Selasa, Februari 24, 2009

Lari dari Kerja (3) - UTP


Malam Pementasan Teater Bukan Cerita Palestin oleh TTS


Petang Ahad itu aku selamat sampai di UTP.
Sampai di sana, aku rasa tenang dan nyaman.
Maklumlah, luar bandar. Sudah pasti atmosferanya berbeza.
Aku skip bahagian yang mana aku download macam-macam movie dan series terbaru.
Terus ke malam pementasan.

Ramai pelajar UTP yang datang menonton pementasan malam itu.
Anggaran dalam 300 orang yang hadir. Terima kasih kepada penonton.

Persembahan pertama adalah nasyid oleh kumpulan In-Saff dengan dua buah lagu iaitu "Destinasi Cinta" dan "Damai Yang Hilang".

Persembahan kedua adalah team monolog "Suka-Paksa-Rela-Wan" (SPRW). Skrip aku bikin sendiri. Dan khas untuk seorang. Tetapi telah diolah. Dipecahkan kepada tiga. Makanya adalah tiga orang sukarelawan. Para pelakon adalah Fauzan, Aini dan Izzi. Seorang lagi pencerita adalah Timmy.

Dari segi lakonan, Fauzan telah cuba membawa watak seorang yang RELA memperjuangkan agamanya dengan baik. Walaupun emosi ada sedikit kurang tetapi ia baik. Fauzan mengulang-ulang bercakap dengan Aisyah, isterinya yang sebenarnya di Malaysia bersama anak-anaknya, tetapi bayangannya hadir sewaktu Fauzan di medan perang. Bayangan itu hanya gangguan syaitan yang ingin menghasutnya lari dari medang perang. Jadinya, apa yang aku dapat perhatikan, kurang nampak yang Fauzan tersedar daripada gangguan syaitan tersebut. Sebab terlalu cepat. Bukan tak nampak langsung. Tetapi kurang. Tapi aku suka sewaktu bunyi tembakan ke dada Fauzan. Kena. Nice shot! Kalau boleh buat keluar darah lagi best aku rasa. Apa yang aku pelik bila penonton berasa humor dengan pengulangan Fauzan bercakap dengan Aisyah. Entah?
Satu lagi, ada sebutan yang kurang jelas.

Aini pula membawa watak seorang yang terPAKSA beri bantuan atas nama kemanusiaan. Lakonan Aini seperti biasa, cukup natural dan penonton menyukainya. Aini mengulang-ulang "Ustaz aku dulu pernah cakap.." dan lagi sekali, penonton berasa humor. Aku harap humor yang ditunjukkan tidak mendominasi mesej yang ingin disampaikan.

Izzi kembali ke atas pentas membayar hutangnya dengan Doc Shark. Dia membawa watak seorang yang SUKA-SUKA untuk jadi sukarelawan. Tapi bila dah sampai di medan perang, dia rasa dia tak SUKA pula. Lakonan Izzi memang natural. Karakternya memang nampak orang muda. Orang muda yang selalunya SUKA-SUKA buat sesuatu. Lagi sekali, penonton berasa humor. Entahlah?

Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan monolog oleh Fauzan, Aini dan Izzi.
Aku suka. Aku suka.
Terima kasih sebab hidupkan karya aku tu.
Kalau aku berlakon seorang pun, belum tentu akan jadi sebagus yang telah mereka pentaskan.

Jadi untuk monolog Suka-Paksa-Rela-Wan:

Cerita: 3/5
Lakonan: 4/5

Teknikal: 3/5

Kostum/Make-up: 3/5

Set: 3/5

Pengarahan: 4/5

Pengurusan pentas: 3/5



Seterusnya, teater Bukan Cerita Palestin (BCP).

Permulaan teater ini menarik dengan paparan video disclaimer. Dan bila Doc Shark keluar sebagai Pencerita, menjadikan permulaan teater ini baik. Dan bila Acab keluar sebagai Hatah, aku terus rasa kagum dan tak senang duduk (tak senang duduk = menonton teater dengan teliti). Walaupun lakonan Acab tidak banyak ubah seperti sebelum ini, tetapi dengan lakonan Am-rika (Anwar) dan Dato Izz (Khairil) yang punya karakter sendiri, aku dapat puji teater BCP ini baik. Ditambah lagi dengan watak-watak Spy 1, 2 dan 3. Timmy, Ermie dan Azizi harus aku puji. Chemistry Spy 1, 2 dan 3 dengan Dato' Izz kuat. Tahniah untuk itu. Zafran membawa watak Saudi juga aku puji kerana vocal projectionnya semakin baik berbanding dulu. Lakonannya yang tamakkan harta juga menjadi. Cuma ada sedikit teknik lakon yang salah. Lakonan Half sebagai Irani sedikit kurang menonjol. Ada sisi-sisi watak yang dia pernah bawa sebelum ini dalam teater Transit. Asyraf Nazmie sebagai Iraqi sedikit terlebih menjerit-jerit. Dia seharusnya lebih enjoy dengan wataknya. Dan Half dan Asyraf perlu lebihkan lagi chemistry kerana kedua-dua watak itu selalu bergaduh. Jadi perlu lebih chemistry di situ. Sedikit kekurangan pada pelakon-pelakon baru iaitu Anas, Saiful Mat Top dan Iqbal. Namun, vocal projection Anas dikira baik as a first-timer. Mat Top perlu jadi lebih 'artis' lagi. Babak high sewaktu konsert (Anas, Nik, Iqbal) tidak begitu menjadi. Boleh diperbaiki lagi. Energi tak maintain sampai habis. Emosi sewaktu klimaks cerita ini juga tidak sampai ke tahap yang sebenarnya.
Simbolik tikar mengkuang dengan tanah memang seharusnya berkesan. Tetapi pentas MPH menghadkan penonton untuk melihat tikar tersebut yang menjadi set utama teater ini.
Teknikal teater ni aku boleh katakan sebagai teruk. Tapi aku faham, techies semua budak baru. First-timer. Freshies. Tapi, komen tetap komen. Kritik tetap kritik. Aku tak mahu budak-budak TTS dah rasa best bila baru berlakon satu, dua show. Aku tak mahu macam tu. Aku lebih rela buat budak-budak rasa down sepam dua daripada puji-puji atau sedapkan hati. Bila ada yang down tetapi masih komited terhadap teater, maknanya dia memang berpotensi tinggi. Tapi bila ada yang dah rasa best bila baru berlakon satu dua show, mulalah ada yang sambil lewa dengan teater ni. Aku mungkin salah. Tapi aku harus juga betul.

Jadi untuk teater Bukan Cerita Palestin:

Cerita: 4/5
Lakonan: 4/5

Teknikal: 2/5

Kostum/Make-up: 3/5

Set: 4/5

Pengarahan: 4/5

Pengurusan pentas: 3/5


Walaupun kita berlakon, kita kena jujur dalam lakonan kita.
Walaupun kita tidak jujur dengan penonton (sebab kita berlakon), tetapi kita jujur dengan diri sendiri.

Syabas dan tahniah untuk seluruh produksi TTS dalam monolog SPRW dan teater BCP!
Hasil kutipan tiket dan sumbangan adalah lebih kurang RM1100 dan semua akan disalurkan ke tabung Aman Palestin.
(Kalaulah kita dapat kutip sebanyak tu untuk show-show sebelum ni. Haha)

Sebagai penghargaan, ini gambar kita semua:

Berdiri atas stage dari kiri: Saiful Mat Top, Anas, Azizi, Khairil, Dr Shark, Zafran, Sapik Altantuya, Anwar Samad, Asyraf, Half, SEFA, Acab, Iqbal
Duduk atas stage dari kiri: Nik, Fauzan, G-Ah, Aini, Atul, Tasha, Zul CJ, Timmy, Izzi, Mekot
Berdiri depan stage dari kiri: Anep, Syakir, Ermie, Sabrina, Akin M, Nisa', Aisyah dan kawan-kawan (techies baru aku tak kenal nama)


ps: Malam tu aku penat gila pig punya.

1 ulasan: