Ahad, Februari 01, 2009

Split Effects

Lewat malam itu aku seperti Luzer
Otak logik aku sudah hilang pertimbangan
Bas pula buat hal tidak letak nombor bas
Seperti nasib Luzer
aku menapak sehingga hampir tumbang di tepi jalan
waktu bas, kereta, motorsikal meluncur laju di atas jalan raya
yang kebanyakannya memakan jalan dan tepi jalan
membuatkan aku terfikir-fikir akan HSE
dengan lopak-lopak air di tepi jalan itu
nasib baik Luzer tidak begitu malang sehingga mati katak di tepi jalan
nasib baik sebab aku sendiri juga yang cipta Luzer
Bila sudah sampai aku terbeli air mineral kecil Aquarius
lepas beli baru aku perasan dan tahu air mineral Aquarius itu produk Coca Cola
cis!

Awal malam itu aku seperti Akin Muhammad
Otak seni aku perlukan oksigen seni
Jiwa seni aku perlukan sentuhan seni
Aku naik syahwat
Nafsu seni aku membuak-buak hingga tak dapat dibendung lagi
Seperti ingin bersenggama
Seperti ingin membuat cinta
Tapi bukan dengan perempuan
bukan bukan
bukan dengan manusia
Aku berjalan-jalan-jalan berseorangan
Ramai rakan aku bila terserempak aku di mana-mana
akan bertanya adakah aku seorang sahaja
walaupun mereka tahu jawapannya sudah pasti YA
Aku terus berjalan hingga sampai di The Store
bukan pusat beli-belah itu
tapi Stor Teater
tapi malangnya kerusi sudah penuh
jika hendak pun kena duduk bersila di atas hamparan kain di atas lantai
walaupun aku sebenarnya tidak kisah
tetapi entah kenapa nafsu seni aku malam itu berkira pula
mungkin malam itu ada citarasa tiba-tiba
jadi aku hanya tempah tiket untuk pementasan esoknya
lagipun aku khuatir tidak sempat untuk naik tren untuk pulang
beginilah nasib Akin Muhammad
mahu tonton teater tapi kena jalan jauh
tapi Akin Muhammad tidak kisah

Petang itu aku seperti Yusuf Amat
Aku tonton filem Melayu terbaru di pawagam
Sifu & Tongga
Sebab aku dah set minda aku awal-awal sejak dulu lagi
filem Razak Mohaideen tidak berkualiti
dan aku boleh katakan dengan yakin
bahawa mindset aku memang betul
Dalam filem ini tiada satu perkara pun yang boleh buat aku kagum dan gembira
Aku tak tahu lah
sudah banyak filem yang dibuat
tapi kualitinya masih tak ubah-ubah
sampai pening kepala aku tengok filem ni
dan ya, aku memang pening kepala
memang orang lain ada gelak akan komedi ini, tapi tidak bagi aku
aku tak mahu (tak sanggup) ulas panjang lebar
ini rating aku bagi

SIFU & TONGGA
Cerita: 2/5
Lakonan: 2.5/5
Visual: 2/5
Bunyi: 2/5

Ini adalah salah satu filem paling teruk (dalam bahasa aku, sucks) aku pernah tonton
Maaf jika kasar bunyinya tapi aku berpandangan jujur
Aku akan menanti filem seramnya pula akan datang


Awal petang itu aku singgah ke Ulang Tahun ke-4 KAPASITOR: Apresiasi Seni & Maya
www.kapasitor.net
Ada persembahan dari ahli-ahli KAPASITOR sendiri.
Ada juga dipamerkan karya ahli-ahli KAPASITOR berbentuk sajak, puisi dan juga yang kreatif - puisi komik.
Apabila aku terasa bosan, aku blah
Well, tak semua orang boleh baca puisi atau sajak dengan best, tak 'gitu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan