Isnin, Mac 23, 2009

Singgah Sana Seni: Sirah Junjungan - Tahajud Cinta

Mungkin ada pembaca yang sudah perasan atau belum, yang mana aku telah memulakan siri 'Singgah Sana Seni' sejak awal tahun yang lalu. Bersesuaian dengan nama blog ini, entri 'Singgah Sana Seni' (3S) membawakan reviu sesebuah pementasan teater yang Akin Muhammad telah tontoni. Alangkah bagusnya jikalau Singgah Sana Seni ini dapat dijadikan sebuah program tivi 30 minit sebagai salah satu cara mempromosikan seni teater di Malaysia disamping membicarakan serba sedikit mengenai teater tersebut secara lebih terperinci. Tapi, itu hanya sekadar impian aku.

Kita mulakan dengan rating persembahan teater Sirah Junjungan - Tahajud Cinta:

Cerita/Skrip: 10/10 (Cerita sirah Rasulullah beb, mestilah perfect score! Ada sesiapa tak setuju?)
Lakonan: 7/10
Muzik: 8/10
Sinografi: 8/10
Koreografi: 7/10
Teknikal: 7/10
Prop/Set: 8/10
Kostum/Make-up: 7/10
Pengarahan: 8/10
Pengurusan pentas: 8/10
Keseluruhan: 8/10

Adegan Pilihan:
1. Pemimpin Quraisy ketika berkumpul untuk merancang pembunuhan Nabi Muhammad S.A.W. Aku suka latar yang dipersembahkan (langit malam dengan kerlipan bintang dan api yang menerangi tempat berkumpul tersebut). Juga ketika syaitan-syaitan keluar untuk menghasut para pemimpin Quraisy.
2. Perang Badar, perang Uhud dan adegan perang sudah pastinya menarik perhatian. Well, bunyi pedang menunjukkan bukan pedang yang dibuat daripada plastik atau kertas ya. =p
3. Adegan intro. Ketika alunan 99 nama-nama Allah.
4. Adegan menyembah berhala.

Watak Pilihan:
1. Abu Sofyan (Jeganathan)
2. Bilal (Taiyuddin Bakar)
3. Abu Talib (Ahmad Yatim)
4. Hendon (Rabecca Nur Islam)
5. Mazlan Tahir (Narator & V.O Muhammad)

Vanida Imran bagi aku kurang menonjol sebagai Saidatina Khadijah kerana adegan yang ada Khadijah tidak banyak.

OST Pilihan:
1. Nabi Anak Yatim
2. Lagu intro (tak tahu tajuknya)
3. Lagu tema yang ada beberapa kali diulang (juga tak tahu tajuk lagunya itu)
4. Alangkah Indahnya Hidup Ini


Sedikit ulasan amatur:

Pertama sekali, aku kagum dengan usaha Eirma Fatima dalam mengangkat sirah Rasulullah dalam bentuk persembahan teater. Walaupun sebenarnya sirah Nabi tidak semestinya perlu muzikal, namun fenomena teater muzikal sedang hangat di kalangan rakyat Malaysia bagi menarik minat ramai untuk datang menonton. Letak sajalah perkataan 'muzikal' di hadapan tajuk sesebuah teater itu, maka ramai yang akan tertarik. Apa yang aku ingin perkatakan di sini, usaha untuk mengangkat sirah Nabi dalam bentuk teater haruslah disokong.

Mula dari babak pertama, hingga ke adegan peperangan dan pahit getir perjalanan hidup Nabi dan kaum muslimin sewaktu itu, hingga ke babak wafatnya Nabi Muhammad, aku menangis sedih, hiba dan pilu kerana begitu mengagumi peribadi Rasulullah dan menyedari betapa rendahnya diri ini jika hendak dibandingkan dengan Nabi. Aku menangis kerana ketabahan Baginda S.A.W dalam menyampaikan dakwah Islamiyah, aku menangis kerana kemuliaannya sangat tinggi. Waktu menonton, aku buang jauh-jauh ego aku, aku buka hati dan fikiran aku seluas-luasnya, maka mudah untuk aku menghayati sirah Nabi Muhammad, lantas mengalirlah air mata.

Teater ini tentang sirah Nabi. Aku rasa selamat apabila tak ada penonton yang gelak atau tergelak. Memang teater ini bukan untuk digelakkan, tetapi sebaliknya, untuk penonton menangis, untuk penonton merasa bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah rasa, untuk penonton sedar bahawa mereka adalah umat Muhammad S.A.W.

Aku tak macam biasa kali ini. Waktu aku menulis reviu ini pun, aku masih rasa sedih dan pilu. Teater tersebut begitu memberi kesan terhadap jiwa aku. Sedih akan kisah sirah Rasulullah, terus membuatkan aku sedih kerana mengingati dosa-dosa yang telah aku lakukan. Kerana, kalimah agung itu. Lailahaillallah, muhammadurrasullah. Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Jadi, aku tak seperti biasa, mengkritik apa-apa yang aku rasa tak kena pada pandangan mata aku. Kali ini, aku rasakan aku tidak layak hendak mengkritik cerita tentang Rasulullah yang begitu mulia, begitu menyayat hati.

Cuma satu saja. Pelakon perempuan pakai sarung tangan atau kaki tak?

Namun begitu, komen tetap komen, kritik tetap kritik. Teater ini teater Islamik. Muzikal Islamik, lebih tepat lagi. Aku juga aktivis teater yang lahir dari genre yang sama, iaitu teater Islamik. Jadi, aku punya pengalaman walaupun taklah banyak mana. Bila mana kita pentaskan teater Islamik, well, semua perkara mestilah bertepatan dengan agama Islam. Pertama, pelakon lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan. Kalau dengan tujuan berlakon dengan niat yang baik sekalipun, seboleh-bolehnya elakkan bersentuhan. Pakai lapik, sarung tangan dan kaki sebagai cara yang lebih elok. Keduanya, pementasan Islamik perlu Islamik bukan hanya di atas pentas, tetapi di belakang pentas. Bukan setakat pelakon menutup aurat di atas pentas, tetapi di belakang pentas. Dengan sebab itulah, pemilihan pelakon adalah amat penting. Batas-batas pergaulan pelakon perlu dijaga. Ini adalah pengalaman aku dalam teater Islamik, daripada tunjuk ajar pengarah teater aku, Dr Shark. Aku sangat respek dengan bawaan teater beliau. Dia tidak mahu mementaskan teater yang ada wanita Islam yang tidak bertudung atau ada adegan yang mana lelaki perempuan bersentuhan. Itu bawaan dia, prinsipal dia dan aku akan sokong dan bawanya dalam kareer teater aku. Aku tahu, dalam kumpulan aku sendiri pun, ada sesetengah ahli yang kurang bersetuju dengan prinsipal Dr Shark itu. Tapi, ingatlah kawan-kawan, apa yang dihujahkan tentang prinsip itu sememangnya tidak ada yang lebih benar lagi. Sememangnya teater yang kita perlu bawa dan persembahkan pada masyarakat perlulah Islamik dan tidak bercampur aduk dengan perkara-perkara haram.

Dah panjang aku berceramah. Dah off-topic pun. Tapi itu yang aku cuba sampaikan. Teater Islamik perlu dibawa secara Islamik sebenar-benarnya tanpa ada unsur-unsur haram yang bercampur aduk. Titik! Noktah! Tidak ada hujah lain yang diperlukan untuk menentang pernyataan aku ini. Walaupun aku bukan ustaz, tapi aku (dan kita semua orang Islam) punya tanggungjawab dalam menyampaikan pesanan ke arah kebaikan.

Sampai di sini tazkirah kita pada hari ini.


ps: Aku rasa Bilal tu harus habiskan saja laungan azan. Lebih baik daripada hanya melaungkan kalimah awal dan akhir dalam azan. Aku rasa sajalah...

4 ulasan:

  1. siapakah insan yang tidak bersetuju itu? tidak saya perlu tahu sbb saya akan menyokong apa2 sahaja karya dr shark. ini yang kita katakan berdakhwah cara teater.

    BalasPadam
  2. haha. bukan tak setuju langsung. cuma ada yang KURANG setuju sebab dr shark tak mahu wanita Islam tak bertudung berlakon atas pentas.

    BalasPadam
  3. dan aku berasa sedikit terpukul...time PGL siap amik cuti segala...tapi time SIrah Junjungan, x tau langsung kewujudan teater ni...kena book kalendar utk tahun depan (kalau ada lagi la)

    BalasPadam
  4. bukan kat blog aku dah list semua show yang ada di KL ke? haha

    BalasPadam