Selasa, Julai 01, 2008

Pelakon Asylum Sudah Patut Sedar

Karya Asylum oleh Dr Shark sememangnya penuh dengan sindiran.
Salah satu adalah korupsi dalam kerajaan.
Karya ini adalah sindiran terhadap realiti sekarang.
Rasuah sememangnya telah merosakkan pemimpin.
Seterusnya mengganggu sedikit sebanyak tanggungjawabnya terhadap rakyat.
Mereka semua lupa itu.
Mereka lupa hidup dunia hanya sementara.
Mereka lupa azab seksa untuk rasuah dan segala macam jenayah seperti BOM orang.
Mereka lupa.
Siapa mereka?

Kerajaan sekarang ini sudah berada di tahap yang kritikal.

Aku masih ingat lagi (dah nak macam ayat Cinta Sang Arnab pulak)
Cikgu Rokman, jurulatih kelas kenegaraan aku dahulu.
Katanya.
Sebuah empayar itu akan menjalani TIGA fasa.
Pertamanya, fasa pembangunan.
Keduanya, fasa kegemilangan.
Terakhir, fasa kemusnahan.
Tepuk dada anda semua. Malaysia di fasa keberapa?

Semuanya bermula daripada diri anda.
Meskipun sistem demokrasi di Malaysia tidak boleh pakai.
Tetapi kita sebagai rakyat harus sedar.
Pemimpin adalah untuk rakyat.
Untuk membantu hidup rakyat.
Pemimpin bukan diwujudkan untuk menangkap orang tidak bersalah.
Dan memenjarakannya.
Ataupun meletupkan orang yang tidak bersalah, BOM KEBABOM.
Pemimpin untuk rakyat.
Pemimpin yang sebenar adalah Nabi Muhammad SAW.
Namun umat akhir zaman ini sudah huru-hara.
Kerana ketiadaan nabi.
Namun, ulama' itu pewaris nabi.
Tapi tengok jenis ulama' jugak.
Itulah. Sudah akhir zaman ini, ulama' pun ada banyak jenis.

Anda. Ya. Anda!
Anda yang membaca ini harus sedar.
Terutama sekali pelakon Asylum.
Pelakon Asylum harus sedar dengan lebih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan