Jumaat, Julai 25, 2008

motiBASI: Nikah Itu Ibadah

I

Bercinta itu tidak haram.
Bercinta itu mulia.
Kerana cinta itu mulia.

Berpasangan itu tidak halal.
Berpasangan itu belum lagi bernikah.
Lantas ia ada batasan syarak.
Jika melebihi batasan, berdosa.
Kerana berpasangan itu belum bernikah dengan sah.

Bercinta sebelum bernikah itu isu tipikal.
Bercinta sebelum bernikah sepatutnya hanya sekadar bertaaruf. Berkenalan. Dengan dihadiri ahli keluarga/muhrim.
(Macam dalam fiksyen Ayat-ayat Cinta tu..)
Bercinta selepas bernikah itu ibadah.
Dan apa-apa amal baik yang kita lakukan selepas bernikah itu semuanya ibadah.

Lihat sajalah, banyak kebaikan bernikah.

(Lu pikirlahhhhh sendiri......)

Jadi marilah kita bernikah cepat-cepat bagi mereka yang sedang berpacaran.

Lagi cepat, lagi bagus.

Bak kata orang, As Soon As Possible.


p.s: Kalau korang yang baca ini lebih alim (dengan maksud sebenar: berilmu) tentang apa yang aku perkatakan, sila singgah kata-kata.



II

Sebelum bernikah (dalam konteks general: berkahwin), banyak persediaan yang harus dilakukan.
Orang kita mungkin lebih tumpu pada persediaan fizikal seperti harta, rumah, kereta dan sebagainya.
Tetapi pada pendapat Fak Akin, yang lebih penting dan utama adalah persediaan mental dan spiritual seperti ilmu agama, ilmu berumahtangga, motivasi yang mana kesemua ini amat meluas.
Oleh sebab itulah, kita dapat lihat, walaupun sudah lama berkahwin, ada yang tidak tidur bersama.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, masih tidak dapat mengawal ekonomi rumah tangga.
Pendek kata, tidak mencapai tahap kebahagiaan yang diidam-idamkan.
Kenapa perkara sebegini berlaku?
Sudah pasti yang dinyatakan tadi, persediaan mental dan spiritual tidak cukup.

Lazimnya, pasangan suami dan isteri yang baru berkahwin memang akan melalui masalah terutamanya masalah menguruskan rumah tangga dari segi ekonomi lah, apa lagi.
Bila sudah ada anak pula, cabaran lebih hebat.
Tetapi cabaran ini semua seharusnya dapat ditempuh dengan baik dan lancar jika cukup ilmu di minda dan dada.


Fak Akin berkata-kata berdasarkan pemerhatian dan pengalaman ahli-ahli dalam keluarga Fak Akin sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan