu di TCS5. Stesen tivi di Singapore. Rumah gua di kampung kira untung lah kiranya dapat tengok stesen tivi luar negara. Kalau nak tengok muvi yang ada comolot, buka TCS5. Iklan bra, bikini berjenama seperti Triumph jadi commercial break. Iklan Heineken, Tiger pun ada. Kadang-kadang tengok iklan, gua ingat iklan bra, rupa-rupanya iklan alat elektronik.

Jadi gua layan carta MTV tiap minggu. Lagu Rollin' jadi hits. Nombor 1 dalam carta. Kemudian lagu Real Slim Shady. My Generation. Stan (ni paling hits gua rasa). Take A Look Around. Heh! Jadi gua pun beli kaset Limp Bizkit. Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water. Kemudian, Eminem. The Marshall Mathers LP. Gua beli kaset ori. Harga bawah RM 20. Belas-belas. Duit belanja sekolah bapak gua bagi, gua simpan, gua beli kaset. Ha ha. Teringat pula cerita Kami lakonan Sudirman dulu. Tapi, kadang-kadang gua pau bapak gua jugak. Ha ha.

Gua beli kaset Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water. Gua pun pasang dalam walkman. Gua dengar Track 01. Tajuk lagu, Hot Dog. Gua try follow nyanyi ikut lirik sekali. Tapi gua pelik, kenapa lirik dia banyak bintang-bintang? 4 bintang. ****. Ha ha. Sikit-sikit ****, sikit-sikit ****. Sampai 50 kali ****. Itu baru satu lagu.

Itulah kali pertama gua belajar perkataan 4 bintang tu. Satu yang mula dengan F, satu lagi dengan S. Yang mula dengan S tu pun ada dua. Kemudian, gua belajar lagi banyak bila dengar lagu dari The Marshall Mathers LP. Ada yang mula dengan C. 4 bintang jugak. Yang mula dengan C tu pun ada banyak. Ha ha. Ada yang mula dengan D dan macam-macam lagi.

Gua memang layan carta MTV. Kemudian, lagu hits Crawling masuk carta. Gua tengok video klip dia macho gila. Lagu pun sedap. Linkin Park rupanya. Nama band pun stylo. Jadi, gua beli kaset dia. Hybrid Theory. Dalam LP tu, gua paling suka Mike Shinoda. Sebab dia yang bawak verse rap. Dan masa tu gua kerap rape. Eh, rap. Tertaip E pulak.

Begitulah ceritanya. Ada member gua tanya gua, kenapa gua suka rap? Gua suka sebab Ritma And Puisi. Eh, tu Malique kata. Tapi betul lah. Sebab ada ritma. Ada beat. Lirik panjang berjela. Dan kuat mencarut. Maksud aku, mengutuk.

Sekadar berkongsi cerita dulu-dulu. Ramai tidak tahu. Dan dalam masa yang sama. Memang gua layan nasyid. Sekarang nasyid pun sudah ada rap. Gua layan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan