Sabtu, Februari 07, 2009

Hero Buta Tetap Pilihan

Sekeping DVD Wayang sudah menjadi koleksi peribadi kini.
Menonton Wayang - aku merasakan perasaan yang sama ketika berlakon dalam pementasan JEBAT dan KERUSI, memang sama perasaannya cuma Wayang di layar filem dan teater di atas pentas.
Perasaan yang sama apabila watak yang buta menjadi hero.
Dan cerita tentang wayang kulit juga mengimbas aku kepada karya JEBAT yang mana pada asalnya kebanyakan babak dilakonkan di belakang pentas.
(Tapi TTS tak buat macam tu ha ha)

Apa pun, Wayang punya banyak mesej yang ingin disampaikan.
Ia bukan hanya hendak menekankan kepentingan seni dan budaya yang harus diturunkan kepada generasi akan datang, tetapi juga turut menyindir wayang-wayang iaitu filem-filem di Malaysia.
Ini dapat dilihat apabila watak Awi (Zul Huzaimy) yang cuba menggabungkan muzik pop dengan menggunakan petikan gitar dengan alatan muzik tradisional wayang kulit. Dan tok dalang Pak Awang tidak bersetuju dengan tindakan Awi tersebut.
Ia mendatangkan persoalan kepada aku dan mungkin kita semua - apakah di Malaysia ini, orang ramai suka dan tertarik apabila ada muzik di dalam filem atau teater? Bila ada teater muzikal baru orang ramai memenuhi panggung?
Selain itu, filem ini - seperti drama lain - ingin menyedarkan masyarakat akan keburukan dengki, iri hati terhadap orang lain. Dan juga apabila anak murid melebih (lawan tauke) tok gurunya. Sememangnya filem ini sarat dengan moral.

Filem Wayang ini tidak digah-gahkan lebih-lebih lagi dari segi promosinya. Walaupun filem ini senasib seperti kebanyakan filem Melayu yang mana tempoh tayangannya di panggung hanya kurang daripada satu bulan, tetapi filem ini cukup berkualiti. Sebab itulah, filem ini layak menjadi pencalonan banyak anugerah untuk Festival Filem Malaysia 2008 dan menang Anugerah Juri.
Dan Zul Huzaimy watak Awi telah menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Untuk Wayang;

Lakonan - 4/5
Cerita - 4/5
Visual - 3/5
Bunyi - 3/5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan