Selasa, Julai 15, 2008

Manis, Itu Kata Orang. Tapi Kata Aku, Fakap!

Sebagai mukadimah, aku nak rap.



Oh, please...

Oh, please...
Tolong jangan menggelitis
Walau rupamu hitam tak manis
tapi janganlah berperangai iblis
berpakaian serba hitam bajet gothic
jeans ketat paras londeh nampak parit
parit parit parit parit parit kecik
kecik cili api tapi dah besar jadi cili boh
banyaknya boh
boh sana boh sini
tak tahu nak kata apa? katalah bodoh?
sudahlah bodoh, hitam hodoh lah pulak tu
pakai sepatu pasar malam mana lah tu?
adakah dari parit raja
ataupun dari batu pahat sana
ataupun hanya sekadar kedai Leman yang sudah kena kencing manis
tolonglah jangan gelitis
itu tidak manis

Oh please
Please jangan bajet lawa
Ataupun bajet handsome gila
Tolong jangan pakai ketat sangat
Takut nanti susah nak beranak

***

Hari minggu kali ini begitu menggelikan.
Dalam perjalanan aku ke bandar BP. Aku menaiki bas.

Suasana jadi semakin bingit apabila semakin ramai orang menaiki bas untuk ke bandar.
Pendatang asing yang bekerja dekat kawasan sini juga tidak ketinggalan menampilkan diri.
Hanya sekadar berjalan-jalan, melepak-lepak di pasaraya besar ataupun menonton wayang Barat seperti HanCOCK, HELLboy dan lain-lain.
Itu pun kalau berkemampuan.

Duduk bersebelahan yang bukan muhrim memang menjadi satu kebarangkalian apabila menaiki kenderaan awam.
Namun begitu hari ini aku melalui pengalaman yang agak menggelikan.

Dalam perjalanan pergi, seorang perempuan yang tak cun dan tampak 'mengkingking' - sebut betul-betul, meng-KING-KING - seperti kata bapak aku - iaitu memberi makna berpakaian kurang elok dengan jeans ketat, nampak seluar dalam, kadang-kadang kalau nasib BAIK nampak PARIT iaitu celah punggung - ada yang putih tak kurang juga yang gelap hitam tak manis - duduk di sebelah aku tak duduk seperti aku ini kaum sejenisnya.

Ia memang menggelikan.
Kalau cun tu OK lah jugak. Tapi aku ingat bini beb. Bini aku duduk sebelah aku orait ah.

Lagi menggelikan apabila aku diperhati oleh perempuan yang tak cun dan tampak 'mengkingking' - sebut betul-betul, meng-KING-KING - seperti kata bapak aku - iaitu memberi makna berpakaian kurang elok dengan jeans ketat, nampak seluar dalam, kadang-kadang kalau nasib BAIK nampak PARIT iaitu celah punggung - ada yang putih tak kurang juga yang gelap hitam tak manis.

Ia memang tambah menggelikan.
Kalau cun tu OK lah jugak. Tapi aku ingat bini beb. Bini aku duduk sebelah aku orait ah.


Di pasaraya pula kelihatan pasangan yang berpakaian baju Tee sepasang.
Baju dah lawa sepasang.
Tapi tak lawa lah pulak bila mata memandang baju Tee perempuan berlengan pendek.
Ia memang tidak sweet, kata orang.
Tapi kata aku, ia memang sedikit fakap.

Ia memang menggelikan.


Perjalanan balik. Semua bas petang itu penuh belaka.
Macam sardin kata orang.
Tapi kata aku, macam fakap.
Haruman durian saja yang mampu menandingi HARUM atmosfera di dalam bas.

Dalam perjalanan balik pula perempuan berbangsa Vietnam duduk di sebelah aku.
Perempuan berpakaian baju tanpa lengan.
Putih melepak.
Tetapi berbau aneh.

Eurgh.


Bila perempuan Vietnam itu turun dari bas, perempuan Melayu pula ambil alih.
Kali ini berbaju kurung nampak kekampungan, sopan, santun dan sebagainya.
Tapi duduk di sebelah aku seperti aku ini kaum sejenisnya.
Aku malas nak terang dengan lebih lanjut.
Pendek kata, perempuan Melayu berbaju kurung nampak kekampungan, sopan, santun dan sebagainya itu tak boleh pakai, kata orang.
Tapi kata aku, fakap.


Begitulah serba sedikit pengalaman Fak Akin yang menggelikan.

Tiada kata yang ofensif pada mana-mana pihak.

Ini hanya pengalaman yang fakap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan