Sabtu, Februari 28, 2009

Singgah Sana Seni: KL: Peluang, Impian, Harapan

Pada hari Jumaat: Malam Sabtu


Terus ke malam pementasan teater Kuala Lumpur: Peluang, Impian, Harapan
anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL
persembahan kolaborasi oleh Mekar Budaya, ANGKA, LXQ Production dan The Arts Stage Club


Tiga kisah yang berlaku dalam satu garis masa yang panjang. Di sebuah kampung di negeri Kedah pada awal 70-an, Jah Mahadi dan teman-temannya takjub sekali dengan segala impian mereka mengenai Kuala Lumpur. Fantasi mereka begitu besar, kalau mahu menjadi ternama, haruslah berhijrah ke kota besar itu. Berhijrahlah mereka semua menjadi warga kota, mencari peluang dan mencapai impian masing-masing. Pada tahun 2009, sekumpulan anak muda berkeluh-kesah tentang kesukaran merencanakan hidup di kota metro ini. Bagi mereka Kuala Lumpur adalah dusta dan sesak. Tapi bagi mereka juga, Kuala Lumpur adalah peluang, impian dan harapan. Dalam pada mereka cuba mengejar segala impian dan harapan di Kuala Lumpur, mereka lupa bahawa Kuala Lumpur juga lebih pantas mengejar mereka. Manakala merentasi garis masa kedua-dua kisah ini, dari 70-an hinggalah ke millenium, pelbagai kisah anak rantau dari Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, malah seluruh Malaysia dapat dilihat - dan mereka mengongsi pengalaman impian dan harapan mereka terhadap apa yang mereka lihat sebagai Kuala Lumpur. Apakah erti Kuala Lumpur bagi sekumpulan seniman kampung? Apakah maksud Kuala Lumpur bagi sekumpulan anak muda yang berpendidikan tinggi tetapi kehilangan arah? Apakah makna Kuala Lumpur bagi setiap satu rakyat di negara ini? Apakah yang kita cari di sebuah kota yang sentiasa membuka tangannya menerima sesiapa dan apa saja? Semua kisah ini berkait tetapi tidak bertemu, berpangkal tetapi tidak berhujung, ia berulang-ulang dalam satu lingkaran yang sama, berpusar-pusar dalam arus peluang, impian dan harapan manusia, terhadap sebuah kita kota - KUALA LUMPUR.

Itulah sinopsisnya.


Secara keseluruhannya, aku berpendapat bahawa pementasan pada malam tersebut menghiburkan serta membuatkan aku terfikir tentang beberapa isu yang tampak seperti kesukaran hidup di kota lantas mendesak manusia bagaimana menggunakan atau mempergunakan 'survival skills' - atau mungkin juga boleh dipandang sebagai 'arts of survival'? Isu ini timbul dalam piece yang dimainkan oleh The Arts Stage Club (ASC) - tentang seorang berpandangan bahawa KL adalah DUSTA, seorang lagi pula berkata KL adalah SESAK dan seorang lagi berpendapat KL adalah tempat yang penuh dengan peluang dan menjadi harapan dalam mencapai impian hidup. Teater ini telah mempersembahkan suatu fenomena realiti, yang perlu juga diambil iktibar oleh masyarakat. Kita sudah banyak lihat, ramai orang yang berjaya dengan berdusta dan berlaku jahat. Dan sebaliknya, orang yang baik akan menjadi 'loser'. Kita lihat perkara ini dari sudut yang general - duniawi. Sudah tentu, dari sudut Islami, orang yang baik tetapi kalah di dunia tidak dipandang sebagai 'loser'. Itu sudah tentu.

Aku tidak mahu berkata panjang lebar tentang isu. Nanti aku merapu pula. Ha ha.

Terus dengan komen-komen:

Rating Akin: 0-Sangat teruk, 1-Teruk, 2-Biasa-biasa je.., 3-Baik, 4-Sangat bagus, 5-Ibu jari naik


Persembahan oleh The Arts Stage Club (ASC)
Skrip/Arahan: Fasyali Fadzly Saipul Bahari

Cerita: 3/5
Lakonan: 4/5
Teknikal: 3/5
Kostum/Make-up: 2/5
Set: 3/5
Pengarahan: 4/5
Pengurusan pentas: 3/5

+Stail/Keunikan: Orang ramai lalu-lalang di belakang sebagai elemen 'penambah rasa' - khuatir mengganggu fokus penonton pada watak utama - perlu dilakukan dengan berhati-hati, tidak pada waktu watak utama menyebut punchline pada dialognya. Tambahan, set sedikit seperti teater kanak-kanak. ;P



Persembahan oleh LXQ Production
Skrip/Arahan: Mohd Shahrul Mizad Ashaari

Cerita: 3/5
Lakonan: 5/5
Teknikal: 3/5
Kostum/Make-up: 2/5
Set: 3/5
Pengarahan: 4.5/5
Pengurusan pentas: 3/5

+Stail/Keunikan: Memang kontemporari! Aku suka. Aku suka.

+Kesukaan: Variasi karakter. Monolog seorang watak, dengan beberapa orang pelakon lain menjadi 'sound effect' untuk adegan tertentu (aku tak tahu apa nama stail ni. huhu). Karakter yang berdialek Nogori dan Ganu ada suatu ketika bermonolog sambil menari sedikit. Pergerakan slow-motion juga menarik.



Persembahan oleh ANGKA
Skrip/Arahan: Mohd Rodzi Abdullah

Cerita: 2.5/5
Lakonan: 4.5/5
Teknikal: 3/5
Kostum/Make-up: 3/5
Set: 3/5
Pengarahan: 4/5
Pengurusan pentas: 3/5

+Stail/Keunikan: Watak Mak Nyah yang tak menjengkelkan dan tidak draggy, sebaliknya menghiburkan.


Penampilan istimewa oleh Yusri Edo (Yus Raja Lawak ASTRO) cukup menghiburkan, ditambah lagi dengan bakatnya menyanyi sambil bermain gitar dan meniup harmonica.


Secara totalnya, persembahan pada malam itu telah cukup menyerlahkan wajah Kuala Lumpur di samping menyampaikan definisi peluang, impian dan harapan yang terkandung. Hasil kolaborasi idea dan konsep oleh pengkarya dan pengarah berlainan sudah pasti akan mewujudkan variasi yang menarik. Aku kira, pementasan ini berjaya.

Singgah Sana Seni: GO BLOCK, humanWATCHING

Pada hari Jumaat. Selepas office hour.
Galeri PETRONAS, Tingkat 3, Suria KLCC


GO BLOCK: Lima Pengkarya Seni Cetak Kontemporari Malaysia meraikan Seni Cetak kontemporari di Malaysia dengan memaparkan karya baru lima seniman - Juhari Said, Kim Ng, Izan Tahir, Zulkifli Yusof dan Shahrul Jamili - yang kesemuanya telah menyumbang secara signifikan kepada perkembangan seni cetak kontemporari serta gaya seni di Malaysia secara umumnya. Pameran ini, yang menerokai medium seni cetak, perkembangannya dan lebih pentingnya, impaknya ke atas gaya seni Malaysia pada masa kini, mencerminkan sifat dinamik dan inovatif seni cetak kontemporari.

Meskipun seni cetak telah lama dilihat sebagi menduduki tempat yang tidak penting dalam gaya seni kontemporari Malaysia, teknik dan kesan seni cetak kerap digunakan dalam pembuatan bentuk seni yang lain - antaranya catan, arca dan instalasi. 'Peminjaman' atau penukaran teknik dan kesan ini membuktikan bahawa pengaruh seni cetak ke atas amalan seni kontemporari berkekalan serta batasan antara amalan seni yang pernah jelas berbeza kini semakin hilang dengan pantasnya.

Antara pilihan Akin Muhammad:
1. MERDEKA 57
2. MAKING SENSE CAN SOMETIMES GET OUT OF HAND

3. UNTITLED

4. dan banyak lagi yang aku tak ingat tajuknya.


Di samping itu, Galeri PETRONAS turut mempamerkan "humanWATCHING" -
mystical realism and the art of Jeganathan Ramachandram


ps:
Kepada yang berminat bolehlah singgah ke Galeri PETRONAS

Jumaat, Februari 27, 2009

Saksikan Cleavage dalam Rasukan Ablasa

Bulan lepas 'profesor' filem punya filem released dekat panggung.

Bulan ini 'profesor' filem punya filem satu lagi released dekat panggung.

Wah, berdaya maju pembikin filem ini.

Mana taknya, sebab itu dia jadi 'profesor' filem.

Ah, cut the crap.


Aku sudah menonton filem terbaru Razak Mohaideen "Rasukan Ablasa".

Filem ini filem seram, bukan romantik seram atau romantik komedi seperti kebiasaannya.

Sudah banyak filem tanah air kita yang sebegini.

Aku tertarik dengan pandangan seorang rakan:

"Hantu Melayu" oleh Abdul Hadi Alias


Kalimah agung dilaung-laungkan.

Ternyata, pelakon berlakon dengan lakonan.

Aku berasa sedikit jengkel dengan adegan seks (foreplay) di awal cerita. Dan ada watak yang sudah dirasuk menjadi perempuan yang menggoda. (Aku nampak cleavage, ya!)

Kemudian ada babak si hero cerita ini yang terselamat daripada rasukan (kononnya) singgah solat Subuh di sebuah masjid.

Ah, cut the crap.


Secara keseluruhannya, filem ini satu lagi hasil tak berkualiti 'profesor' filem.

Jadi, untuk "Rasukan Ablasa":

Cerita: 1/5
Lakonan: 0.5/5
Visual: 2/5
Bunyi: 2/5


ps: Nasib baik kesan khas KRU Studios. Anyway, 'profesor' tak jadi kameo ke? Macam biasa?


Saksikan cleavage dalam.. Rasukan Ablasa!

The Qum Actors

Draf logo The Qum Actors.


akan berdaftar secara halal (insyaAllah)

for the sake supaya tidak kena disqualify (lagi)

terbuka kepada ahli/alumni TTS pada peringkat awal ini

ini logo aku saja-saja suka-suka buat

dan hanya satu ini saja yang aku buat




secara generalnya;

huruf Q : Quality (persembahan & pengurusan)

tanda seru (!) : seruan kepada manusia ke arah kebaikan

warna hitam : 'solid'; tetap dan teguh dengan bawaan dan identiti sendiri

gradient warna merah dan putih : komitmen dalam memartabatkan teater secara fitrah

Simple Mudah Easy Senang

ok

bagi yang sukar nak faham

arts harus ada meanings

arts yang tak ada meanings

itu bullshit.


and i mean it

really, really mean it.



ps: ada ke arts yang tak ada meanings?

Khamis, Februari 26, 2009

Nostalgila Orang Lama

Kali ni aku paparkan beberapa foto lama orang-orang lama TTS.
Foto tersebut aku sempat cilok daripada mana-mana sumber yang aku telah korek dulu-dulu.
Waktu tu aku belum wujud lagi dalam dunia teater.

Aku tujukan entri ini khas buat orang-orang lama TTS, dan khusus buat orang-orang baru TTS (itu pun kalau korang baca blog aku ni).


Hmm..Begitu Panasnya! @ Manifestasi Teater Perak
Anugerah Teknikal Terbaik



Hmm..Begitu Panasnya! @ UTP MPH Stage


Hmm..Begitu Panasnya! @ UTP MPH Backstage


Faiz Putera a.k.a Pot dalam Panggilan Maut
Vocal projection Pot masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ahli TTS setakat ini.




Generasi demi generasi pelakon telah aku saksi dan beraksi bersama.
Yang keluar, yang masuk, yang kekal.
Semua sudah aku saksi.
Aku beraksi.
Dari watak picisan ke watak sampingan ke watak pembantu ke watak utama.
Hingga menjadi penolong pengarah ke pengarah muda.
Hinggalah menjadi penulis skrip yang baru menapak.
Aku tak hebat.
Jangan kata aku hebat.
Aku tak sehebat seperti yang dilihat.
Tapi jangan kata aku kurang ajar.
Sebab aku dah banyak belajar.

Tentang teater dan isi-isinya.

Ha ha.

Nostalgila, lah.

Rabu, Februari 25, 2009

Sedih Lah Gelak 'Lak

Lah,
Sedih lah pulak
Gelak lah pulak
Boleh lah pulak
Lah kita sedih dia gelak
Lah kita gelak dia sedih

Kita berlakon babak sedih atas pentas
Lah kenapa korang dok gelak-gelak?

Pelakon salah lakon kah?
Atau penonton salah tafsir kah?

Pelakon.. penonton..

Kalau penonton salah tafsir, adakah pelakon sudah gagal?
Kalau pelakon salah lakon, adakah penonton akan salah tafsir?

Lak lak gilak gelak
Kelak masak otak-otak

*ak!

Kalimantang


Panjang
bercahaya
fragile
glow
haba
putih
cok

(choking)

.

Selasa, Februari 24, 2009

Lari dari Kerja (3) - UTP


Malam Pementasan Teater Bukan Cerita Palestin oleh TTS


Petang Ahad itu aku selamat sampai di UTP.
Sampai di sana, aku rasa tenang dan nyaman.
Maklumlah, luar bandar. Sudah pasti atmosferanya berbeza.
Aku skip bahagian yang mana aku download macam-macam movie dan series terbaru.
Terus ke malam pementasan.

Ramai pelajar UTP yang datang menonton pementasan malam itu.
Anggaran dalam 300 orang yang hadir. Terima kasih kepada penonton.

Persembahan pertama adalah nasyid oleh kumpulan In-Saff dengan dua buah lagu iaitu "Destinasi Cinta" dan "Damai Yang Hilang".

Persembahan kedua adalah team monolog "Suka-Paksa-Rela-Wan" (SPRW). Skrip aku bikin sendiri. Dan khas untuk seorang. Tetapi telah diolah. Dipecahkan kepada tiga. Makanya adalah tiga orang sukarelawan. Para pelakon adalah Fauzan, Aini dan Izzi. Seorang lagi pencerita adalah Timmy.

Dari segi lakonan, Fauzan telah cuba membawa watak seorang yang RELA memperjuangkan agamanya dengan baik. Walaupun emosi ada sedikit kurang tetapi ia baik. Fauzan mengulang-ulang bercakap dengan Aisyah, isterinya yang sebenarnya di Malaysia bersama anak-anaknya, tetapi bayangannya hadir sewaktu Fauzan di medan perang. Bayangan itu hanya gangguan syaitan yang ingin menghasutnya lari dari medang perang. Jadinya, apa yang aku dapat perhatikan, kurang nampak yang Fauzan tersedar daripada gangguan syaitan tersebut. Sebab terlalu cepat. Bukan tak nampak langsung. Tetapi kurang. Tapi aku suka sewaktu bunyi tembakan ke dada Fauzan. Kena. Nice shot! Kalau boleh buat keluar darah lagi best aku rasa. Apa yang aku pelik bila penonton berasa humor dengan pengulangan Fauzan bercakap dengan Aisyah. Entah?
Satu lagi, ada sebutan yang kurang jelas.

Aini pula membawa watak seorang yang terPAKSA beri bantuan atas nama kemanusiaan. Lakonan Aini seperti biasa, cukup natural dan penonton menyukainya. Aini mengulang-ulang "Ustaz aku dulu pernah cakap.." dan lagi sekali, penonton berasa humor. Aku harap humor yang ditunjukkan tidak mendominasi mesej yang ingin disampaikan.

Izzi kembali ke atas pentas membayar hutangnya dengan Doc Shark. Dia membawa watak seorang yang SUKA-SUKA untuk jadi sukarelawan. Tapi bila dah sampai di medan perang, dia rasa dia tak SUKA pula. Lakonan Izzi memang natural. Karakternya memang nampak orang muda. Orang muda yang selalunya SUKA-SUKA buat sesuatu. Lagi sekali, penonton berasa humor. Entahlah?

Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan monolog oleh Fauzan, Aini dan Izzi.
Aku suka. Aku suka.
Terima kasih sebab hidupkan karya aku tu.
Kalau aku berlakon seorang pun, belum tentu akan jadi sebagus yang telah mereka pentaskan.

Jadi untuk monolog Suka-Paksa-Rela-Wan:

Cerita: 3/5
Lakonan: 4/5

Teknikal: 3/5

Kostum/Make-up: 3/5

Set: 3/5

Pengarahan: 4/5

Pengurusan pentas: 3/5



Seterusnya, teater Bukan Cerita Palestin (BCP).

Permulaan teater ini menarik dengan paparan video disclaimer. Dan bila Doc Shark keluar sebagai Pencerita, menjadikan permulaan teater ini baik. Dan bila Acab keluar sebagai Hatah, aku terus rasa kagum dan tak senang duduk (tak senang duduk = menonton teater dengan teliti). Walaupun lakonan Acab tidak banyak ubah seperti sebelum ini, tetapi dengan lakonan Am-rika (Anwar) dan Dato Izz (Khairil) yang punya karakter sendiri, aku dapat puji teater BCP ini baik. Ditambah lagi dengan watak-watak Spy 1, 2 dan 3. Timmy, Ermie dan Azizi harus aku puji. Chemistry Spy 1, 2 dan 3 dengan Dato' Izz kuat. Tahniah untuk itu. Zafran membawa watak Saudi juga aku puji kerana vocal projectionnya semakin baik berbanding dulu. Lakonannya yang tamakkan harta juga menjadi. Cuma ada sedikit teknik lakon yang salah. Lakonan Half sebagai Irani sedikit kurang menonjol. Ada sisi-sisi watak yang dia pernah bawa sebelum ini dalam teater Transit. Asyraf Nazmie sebagai Iraqi sedikit terlebih menjerit-jerit. Dia seharusnya lebih enjoy dengan wataknya. Dan Half dan Asyraf perlu lebihkan lagi chemistry kerana kedua-dua watak itu selalu bergaduh. Jadi perlu lebih chemistry di situ. Sedikit kekurangan pada pelakon-pelakon baru iaitu Anas, Saiful Mat Top dan Iqbal. Namun, vocal projection Anas dikira baik as a first-timer. Mat Top perlu jadi lebih 'artis' lagi. Babak high sewaktu konsert (Anas, Nik, Iqbal) tidak begitu menjadi. Boleh diperbaiki lagi. Energi tak maintain sampai habis. Emosi sewaktu klimaks cerita ini juga tidak sampai ke tahap yang sebenarnya.
Simbolik tikar mengkuang dengan tanah memang seharusnya berkesan. Tetapi pentas MPH menghadkan penonton untuk melihat tikar tersebut yang menjadi set utama teater ini.
Teknikal teater ni aku boleh katakan sebagai teruk. Tapi aku faham, techies semua budak baru. First-timer. Freshies. Tapi, komen tetap komen. Kritik tetap kritik. Aku tak mahu budak-budak TTS dah rasa best bila baru berlakon satu, dua show. Aku tak mahu macam tu. Aku lebih rela buat budak-budak rasa down sepam dua daripada puji-puji atau sedapkan hati. Bila ada yang down tetapi masih komited terhadap teater, maknanya dia memang berpotensi tinggi. Tapi bila ada yang dah rasa best bila baru berlakon satu dua show, mulalah ada yang sambil lewa dengan teater ni. Aku mungkin salah. Tapi aku harus juga betul.

Jadi untuk teater Bukan Cerita Palestin:

Cerita: 4/5
Lakonan: 4/5

Teknikal: 2/5

Kostum/Make-up: 3/5

Set: 4/5

Pengarahan: 4/5

Pengurusan pentas: 3/5


Walaupun kita berlakon, kita kena jujur dalam lakonan kita.
Walaupun kita tidak jujur dengan penonton (sebab kita berlakon), tetapi kita jujur dengan diri sendiri.

Syabas dan tahniah untuk seluruh produksi TTS dalam monolog SPRW dan teater BCP!
Hasil kutipan tiket dan sumbangan adalah lebih kurang RM1100 dan semua akan disalurkan ke tabung Aman Palestin.
(Kalaulah kita dapat kutip sebanyak tu untuk show-show sebelum ni. Haha)

Sebagai penghargaan, ini gambar kita semua:

Berdiri atas stage dari kiri: Saiful Mat Top, Anas, Azizi, Khairil, Dr Shark, Zafran, Sapik Altantuya, Anwar Samad, Asyraf, Half, SEFA, Acab, Iqbal
Duduk atas stage dari kiri: Nik, Fauzan, G-Ah, Aini, Atul, Tasha, Zul CJ, Timmy, Izzi, Mekot
Berdiri depan stage dari kiri: Anep, Syakir, Ermie, Sabrina, Akin M, Nisa', Aisyah dan kawan-kawan (techies baru aku tak kenal nama)


ps: Malam tu aku penat gila pig punya.

Lari dari Kerja (2) - Pasar Seni

Dari Mata Turun Ke Hati
Central Market Artists Exhibition 2009

Sebelum aku naik bas ke UTP, aku sempat singgah ke Central Market.
Ada pameran artwork oleh artists CM sepanjang 22 tahun yang lalu.
Ada juga artwork HOT Art yang terpilih, dengan tema "Arts as Visual Expression of Society's Conscience"
Aku paling suka piece bertajuk "Superhero or Terrorist?". Tak ada gambar nak tunjuk kat sini. Boleh datang CM tengok sendiri.
Apa pun, artwork yang dipamerkan memang penuh dengan makna dan mesej tersirat. Itulah indahnya seni. Well, mungkin tak semua rasa macam tu.


Dari mana punai melayang?
Dari sawah turun ke padi;

Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati.

Lari dari Kerja (1) - Genting

PMU Staff Annual Gathering 2009 @ Genting View Resort

Memang tak dapat dinafikan, rutin bekerja di pejabat agak membosankan.
Walaupun kerja-kerja yang dilakukan berbeza-beza, tetapi rutin harian mula dari awal pagi hingga habis waktu bekerja memang tidak dapat dielakkan. Kadang kala muka-muka yang sama kita akan nampak di dalam tren atau bas, muka-muka yang sama juga dapat dilihat di dalam pejabat.

Aku tekad. Habis saja kontrak 10 tahun dengan PETRONAS, aku mahu kerja sendiri. Aku tak mahu hidup berasaskan rutin yang membosankan. Aku tidak mahu rutin. Aku mahu tiap hari adalah unik.

Tapi mungkin itu hanya kehendak naluri semata-mata. Susah hendak elak rutin hidup. Jadi apa yang boleh dibuat adalah untuk menjadikan tiap hari kita yang rutin itu istimewa dan unik. Baru hidup kita akan segar. Fresh.

Sabtu yang lalu ada family day PMU. Aku hanya membantu kerja-kerja komiti. Apa-apa yang boleh dibantu. Seronok juga sekali sekala dapat melupakan kerja di pejabat. Selesai, sempat bersiar-siar juga. Itu kali pertama aku ke Genting. Gila noob. Lepas ni boleh pergi lagi.

Sebab seronok, walaupun penat tetapi tak penat sangat.
Esok petang pula, aku akan ke UTP.

Khamis, Februari 19, 2009

Rap Celaru Bercelaru (Silver Version)

tak kan melayu hilang di dunia
ya, aku melayu di dunia ini
melayu celaru bercelaru

[verse 1]
ding dong ting tong oh macadongdong
buka pintu jangan kunci jangan buat lopong
mulut ternganga buat-buat tak tahu
dah dizipkah mulutnya sampai kau jadi bisu?
masuk rumah jiran buat macam rumah sendiri
kalau salah duduk nanti patah kerusi besi
aku datang nak tanya bukan datang nak cerita
apa salah apa benar tuduhan mereka?
dedah, expose, aurat kau terbuka
sendiri mengata, sendiri yang terkena
tutup rambut pakai cemara
tutup malu nak pakai apa?
kenapa ramai orang suka buat dosa
sedapkah nikmatnya seperti bersenggama
bersenggama pun jangan rakam-rakam video
takut nanti tersebar habis nanti dia O-O-O
OMG! Oh my god! Baru nak ingat Tuhan?
sesal kemudian tak berguna, sesal dulu 'pendapatan
kalau sudah sedar masa hidup masih boleh bertaubat
kalau sedar lepas mati see you in hell lah, keparat!

[chorus:]
kalau memang sudah buta
buta hati mata celik
timbang adil berat sebelah
timbang dosa rapi-rapi
kalau memang sudah buta
buta hati dah tercelik
kena tipu dengan mata
kena tipu sampai menangis

[verse 2]
Haru biru rakyat buntu yang mana satu hala tuju
kiblat salah kompas salah? apakah punca masalah
orang kata kita kata dia kata engkau kata
rakyat kita sejahtera
apakah benar di sisi agama?
Gua tak kacau lu, lu tak kacau gua
inilah terjadi di dunia
susah senang sendiri-sendiri
kaya raya suka hati
sorang-sorang duduk sepi
sepi hati cari bini
bini buat latih tubi
tiap hari macam cuti!
Hei! Mana boleh jadi
negara kita, kita jaga hartanya
bukan rampas kuasa
bukan bodek raja
bukan juga mabuk marijuana
salah kiblat salahkan kompas
salah depa salahkan (pause) PASS!
pass, pass, lupa pasword pulak
macam mana aku nak sambung
keras dah otak
oh ya aku dah teringat
passwordnya adalah: A.B.U K-Parat!
zaman banyak K-itu, K-ini dan K-J
dan K-K di K-L di kota di raya di lumpur di rumah di Berak (sebutan Arab)
banyaknya mazhab aku tak larat
nak tengok nak saksi nak undi nak kutuk nak perli nak sindir
tak makan tak sihat tak pandai tak cukup tenaga dan ilmu dan modal insan
ironiknya negaraku yang tercinta!

[chorus]

Rabu, Februari 18, 2009

Fobia Misi

Buat makluman tuan, puan

Yang boleh mengganggu hidup aku adalah berikut:

Amychophobia- Fear of scratches or being scratched.
Dentophobia- Fear of dentists.

Nosocomephobia- Fear of hospitals.

Tomophobia- Fear of surgical operations.

Trypanophobia- Fear of injections.



Aku juga nurse-phobia.






Ironik.

Selasa, Februari 17, 2009

Rap Celaru Bercelaru

Gua bahagia pada 14 Feb.
Malah gua bahagia tiap-tiap hari, kecuali hari Isnin.
Tapi gua pening kepala pada 14 Feb yang lalu.
Sebab umat bercelaru.

Itik makan angsa.
Kucing makan rimau.
Cacing makin ular.
Orang makan buaya.

Celaru bercelaru!

Valentine haram lah. Valentine tak haram lah.
Pesta joget-joget tak boleh lah. Ada Amerika katanya. Pesta joget-joget tak salah lah.
Orang masjid dikata hipokrit lah. Orang masjid sempit pemikiran lah.
Orang bukan masjid yang betul lah. Orang bukan masjid yang open-minded lah.
Apa lah. Itu lah. Ini lah. Tak pa lah.

Tak, Pak Lah!


Melayu celaru bercelaru.

(Gua nak rap kejap)

Haru biru rakyat buntu
yang mana satu hala tuju
kiblat salah
kompas salah?
apakah punca masalah
orang kata
kita kata
dia kata engkau kata
rakyat kita sejahtera
apakah benar di sisi agama?
Gua tak kacau lu
Lu tak kacau gua
inilah terjadi di dunia
susah senang sendiri-sendiri
kaya raya suka hati
sorang-sorang duduk sepi
sepi hati cari bini
bini buat latih tubi
tiap hari
macam cuti!
Hei! Mana boleh jadi
negara kita, kita jaga hartanya
bukan rampas kuasa
bukan bodek raja
bukan juga mabuk marijuana
salah kiblat salahkan kompas
salah depa salahkan (pause) PASS!
pass, pass, lupa pasword pulak
macam mana aku nak sambung
keras dah otak
otak minda haru biru
celaru baru bercelaru!

Isnin, Februari 16, 2009

Wakenabeb, Lupunkenabeb

Sedikit tentang politik dan kenegaraan yang bukan bidang aku.


Ada yang suka bicara tentang politik
Ada yang tidak
Ada yang fanatik dengan parti
Ada juga yang berkecuali
Memberi alasan yang mereka tidak sukakan politik
hingga ada yang tidak kisah akan tanggungjawab memilih pemimpin iaitu untuk turun mengundi pada pilihan raya

Aku sudah layak mengundi
Aku tak sabar nak BUANG undi aku
Pada pemimpin yang akan melaksanakan undang-undang Islam
sebab Islam adalah kepercayaan aku
dan sebab Islam adalah undang-undang yang adil
tapi bukan Islam Hadhari

Aku malu
bila aku tengok rancangan Wakenabeb
atau rancangan yang seumpamanya
bila ada orang bertanya soalan tentang kenegaraan kepada orang awam
misalnya
nama Yang di-Pertuan Agong
rukun-rukun negara
nama-nama menteri
malah
soalan itu boleh dijawab oleh budak-budak sekolah
tapi orang-orang dewasa tidak dapat jawab
malu malu malu

Rakyat Malaysia kah itu?
Patutlah aku sudah nampak tanda-tanda 'kepupusan' warganegara Malaysia, khususnya di ibu kota.
Alah, kat kampung aku lagi lah teruk.



PS: Seperti dalam teater KERUSI, kerusi itu memang menjadi rebutan. Yang jahat jadi makin jahat di atas kerusi, yang baik jadi jahat di atas kerusi. Jadi, siapa yang layak duduk di atas kerusi itu?

Ahad, Februari 15, 2009

Idea Segar Bugar

Kita perlukan idea yang segar bugar daripada segenap pengkarya tanah air
tidak kira orang muda orang lama
Kita komen dan kritik sama-sama tidak kira karya orang muda atau orang lama
Kita puji dan beri sokongan bagi setiap kelebihan
Kita kritik dan beri cadangan bagi setiap kekurangan

Aku terpanggil
apabila selesai menonton filem The Curious Case of Benjamin Button
Aku mahu tonton GENG tapi semua tiket sudah sold out
menjadikan aku lebih ghairah lagi untuk menonton filem GENG tersebut
aku harap filem GENG akan tahan lebih dari sebulan di panggung wayang
kalau dapat tahan selama dua bulan aku akan tabik spring toing toing toing
Dengan cakap-cakap dan feedback audiens yang sudah menonton GENG
aku bertambah ghairah lagi dan lagi
Akhirnya, akan terubat kekecewaan aku dalam menonton filem tanah air
Tempoh hari aku kecewa menonton Sifu & Tongga yang sucks
namun dengan sambutan GENG sebegini
terubat kekecewaan tersebut

Cerita The Curious Case of Benjamin Button adalah menarik dan kreatif
(walaupun aku masih sengaja menangguh-nangguh untuk menonton Slumdog Millionaire)
Memang ia tentang kisah hidup Benjamin Button
tapi bukan kisah hidup biasa yang membosankan
Ramuan kisahnya cukup dengan segala rempah ratus, garam, gula dan 'secret recipe'
Idea mewujudkan sebuah jam besar yang bergerak secara songsang sudah satu idea kreatif
dan idea kreatif itu diperkembangkan lagi
dengan mewujudkan seorang bayi yang dilahirkan sudah sedia tua
dan dia menjalani kehidupannya secara terbalik
lahir sebagai tua dan mati sebagai seorang bayi
dan dia dapat melihat orang-orang yang dia sayang mati satu per satu
sehinggalah dia mati ketika bayi dalam dakapan kekasih hatinya

Kisah tersebut banyak mesej pada pandangan aku

1. Kuasa Tuhan mampu buat apa saja pada makhluknya
2. Manusia tidak akan tahu apa akan berlaku dalam hidupnya - hanya melalui hidup
3. Kesukaran dan ketabahan menjalani hidup apabila menjadi seorang yang luar biasa, lain daripada orang biasa
4. .. dan banyak banyak dan banyak lagi!


Filem ini penuh dengan segala elemen hidup.

Jadi, untuk The Curious Case of Benjamin Button: 10 daripada 5 bintang.


Line kegemaran yang diterjemah: "Kita akan sentiasa berseorangan. Sebab kita lain daripada orang lain."



PS:
Idea idea idea!
Moral moral moral!
Bukan romantik komedi, bukan romantik seram.
Bukan setakat filem cinta cinta cinta komedi komedi komedi seram seram seram.
Bukan nak tengok filem Ahmad Idham Ahmad Idham Ahmad Idham Razak Mohaideen Razak Mohaideen Razak Mohaideen banyak-banyak satu tahun.
Bukan bukan bukan.

Oh ya, orang kita mana suka kisah kisah kehidupan ni........... Drama-drama Melayu TV tu suka lah.......................

Sabtu, Februari 14, 2009

Bicara Hidup Roda & Sfera

Apa benar
hidup ini macam roda?
Atau
patut kita perbetulkan perumpamaan itu?
Menjadi
Hidup ini ibarat sfera
bukan roda

Kita ambil satu titik rujukan (reference point)
pada satu roda
dan satu lagi
pada sfera
Kita golekkan roda
dan kita golekkan sfera

Titik rujukan itu
pada roda
akan ada di bawah pada satu masa
dan di atas pada satu masa yang lain
Titik rujukan yang satu lagi
pada sfera itu
akan ada di bawah, atas pada waktu yang berlainan
dan akan berada di tengah-tengah pada satu masa
malah
akan berada di mana-mana sahaja pada permukaan sfera itu
pada satu-satu masa
bergantung bagaimana
kita menggolekkannya
permukaannya
halangannya

Jadi
roda atau sfera?
Jika roda
tetaplah ia akan sentiasa
di atas, berita gembira
di bawah, berita sedih
Jika sfera
maka tidak tetaplah ia
berbeza-beza
pada satu-satu masa
macam-macam berita
akan diterima
akan diuar-uar

Lagi sekali
roda atau sfera?


PS: Hidup Akin ibarat sfera

Jumaat, Februari 13, 2009

Would You Be My Valentine? (Uwek)

[gambar hiasan]


Saban tahun, tiap kali tiba tarikh 14 Feb.
Umat Islam dinasihatkan agar tidak menyambut Valentine's Day iaitu Hari Kekasih.
Yang menjadi sambutan sedunia.
Tapi ramai lagi orang Islam yang masih sambut.
Yang bukan Islam, tak mengapalah. Itu hak mereka, kepercayaan mereka. Kita hormat.

Namun, bagi pasangan kekasih, gua faham, gua tahu pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk menyambutnya.
Takut nanti dikata ketinggalan zaman.
Ada yang tak faham kenapa ia diharamkan.
Ada juga yang tahu dan faham tetapi berpendapat yang sambutan itu hanya untuk meraikan orang yang kita sayang, bukannya untuk mengikut-ikut agama lain.
Masing-masing punya pendapat dan pandangan.
Dan berbeza-beza.
Inilah masalah di akhir zaman, zaman selepas tiada nabi.
Sebab itulah, akhir zaman ini kita kena ikut pewaris nabi. Siapa pewaris nabi?
Tapi akhir zaman ini juga, sudah banyak 'pewaris nabi' yang berlaku zalim terhadap diri sendiri dan orang lain.
Jadi, mana satu nak ikut ni?

Tak payah la dok gatal nak sambut 14 Feb ni sebagai Hari Kekasih walaupun niat untuk meraikan orang yang dikasihi.
Tak payah la...
Bazir duit ja. Promosi sana sini sempena Valentine's Day tu semua kencing ja. Tak ada makna.
Kalau dah gatal sangat nak sambut Hari Kekasih, korang sambutlah sekali dengan anniversary korang. Sama ja. Jimat duit. Objektif pun sama. Tapi kalau kebetulan 14 Feb tu anniversary korang, well....

Urgh.
Uwek.


PS: Boleh google fatwa kalau mahu, atau [usha artikel ni]

Monoton Dot Dot Dot



Suami, Isteri & ...?

Perempuan, Isteri & ...?



..., ... & ...

Haa, amacam? Tajuk filem gua? Ha ha.


Dendam Rubik



Siot gila algoritma PARITY!

NEON

Malam tadi gua usha folder stok filem-filem tempatan dalam HD gua.
Banyak filem yang gua tak layan lagi.
Dan sambil menikmati nasi lemak kukus gua layan satu telemovie ni berjudul NEON.
Telemovie karya dan arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir Sahib ini telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai "The Most Number of Well-known Artistes in a Movie" (66 Popular Artistes)

Gua layan sambil mengunyah nasi lemak dan layan dan kunyah kunyah lagi.
Sampai suatu tahap tu gua rasa telefilem ni macam cerita Aku Bukan Loser! ciptaan aku.
Sebab watak utama telefilem ini sentiasa bernasib malang.
Bermula dengan dipecat kerja, ditinggalkan tunang, kereta dicuri, dompet dicuri, kena ragut, dan macam-macam lagi.
Sampai gua pun sadis gila tengok mamat tu. Muka dia memang sesuai muka loser!

Apa pun, telefilem ini mengisahkan tentang karma.
Setiap perbuatan jahat pasti akan dibalas jahat.
Setiap perbuatan baik pasti akan dibalas baik.
Dan setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Dan akhirnya, mamat loser ni dapat jumpa budak yang curi dompetnya dan budak tu jugak yang tolong dapatkan balik kereta yang orang lain curi dan akhirnya dia berjumpa dengan wanita idamannya yang juga bernasib yang hampir serupa, nasib MALANG.

Cerita telefilem ini memang bagus.
Ada MORAL yang cukup berguna untuk kita ambil pengajaran.
Bukan cerita yang merapu tetapi digah-gahkan di panggung wayang.
Cerita yang tak masuk panggung banyak yang bagus-bagus.
Tapi malangnya, cerita sebegitu tidak mendapat perhatian.
Pihak panggung wayang sudah tentu memandang filem ini dari sudut bisnes.
Jadi, pihak mana yang perlu mengangkat hasil karya yang tidak diberi perhatian selama ini?

Apa pun, cerita NEON ini sama dengan cerita Aku Bukan Loser! dari segi kisah malang watak utamanya. Tetapi Aku Bukan Loser! punya moral dan mesej yang berlainan.


Dalam senarai VCD/DVD-perlu-dibeli:
1. Goodbye Boys
2. Ringgit Kasorga
3. Embun
4. May 13
5. Jogho
6. Kaki Bakar
7. .. dan banyak lagi filem-filem lama.

Dalam senarai VCD/DVD-perlu-ditonton:
1. Selubung
2. Black Maria
3. Berlari ke Langit
4. Cinta 200 Ela
5. Perempuan Melayu Terakhir
6. Sayang Salmah
7. .. dan banyak lagi stok filem-filem dalam external HD.


PS: Tapi, kenapa tajuknya NEON? Bayangkan cahaya lampu NEON.


Khamis, Februari 12, 2009

Senarai Main (Playlist) Kemerahan

Sebelum aku hadir menonton PGLtM-3 tempoh hari, aku sudah pun layan original live cast recording PGLtM-1 (2006) yang mengandungi lagu-lagu dari teater muzikal tersebut kecuali lagu-lagu yang ada dinyanyikan oleh watak Bayan.
Jadi, setelah mendengarnya selama beberapa bulan sehingga menonton pementasannya, yang berwarna merah adalah pilihan Akin.

Act I
  • Suatu Hari Nanti (Someday) – Adipati, Patih, Putri, Bayan, Ensemble Majaphit
  • Moga Temui Cinta (Hoping to Find Love) – Putri, Bayan
  • Kemasyhuran (Fame) – Ensemble Majapahit
  • Jiwa Abadi (Eternal Soul) – Putri
  • Jiwa Abadi reprise – Putri
  • Tinta Dewa (Lord's Command) – Bayan, Ensemble Kraton
  • Di Puncak Tertinggi (On the Highest Peak) – Hang Tuah, Putri
  • Suatu Hari Nanti reprise – Ensemble
  • Dewa Perang (Lord of War) – Adipati, Ensemble Prajurit
  • Hajatmu Kubantu (I Will Aid Thee) – Adipati, Sultan
  • Keranamu Kekasih (For You, Beloved) – Hang Tuah
  • Katakan Hadirmu Kerana Cinta solo (Say You are Here Because of Love) – Putri
  • Tinta Dewa - Bayan dan Suara Ramai (Lord's Command - Bayan and the People) – Bayan, Ensemble Kraton
  • Moga Temui Cinta duet – Bayan, Putri
  • Suatu Hari Nanti duet – Adipati, Patih
  • Moga Temui Cinta solo – Bayan
Act II
  • Melaka Terbilang (Glorious Malacca) – Ensemble Malacca
  • Di Puncak Tertinggi solo – Hang Tuah
  • Di Puncak Tertinggi duet – Hang Tuah, Putri
  • Cinta Atau Setia (Love or Loyalty) – Hang Tuah
  • Titah Sultan (The Sultan's Command) – Sultan, Ensemble Malacca
  • Melaka Terbilang reprise – Ensemble Malacca
  • Mendaki Gunung (Climbing the Mountain) - (Dance) Hang Tuah, Rombongan Tujuh (Seven Delegates)
  • Putri Chant/Tinta Dewa – Putri, Ensemble
  • Keranamu Kekasih duet – Hang Tuah, Putri
  • Katakan Hadirmu Kerana Cinta reprise – Putri
  • Tujuh Syarat Agong (The Seven Conditions) – Ensemble Nenek Kebayan
  • Melaka Bercelaru (Malacca in Turmoil) – Hang Tuah, Putri, Ensemble Malacca
  • Cinta Atau Setia solo – Hang Tuah
  • Curtain call: Suatu Hari Nanti/Keranamu Kekasih


Eh. Semua ke merah?
Memang, memang aku Mat Merah!


PS: Sesiapa nak MP3nya, bolehlah bodek aku ya...

Kata-kata Biasa Orang Biasa

Mad Harris dan Rahmat Iskandar sebulat suara dari dulu lagi memberi komen tentang skrip Doc Shark yang tak pernah menang johan di mana-mana, terutamanya sewaktu festival teater. Yang menang, adalah kumpulan yang membawa skrip sasterawan negara.
Jadi Doc tekad menyahut cabaran dengan membawa skrip Hatta Azad Khan, JEBAT dan KERUSI setakat ini. Dan JEBAT akan dibawa untuk Festival Teater Perak tahun 2009 ini. Sekarang masih dalam fasa casting watak dan seterusnya untuk menetapkan tenaga produksi JEBAT-FTP09.

Doc sudah banyak menulis karyanya sendiri. Yang paling baik pada pandangan aku adalah Asylum/Asylum 50 dan Cinta Sang Arnab. Yang selebihnya seperti Hmm..Begitu Panasnya!, Transit, Qum!, Sampah mungkin boleh jadi lebih baik jika diolah sedikit sebanyak.

Penulis skrip baru dari TTS perlu dilahirkan dari masa ke semasa. Aku tahu tak semua boleh menulis dengan baik. Aku pun begitu juga. Tidak boleh menulis yang panjang-panjang seperti novel. Malah, cerpen pun aku tak pernah hasilkan. Sebab aku memang tidak boleh menulis panjang-panjang. Tapi, menulis skrip lain sedikit. Boleh saja dialog pendek-pendek, jika panjang-panjang pun sedikit-sedikit. Aku mengambil kesempatan sewaktu praktikal ini untuk berkarya, menghasilkan seberapa banyak skrip yang boleh. Ini kerana kehidupan bekerja sedikit berbeza. Waktu malam dan hujung minggu boleh aku gunakan untuk berkarya. Biarlah skrip-skrip aku tidak 'hidup' sekarang. Lambat-laun akan aku bagi 'nyawa' juga. TTS juga bertuah kerana mempunyai seorang lagi penulis skrip muda iaitu SEFA. Daya kreativiti dan komitmennya juga sama tinggi seperti aku, cuma gaya dan cara sedikit berbeza. Apa pun, aku berharap aktiviti menulis skrip ini akan diberikan penekanan oleh TTS pada masa akan datang. Tidak kisahlah 10 tahun lagi atau 20 tahun lagi pun. Yang penting, ada anak-anak muda yang berminat dan bergiat dalam menghasilkan karya cetusan idea sendiri.

Skrip teater pertama aku adalah Siapa Sapari? Skrip ini terlalu terpengaruh dengan gaya skrip Doc Shark. Lagipun itu skrip sudah lama. Masih kurang pengalaman dengan dunia luar. Namun kini aku cuba menulis mengikut gaya sendiri. Ada idea aku yang segar. Dan ada juga idea yang terilham daripada idea-idea orang lain.

Aku tahu di universiti masa amat suntuk. Bebanan assignment dan projek menghadkan lagi masa untuk berkarya. Sesi latihan hampir setiap hari. Bila hari persembahan sudah dekat, waktu petang dan malam habis untuk latihan sahaja. Kesannya, terpaksa bersengkang mata menyiapkan tugasan-tugasan. Kadang-kala, ada assignment kecil yang tidak dapat disiapkan dan dihantar. Markah coursework pun berkurang. Latihan setiap hari memang memenatkan. Kebiasaannya, seluruh tubuh badan aku akan sengal-sengal. Bukan setakat penat fizikal, tetapi penat emosi juga. Jadi bila sudah penat, kadang-kala aku akan bangun lewat tengah hari (bukan lewat pagi, lewat tengah hari) dan terponteng kuliah-kuliah dengan sengaja. Badan penat, tidur lewat (tengok series/movies), akhirnya tidak ke kelas. Keadaan bertambah teruk bila dalam satu semester itu, jemputan untuk buat show di mana-mana event atau show anjuran TTS sendiri adalah amat banyak dan tidak ada waktu rehat. Boleh aku katakan dalam setahun yang lalu (2 semester), latihan/perjumpaan teater mula dari minggu pertama hinggalah exam week dengan waktu rehat yang singkat dalam beberapa hari hingga 1 atau 2 minggu. Kesannya, aku pernah tidak hadir ke kelas selama 2 bulan.

Jelas sekali, aku seperti meringan-ringankan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Tetapi, aku ada rahsia aku sendiri bagaimana aku masih boleh mengekalkan prestasi akademik aku. Dan aku tidak sesekali berlaku tidak jujur dalam ujian atau peperiksaan sebab aku tahu, itu tidak berkat.

Dan, rahsianya?

Adalah nama aku sendiri: A.K.I.N Muhammad


PS: Bila aku kata nama aku sendiri, itu maksudnya cara kita sendiri, acuan kita sendiri, bukan ikut-ikut orang, ikut-ikut bontot orang.

Rabu, Februari 11, 2009

Penulis Tarikh, Hari Bulan & Kedatangan di Papan Tulis

Aku google nama sekolah menengah aku dulu-dulu.
Aku jumpa gambar nostalgila ni.




Semua dalam gambar ni semua kawan lama-lama entah ingat lagi atau tidak nama-nama mereka.
Dan perhatikan di papan tulis itu.
Akulah yang menulis tarikh, hari bulan dan kedatangan di papan tulis itu.
Dengan kapur.

Sekarang baru aku tahu.
Kenapa dulu-dulu aku selalu kena tulis itu tulis ini buat itu buat ini yang melibatkan suatu perkara yang perlu nampak cantik.

Sekarang aku sedang memerah otak.
Mencari ilham menulis.
Skrip SANGKALA dan LATEX (dan Aku Bukan Loser! yang tak siap-siap)

Berselirat idea di sana sini, merata-rata.
Nak jalinkan satu demi satu itu makan masa.

Makan masa aku.

Aku makan masa.

Selasa, Februari 10, 2009

Tembakan Rawak di Hari Ahad

1 "Zalim"

Iaitu meletakkan sesuatu di tempat yang bukan haknya.

From Akin Muhammad TIGA ES: Singgah Sana Sini

[gambar kon jalan raya terselit di bawah tempat duduk dalam bas dekat dengan pintu kecemasan]


2 "I'm A Satellite, No. You Are."

Yes. You. The audiences. You are the satellite.




3 "Sumber Ekonomi - 2 Dalam 1"

Rokok. Sehelai rambut wanita yang sudah gugur. Hmm. Mendalam.


[putung rokok dengan rambut wanita yang gugur]


4 "Iklan Rumah Sewa Romen & Cium"



Ada satu kali tempoh hari ada iklan rumah sewa untuk romen-romen dan cium-cium. Sial. Tapi iklan itu tak lama. Hanya satu hari. Mungkin ada orang baik sudah koyakkan. Atau mungkin juga rumah sewa itu sudah disewa orang seperti pisang goreng panas atau kek panas.

Ahad, Februari 08, 2009

Tak Senang Duduk Menonton PGLtM-3

Setelah 2 bulan gua simpan tiket teater tu dalam dompet sehingga sudah hampir lusuh dan berkulat.
Gua akhirnya menonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang musim ketiga.
Tapi ini baru pertama kali gua menontonnya.
Gua tonton show matinee sebab gua tak nak terkejar-kejar tren nak balik kalau tonton show malam.
Expectation gua terhadap teater ni tak tinggi sangat.
Sebab gua sudah tonton P Ramlee The Musical, hasil produksi dari kompeni yang sama. Kali itu memang gua kagum dan terpegun. Jadi kali ini gua sudah tidak begitu hairan.

Tetapi ada satu perkara sahaja yang boleh buat gua tersenyum.
Iaitu propaganda dengan tagline "More magical, more spectacular, more breathtaking" itu tidak mengecewakan.
Dengan pentas yang sebegitu canggih, apa sahaja boleh dilakukan.
Teknik silap mata memenuhi janji 'more magical' tersebut. Gua tak tahu lah musim-musim yang lepas ada dibuat atau tak?
Kesan khas letupan juga membuat aku tak senang duduk.
(Tak senang duduk = menonton teater dengan teliti)
Kesan khas lampu yang dipancar ke arah penonton juga buat aku tak senang duduk.
Sememangnya aku suka permainan lampu ke arah penonton. Ha ha.
Gua suka teknik yang digunakan untuk menjadikan seorang pelakon itu nampak seperti satu bayang-bayang. Tak senang duduk gua dibuatnya.
Kesan bunyi bergema-gema sewaktu membaca jampi mantera juga buat gua tak senang duduk.
Namun, ada sedikit silap mata yang kantoi.
Sewaktu di puncak Ledang ketika nenek kebayan bertukar menjadi Gusti Putri.

Lakonan Sultan Mahmud (Adlin Aman Ramli) paling menarik.
Vokal Hang Tuah (Stephen-Rahman Hughes) paling mantap.
Nyanyian ensemble juga tak kurang hebatnya, cukup harmoni.
Lagu-lagunya semua berkualiti.
Semua koreografnya cukup menarik dan hebat. Terbaik.
Ada sedikit masalah teknikal dan ia dapat diatasi dalam masa kurang 5 minit sahaja dan tidak menjejaskan persembahan selepas itu.
Stage management yang amat baik.

Ah, apa lagi gua nak cakap? Tak rugi kalau beli tiket mahal sekalipun untuk tonton muzikal ini. FLAWLESS!
Dengan tenaga produksi sebegitu ramai dan semuanya berkemahiran tinggi.. ah, apa lagi gua nak cakap?



PS: Gua suka movement yang besar-besar. Jika P Ramlee The Musical ada keretapi besar, PGLtM ada kapal besar! Satu lagi gua kagum, gua kagum tak senang duduk bila, daripada pentas yang penuh dengan set-set, sekelip mata gua tengok sudah kosong habis! Siot betul. Ha ha.

Jadi untuk Puteri Gunung Ledang The Musical: Season 3

Cerita - 3/5
Lakonan - 5/5
Koreografi - 5/5
Nyanyian - 5/5
Muzik,Lagu - 5/5
Bunyi - 5/5
Kesan khas - 4/5
Set - 5/5
Pengarahan - 5/5
Pengurusan pentas - 5/5

[gambar sebagai bahan bukti]

Seterusnya di Istana Budaya: Teater muzikal Sirah Junjungan bersempena maulidurRasul dan Iruvar II pada bulan Mac.

Sabtu, Februari 07, 2009

Hero Buta Tetap Pilihan

Sekeping DVD Wayang sudah menjadi koleksi peribadi kini.
Menonton Wayang - aku merasakan perasaan yang sama ketika berlakon dalam pementasan JEBAT dan KERUSI, memang sama perasaannya cuma Wayang di layar filem dan teater di atas pentas.
Perasaan yang sama apabila watak yang buta menjadi hero.
Dan cerita tentang wayang kulit juga mengimbas aku kepada karya JEBAT yang mana pada asalnya kebanyakan babak dilakonkan di belakang pentas.
(Tapi TTS tak buat macam tu ha ha)

Apa pun, Wayang punya banyak mesej yang ingin disampaikan.
Ia bukan hanya hendak menekankan kepentingan seni dan budaya yang harus diturunkan kepada generasi akan datang, tetapi juga turut menyindir wayang-wayang iaitu filem-filem di Malaysia.
Ini dapat dilihat apabila watak Awi (Zul Huzaimy) yang cuba menggabungkan muzik pop dengan menggunakan petikan gitar dengan alatan muzik tradisional wayang kulit. Dan tok dalang Pak Awang tidak bersetuju dengan tindakan Awi tersebut.
Ia mendatangkan persoalan kepada aku dan mungkin kita semua - apakah di Malaysia ini, orang ramai suka dan tertarik apabila ada muzik di dalam filem atau teater? Bila ada teater muzikal baru orang ramai memenuhi panggung?
Selain itu, filem ini - seperti drama lain - ingin menyedarkan masyarakat akan keburukan dengki, iri hati terhadap orang lain. Dan juga apabila anak murid melebih (lawan tauke) tok gurunya. Sememangnya filem ini sarat dengan moral.

Filem Wayang ini tidak digah-gahkan lebih-lebih lagi dari segi promosinya. Walaupun filem ini senasib seperti kebanyakan filem Melayu yang mana tempoh tayangannya di panggung hanya kurang daripada satu bulan, tetapi filem ini cukup berkualiti. Sebab itulah, filem ini layak menjadi pencalonan banyak anugerah untuk Festival Filem Malaysia 2008 dan menang Anugerah Juri.
Dan Zul Huzaimy watak Awi telah menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Untuk Wayang;

Lakonan - 4/5
Cerita - 4/5
Visual - 3/5
Bunyi - 3/5

Jumaat, Februari 06, 2009

Interpretasi


teater
langsir, optional
entah kenapa
langsir, kebanyakan warna merah

hmm?

3S, 5F

[artikel asal di sini]

Dulu gua ada dengar khutbah Hari Raya di markas PAS tempat gua.
Menekankan tentang da'yah Yahudi melalui cara 3S (Seni, Sukan, Sosial).
Jadi kali ni gua siarkan pula tentang da'yah Yahudi cara 5F.
Baca artikel asal terlebih dahulu.

Yang warna merah adalah yang Akin kata.


F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah [atau blog yang berunsur lucah ha ha] yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti 'Akhirat', 'Gubra', 'Mukhsin', 'Sepet', 'Anak Halal', 'KL Menjerit' dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah. [well, tak dapat dinafikan lagi, bukan? lu orang boleh bidas penulis artikel ini dengan hujah-hujah seni lu orang, tapi gua rasa lu tak boleh bidas agama Allah]


F kedua ialah famili

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati Berdansa. [nasib baik gua jenis tak tengok tivi]

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna. [realiti yang banyak]


F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata. [whoa, nice one! hmmmm]


F keempat ialah fun

"Fun!!!" - bekas pelakon TTS (staf) yang pernah berlakon sepam dua ha ha


F kelima ialah food

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McDonald dan lain-lain. [Bila kita nak makan mi segera, kita tak cakap 'Aku makan mi segera je. Mamee.' tapi 'Aku makan maggi je. Mamee.', bila kita nak minum air milo tapi tak nak Milo, kita susah nak cari food court atau gerai makan yang jual air Vico atau Ovaltine.]

Rasionalnya boikot ini menunjukkan yang kita tidak menyokong Yahudi. Walaupun tidak menjejaskan sangat pun ekonomi mereka. Sekecil-kecil tindakan baik itu pasti dikira sebagai amal baik.



PS: Sekarang ni 5S jadi amalan. Klik [5S] untuk usha. Gua tak tahu lah trend saja-saja atau... memang betul-betul amalan betul. Maklumlah, sekarang ni zaman ikut-ikut trend. Sampaikan dalam buat amal kebajikan pun ikut-ikut trend.

Puisi GAH-JAH

[gambar untuk hiasan mata sahaja]


Gah,
seperti gahnya gajah
badan kau besar
perut kau besar
cuping telinga kau besar
hidung kau.. eh, belalai kau panjang dan berdiameter besar
tapak-tapak kaki kau besar
tapi
mata kau kuyu

Jah,
janganlah kau melintas jalan seperti gajah
lembap, eh lembab
makan jalan
bajet bersiar-siar
pancut air
basahkan orang lain
di tengah-tengah hujan
gerimis
jadi lebat
kuyup

Gah, Jah
kadang kala aku lihat kau berdua memang sepadan
tapi kau dua tetap tak akan jadi satu jenis

Khamis, Februari 05, 2009

Remeh Tapi Benar


cuba perhatikan
avatar siapa
tidak bertemakan Palestin

kenapa aku siarkan catatan remeh ini?

hmmmmmm


PS: Abaikan gambar orang bermain tenis itu kerana gambar itu adalah gambar sewaktu dua tahun yang lalu

Tak Dapat, Jack...

Gua sudah slash slash slash

Lain kali sahajalah gua main monolog tu

Sigh

Rabu, Februari 04, 2009

Cerita Bukan Cerita Palestin


Sedang setiap lapisan masyarakat sibuk bercerita dan mengutuk tentang keganasan dan kekejaman Israel terhadap Palestin, Tronoh Theatre Shop (TTS) juga tidak ketinggalan, tetapi TTS bercerita tentang cerita Bukan Cerita Palestin.


[klik sini untuk iklan teater]


Untuk satu tiket berharga RM 3.00, anda akan dapat:

1. Menyumbang RM 3.00 untuk dana Palestin.

2. Menonton teater "Bukan Cerita Palestin" yang baru dan belum pernah dipentaskan sebelum ini.

3. Menonton persembahan deklamasi sajak oleh Dr Shark, pensyarah Civil Engineering UTP merangkap Head of Department Civil Engineering dan penaung Tronoh Theatre Shop.

4. Menonton monolog "Suka-Paksa-Rela-Wan" oleh Akin Muhammad


5. Menyaksikan persembahan nasyid oleh kumpulan
In-Saff, Johan Malam Inspirasi Seni 2007.

6. Penanda buku yang juga merupakan tiket masuk (eh, yeke?)

7. Pahala, insyaAllah...

Aku akan hadir ke UTP pada hari tersebut.

Juga akan melakonkan sebuah monolog karya aku sendiri yang baru siap dah masih panas.
Memandangkan temanya tidak boleh lari daripada Kempen Selamatkan Palestin, jadi beginilah kisah monolog itu:


"Suka-Paksa-Rela-Wan"

Wan; seorang sukarelawan yang dihantar ke sebuah negara yang sedang dalam kancah peperangan untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman kuasa besar. Namun setelah dia sampai di negara itu, dia jadi keliru, adakah dia memang SUKA untuk menjadi sukarelawan, atau dia TERPAKSA memberi bantuan atas nama KEMANUSIAAN, atau dia memang RELA untuk memperjuangkan AGAMANYA?


Monolog ini tidak lama.
Paling lama pun 10 minit.
Tapi tak sampai 10 minit pun.


Semoga usaha kita semua dalam mementaskan teater ini dan menontonnya akan diberkati dan diredhai oleh Allah.

Selasa, Februari 03, 2009

Amalan Harian Unta (Betina), Artis Yang Tak Artistik

Gua suka jalan-jalan seorang diri
bawa diri dan jiwa gua bersama
sebab gua boleh berhenti bila-bila masa
bila gua ternampak sesuatu yang gua rasa amat bermakna
gua boleh lihat benda itu lama-lama
tanpa perlu gua fikir akan orang lain
Kalau gua bawak bini gua jalan-jalan, gua tak dapat buat macam tu beb
kalau gua buat, nanti dia cepuk gua
dia takut orang keliling fikir gua ni gila

Biarlah gua gila di mata orang lain
asalkan tak gila di mata Pencipta gua (maksud aku, Pencipta aku dan juga gua, as in cave)

Hari itu gua nampak satu papan iklan
produk pati prun
di papan iklan itu
ada gambar statik seorang artis tanah air sebagai dutanya, barangkali
selain gambar produk pati prun tersebut
gua ingat lagi gua juga pernah jadi promoter produk pati prun itu
tapi itu hanya untuk dapatkan markah presentation PCS aku ja
gua ingat sebab gua buat presentation tu sambil lewa ha ha

OK, gua nak off topic kejap

Gua memang malas
ada orang cakap, gua cakap macam orang malas, tak ada semangat
tapi gua nak tanya, gua ni malas ka? gua ni tak ada semangat ka?
ha ha
yang kenal gua, pasti tahu jawapannya
yang tak kenal gua, boleh ambil masa untuk kenal gua
masih sempat lagi ni
sebab gua masih belum sampai ajal
jadi sesiapa yang pernah mengumpat gua di belakang (dengan erti kata, mengata sesuatu yang gua tidak suka tanpa kehadiran gua di lokasi pengumpatan)
masih sempat lagi minta maaf daripada gua
gua boleh maafkan
tapi kenalah minta maaf dulu baru gua boleh bagi
gua rasa, ramai di luar sana tu yang masih belum minta maaf dari gua
gua rasa, ya gua memang selalu rasa saja
tapi gua rasa, rasa betul
sebab rasa yang penting, bukan kata
kata boleh tak betul
tapi rasa selalu betul

Berbalik kepada papan iklan
tertulis ayat yang buat gua rasa nak tergelak (gua rasa saja, ya rasa saja)
kalau gua ustaz, gua mesti beristighfar Astaghfirullah


"Inilah amalanku.. Hariku tak sempurna tanpanya.." - Unta (betina), artis tanah air yang tak artistik


Tapi mungkin juga botol produk pati prun itu adalah suatu simbolik kepada amalan harian seorang Islam iaitu SOLAT?

Well, who knows?

Isnin, Februari 02, 2009

Singgah Sana Seni: Teater Kompilasi Vol. 1

Malam semalam tempat duduk di Stor Teater sudah penuh.
Jadi aku pergi petang Ahad ini untuk tonton Teater Kompilasi Vol. 1

Waktu aku menulis ini aku sukar hendak meluahkan kata-kata
jadi aku hanya memberikan komen dalam beberapa patah kata sahaja untuk setiap satu.


1 TERUK oleh Zahiril Adzim

memang bijak meletakkan piece TERUK ini di hadapan sekali, jika STABIL di depan sekali, mungkin akan jadi permulaan yang sedikit membosankan

Dalam satu patah perkataan: OKlah...



2 POKOK KELAPA SAYANG oleh Khairunazwan Rodzy

Watak Hasyim dan Penjaga dimainkan dengan baik
Jalan cerita juga baik di mana cerita dimulakan tentang Hasyim yang sudah tua yang seolah-olah orang gila menyayangi sebuah pokok kelapa
Membuatkan penonton mahu tahu kisah silamnya
Teknik yang biasa, tapi sentiasa berkesan

Dalam satu patah perkataan: Menarik



3 TAMBAT KAKI oleh Khairil Ridzuan Saharuddin

Watak Pak Tam dimainkan dengan baik
Dan contengan anak panah di atas lantai dengan kapur papan tulis - aku suka
Maklumlah, itu jiwa aku - sukakan yang artistik, simbolik

Dalam satu patah perkataan: Best



4 STABIL oleh Fared Ayam

Dalam satu patah perkataan: Bermakna!
(walaupun sedikit bosan. hehehe. tapi bermakna)



Secara keseluruhannya, aku sukakan stail yang ditunjukkan oleh keempat-empat piece tersebut. Banyak simbolik. Banyak teknikal tapi simple. Vokal dikawal. Emosi dikawal. Aku yakin, semua sudah belajar dari pengalaman berteater. Lebih-lebih lagi di bawah naungan Namron. Syabas untuk usaha tersebut. Menanti kemunculan Volume 2 pula.


PS: Tiket adalah sumbangan minimum RM20. Di universiti tempat gua belajar, tiket nak tengok teater RM3 je! TIGA RINGGIT! Tak naik-naik dari zaman tok kadok dulu. Patutlah asyik tak berduit ja ha ha ha. Lepas tu, rajin sangat buat FREE show. Yang datang bukan ramai sangat pun..... Ha ha ha maklumlah budak universiti ENGINEERING katakan... mana main teater-teater ni... Battle of the Band ke, Nasyid ke, yang ada nyanyi-nyanyi tu depa minat lah... Teater tak ada nyanyi-nyanyi ni mana depa minat... Gua rasa lepas ni kena letak perkataan 'muzikal' lah untuk apa-apa teater. Confirm, ramai yang nak datang tengok! Ha ha ha. Kenapa gua cakap macam tu? Sebab tiket PGLM3 tinggal tiket yang mahal-mahal ja! Ha ha.

Ahad, Februari 01, 2009

Split Effects

Lewat malam itu aku seperti Luzer
Otak logik aku sudah hilang pertimbangan
Bas pula buat hal tidak letak nombor bas
Seperti nasib Luzer
aku menapak sehingga hampir tumbang di tepi jalan
waktu bas, kereta, motorsikal meluncur laju di atas jalan raya
yang kebanyakannya memakan jalan dan tepi jalan
membuatkan aku terfikir-fikir akan HSE
dengan lopak-lopak air di tepi jalan itu
nasib baik Luzer tidak begitu malang sehingga mati katak di tepi jalan
nasib baik sebab aku sendiri juga yang cipta Luzer
Bila sudah sampai aku terbeli air mineral kecil Aquarius
lepas beli baru aku perasan dan tahu air mineral Aquarius itu produk Coca Cola
cis!

Awal malam itu aku seperti Akin Muhammad
Otak seni aku perlukan oksigen seni
Jiwa seni aku perlukan sentuhan seni
Aku naik syahwat
Nafsu seni aku membuak-buak hingga tak dapat dibendung lagi
Seperti ingin bersenggama
Seperti ingin membuat cinta
Tapi bukan dengan perempuan
bukan bukan
bukan dengan manusia
Aku berjalan-jalan-jalan berseorangan
Ramai rakan aku bila terserempak aku di mana-mana
akan bertanya adakah aku seorang sahaja
walaupun mereka tahu jawapannya sudah pasti YA
Aku terus berjalan hingga sampai di The Store
bukan pusat beli-belah itu
tapi Stor Teater
tapi malangnya kerusi sudah penuh
jika hendak pun kena duduk bersila di atas hamparan kain di atas lantai
walaupun aku sebenarnya tidak kisah
tetapi entah kenapa nafsu seni aku malam itu berkira pula
mungkin malam itu ada citarasa tiba-tiba
jadi aku hanya tempah tiket untuk pementasan esoknya
lagipun aku khuatir tidak sempat untuk naik tren untuk pulang
beginilah nasib Akin Muhammad
mahu tonton teater tapi kena jalan jauh
tapi Akin Muhammad tidak kisah

Petang itu aku seperti Yusuf Amat
Aku tonton filem Melayu terbaru di pawagam
Sifu & Tongga
Sebab aku dah set minda aku awal-awal sejak dulu lagi
filem Razak Mohaideen tidak berkualiti
dan aku boleh katakan dengan yakin
bahawa mindset aku memang betul
Dalam filem ini tiada satu perkara pun yang boleh buat aku kagum dan gembira
Aku tak tahu lah
sudah banyak filem yang dibuat
tapi kualitinya masih tak ubah-ubah
sampai pening kepala aku tengok filem ni
dan ya, aku memang pening kepala
memang orang lain ada gelak akan komedi ini, tapi tidak bagi aku
aku tak mahu (tak sanggup) ulas panjang lebar
ini rating aku bagi

SIFU & TONGGA
Cerita: 2/5
Lakonan: 2.5/5
Visual: 2/5
Bunyi: 2/5

Ini adalah salah satu filem paling teruk (dalam bahasa aku, sucks) aku pernah tonton
Maaf jika kasar bunyinya tapi aku berpandangan jujur
Aku akan menanti filem seramnya pula akan datang


Awal petang itu aku singgah ke Ulang Tahun ke-4 KAPASITOR: Apresiasi Seni & Maya
www.kapasitor.net
Ada persembahan dari ahli-ahli KAPASITOR sendiri.
Ada juga dipamerkan karya ahli-ahli KAPASITOR berbentuk sajak, puisi dan juga yang kreatif - puisi komik.
Apabila aku terasa bosan, aku blah
Well, tak semua orang boleh baca puisi atau sajak dengan best, tak 'gitu?