Selasa, Julai 01, 2008

Kisah Mat Pit Kembali Lagi

Kisah Mat Pit ini memang membosankan.
Keluar masuk pusat serenti.
Dah dasar Mat Pit tegar.
Hanya maut sahaja yang bisa menyedarkannya.
Tapi tak semua.
Ya tak semua.
Cahaya masih ada di hujung sana.
Sama ada cahaya itu dikurnia.
Ataupun diri sendiri yang menggapainya.

Ini kisah Mat Pit.
Kisah benar.
Ada seorang Mat Pit di sebuah kampung.
Macam biasalah, keluar masuk pusat serenti.
Menghabiskan duit kerajaan (duit rakyat) saja.

Ketua kampung sudah pening kepala tengok si Mat Pit ni.
Dah fed up, ketua kampung tu berkata.
"Kau ni keluar masuk pusat serenti, baik kau pergi masuk PAS sana!"

Mat Pit ni pun reti lah pulak ikut cakap.
Mat Pit ni masuk PAS.
Dengar kuliah agama dan lagi dan lagi dan lagi.

Dan sekarang, Mat Pit itu sudah berjaya.

Mat Pit itu makan makanan rohani.
Terus, Mat Pit itu tidak makan makanan duniawi lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan