Selasa, Mac 17, 2009

Singgah Sana Seni: Sayang, You Can Act (in 24 Hours Theatre Project)

Aku masih demam selesema Ahad yang lalu. Ikutkan badan, tak daya nak pergi. Ikutkan hati, mati. Tapi peribahasa ja tu. Jadi ikutkan hati ja lah. Dah lah tak dapat turut serta, jadi ikutkan hati, aku pergilah jugak ke malam pementasan tersebut. Walaupun balik tengah malam esoknya kerja dan demam selesema. Dah, ikut hati, mati.

Siangnya, aku tonton filem dance Malaysia terbaru iaitu "Sayang, You Can Dance". Nak bagi rating jugak ke? Tak payah kot. Tapi macam tak adil pulak kan. Ah, bagi ja lah. Ha ha.

Sayang, You Can Dance
Cerita: 3/10
Lakonan: 5/10 (Kalau tak ada Sharifah Amani, 3/10)
Visual: 4/10
Bunyi: 4/10

Aku tak mahu komen apa-apa lah. Selain tiga orang budak perempuan yang duduk di baris hadapan aku yang gelak tak kena gaya, tak kena tempat. Si bapok tu cakap sepatah, depa dok gelak. Satu panggong dengar. Si bapok tu hayun tangan dia sikit, depa dok gelak. Satu panggong dengar. Mak kepada Mia (Sharifah Amani) cakap Sarawak sikit, depa dok gelak banyak. Bapak kepada Mia marah sikit, depa dok gelak banyak-banyak. Dan ada suatu ketika, ada penonton sebaris dengan aku gelak sebab budak-budak tu gelak. Ha ha. Aku nak sound pun aku tak ada hak. Jadi aku isolatekan telinga aku daripada menerima gelombang bunyi daripada gelak tawa budak-budak (yang aku assume tak pernah tengok wayang sebab dia tengok disclaimer klasifikasi filem oleh Celcom sebelum wayang mula tu pun depa dok kelakar!). Ha, itu ja lah aku nak komen. Ha ha. Ni bukan komen filem, komen penonton filem.


Terus ke malam pementasan. Bahagian Centre Lambang Sari penuh juga. Setelah panel hakim sampai, pementasan terus bermula. Ketua Hakim adalah Mano Maniam. Fauziah Nawi juga turut sama. S.T Bala pula tidak ketinggalan. Dan dua orang lagi yang aku tak familiar sangat.

Berikut disenaraikan Team-team, nama director, writer, prop yang mesti dimasukkan sebagai elemen utama cerita dan tajuk serta sedikit tentang ceritanya. Ada nama director/writer yang aku tak ingat. Tak bawa pen pula hari tu untuk catat. Telefon bimbit aku terlalu canggih untuk taip-taip ni! Ha ha.


Team 1
Director:
Writer:
Prop: Bekas air 1 gelen
Title: Jerry Cat

Dalam kelompok manusia-manusia yang memerlukan air, Jerry Cat menghasut manusia yang ada satu per satu untuk membunuh sama sendiri tanpa mengira orang muda, tua, wanita malah kanak-kanak sekalipun. Manusia ditonjolkan sebagai spesis yang mudah dimanipulasi tatkala berada di situasi yang getir, lantas menemui penyesalan apabila benda yang menjadi rebutan itu hanyalah suatu yang sia-sia - bekas air 1 gelen itu kosong tidak berisi walau setitis pun.

Komen satu baris: Jerry Cat adalah pelakon yang bagus.


Team 2
Director:
Writer: Nur Sheena Baharudin
Prop: Dua butir berlian
Title: Diamonds Are The Girl's Bestfriend

Apakah harta kekayaan itu dapat menjamin kebahagiaan hati nurani seorang wanita?

Komen satu baris: Sinografi yang baik.


Team 3
Director: Mahavishnu a/l Nethiyanatham
Writer:
Prop: Segenggam beras dalam kampit
Title: A Hand Full of Rice

Manusia bekerja keras. Demi mencari sesuap nasi. Bila sudah dapat beras. Sudah bersyukur sekali. Begitulah hidup empat sekawan yang duduk di bawah satu bumbung. Namun, suatu hari beras di dalam kampit sudah dicuri. Yang peliknya, lebih kurang segenggam beras ditinggalkan di dalam kampit tersebut. Lantas, berlakulah konflik dan tuduh-menuduh diantara empat sekawan itu. Akhirnya, salah seorang daripada mereka telah mengaku. Rupa-rupanya dia mencuri beras tersebut kerana dia tak akan dapat berkahwin dengan pasangannya. Masih pelik. Sebenarnya, dia kehilangan kerja!

Komen satu baris: Walaupun best actor dari team ni, tapi tak apa lah!


Team 4
Director: Low Weiyan
Writer: Azelea Bakrie
Prop: Sebatang tongkat
Title: Tongkat Ali

Ali, baru saja meninggal dunia. Sewaktu pengkebumiannya, wasiatnya turut dibacakan oleh peguamnya. Ahli keluarga dan sahabatnya yang terdekat hadir bersama. Wasiat yang ditinggalkan adalah sebatang tongkat. Semua ahli keluarga dan sahabatnya pelik. Lantas, seorang demi seorang mengaku yang tongkat itu diwasiatkan kepada diri masing-masing. Bini Ali, perempuan simpanan Ali, anak lelaki Ali, sahabat Ali - semua ingin menyatakan sesuatu tentang tongkat Ali itu dan siapakah sebenarnya yang layak memiliki wasiatnya itu. Semua berebut sehingga tongkat itu terpecah kepada dua. Pada waktu itu, anak Ali yang seorang lagi dapat menjelaskan sesuatu. Tongkat Ali itu bila sudah terbahagi dua, sudah tidak berguna. Useless. Ali meninggalkan wasiat tongkat itu untuk menunjukkan kepada ahli keluarga dan sahabatnya supaya bersatu dan sama-sama berkasih sayang. Jika tidak, ia useless. Seperti tongkat itu juga.

Komen satu baris: Entertaining show!


Team 5
Director: Shahzlan Laili
Writer:
Prop: Topeng
Title: Frenchy Penny

Sesal. Sesal. Sesal. Kematian. Dadah. Pil. Dosa. (Aku tak faham sebenarnya cerita dia ni pasal apa. Hehe. Tapi tajuknya adalah nama bunga. Nama bunga tu ada disebut oleh seorang watak perempuan yang psycho memegang anak bayinya yang sudah mati.) Entah? Kalau tuan punya cerita atau ada audien yang faham dan masuk blog ini bolehlah terangkan pada hamba. Hehe)

Komen satu baris: Tak faham. Tapi good lighting.


Team 6
Director: Nicole-Ann Frances Thomas
Writer: Uzair Ibrahim Lu
Prop: Mangkuk tingkat
Title: Menara Panjang Umur

Zaman budak-budak, empat adik-beradik sama-sama, gaduh-gaduh, macam adik-beradik betul lah. Bila dah besar, masing-masing hidup ikut hala tuju sendiri. Tinggal seorang yang masih duduk bersama mak mereka yang sedang sakit tenat. Si anak ini tidak sanggup lagi untuk membiarkan maknya itu meninggal dunia dan akan buat apa sahaja untuk mencari penawar. Si mak menyuruh anaknya itu berjumpa dengan Tok Bomoh yang tahu apa yang perlu dilakukan. Lantas si anak bertemu dengan Tok Bomoh. Tok Bomoh menyuruh si anak mencari semula adik-beradiknya yang lain dan menyatukan kembali mereka berempat. Dan keempat-empat adik-beradik itu haruslah membawa satu bahagian mangkuk tingkak dan menyusunnya menjadi sebuah 'Menara Panjang Umur'. Si anak gigih mencari semula adik-beradiknya dan akhirnya berjaya. Keempat-empat adik-beradik tersebut pulang dengan harapan mak mereka akan sembuh. Setelah mangkuk tingkat itu berjaya disusun, sebiji buah ajaib muncul di dalam bekas mangkuk tingkat itu. Mak memakannya dan terus sembuh dan tersenyum. Tok Bomoh muncul dan mengucapkan tahniah kepada mereka semua kerana berjaya bersatu kembali. Mereka pun turut sama memakan buah ajaib tersebut sebagai tanda meraikan mak mereka yang sudah sembuh. Namun, Tok Bomoh tiba-tiba mentertawakan mereka apabila diketahui bahawa buah ajaib tersebut adalah buah yang beracun dan mereka semua akan mati!

Komen satu baris: Entertaining and great show. Narrator/Tok Bomoh paling natural dan interaktif.


Team 7
Director:
Writer:
Prop: Sudu dan Garfu Perhiasan Kayu yang besar
Title: Violence & Variations

(Dah tak larat nak review. Ha ha)

Komen satu baris: Team ni play safe betul. Penggunaan dialog sangat minimum. But then, good lighting lah.


Selesai ketujuh-tujuh persembahan, sementara menunggu para juri mengira markah, Jit Murad keluar dengan stand-up comedy tentang 'achievements' oleh Malaysian. Menonton stand-up comedynya itu membuatkan aku teringat kepada seseorang. Ha ha. Siapa lagi? Kalau bukan...

Ini adalah keputusannya.


Keputusan:

1. Best Actor - Eric Chan Sai Hoe (A Hand Full of Rice)

2. Best Actress - Bella Rahim (Tongkat Ali)

3. Best Director - Nicole-Ann Frances Thomas (Menara Panjang Umur)

4. Best Script - Uzair Ibrahim Lu (Menara Panjang Umur)

5. Best Ensemble - Tongkat Ali


Anugerah-anugerah lain:

1. 'Merry-Go-Round Award' (The most wretched performance) - Frenchy Penny

2. 'Orange Pickle Award' (Tak ingat untuk apa)

3. 'Hang Tuah Award' (The most bravery attempt) - Violence & Variations

4. 'Teh Tarik Award' (The longest pause in a play) - A Hand Full of Rice

5. 'The Golden Award' (The audience's choice) - Menara Panjang Umur


Apa pun, mereka telah berjaya menyahut cabaran teater 24 jam. Syabas untuk itu.

2 ulasan:

  1. Saya cut it short eh..
    Cerita frangie panny or bunga melor ini actually berkisahkan 3 scenes yang berbeza..Ketiga-tiganya bertempat di limbo(between hell and heaven)..Scene pertama sepatutnya mempunyai 2 pelakon tetapi salah seorang daripada mereka tarik diri saat2 akhir dan pelakon lelaki seorang lagi terpaksa berinteraksi dengan penonton tujuannya untuk mencari2 di manakah abangnya yang pergi berjuang..Scene kedua adalah berkenaan dengan 3 manusia yang masing2 telah membuat kejahatan semasa mereka hidup..Scene 3 pula berkenaan seorang psycho lady yang actually membunuh dirinya setelah tidak dapat terima bahawa teman lelakinya tinggalkan beliau dan anak kandungnya.. Lelaki bertopeng pula tujuannya adalah untuk menukar situasi keadaan mereka semasa di limbo itu..dan akhirnya mereka tahu yang mereka sudah pon berada di alam yang laen setelah masing2 antara mereka mejumpai frangie panny..

    So basically, that was what it's all about..Ceritanya agak tunggang langgang disebabkan seorang pelakon yang tak berdisplin at all..:)

    nway, Thank you so much bro for being there and summarizing down our(all the participants) story..

    Terima Kasih

    BalasPadam