Isnin, Julai 07, 2008

Wanted: Fak Akin

Sedang beberapa hari lepas protes ditukar tempat minit-minit terakhir.

Sedang ada pihak 'berusaha' merakyatkan filem.

Sedang hero Impak MaksimASS window shopping di Low Yat.

Sedang itu aku melalui titian hidup.



Menulis bukan setakat menulis.
Membaca bukan setakat membaca.
Melihat bukan setakat melihat.



Tiga baris ayat di atas punya maksud mendalam yang tipikal.
Bagi mereka yang punya jiwa.


Jika bloga ditahan reman dan diletakkan benda merbahaya di zakar bagi lelaki dan vagina bagi perempuan sekalipun.


Jika perhimpunan yang haram itu tidak, yang tidak itu haram.

Jika perhimpunan aman itu tidak berjaya, perhimpunan heboh-heboh itu berjaya.

Jika begitulah Malaysia.

Jika begitulah rakyatnya.

Jika begitulah otak-otak mereka.


Mereka itu....


Menulis hanya setakat menulis.
Membaca hanya setakat membaca.
Melihat hanya setakat melihat.


Rugi dan sia-sia ImFAKs MaksimASS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan