Selasa, Julai 08, 2008

Ctrl + Alt + Del

No ANJING.
No gerai tepi jalan.
No perlakuan sumbang.
No rambut panjang.
No skirt pendek.
No cabut bunga.
No baju tanpa lengan.
No seluar pendek.
No DURIAN.
No rambut panjang.
No pakai subang.
No basikal.
No kasut skate.
No kunci.


Anda. Ya ! Anda yang celik internet sahaja baca.
Anda perlukan sumber alternatif.
Anda perlukan sumber yang tak bias.
Anda perlu baca, dengar, lihat dan tahu sesuatu perkara dari kedua-dua pihak.
Anda ada hak memilih.
Anda perlu tahu alternatif.
Anda perlukan sumber alternatif.
Tiada di Berita ARI-ARIan.
Tiada di Utusan MELAYU.
Tiada di Rancangan Takda Modal 1 & 2.
Tiada di TIVI Heboh.


Ada alternatif.
Mesti ada alternatif.


Orang kampungku tak ada internet.
Orang kampungku hanya mampu baca Berita ARI-ARIan, Utusan MELAYU.
Orang kampungku hanya mampu tonton Rancangan Takda Modal 1 & 2 dan TIVI Heboh.
(Bagi mereka yang ada tivi di rumah)


Makan-makan di Central Market,
Rasa Kelantan menjadi pilihan,
Orang kampungku janganlah kaget,
Bila kelapa sawit dah dicukaikan!

Mulai Julai tahun ini.
Ya. Julai tahun ini. Tahun dua kosong kosong lapan.

Bapak aku pun pergi ke kedai Chop Guan Ann, mengambil hasil kelapa sawit.
Kerani tersebut menyerahkan resit serta wang.
Bapak aku berkira-kira.
Tolak harga racun. Tolak upah peracun.
Eh.
Kenapa sampai satu ratus hengget kena tolak ni?

Kerani membisu.

Bapak aku bijak. (Gen bijak itu turun ke anaknya yang ini. Haha)

Bapak aku berkata kepada kerani tersebut.

"Ni tolak cukai ye?" Dengan nada yang sedikit tegas walaupun aku tak mendengarnya tetapi digayakan semula oleh mak aku.

Kerani dengan serba salah dan bersalah. Mengiakan.


Orang kampung sudah pun bergembira dengan kenaikan harga KEPALA sawit.
Lalu selepas itu marilah kita bersama-sama mengiakan pengenaan cukai terhadap KEPALA sawit.
Yeay!
Mari kita bersyukur.
Yeay!
Mari kita bergembira.
Yeay!
Mari kita JomHeboh!
Yeay!


Ctrl:
Mereka ada kuasa. Mereka boleh manipulasi.

Alt:
Tapi jangan lupa kita ada alternatif.

Del:
Aku cinta Malaysia.


Selamatkan Malaysia.
Tidakkah kamu sedar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan