Isnin, Julai 21, 2008

Oha Oha, Kenapa Gelak Kalau Tak Lawak

Sabtu. 19 Julai yang lepas. Waktu malam.

Aku berseorangan. Pada malam itu. Berjalan. Di kota.

Aku ke Festival Teater Malaysia 2008. Akhirnya.

Aku tidak berpeluang tonton pementasan yang bermula 13 hb hingga 18 Julai.

Malam itu hanya malam penganugerahan.

Aku sampai di tempatnya.

Di MaTiC.

Aku sesat pada mulanya.

Ke kawasan berdekatan Panggung Bandaraya.

Tapi itu cerita lain.


Aku malas nak bercerita panjang.

Apa yang aku nak ceritakan hanya satu.

Kumpulan dari Perak tak layak masuk FTM2008.


Pee-s (Peace).


Oha Oha.

Itu 'taunt' bagi kumpulan dari negeri Sarawak yang johan dan menang banyak anugerah utama.

Ada karakter utamanya buat persembahan bersama peserta dari negeri lain.

Ada juga monolog Raya Monyet.

Semua tonton dan dengar dengan elok.

Tapi ada perempuan tak dikenali status tahap cun berdiri di hadapan aku.

(Aku berdiri di belakang auditorium)

Dia gelak tak tentu pasal.

Cina yang bermonolog itu pun serba salah jadinya.

Tapi aku tahu dia tak kisah.

Dia gelak tak tentu pasal.

Entah aku pun tak tahu pasal apa dia gelak tak tentu pasal.


Kenapa gelak kalau tak lawak?



....

Gila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan