Isnin, Mac 16, 2009

Singgah Sana Seni: Muzikal Ibu Zain

13 Mac 2009, 8.30 mlm, Auditiorium Tun Abdul Razak MaTiC

Memandangkan aku kurang sihat waktu ni, selesema yang memberatkan kepala aku, jadi aku bagi rating terlebih dahulu dan aku cuba ulas sedikit mana yang aku mampu ingat. Aku naikkan skala rating aku, per 10 untuk setiap kriteria.

Teater Muzikal Ibu Zain:
Cerita: 6/10
Lakonan: 7/10
Muzik: 6/10
Sinografi: 6.5/10
Koreografi: 6/10
Teknikal: 5/10
Prop/Set: 6/10
Kostum/Make-up: 5/10
Pengarahan: 6.5/10
Pengurusan pentas: 7/10
Keseluruhan: 7/10


OST Pilihan:

Track 01 Kampung Nyalas
Track 06 Murid Jadi Cikgu
Track 07 Jangan Terkilan
Track 08 Bertemu Cikgu
Track 12 Cahaya Mata


Adegan Pilihan:

1. Ibu Zain membuka sekolah
2. Munsyi Sulaiman menulis warkah
3. Di dalam kelas di Sekolah Perempuan Bandar Maharani
4. Di dalam keretapi ke Tanjung Malim di serang Bintang Tiga


Watak-watak Pilihan:

1. Ibu Zain (Tua)
2. Ibu Zain (Dewasa)
3. Jumilah/Jameah
4. Dato' Onn
5. Askar Jepun


Ulasan ringkas:

Sejujurnya aku tidak kenal siapa Ibu Zain sebelum ini. Sememangnya aku tidak begitu meminati sejarah sejak dari dulu lagi. Tetapi sejarah ini penting. Aku rasa kisah-kisah sejarah perlu diberikan penekanan dalam cara penyampaian melalui drama pentas, selari dengan pementasan lain yang fiksyen atau berdasarkan mitos atau lagenda.

Mengenai persembahan pula, aku dapat melihat banyak lagi ruang untuk improvement bagi memastikan kualiti sebuah produksi teater profesional ini. Apa yang telah dipentaskan adalah baik dan bagus, tetapi masih boleh diperbaiki lagi dalam semua aspek. Pementasan yang asal (musim pertama) lahir dari sebuah pentas yang berteknologi tinggi di Istana Budaya yang mana apa sahaja boleh dilakukan. Namun bila ia dipentaskan di sebuah panggung yang lebih tradisional, kualiti persembahan perlu ditonjolkan dari aspek teknik lakonan. Apa yang aku dapat lihat, vocal projection pelakon ramai yang tidak melepasi benchmark lontaran vokal yang mantap, jelas, dan boleh didengar oleh penonton di barisan tempat duduk paling belakang tanpa bantuan mikrofon. Hanya beberapa pelakon yang memang sudah banyak pengalaman dalam teater sahaja yang punya vocal projection yang baik.

Pembinaan karakter dan penghayatan juga baik terutamanya pada watak-watak pilihan aku tersebut. Malah, seperti kebiasaannya akan ada karakter-karakter yang unik yang akan memberikan penonton 'sesuatu' yang akan diingati daripada lakonannya. Ini adalah satu perkara utama yang biasanya aku akan cuba cari dan lihat dalam mana-mana pementasan. Pementasan ini seimbang dari segi pelakon dan tenaga produksi yang berpengalaman dan yang masih baru. Ini sememangnya bagus bagi mewujudkan situasi menang-menang di antara penggiat teater lama dan baru. Berkongsi pengetahuan, skil, pengalaman dan pandangan adalah penting dalam sesebuah kumpulan produksi.


Remember: To be heard. To be seen.


ps#1: Walaupun kebanyakan masa aku dapat rasakan aura teater muzikal kanak-kanak.....
ps#2: Walaupun aku rasa geli-geleman sedikit (sedikit saja) apabila masuk adegan 'Hidup Melayu!'.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan