Selasa, Mac 31, 2009

RANCANGAN TERGENDALA BUAT SEKETIKA

Jumaat, Mac 27, 2009

Kisah Tapak Sulaiman Cokelat dan Air Perisa Hot Dog

Gua dulu dengar walkman. Gua beli kaset. Gua tengok tivi. Carta MTV tiap minggu di TCS5. Stesen tivi di Singapore. Rumah gua di kampung kira untung lah kiranya dapat tengok stesen tivi luar negara. Kalau nak tengok muvi yang ada comolot, buka TCS5. Iklan bra, bikini berjenama seperti Triumph jadi commercial break. Iklan Heineken, Tiger pun ada. Kadang-kadang tengok iklan, gua ingat iklan bra, rupa-rupanya iklan alat elektronik.

Jadi gua layan carta MTV tiap minggu. Lagu Rollin' jadi hits. Nombor 1 dalam carta. Kemudian lagu Real Slim Shady. My Generation. Stan (ni paling hits gua rasa). Take A Look Around. Heh! Jadi gua pun beli kaset Limp Bizkit. Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water. Kemudian, Eminem. The Marshall Mathers LP. Gua beli kaset ori. Harga bawah RM 20. Belas-belas. Duit belanja sekolah bapak gua bagi, gua simpan, gua beli kaset. Ha ha. Teringat pula cerita Kami lakonan Sudirman dulu. Tapi, kadang-kadang gua pau bapak gua jugak. Ha ha.

Gua beli kaset Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water. Gua pun pasang dalam walkman. Gua dengar Track 01. Tajuk lagu, Hot Dog. Gua try follow nyanyi ikut lirik sekali. Tapi gua pelik, kenapa lirik dia banyak bintang-bintang? 4 bintang. ****. Ha ha. Sikit-sikit ****, sikit-sikit ****. Sampai 50 kali ****. Itu baru satu lagu.

Itulah kali pertama gua belajar perkataan 4 bintang tu. Satu yang mula dengan F, satu lagi dengan S. Yang mula dengan S tu pun ada dua. Kemudian, gua belajar lagi banyak bila dengar lagu dari The Marshall Mathers LP. Ada yang mula dengan C. 4 bintang jugak. Yang mula dengan C tu pun ada banyak. Ha ha. Ada yang mula dengan D dan macam-macam lagi.

Gua memang layan carta MTV. Kemudian, lagu hits Crawling masuk carta. Gua tengok video klip dia macho gila. Lagu pun sedap. Linkin Park rupanya. Nama band pun stylo. Jadi, gua beli kaset dia. Hybrid Theory. Dalam LP tu, gua paling suka Mike Shinoda. Sebab dia yang bawak verse rap. Dan masa tu gua kerap rape. Eh, rap. Tertaip E pulak.

Begitulah ceritanya. Ada member gua tanya gua, kenapa gua suka rap? Gua suka sebab Ritma And Puisi. Eh, tu Malique kata. Tapi betul lah. Sebab ada ritma. Ada beat. Lirik panjang berjela. Dan kuat mencarut. Maksud aku, mengutuk.

Sekadar berkongsi cerita dulu-dulu. Ramai tidak tahu. Dan dalam masa yang sama. Memang gua layan nasyid. Sekarang nasyid pun sudah ada rap. Gua layan.

Khamis, Mac 26, 2009

Singgah Sana Seni: Ribut

25 Mac 2009, 8.30 mlm, Taman Budaya KL

RIBUT mengisi slot pementasan pertama dalam produksi S.A.T.U (Satu Antalogi Teater Universiti Malaya). Ia merupakan projek pengijazahan tahun akhir pelajar Seni Persembahan (Drama) Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.

***

Butiran pementasan:

Karya: The Tempest oleh William Shakespeare

Susunan: Marlenny Deen Erwan

Arahan: Esnani / Didi

Lakonan: Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman (Adeq Sutun)

Sinopsis:

Alonso (Raja Naples), abangnya Sebastian, anak lelakinya Ferdinand, Antonio counselor Gonzalo, dan Antonio (abang Prospero, merampas Duke Milan) terperangkap dalam satu taufan yang ganas di laut. Ribut itu menakutkan semua bangsawan untuk meninggalkan kapal. Apabila ribut itu surut, Duke Prospero yang dibuang negeri dan anak perempuannya Miranda kelihatan atas pulau itu yang telah didiami mereka selama 12 tahun. Miranda memberitahu bahawa dia melihat kapal retak dalam ribut itu, tetapi Prospero menenangkan dia, menjelaskan ia adalah satu ilusi sakti yang beliau wujudkan. Beliau menerangkan muslihat musuh-musuh beliau kepadanya dan menghantar Ariel untuk memusnahkan musuh-musuh beliau. Ariel ialah jin yang dipenjarakan oleh Sycorax di sebatang pokok kerana enggan melakukan kejahatannya, kemudian dengan hikmat sakti Prospero, Ariel telah terlepas dari seksaan itu.
Persoalan demi persoalan telah dibangkitkan tanpa henti-henti dengan mempersoalkan bilakah ianya akan berakhir. Adakah pengakhirannya Miranda akan bersatu dengan Ferdinand ataupun sebaliknya? Saksikanlah RIBUT...

***

Malam itu adalah kali pertama aku menonton karya Shakespeare dan juga kali pertama menonton adaptasi karya beliau. Walaupun karyanya boleh dibaca secara percuma di internet, namun aku tak mampu untuk membacanya tanpa sebarang tunjuk ajar daripada seorang guru. Ha ha. Makanya, aku mengambil masa yang sedikit lama untuk memahami ceritanya kerana sengaja aku tak baca sinopsis terlebih dahulu. Dah baca sinopsis baru dapat faham. Ha ha. Noob Shakespeare aku ni.

Lakonan Adeq Sutun (ini gelaran pelakon itu kerana telah berlakon dalam telemovie RTM iaitu Sutun, Sutun 2 dan Sutun Kembali) secara keseluruhannya sangat baik. Ini dapat dibuktikan apabila dia berjaya membawa dan menghayati tiga watak dengan karakter yang berbeza. Pertama sebagai Ariel, kedua sebagai Alonso dan ketiga Puteri Miranda. Transisi dari satu watak ke satu watak yang lain adalah lancar dan baik. Aku tertarik dengan lakonan dua sisi yang ditunjukkan sewaktu Raja Naples dan Puteri Miranda saling berbicara. Pergerakan Ariel sebagai jin juga dilakukan dengan baik sekali apabila melihat setiap pergerakannya seolah-olah telah dikoreograf dengan begitu teliti dan halus. Namun begitu, pada permulaan persembahan, lontaran vokal telah ditenggelami oleh bunyi audio ribut dan sewaktu babak Puteri Miranda menyatakan rasa cinta pada Ferdinand, anak lelaki Raja Naples, ada dialog off-stage yang langsung tidak dapat didengari kerana telah ditenggelami oleh muzik. Harus menggunakan mikrofon barangkali. Gerak tari Puteri Miranda dan Ariel juga telah dikoreograf dengan baik dan menetapi karakter masing-masing.

Rating untuk pementasan RIBUT:
Cerita: 6/10
Lakonan: 9/10
Muzik: 8/10
Sinografi: 8/10
Koreografi: 7/10
Teknikal: 6/10
Prop/Set: 7/10
Kostum/Make-up: 9/10
Pengarahan: 8/10
Pengurusan: 8/10
Keseluruhan: 8/10


Selepas ini: Di Sebalik Pintu pada 26-27 Mac 2009, 8.30 malam.

Rabu, Mac 25, 2009

Apa Google Image Kata?

Tag daripada Yap ini menarik perhatian aku. Jadi aku buat.

Rules:
1. The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
3. After that tag 12 people.

Q1: The age of my next birthday = 22
Itu dia... 1 Mei ni. Pekerja dinasihatkan bercuti duduk diam-diam dalam rumah.


Q2: The place I would like to travel to = EuropeDestinasi bulan madu.

Q3: The favorite place = Theatre
Mana lagi kan? Ha ha.

Q4: The favorite food = Chicken Rice

Q5: The nickname I have = Akin
Actually, gambar pertama yang keluar adalah gambar Azra Akin pakai bikini.

Q6: The favorite colour = Black
Ilusi optik ja aku selalu pakai hitam.

Q7: The city I live in (For now) = KL
KL, KL, Cosa Nostra

Q8: The city I was born in = Port Dickson
Apa khabar pantai PD sekarang?

Q9: College Major = Environmental Engineering
Tak ramai yang minat nak ambil major ni.

Q10: Bad habit = Last-minute work
Never Been Dressed (Properly). Itulah akibatnya.

Q11: Hobby = Scriptwriting
Tapi sekarang guna laptop.

Q12: Wishlist = 100 Hot Wheels Collection
Sekarang baru ada lebih kurang 20 biji Hot Wheels die cast. Masih perlukan 80 biji lagi.

N V | V N


N V? (Envy?)
N, Dan, &,
N V V N, Envy Vianne,

Abjad N sentiasa wujud dalam hidup aku
tak pernah tiada
hilang satu, wujud satu yang lain
walaupun abjad N tiada dalam nama aku

N, untuk nafsu
N, nikmat
N, noda

N, untuk naluri
N, naif
N, nur

N, untuk Nur I, Nur II, Nur III, Nur IV
N, Nah, semuanya nur

N, Nur I: Aku tak mahu. Aku tak bersedia.
N, Nur II: Aku ada prinsipal.
N, Nur III: Aku tak sanggup.
N, Nur IV: Aku cinta padaMu.

N, N, N, N.
N, Nyatanya, aku tak boleh lari dari kau.

Selasa, Mac 24, 2009

Aki Si Jin Hutan

Aku sudah pun menonton filem Jin Hutan di TGV, KLCC hujung minggu yang lalu sebelum aku ke Istana Budaya pada waktu malamnya.

Jin Hutan adalah sebuah filem amatur dari serba-serbi tetapi cuba membawa suatu mesej yang signifikan iaitu kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya walaupun anaknya hodoh. Namun, jika penonton tidak dapat bersabar sehingga ke hujung filem ini, kemungkinan besar tidak dapat mengetahui sejarah 'jin hutan' tersebut yang bernama Aki (alamak, tambah huruf N kat belakang dah jadi nama aku tu! haha). Aku katakan begini kerana memang sewaktu aku menonton, ada orang yang sudah keluar dari panggung sebelum filem tamat.

Aku pun tidak dapat mengulas dengan lebih terperinci tentang filem ini kerana aku tidak belajar lagi tentang filem. Kalau teater tu dapatlah aku ulas. Jadi, apa kata, aku bagi rating terus? Haha. Kerja pemalas namanya ni.

JIN HUTAN
Cerita: 2.5/10
Lakonan: 2.5/10
Visual: 2/10
Bunyi: 2/10

Yang signifikan dalam filem ini:
1. Cubaan CGI yang kurang real.
2. Baju hujan (4) yang berlainan warna, yang kemudiannya ditinggalkan begitu saja.
3. Watak bomoh Pak Su yang pandai speaking yang mana pada aku memberi elemen humor.
4. Aki yang bermutasi!


OK! Apa pun, cubaan yang berani dan baik daripada Jeffery Wong.

Teruskan usaha. Semoga berjaya. -Ayat templat cikgu sekolah yang diisi dalam penyata keputusan periksa.

Isnin, Mac 23, 2009

Singgah Sana Seni: Sirah Junjungan - Tahajud Cinta

Mungkin ada pembaca yang sudah perasan atau belum, yang mana aku telah memulakan siri 'Singgah Sana Seni' sejak awal tahun yang lalu. Bersesuaian dengan nama blog ini, entri 'Singgah Sana Seni' (3S) membawakan reviu sesebuah pementasan teater yang Akin Muhammad telah tontoni. Alangkah bagusnya jikalau Singgah Sana Seni ini dapat dijadikan sebuah program tivi 30 minit sebagai salah satu cara mempromosikan seni teater di Malaysia disamping membicarakan serba sedikit mengenai teater tersebut secara lebih terperinci. Tapi, itu hanya sekadar impian aku.

Kita mulakan dengan rating persembahan teater Sirah Junjungan - Tahajud Cinta:

Cerita/Skrip: 10/10 (Cerita sirah Rasulullah beb, mestilah perfect score! Ada sesiapa tak setuju?)
Lakonan: 7/10
Muzik: 8/10
Sinografi: 8/10
Koreografi: 7/10
Teknikal: 7/10
Prop/Set: 8/10
Kostum/Make-up: 7/10
Pengarahan: 8/10
Pengurusan pentas: 8/10
Keseluruhan: 8/10

Adegan Pilihan:
1. Pemimpin Quraisy ketika berkumpul untuk merancang pembunuhan Nabi Muhammad S.A.W. Aku suka latar yang dipersembahkan (langit malam dengan kerlipan bintang dan api yang menerangi tempat berkumpul tersebut). Juga ketika syaitan-syaitan keluar untuk menghasut para pemimpin Quraisy.
2. Perang Badar, perang Uhud dan adegan perang sudah pastinya menarik perhatian. Well, bunyi pedang menunjukkan bukan pedang yang dibuat daripada plastik atau kertas ya. =p
3. Adegan intro. Ketika alunan 99 nama-nama Allah.
4. Adegan menyembah berhala.

Watak Pilihan:
1. Abu Sofyan (Jeganathan)
2. Bilal (Taiyuddin Bakar)
3. Abu Talib (Ahmad Yatim)
4. Hendon (Rabecca Nur Islam)
5. Mazlan Tahir (Narator & V.O Muhammad)

Vanida Imran bagi aku kurang menonjol sebagai Saidatina Khadijah kerana adegan yang ada Khadijah tidak banyak.

OST Pilihan:
1. Nabi Anak Yatim
2. Lagu intro (tak tahu tajuknya)
3. Lagu tema yang ada beberapa kali diulang (juga tak tahu tajuk lagunya itu)
4. Alangkah Indahnya Hidup Ini


Sedikit ulasan amatur:

Pertama sekali, aku kagum dengan usaha Eirma Fatima dalam mengangkat sirah Rasulullah dalam bentuk persembahan teater. Walaupun sebenarnya sirah Nabi tidak semestinya perlu muzikal, namun fenomena teater muzikal sedang hangat di kalangan rakyat Malaysia bagi menarik minat ramai untuk datang menonton. Letak sajalah perkataan 'muzikal' di hadapan tajuk sesebuah teater itu, maka ramai yang akan tertarik. Apa yang aku ingin perkatakan di sini, usaha untuk mengangkat sirah Nabi dalam bentuk teater haruslah disokong.

Mula dari babak pertama, hingga ke adegan peperangan dan pahit getir perjalanan hidup Nabi dan kaum muslimin sewaktu itu, hingga ke babak wafatnya Nabi Muhammad, aku menangis sedih, hiba dan pilu kerana begitu mengagumi peribadi Rasulullah dan menyedari betapa rendahnya diri ini jika hendak dibandingkan dengan Nabi. Aku menangis kerana ketabahan Baginda S.A.W dalam menyampaikan dakwah Islamiyah, aku menangis kerana kemuliaannya sangat tinggi. Waktu menonton, aku buang jauh-jauh ego aku, aku buka hati dan fikiran aku seluas-luasnya, maka mudah untuk aku menghayati sirah Nabi Muhammad, lantas mengalirlah air mata.

Teater ini tentang sirah Nabi. Aku rasa selamat apabila tak ada penonton yang gelak atau tergelak. Memang teater ini bukan untuk digelakkan, tetapi sebaliknya, untuk penonton menangis, untuk penonton merasa bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah rasa, untuk penonton sedar bahawa mereka adalah umat Muhammad S.A.W.

Aku tak macam biasa kali ini. Waktu aku menulis reviu ini pun, aku masih rasa sedih dan pilu. Teater tersebut begitu memberi kesan terhadap jiwa aku. Sedih akan kisah sirah Rasulullah, terus membuatkan aku sedih kerana mengingati dosa-dosa yang telah aku lakukan. Kerana, kalimah agung itu. Lailahaillallah, muhammadurrasullah. Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Jadi, aku tak seperti biasa, mengkritik apa-apa yang aku rasa tak kena pada pandangan mata aku. Kali ini, aku rasakan aku tidak layak hendak mengkritik cerita tentang Rasulullah yang begitu mulia, begitu menyayat hati.

Cuma satu saja. Pelakon perempuan pakai sarung tangan atau kaki tak?

Namun begitu, komen tetap komen, kritik tetap kritik. Teater ini teater Islamik. Muzikal Islamik, lebih tepat lagi. Aku juga aktivis teater yang lahir dari genre yang sama, iaitu teater Islamik. Jadi, aku punya pengalaman walaupun taklah banyak mana. Bila mana kita pentaskan teater Islamik, well, semua perkara mestilah bertepatan dengan agama Islam. Pertama, pelakon lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan. Kalau dengan tujuan berlakon dengan niat yang baik sekalipun, seboleh-bolehnya elakkan bersentuhan. Pakai lapik, sarung tangan dan kaki sebagai cara yang lebih elok. Keduanya, pementasan Islamik perlu Islamik bukan hanya di atas pentas, tetapi di belakang pentas. Bukan setakat pelakon menutup aurat di atas pentas, tetapi di belakang pentas. Dengan sebab itulah, pemilihan pelakon adalah amat penting. Batas-batas pergaulan pelakon perlu dijaga. Ini adalah pengalaman aku dalam teater Islamik, daripada tunjuk ajar pengarah teater aku, Dr Shark. Aku sangat respek dengan bawaan teater beliau. Dia tidak mahu mementaskan teater yang ada wanita Islam yang tidak bertudung atau ada adegan yang mana lelaki perempuan bersentuhan. Itu bawaan dia, prinsipal dia dan aku akan sokong dan bawanya dalam kareer teater aku. Aku tahu, dalam kumpulan aku sendiri pun, ada sesetengah ahli yang kurang bersetuju dengan prinsipal Dr Shark itu. Tapi, ingatlah kawan-kawan, apa yang dihujahkan tentang prinsip itu sememangnya tidak ada yang lebih benar lagi. Sememangnya teater yang kita perlu bawa dan persembahkan pada masyarakat perlulah Islamik dan tidak bercampur aduk dengan perkara-perkara haram.

Dah panjang aku berceramah. Dah off-topic pun. Tapi itu yang aku cuba sampaikan. Teater Islamik perlu dibawa secara Islamik sebenar-benarnya tanpa ada unsur-unsur haram yang bercampur aduk. Titik! Noktah! Tidak ada hujah lain yang diperlukan untuk menentang pernyataan aku ini. Walaupun aku bukan ustaz, tapi aku (dan kita semua orang Islam) punya tanggungjawab dalam menyampaikan pesanan ke arah kebaikan.

Sampai di sini tazkirah kita pada hari ini.


ps: Aku rasa Bilal tu harus habiskan saja laungan azan. Lebih baik daripada hanya melaungkan kalimah awal dan akhir dalam azan. Aku rasa sajalah...

Jumaat, Mac 20, 2009

Termenung dan Berfikir.. Sejenak, Sendiri.

Sememangnya aku akui, waktu kita termenung, banyak perkara yang terilham dalam fikiran kita. Biasanya ketika aku duduk di dalam bas, menunggu untuk sampai ke destinasi, melihat orang-orang ramai dan pemandangan sekitar, aku akan termenung. Bila kita menunggu seseorang juga kita akan cenderung untuk termenung. Bila kita duduk berseorangan juga kita akan termenung. Dan bila sedang membuang air besar juga kita akan termenung, itu pun kalau tidak kena sembelit.

Kita termenung, memikirkan diri kita sendiri, ataupun diri orang-orang yang dekat dengan kita yang kita sayang. Kita juga memikirkan tentang masa silam, memori manis atau pahit, juga masa depan kita, apa yang akan berlaku dalam hidup kita bila sudah meningkat dewasa. Adakah cita-cita, impian kita akan tercapai? Apakah kita akan hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak? Dan kadang-kala, boleh jadi kita terfikir bagaimana jadinya apabila kita sudah mati? Apakah kita akan diseksa di kubur? Apakah orang yang kita sayang yang masih hidup di dunia akan sedih meratapi pemergian kita? Atau apakah kita akan cukup tabah dan sabar dalam menerima pemergian ibu bapa kita atau ahli keluarga kita yang kita sayang? Persoalan tentang kehidupan lampau, masa sekarang dan akan datang akan pasti bermain-main di ruang fikiran kita sebagai seorang manusia. Semuanya, kemungkinan akan hadir sewaktu kita termenung.

Unik bukan? Bagaimana Tuhan mewujudkan sifat manusia yang boleh termenung yang memberi ruang kepada kita untuk berfikir dan munasabah diri. Bagi aku, ia memang cukup unik. Keindahan manusia itu sendiri mungkin tidak dapat dianalisa sepenuhnya oleh manusia itu sendiri. Kerana bukan kita yang mencipta diri kita ini. Pencipta yang mencipta diri kita.

Aku termenung. Berfikir. Terfikir. Kenapa aku belajar kejuruteraan? Kenapa aku berteater? Kenapa aku bercinta? Sudah tentu, aku boleh mengarang sendiri jawapannya kerana aku sendiri yang memilih untuk melalui hidup aku melalui jalan yang aku pilih. Dan sudah tentu tidak semua manusia boleh membuat keputusan berdasarkan apa yang difikirkan. Kebanyakan masa, manusia terlalu terburu-buru sehingga mereka hanya berfikir setelah membuat keputusan dan tindakan. Lantas, mereka hanya dapat berfikir tentang penyesalan. Tetapi, penyesalan adalah satu kebaikan jika kita anggap ia sebagai suatu yang memberi pengajaran kepada diri kita supaya kita dapat bertindak dengan lebih bijak pada masa akan datang.

Di dalam entri kali ini, aku benar-benar mahu mengajak semua pembaca untuk bermenung. Atau termenung. Supaya kita dapat berfikir. Atau terfikir. Akan diri kita, diri orang lain dan juga Tuhan kita. Bagi golongan yang lebih teknikal yang selalu bertanya soalan 'kenapa?' dalam bidang sains mahupun sastera sekalipun, apalah kiranya jika kita dapat bermenung sejenak akan hal ehwal kemanusiaan. Tentang diri kita sebagai permulaan kerana diri kita sendiri yang paling dekat. Aku percaya, jika kita sentiasa bermenung, termenung iaitu berfikir, terfikir, manusia akan lebih mempercayai diri sendiri, orang lain dan yang pasti Tuhan kita.

Soal kepercayaan sememangnya berkait rapat dengan kemanusiaan. Disebabkan kepercayaan, manusia boleh saling berkasih sayang dan kerana kepercayaan juga, manusia boleh saling berbunuhan. Dan, dengan sebab kepercayaan juga, manusia boleh mempercayai Tuhan dan juga sebaliknya.

Bermenung, termenung. Berfikir, terfikir. Sejenak, sendiri.

Khamis, Mac 19, 2009

Y Me | Me Y


Y. Y? Y Y?
Y me? Me, Y.
Y?

Ada fikir - mungkin sangka - yang Y tidak perlu dipersoal.
Ada kata yang Y tidak perlu dipertikai.

Y. Dunia jadi makin kelakar.
Z. Dunia (hampir) mati.

Kelakar dan mati.
Kelakar ha-ha-ha! ha.
Mati hu-hu-hu! hu.

Kelakar atau mati.
Akhirnya tetap palsu.
Oh, tidak. Mati tidak palsu.
Mati inevitable.
Tidak!
Mati dipalsukan. Itu mati palsu.

Akhirnya tetap sama.
Mati.

Selasa, Mac 17, 2009

MBSK Rawak I - Contradic*tion

Ini madah bicara suara kata (mbsk) rawak yang aku dah lama nak buat.


Adik dia dah besar. Jambu. Nerd. Geek. Rambut belah tengah. Belah tepi. Pakai gel. Tali leher lekat sampai petang. Tak ponteng kelas. Duduk baris depan. Pengawas. Pakai songkok. Bullshit. Eh, bukan. Itu benda lain.
Adik aku macam budak-budak. Kaki pukul. Belasah. Gangster. Samseng. Bully. Bullshit. Eh, itu benda lain. Pendek kata ke, panjang kata ke, sama maksud = budak jahat. Budak nakal. Tak matang. Bajet macho. Lelaki. Smoker tegar. Muka pecah. Banyak jerawat. Banyak awek. Couple banyak kali. Layan blue. 3GP. Budak sekolah. Shit. Lagi, benda lain. Lagi sekali.

Contradicktion.

Lama tak dengar cerita, kawan lama? Ya, walaupun aku tahu perkataan 'kawan' tu tak sesuai untuk aku gunakan, tapi kau pun dengar kan yang aku sebut 'kawan' tadi dengan penuh rasa sarkastik?

Contradicktion.

Mana boleh belajar Sains dan Math dalam Bahasa Inggeris! Kita kena pertahankan bahasa ibunda kita! Hidup Melayu, kononnya?
Sains dan Math kena belajar dalam BI. Apa salahnya? Untuk kemajuan kita juga. Kita masih guna Bahasa Melayu dalam urusan harian dan rasmi kita. Dan kita masih guna BM dalam pembelajaran Bahasa Melayu!
Nak belajar Sains dan Math ni tak kisah lah bahasa apa. Dalam Sains kita perlu kemahiran berfikir secara logik. Kita buat pemerhatian daripada eksperimen, berdasarkan teori yang sudah ditemui oleh para saintis dahulu kala. Belajar Math pula, guna kalkulator untuk operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Aman dunia. Tak perlu kecoh-kecoh.

Contradicktion.

Singgah Sana Seni: Sayang, You Can Act (in 24 Hours Theatre Project)

Aku masih demam selesema Ahad yang lalu. Ikutkan badan, tak daya nak pergi. Ikutkan hati, mati. Tapi peribahasa ja tu. Jadi ikutkan hati ja lah. Dah lah tak dapat turut serta, jadi ikutkan hati, aku pergilah jugak ke malam pementasan tersebut. Walaupun balik tengah malam esoknya kerja dan demam selesema. Dah, ikut hati, mati.

Siangnya, aku tonton filem dance Malaysia terbaru iaitu "Sayang, You Can Dance". Nak bagi rating jugak ke? Tak payah kot. Tapi macam tak adil pulak kan. Ah, bagi ja lah. Ha ha.

Sayang, You Can Dance
Cerita: 3/10
Lakonan: 5/10 (Kalau tak ada Sharifah Amani, 3/10)
Visual: 4/10
Bunyi: 4/10

Aku tak mahu komen apa-apa lah. Selain tiga orang budak perempuan yang duduk di baris hadapan aku yang gelak tak kena gaya, tak kena tempat. Si bapok tu cakap sepatah, depa dok gelak. Satu panggong dengar. Si bapok tu hayun tangan dia sikit, depa dok gelak. Satu panggong dengar. Mak kepada Mia (Sharifah Amani) cakap Sarawak sikit, depa dok gelak banyak. Bapak kepada Mia marah sikit, depa dok gelak banyak-banyak. Dan ada suatu ketika, ada penonton sebaris dengan aku gelak sebab budak-budak tu gelak. Ha ha. Aku nak sound pun aku tak ada hak. Jadi aku isolatekan telinga aku daripada menerima gelombang bunyi daripada gelak tawa budak-budak (yang aku assume tak pernah tengok wayang sebab dia tengok disclaimer klasifikasi filem oleh Celcom sebelum wayang mula tu pun depa dok kelakar!). Ha, itu ja lah aku nak komen. Ha ha. Ni bukan komen filem, komen penonton filem.


Terus ke malam pementasan. Bahagian Centre Lambang Sari penuh juga. Setelah panel hakim sampai, pementasan terus bermula. Ketua Hakim adalah Mano Maniam. Fauziah Nawi juga turut sama. S.T Bala pula tidak ketinggalan. Dan dua orang lagi yang aku tak familiar sangat.

Berikut disenaraikan Team-team, nama director, writer, prop yang mesti dimasukkan sebagai elemen utama cerita dan tajuk serta sedikit tentang ceritanya. Ada nama director/writer yang aku tak ingat. Tak bawa pen pula hari tu untuk catat. Telefon bimbit aku terlalu canggih untuk taip-taip ni! Ha ha.


Team 1
Director:
Writer:
Prop: Bekas air 1 gelen
Title: Jerry Cat

Dalam kelompok manusia-manusia yang memerlukan air, Jerry Cat menghasut manusia yang ada satu per satu untuk membunuh sama sendiri tanpa mengira orang muda, tua, wanita malah kanak-kanak sekalipun. Manusia ditonjolkan sebagai spesis yang mudah dimanipulasi tatkala berada di situasi yang getir, lantas menemui penyesalan apabila benda yang menjadi rebutan itu hanyalah suatu yang sia-sia - bekas air 1 gelen itu kosong tidak berisi walau setitis pun.

Komen satu baris: Jerry Cat adalah pelakon yang bagus.


Team 2
Director:
Writer: Nur Sheena Baharudin
Prop: Dua butir berlian
Title: Diamonds Are The Girl's Bestfriend

Apakah harta kekayaan itu dapat menjamin kebahagiaan hati nurani seorang wanita?

Komen satu baris: Sinografi yang baik.


Team 3
Director: Mahavishnu a/l Nethiyanatham
Writer:
Prop: Segenggam beras dalam kampit
Title: A Hand Full of Rice

Manusia bekerja keras. Demi mencari sesuap nasi. Bila sudah dapat beras. Sudah bersyukur sekali. Begitulah hidup empat sekawan yang duduk di bawah satu bumbung. Namun, suatu hari beras di dalam kampit sudah dicuri. Yang peliknya, lebih kurang segenggam beras ditinggalkan di dalam kampit tersebut. Lantas, berlakulah konflik dan tuduh-menuduh diantara empat sekawan itu. Akhirnya, salah seorang daripada mereka telah mengaku. Rupa-rupanya dia mencuri beras tersebut kerana dia tak akan dapat berkahwin dengan pasangannya. Masih pelik. Sebenarnya, dia kehilangan kerja!

Komen satu baris: Walaupun best actor dari team ni, tapi tak apa lah!


Team 4
Director: Low Weiyan
Writer: Azelea Bakrie
Prop: Sebatang tongkat
Title: Tongkat Ali

Ali, baru saja meninggal dunia. Sewaktu pengkebumiannya, wasiatnya turut dibacakan oleh peguamnya. Ahli keluarga dan sahabatnya yang terdekat hadir bersama. Wasiat yang ditinggalkan adalah sebatang tongkat. Semua ahli keluarga dan sahabatnya pelik. Lantas, seorang demi seorang mengaku yang tongkat itu diwasiatkan kepada diri masing-masing. Bini Ali, perempuan simpanan Ali, anak lelaki Ali, sahabat Ali - semua ingin menyatakan sesuatu tentang tongkat Ali itu dan siapakah sebenarnya yang layak memiliki wasiatnya itu. Semua berebut sehingga tongkat itu terpecah kepada dua. Pada waktu itu, anak Ali yang seorang lagi dapat menjelaskan sesuatu. Tongkat Ali itu bila sudah terbahagi dua, sudah tidak berguna. Useless. Ali meninggalkan wasiat tongkat itu untuk menunjukkan kepada ahli keluarga dan sahabatnya supaya bersatu dan sama-sama berkasih sayang. Jika tidak, ia useless. Seperti tongkat itu juga.

Komen satu baris: Entertaining show!


Team 5
Director: Shahzlan Laili
Writer:
Prop: Topeng
Title: Frenchy Penny

Sesal. Sesal. Sesal. Kematian. Dadah. Pil. Dosa. (Aku tak faham sebenarnya cerita dia ni pasal apa. Hehe. Tapi tajuknya adalah nama bunga. Nama bunga tu ada disebut oleh seorang watak perempuan yang psycho memegang anak bayinya yang sudah mati.) Entah? Kalau tuan punya cerita atau ada audien yang faham dan masuk blog ini bolehlah terangkan pada hamba. Hehe)

Komen satu baris: Tak faham. Tapi good lighting.


Team 6
Director: Nicole-Ann Frances Thomas
Writer: Uzair Ibrahim Lu
Prop: Mangkuk tingkat
Title: Menara Panjang Umur

Zaman budak-budak, empat adik-beradik sama-sama, gaduh-gaduh, macam adik-beradik betul lah. Bila dah besar, masing-masing hidup ikut hala tuju sendiri. Tinggal seorang yang masih duduk bersama mak mereka yang sedang sakit tenat. Si anak ini tidak sanggup lagi untuk membiarkan maknya itu meninggal dunia dan akan buat apa sahaja untuk mencari penawar. Si mak menyuruh anaknya itu berjumpa dengan Tok Bomoh yang tahu apa yang perlu dilakukan. Lantas si anak bertemu dengan Tok Bomoh. Tok Bomoh menyuruh si anak mencari semula adik-beradiknya yang lain dan menyatukan kembali mereka berempat. Dan keempat-empat adik-beradik itu haruslah membawa satu bahagian mangkuk tingkak dan menyusunnya menjadi sebuah 'Menara Panjang Umur'. Si anak gigih mencari semula adik-beradiknya dan akhirnya berjaya. Keempat-empat adik-beradik tersebut pulang dengan harapan mak mereka akan sembuh. Setelah mangkuk tingkat itu berjaya disusun, sebiji buah ajaib muncul di dalam bekas mangkuk tingkat itu. Mak memakannya dan terus sembuh dan tersenyum. Tok Bomoh muncul dan mengucapkan tahniah kepada mereka semua kerana berjaya bersatu kembali. Mereka pun turut sama memakan buah ajaib tersebut sebagai tanda meraikan mak mereka yang sudah sembuh. Namun, Tok Bomoh tiba-tiba mentertawakan mereka apabila diketahui bahawa buah ajaib tersebut adalah buah yang beracun dan mereka semua akan mati!

Komen satu baris: Entertaining and great show. Narrator/Tok Bomoh paling natural dan interaktif.


Team 7
Director:
Writer:
Prop: Sudu dan Garfu Perhiasan Kayu yang besar
Title: Violence & Variations

(Dah tak larat nak review. Ha ha)

Komen satu baris: Team ni play safe betul. Penggunaan dialog sangat minimum. But then, good lighting lah.


Selesai ketujuh-tujuh persembahan, sementara menunggu para juri mengira markah, Jit Murad keluar dengan stand-up comedy tentang 'achievements' oleh Malaysian. Menonton stand-up comedynya itu membuatkan aku teringat kepada seseorang. Ha ha. Siapa lagi? Kalau bukan...

Ini adalah keputusannya.


Keputusan:

1. Best Actor - Eric Chan Sai Hoe (A Hand Full of Rice)

2. Best Actress - Bella Rahim (Tongkat Ali)

3. Best Director - Nicole-Ann Frances Thomas (Menara Panjang Umur)

4. Best Script - Uzair Ibrahim Lu (Menara Panjang Umur)

5. Best Ensemble - Tongkat Ali


Anugerah-anugerah lain:

1. 'Merry-Go-Round Award' (The most wretched performance) - Frenchy Penny

2. 'Orange Pickle Award' (Tak ingat untuk apa)

3. 'Hang Tuah Award' (The most bravery attempt) - Violence & Variations

4. 'Teh Tarik Award' (The longest pause in a play) - A Hand Full of Rice

5. 'The Golden Award' (The audience's choice) - Menara Panjang Umur


Apa pun, mereka telah berjaya menyahut cabaran teater 24 jam. Syabas untuk itu.

Tok J is Calling

TOK J

Atok call pegawai baru tu semalam. Atok dail lah nombor talipon yang dia bagi tu ha. Atok pun dengarlah bunyi tut..tut.. tut..tut.. tut..tut.. Hello encik, encik pegawai baru? Encik, ni atok nak tanya ni.. nak tahu apa keputusan mesyuarat hari Jumaat tu... Dah ada keputusannya, encik? Ala, yang pasal involvement dua play bagi satu production team yang sama tu.. Dan isu-isu berbangkit yang lain yang atok dan cucu-cucu atok ada bangkitkan masa meeting hari tu. Ya, meeting hari Jumaat tu.. Ala, meeting yang janji pukul 9 pagi tu, tapi mula pukul 11.. Hah? Ala, atok datang dengan dua orang cucu atok tu.. Atok yang tua-tua handsome tu.. Yang ada janggut tu.. Jadi dah ada keputusannya tak encik? Kena tunggu kejap? OK, atok tunggu ye....
(Senyap beberapa ketika)
Ya, encik. Atok dah lama menunggu. Jadi macam mana ya?



ENCIK PEGAWAI BARU

Macam ni atok, tentang perkara tu.. Atok kena tanya pegawai negeri. Kalau atok tanya saya, tu macam atok tanya PM. Jadi atok tanya pegawai negeri ya. Terima kasih..


Sumber: Quote Dr. S

Isnin, Mac 16, 2009

Singgah Sana Seni: Muzikal Ibu Zain

13 Mac 2009, 8.30 mlm, Auditiorium Tun Abdul Razak MaTiC

Memandangkan aku kurang sihat waktu ni, selesema yang memberatkan kepala aku, jadi aku bagi rating terlebih dahulu dan aku cuba ulas sedikit mana yang aku mampu ingat. Aku naikkan skala rating aku, per 10 untuk setiap kriteria.

Teater Muzikal Ibu Zain:
Cerita: 6/10
Lakonan: 7/10
Muzik: 6/10
Sinografi: 6.5/10
Koreografi: 6/10
Teknikal: 5/10
Prop/Set: 6/10
Kostum/Make-up: 5/10
Pengarahan: 6.5/10
Pengurusan pentas: 7/10
Keseluruhan: 7/10


OST Pilihan:

Track 01 Kampung Nyalas
Track 06 Murid Jadi Cikgu
Track 07 Jangan Terkilan
Track 08 Bertemu Cikgu
Track 12 Cahaya Mata


Adegan Pilihan:

1. Ibu Zain membuka sekolah
2. Munsyi Sulaiman menulis warkah
3. Di dalam kelas di Sekolah Perempuan Bandar Maharani
4. Di dalam keretapi ke Tanjung Malim di serang Bintang Tiga


Watak-watak Pilihan:

1. Ibu Zain (Tua)
2. Ibu Zain (Dewasa)
3. Jumilah/Jameah
4. Dato' Onn
5. Askar Jepun


Ulasan ringkas:

Sejujurnya aku tidak kenal siapa Ibu Zain sebelum ini. Sememangnya aku tidak begitu meminati sejarah sejak dari dulu lagi. Tetapi sejarah ini penting. Aku rasa kisah-kisah sejarah perlu diberikan penekanan dalam cara penyampaian melalui drama pentas, selari dengan pementasan lain yang fiksyen atau berdasarkan mitos atau lagenda.

Mengenai persembahan pula, aku dapat melihat banyak lagi ruang untuk improvement bagi memastikan kualiti sebuah produksi teater profesional ini. Apa yang telah dipentaskan adalah baik dan bagus, tetapi masih boleh diperbaiki lagi dalam semua aspek. Pementasan yang asal (musim pertama) lahir dari sebuah pentas yang berteknologi tinggi di Istana Budaya yang mana apa sahaja boleh dilakukan. Namun bila ia dipentaskan di sebuah panggung yang lebih tradisional, kualiti persembahan perlu ditonjolkan dari aspek teknik lakonan. Apa yang aku dapat lihat, vocal projection pelakon ramai yang tidak melepasi benchmark lontaran vokal yang mantap, jelas, dan boleh didengar oleh penonton di barisan tempat duduk paling belakang tanpa bantuan mikrofon. Hanya beberapa pelakon yang memang sudah banyak pengalaman dalam teater sahaja yang punya vocal projection yang baik.

Pembinaan karakter dan penghayatan juga baik terutamanya pada watak-watak pilihan aku tersebut. Malah, seperti kebiasaannya akan ada karakter-karakter yang unik yang akan memberikan penonton 'sesuatu' yang akan diingati daripada lakonannya. Ini adalah satu perkara utama yang biasanya aku akan cuba cari dan lihat dalam mana-mana pementasan. Pementasan ini seimbang dari segi pelakon dan tenaga produksi yang berpengalaman dan yang masih baru. Ini sememangnya bagus bagi mewujudkan situasi menang-menang di antara penggiat teater lama dan baru. Berkongsi pengetahuan, skil, pengalaman dan pandangan adalah penting dalam sesebuah kumpulan produksi.


Remember: To be heard. To be seen.


ps#1: Walaupun kebanyakan masa aku dapat rasakan aura teater muzikal kanak-kanak.....
ps#2: Walaupun aku rasa geli-geleman sedikit (sedikit saja) apabila masuk adegan 'Hidup Melayu!'.....

Ahad, Mac 15, 2009

Dem, Am!

Selepas demam panas sejak Selasa lalu. Demam selesema pulak menyerang sistem pertahanan badan. Oleh sebab itu, aku terpaksa membatalkan niat aku untuk ke Projek Teater 24 Jam itu. Tambahan, petang itu hujan lebat.

Nampaknya, aku masih 'diselamatkan'. Hehehehehehe

Apa pun, akan update tentang review muzikal Ibu Zain dan Projek Teater 24 Jam yang aku akan tonton malam ini pada hari Isnin nanti.

Tunggu.

Khamis, Mac 12, 2009

Mekot

Bila ada orang tag aku, biasanya aku tak buat. Itu rules aku secara general.
Tetapi rules are made to be broken. Jadi aku buat exception untuk tag daripada Mekot. Sebab aku rasa dia bersungguh-sungguh. Ha ha.


Sepuluh perkara tentang orang yang tag aku, iaitu Mekot:
  1. Nama penuh dia elok dan sedap bunyinya, tapi aku panggil dia Mekot dari hari pertama kenal sampai la ni.
  2. Dia pernah pinjam kamera digital Vivitar aku dulu yang cikai yang sekarang dah jadi arwah sebab termasuk 100% ke dalam air terjun ULU CHEPOR, I repeat, ULU CHEPOR! Haha. Meskipun kamera cikai, namun dia masih boleh hasilkan fotograf yang berkualiti.
  3. Senior dalam TTS. Pernah berehat sekejap dulu dan dah involve kembali sebelum dia graduate. Pernah berlakon juga dulu-dulu. Yang aku paling ingat sebagai Penjaga Pintu dalam teater Hmm..Begitu Panasnya. Tapi dulu dia selalu menjadi poster designer untuk TTS. Untuk lihat poster-poster tersebut, sila layari blog TTS.
  4. Menyanyi. Suara boleh tahan. Menyanyi nasyid dalam kumpulan In-Saff yang dah terkenal di UTP. Pernah juga mencuba nasib untuk Talent Searh dulu-dulu.
  5. Otai tarian kat UTP. Dulu giat menari. Sekarang sudah berehat, aku rasa. Aku pernah tengok dia menari dari belakang pentas masa aku jadi Stage Manager Appeciation Night IW-49 dulu.
  6. Pernah main gamelan di UTP. Aku kurang tahu pasal ni. Ha ha.
  7. Walaupun sudah berusia dewasa, namun dia awet muda (dan juga berjiwa muda he he).
  8. Selain suka main game The Sims 2 seperti yang Kapten kata, dia jugak WOWing.
  9. Dia jadi propman tolong masukkan aku dalam sangkar masa teater Kerusi Disember tahun lepas. Kalau tak aku yang kena masukkan diri aku sendiri dalam sangkar.
  10. Dia release logo TTS yang masih digunapakai sampai sekarang ni tapi dia sedang hasilkan logo baru tapi tak lepas-lepas pejabat!


Dan ini pula 10 perkara tentang aku, yang aku kurang dedahkan pada orang ramai:
  1. Nama Akin terilham sewaktu membaca majalah komik GEMPAK, ada suatu watak komik bernama Aki. Jadi aku terus terilham untuk tambah huruf N di belakangnya sebab aku rasa macam sedap bunyinya. (Abaikan nama yang seakan nama perempuan)
  2. Aku seorang yang pendiam, serius dan garang. Dan pemalu dengan perempuan.
  3. Aku dulu tak suka teater. Tapi sekarang aku passionate dalam teater.
  4. Aku suka fotografi pun sebab terpengaruh dengan Mekot since dia pinjam kamera aku dulu. Sebelum tu, aku guna kamera hanya untuk ambil gambar orang saja. Tapi sekarang aku tak ada kamera. Aku pinjam awek aku punya.
  5. Aku seorang anak lelaki bongsu yang manja bertempat. Dan aku dipasangkan dengan seorang anak perempuan sulong yang pandai mengemas rumah, memasak dan menjaga anak dan semua kerja-kerja dapur yang seharusnya dikuasai oleh kaum Hawa. Eh, ke sini pulak.
  6. Aku dulu tak dapat jadi pengawas sekolah sebab aku pendiam. Ha ha.
  7. Aku dulu jadi tumpuan para gadis pada pandangan pertama.
  8. Aku tengah design sendiri kad jemputan kenduri kahwin aku nanti.
  9. Sejak 1.5 tahun yang lalu, aku alami split-personality sampai la ni dan aku gembira dengan kondisi tersebut.
  10. Mula menulis sejak sekolah menengah. Gaya tulisan aku dulu lebih kepada motivasi terpengaruh dengan Dr HM Tuah Iskandar. Kemudian beralih kepada gaya yang puitis, jiwang dan romantis selepas SPM. Kemudian beralih lagi kepada gaya yang lebih melankolik, sedih, kecewa dan benci selepas putus cinta awal tahun 2006. Kemudian beralih kepada gaya yang lebih terbuka (tidak terpengaruh dengan mana-mana) selepas menceburi bidang teater dan kemudian beralih kepada gaya yang lebih kontemporari, menggabungkan madah, bicara, suara dan kata dalam satu bentuk gaya penulisan beridentiti sendiri mencerminkan jiwa Akin Muhammad dari pelbagai sudut yang mana semuanya terkandung di dalam TIGA ES...

Kifarah Dosa Noda Kota

Dalam sibuk-sibuk orang akan mendirikan rumah tangga bila tiba musim cuti sekolah,
dalam sibuk-sibuk orang mencari bakal suami atau isteri,
aku masuk hospital, ya tempat yang aku fobia itu.
Manalah tahu demam suspek ke, apa ke, memandangkan apartmen yang aku diami sekarang ni berpotensi tinggi - kotor, kotor dan kotor - dan aku rasa aku patut ucapkan pada dunia, "Selamat Datang ke KL, Malaysia!" dengan nada yang sinis.

2 hari dapat MC, 2 hari lah aku tak masuk office, 2 hari saja aku kerja minggu ke-15 ini. ha ha.
Seronok ke tak masuk kerja? Ya, itu seronok.
Seronok ke kena kifarah dosa? Tak seronok zahirnya, tapi seharusnya manusia bersyukur kerana dapat jatuh sakit.
Sekali sekala kenalah sakit, betul tak?
Asyik sihat je memanjang. Tak mencabar lah hidup. Lagi pun dah lama aku tak rasa mata berpinar-pinar. Ha ha.

Apa pun, dikesempatan ini juga aku nak berpesan bahawa apabila kita jatuh sakit, banyak duit akan dibelanjakan untuk ubat-ubatan (selain 'membeli' MC 2 hari), dan pada masa kita sakit itu, kita sudah tidak kisah akan duit, tetapi kesihatan kita. Duit banyak mana pun, duit yang banyak itu juga yang akan kita gunakan untuk menjaga kesihatan kita. Jadi, tak salah kumpul duit banyak-banyak. He he. Kesihatan sudah pastinya penting, kekayaan seharusnya digalakkan untuk menampung kehidupan, dan akhir sekali kasih sayang daripada ahli keluarga tersayang (termasuk bakal isteri, aku kira) yang memberikan 1000% (ini bukan typo) perhatian, sokongan dan dorongan.

Terima kasih mak, ayah, abang-abang dan (bakal) isteri.


ps: Baru aku sedar, aku sibuk minggu ni!

Selasa, Mac 10, 2009

Lu Po Ya, Lu Lo Ya

NOTA: Ada elemen yang meloyakan sedikit dalam entri ini. Juga sedikit carutan yang tidak melampau. Bagi yang mengenali Akin Muhammad pada satu sisi saja, tidak digalakkan membaca bagi mengelakkan salah faham yang tidak diingini. Tapi macam biasa, kalau nak baca apa salahnya kalau hendak, tapi anggap saja elemen yang meloyakan itu suatu hiperbola, metafora, atau apa-apa-fora yang bersesuaian. Entri ini juga personal dan tiada isi yang penting. Tiada niat ofensif terhadap sesiapa. Sekadar catatan fiksyen berdasarkan kisah benar neraca hidup yang tidak seimbang kadang kala ke kanan kadang kala ke kiri. Ha fora ha fora.


Tahap stress gua menurun
buktinya tiada jerawat di muka
gua kalau stres
adalah sepam dua jerawat timbul (bukan sebab angau atau entah apa mak nenek lagi)
gua artist beb
kena jaga penampilan
kena jaga muka
(dan kena jaga badan, nampaknya)
itu semua aset gua
(selain bakat gua yang tak seberapa ni)
sebelum gua jadi artist dulu
gua tak macho
gua cengkung
gua tak urus diri
misai pun gua cukur dua bulan sekali
janggut dan kumis tak payah cakap
memang gua tak cukur
sampai gua kena cop jadi patung Mawi
gua tak mahu sudah ulang sejarah kelakar
gua tak mahu potong rambut nombor 3 atau 4 lagi
gua tak mahu botak
(tapi kalau berlakon untuk Asylum, gua pasti mahu ha ha)
gua macho sekarang pun sebab gua ada rambut berkilat dan keras sepanjang hari
terima kasih gel Elite kegemaran
gua pakai Elite, gua ingat itu wanita seksi (dulu lah)
masa tu gua kecik lagi (kecik-kecik dah usha wanita seksi)
gua tak ingat dah apa nama rancangan tu
hos dia Afdlin Shauki - ini gua pasti
masa tu Siti Nurhaliza hot dengan lagu hit Aku Cinta Padamu
jadi bila ada video klip Elite, gua suka tengok (dulu lah)
mungkin sebab itu aku menjadi pengguna tegar gel Elite dari kecik sampai la ni
itu pun selepas zaman gua guna minyak Tancho babi - maaf gua mencarut - sebab bau dia kaw kaw bukan ghau ghau macam Shamsul punya bedak (bedak ka?)
zaman-zaman budak kecik dulu memang suka ikut-ikut orang
ada member gua dulu pakai minyak Bon untuk lebatkan janggut, misai, kumis, sideburn atau jambang
eh apa jadah kecik-kecik dah nak lebatkan jambang
entah bulu ketiak atau ****** sudah tumbuh atau tidak itu gua musykil - gua kena censor sikit
sini ada CCTV karang gua kena ban tak pasal-pasal
jadi gua pun cuba try test minyak Bon yang lagi sekali, bau superkaw-kaw-mali-kaw
bau dia ha ha haram tapi gua syak kenapa gua masih sapu kat janggut dan kumis gua dan sideburn gua sekali
last-last misai gua tumbuh seperti cendawan lepas hujan -(Tapis, eh, ditapis nanti ada orang salah faham yang itu nama field)-
di Klinik Dr Zain
masa kecik-kecik dulu ubat demam dari klinik dia mujarab dan sesuai dengan gua
jadi gua buat keputusan (kecik-kecik dah pandai buat keputusan) untuk masuk JAWI eh jawi di klinik Dr Zain tersebut
-(ditapis)-
ada pembantu dia (wanita wo) membantu apa-apa yang patut
masa tu dah kena bius
baru pembantu wanita tersebut membantu apa-apa yang patut
-(ditapis)-
masa tu ramai laki budak laki dalam kelas gua -(ditapis)-
gua rasa macam dah besar waktu tu
malah, gua sudah lebih tinggi berbanding rakan-rakan gua yang lain -(ditapis)-
gua bangga -(ditapis)-
wah, bangganya gua

Isnin, Mac 09, 2009

D'Village

bunyi cengkerik bermula lewat petang hingga ke lewat malam

kokokan ayam seawal pukul tiga pagi

rengekan anak kucing yang mencari ibunya di dalam kotak di luar rumah

nyamuk-nyamuk besar yang berkeliaran di kala senja pada musim hujan di dalam bilik air yang membuatkan aku merasa geram untuk membunuh nyamuk-nyamuk tersebut secara bertubi-tubi dan sekali-sekala menyembur air daripada pili melalui salur getah untuk menyerang nyamuk tersebut

pancaran matahari terbenam berwarna jingga menyelubungi rumah yang dapat dilihat melalui cermin tingkap

dan

bunyi ekzos motorsikal mat rempit di kala orang kampung sedang tidur pada tengah malam







ps: dan ceramah maulid nabi tiap-tiap tahun. apa pun, Salam MaulidurRasul

Ahad, Mac 08, 2009

Bertemu Jodoh Lama

Macam biasa, bila tiba hujung minggu, Puduraya akan penuh dengan orang ramai
Memang sesak tahap tak payah cakap lah
Lebih hebat lagi bila musim perayaan

Puduraya sudah terlalu sesak
Plaza Rakyat di sebelahnya pula terbengkalai
Dulu ada ura-ura nak pindahkan terminal bas ke tempat lain
Tapi mungkin lokasi, lokasi, lokasi
Aku harap suatu hari nanti akan ada satu terminal bas yang luas dan selesa
Tapi kalau harapan itu hanya sekadar suatu angan-angan Mat Jenin
aku tak kisah - sebab aku rasa waktu tu aku dah tak naik bas!

Masa aku nak check nombor bas dan platform
masa tu aku meredah orang ramai yang membanjiri kawasan atas platform
tiba-tiba aku freeze serupa macam aku freeze atas pentas
ternganga jugak mulut aku masa tu
aku tengah syok nyanyi rap tiba-tiba aku freeze
oh, aku terjumpa kawan baik lama
aku rasa aku pernah introduce dia kat blog aku ni dulu-dulu, aku rasa lah
orang Muo
aku kenal dia masa kem dulu-dulu
zaman aku tengah mencari calon isteri dulu-dulu
zaman aku tengah miang-miang dulu-dulu
Nafi, orang Muo, kawan baik lama aku
bas dia jugak pukul 8, jadi tak dapat nak borak panjang lebar
tapi aku sempat juga berseloroh dengan dia
dalam kesesakan manusia itu

Walaupun dia belajar hanya di UiTM Sri Iskandar sementara aku di UTP yang jarak antara dua universiti tersebut bukanlah jauh mana
tapi jarang jugak SMS bertanya khabar
SMS pun jarang, inikan pula dating

Dan oh, dia sedikit slim sekarang sementara aku pula ada potensi menjadi Abang Roi.


ps: Dunia ini fleksibel. Ia boleh jadi besar. Ia boleh jadi kecil. Besar atau kecil dunia ini bergantung kepada kita dalam melihat sesuatu.

Sabtu, Mac 07, 2009

Ragu Negeri

Masih ingat lagu negeri masing-masing?

Ini lagu negeri Johor, yang mana tiap-tiap perhimpunan sekolah dinyanyikan.
Dah lebih 3 tahun tak nyanyi lagu ni.


Allah peliharekan Sultan
Anugerahkan die
Segale kehormatan
Sihat dan rie
Kekal dan makmur
Luaskan kuase
Naungkan kami
Rakyat dipimpini bersame lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan


Saksikan seorang Sultan dari sudut pandangan yang berbeza dalam teater Jebat oleh Tronoh Theater Shop (TTS) pada bulan April dan Mei akan datang.

Jumaat, Mac 06, 2009

Hari Ini Hari Biasa

I need numbers, equations

Let me work with numbers, equations

I just need numbers, equations



Hari ini aku datang bulan. Semalam aku mengidam asam prun.

Hari ini aku sampai di pejabat paling awal. Jadi pagi-pagi pun aku sudah menguap.

Hari ini aku akan pulang ke kampung. Seluruh roh sudah sampai. Hanya jasad sahaja di pejabat.

Dan di sini aku akan mula mencarut.

@%!$#&^%*!%^^^@&#^!!!@!!!!!!

Khamis, Mac 05, 2009

Syaitan Nani

Tajuk entri ini agak ofensif. Jadi jangan terasa. Sebab Nani yang aku sebutkan mustahil akan membaca 3S ini. Ha ha hell.


Aku mimpi,
macam biasa,
macam manusia,
manusia biasa
Aku dah lama jadi manusia,
manusia biasa,
macam biasa
Aku sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada gangguan syaitan,
godaan syaitan,
hasutan syaitan,
bisikan syaitan,
nasihat syaitan,
tunjuk ajar syaitan,
dan ya aku kata syaitan,
bukan setan

Biasanya sebelum mimpi aku sebut nama Allah
Allah itu Tuhan aku
Allah itu Tuhan orang Islam
Malah Allah itu Tuhan sekalian alam
Kalimah Allah pun boleh jadi isu wa cakap lu (itu pun kalau lu usha media massa)
Apa pun memang kena berhati-hati dengan kalimah Allah

Apa pun sebelum membaca basmalah, dua kalimah syahadah dan doa sebelum tidur; sebelum mata terlelap aku sempat mengingati orang-orang yang tersayang
(Ok, wa ngaku wa tak munasabah diri tiap malam sebelum tidur ha ha)
Maka mimpi indah pun menjelma sewaktu tidur
Mimpi bertunang, berkahwin dan membuat anak adalah kemestian

Setiap satu perkara di dunia ini tidak sah jika tiada lawannya
Yang indah, pasti ada yang buruk
Mimpi indah, pasti ada mimpi buruk
(Kerajaan, pasti ada pembangkang, takkan lah satu negara itu dikuasai setiap negeri oleh satu pihak ha ha ke situ pula wa merapu)

Mimpi buruk yang aku alami kali ini bukanlah buruk
Sebab watak utama dalam cerita mimpi tersebut adalah seorang perempuan yang tidaklah tidak cantik
Namun memori yang telah aku lalui
adalah memori yang buruk, jalan cerita yang buruk, klimaks yang buruk, kesudahan yang buruk

Tapi...

...itu syaitan


Syaitan Nani.



ps: Bagi mengelakkan salah tafsir, aku menggunakan perkataan 'syaitan' merujuk kepada 'mimpi mainan syaitan', bukan bermaksud menggelar Nani itu sebagai 'syaitan'.

MenJEBATkan Diri

Gambar snapshot Google Talk 1

Gambar snapshot Google Talk 2


ps: Dah tak larat nak leter. Respek direktor. Suspek aktor/aktres.

Rabu, Mac 04, 2009

MeNORMALkan Diri

Buat pertama kalinya aku meNORMALkan diri di sini. Dan aku akan membahasakan diri aku sebagai 'saya' sekejap.

Bulan Mac dalam kalendar tahun 2009 saya agak padat. Selain sibuk membuat persediaan dari segi pemahaman teori dan konsep fasiliti projek minyak yang saya terlibat di PMU, sebelum menghasilkan sebuah Process Flow Diagram (PFD) dan seterusnya dibentangkan kepada coach, supervisor serta staf sepejabat saya yang lain, saya juga sibuk dengan hal pendaftaran syarikat - The Qum Actors - bagi melayakkan kumpulan produksi teater tersebut menyertai Festival Teater Kuala Lumpur 2009. Bila urusan-urusan pendaftaran ini, macam biasalah, akan mengambil masa yang agak lama dan memerlukan saya turun naik pejabat.

Jadinya, sekarang ini semua belum selesai. Saya perlu mengisi borang permohonan nama syarikat dan setelah lulus, barulah saya boleh memohon untuk mendaftar sebuah syarikat. Dalam masa yang sama juga skrip teater yang akan dipertandingkan perlu diedit dan dihantar bersama-sama dengan borang penyertaan Festival Teater tersebut sebelum hujung bulan ini.

Dalam bulan ini juga, banyak persembahan teater akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan saya bercadang untuk menontonnya. Saya hanya menetap di KL ini selama 8 bulan sejak Disember tahun lalu dan sekarang tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi sebelum saya menyambung semula pelajaran saya di UTP sebagai pelajar tahun akhir. Jadi haruslah saya gunakan masa dan peluang yang ada ini untuk melihat bagaimana penggiat teater yang lain mempersembahkan sesebuah produksi mereka mengikut stail masing-masing. Maklumlah, saya tidak belajar seni persembahan secara formal, hanya belajar daripada pengalaman terlibat di dalam produksi teater selama lebih 2 tahun. Banyak lagi yang saya harus belajar melalui pemerhatian, menerokai bidang teater dari sudut pandangan seorang seniman atau aktivis yang sudah banyak pengalaman. Saya harap rakan-rakan produksi teater saya turut merasa begitu, bahawa mereka masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Meskipun penonton yang rata-rata pelajar dan staf UTP memberikan feedback/komen yang positif, kita tidak boleh terus berasa yang kita ini sudah bagus. Pada pandangan saya, adalah baik jika TTS mementaskan sebuah teater dengan ditonton oleh beberapa orang aktivis teater yang lain supaya wujud situasi menang-menang hasil daripada feedback/knowledge yang dikongsi bersama, supaya kita dapat tahu dimanakah tahap kita sebenarnya dan apakah pandangan orang lain terhadap stail teater yang dibawa oleh kita.

Dan saya sudah merasa loya membaca tulisan aku sendiri yang NORMAL ini.

Uergh.

Ha ha.

Selasa, Mac 03, 2009

Kejar Turun Naik Lari - 4, Tiga, 2, Satu


Kena kejar kena lari kena pantas
Kena turun kena naik kena ikut kena patuh kena turut
macam-macam-krasi



Aku akan pulang ke kampung halaman utama pada 6-9 Mac ini
berbuat baik pada kedua ibu bapa
membalas jasa keduanya
dengan menggembirakan hati mereka
bukankah pulang ke kampung juga salah satu perkara yang menggembirakan orang tua
ya tak ya, ya?
(gambar adalah tivi iklan baru di Puduraya)



Dalam masa yang sama
dalam masa kurang 2 minggu ini
aku perlu mempersiapkan otak seni aku dengan segala macam isu, pertimbangan, kata-kata, makna tersirat, monolog, dialog, pentas
untuk menempuh cabaran
sebagai penulis skrip
dalam Projek Teater 24 Jam
oleh Masakini Theatre Company
akan mula menulis pada 14 Mac malam
dan menghidupkan skrip tersebut di atas pentas
pada 15 Mac malam
(harap-harap gua boleh pinjam Vios barunya hehehe)



Fuh! Selamat datang ke dunia Bumi.
[gambar courtesy Google wikimapia versi BETA]

Isnin, Mac 02, 2009

eh engkau pun dapat lihat

Depa,
sibuk-sibuk
mahu kuasa
guna kuasa
perguna kuasa
manipulasi kuasa

Depa,
sibuk-sibuk
pertahan bahasa ibunda
memang harus benar
GMP
yang buat terus nak pertahan
memperkasa diri
belajar Sains
belajar Matematik
guna Bahasa Orang Putih, Mat 'Salleh'
yang jadi mangsa
siapa?

Siapa?!

Aku tanya lagi sekali
yang jadi mangsa
siapa?

Siapa?!

Mungkin aku salah
salah aku
menggunakan perkataan 'mangsa'

Aku
orang kampung
dulu
dulu-dulu
lama dulu
aku buta huruf
sedang yang lain sudah celik huruf
ya
aku ketinggalan
aku lembab eh lembap
aku slow-mo
aku buta huruf
aku buta angka
aku bodoh
aku loser
tapi itu dulu
dulu-dulu
lama dulu

Sekarang

engkau pun dapat lihat

aku sudah celik huruf
malah aku sudah celik
bermain dengan huruf-huruf
begitu juga angka-angka

aku tak perlukan kesenangan untuk menjadi celik sebegini
sebaliknya
aku perlukan kesusahan kesukaran untuk menjadi celik sebegini
bukan buta sebegitu

engkau pun dapat lihat

yang jadi mangsa

Siapa?!

Siapa?!

Ahad, Mac 01, 2009

GENG dengan Manusia, Flora & Fauna

Jika aku bagi 10/5 bintang untuk The Curious Case of Benjamin Button,
untuk Slumdog Millionaire pula aku bagi 20/5 bintang.
Tak perlu aku ulas dengan lanjut lagi tentang Slumdog Millionaire. Anugerah-anugerah berprestij yang telah diterima sememangnya layak untuk filem ini.

Aku hanya nak cakap pasal GENG: Pengembaraan Bermula. Filem animasi 3D ini memang Malaysiana. Animasi yang lancar, halus, berwarna-warni ceria memang sangat sangat sangat sangat dipuji - malah sememangnya menarik perhatian golongan target kanak-kanak. Waktu aku datang menonton tempoh hari panggung masih lagi full house walaupun sudah dua minggu tayangan. Pencapaian ini amat memberangsangkan dan membanggakan.

Cerita GENG sudah semestinya bermoral untuk kanak-kanak. Meskipun watak Upin & Ipin bukanlah yang utama, tetapi penampilan keduanya yang comel menarik hati para penonton dan strategi ini amat berkesan untuk mengekalkan minat dan sambutan audiens sehingga ke projek seterusnya iaitu Upin & Ipin The Movie. Apa lagi mereka ada? Bermula dengan siri-siri pendek bersempena Ramadan & Syawal dua tahun yang lalu, walaupun hanya beberapa episod tetapi disiarkan berulang-ulang masih menjadi tontonan; sehingga ada Upin & Ipin dan Kawan-kawan. Ini satu kejayaan buat Malaysia. Walaupun negara luar sudah lama menghasilkannya.

Penghujung cerita ini nice. "Kita kan geng.." sangat tepat dan objektif. GENG menonjolkan setiakawan bukan hanya sesama manusia berbilang bangsa tetapi dengan makhluk lain iaitu alam sekitar (diceritakan Tok Dalang betul-betul menjaga dusun duriannya) dan hidupan lain (spesis Opet; boleh dijadikan sebagai spesis terpelihara). Nah, flora fauna! Semua elemen ada.

Kan aku dah cakap, filem ini Malaysiana. Mungkin ular besar tu sedikit ganas nampaknya.

GENG; aksi, lucu, comel, Malaysiana dan dua ibu jari naik!

Untuk GENG: Pengembaraan Bermula

Cerita: 4.75/5
Lakonan: 4/5

Visual: 5/5

Bunyi: 5/5



Filem pendek "Odoi Odu" pula telah berjaya memenangi 4 anugerah dalam ASTRO Kirana Short Film Awards 2008/2009. Aku tak ada masalah. [Baca sini]
Tapi aku tak tahan bila waktu ucapan pemenang grand prize, ada pula nama profesor madya tersebut disebut. (Udah-udah ler tu Akin Muhammad oi...)