Rabu, Julai 30, 2008

Once Upon A Time... TTS Show Off!

Tika ini. Saat ini. Detik ini. Waktu ini.
Adalah malam.

Esok pagi Fak Akin dan kuncu-kuncu teater dari Tronoh permai akan tunjuk bakat dan aksi-aksi teater bukan drama Melayu tivi ala-ala Samarinda ataupun telenovela Mexico/Latino Panas ataupun drama dari seberang Tanah Jawa Anakku Bukan Anakku (ataupun: Bayiku Bukan Bayiku) atau seumpamanya.

Pendek taip, esok pagi sedang PARAPELAJAR gigih dan berusaha keras bangun pagi ke kuliah, Fak Akin dan kuncu-kuncu teater dari Tronoh permai akan berlakon (atau: berteater) bersempena Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang anjuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak. Event luar ni. Jadi pelajar UTP tidak dijemput.

Barangkali.

Bertempat di Dewan Undercroft yang masih ada bau bahan kilang yang sejuk kalau pagi-pagi.
Pukul 9 pagi pintu dibuka untuk tetamu. Tetapi pukul 10 lebih baru kami akan SHOW!!!!


Jadi kuncu-kuncu, SHOW WO!!! SHOW OFF!!!


Lepas tu ada show lagi.
Frakmen teater KERUSI.
Hari Sabtu ni. Sempena Minggu Mesra Kampus (MMK) di Universiti Tronoh Perak.
Bertempat di kawasan antara Desasiswa Tiga & Empat.
Pukul 10 pagi lebih jugak.

Kalau nak tengok kitaorang SHOW OFF dari tingkap bilik pun boleh.
Tapi kau orang yang tengok tu pakailah baju.
Nanti masuk surat khabar pulak.

OK! Cau!

SHOW OFF!


p.s: Tiga Es ini sengaja diabaikan beberapa hari yang lepas dek fokus pada blog ofiSIAL TTS yang masih dalam proses RnD. Sebab dah lama sangat rasanya Fak Akin sengaja juga siarkan entri ini.


Sila klik guna tikus kebanggaan anda:
(Tikus peliharaan dan kebanggaan saya: Yahoo!)

Blog ofiSIAL TTS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan