Sabtu, Ogos 02, 2008

HAM

HAM satu!
HAM bukan si daging babi.
HAM Hak Asasi Manusia.

Manusia adalah suatu makhluk yang istimewa.
Fahami maksud perkataan, istimewa.

Salah satu aspek yang menjadikannya istimewa adalah EMOSI.

Ya. Kali ini Fak Akin akan meluahkan emosinya.
Jika FT pun baru-baru ini beremosi dan ramai lagi bloga-bloga biasa beremosi (entah Sol-jah beremosi ke tidak?) dan sudah lama Fak Akin meninggalkan gaya blogging beremosi, apa salahnya kali ini Fak Akin sebagai manusia, yang istimewa, yang unik, yang ada emosi ini beremosi di dalam blog percuma 3S ini.


Pagi-pagi ini sememangnya seperti pagi sedia kala.
Jika suatu hari nanti jika pagi-pagi ini berubah sedikit demi sedikit menjadikannya tidak seperti sedia kala, apakah waktu itu baru kita akan berfikir?


Fak Akin telah berkecimpung dalam dunia teater sejak tahun 2006.
Tidaklah lama mana, baru dua tahun.
Memang masih jagung, mentah, bau kilang, dan belum lagi boleh menjadi produk yang berkualiti di pasaran.
Ya. Dunia teater sebegini memerlukan pengalaman yang banyak, dan untuk mencari pengalaman yang banyak, perlu persembahan yang banyak, dan perlu MASA, TENAGA, dan KESABARAN, KETABAHAN, KEGIGIHAN, KESUNGGUHAN dan semua kata-kata yang biasanya terpampang (hanya sekadar terpampang) di mural-mural sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Baru dua tahun.
Baru berapa puluh show.
Baru sahaja.

Oleh sebab itulah, Fak Akin tidak akan berhenti mencari pengalaman dalam dunia ini.
Selagi diizinkan kudrat dari Illahi, walaupun sedang menuntut ilmu, sibuk dengan pelajaran, sibuk dengan projek-projek, walaupun selepas graduasi sekalipun, walaupun sudah bekerja, berumahtangga sekali pun, dunia seni itu tidak seharusnya Fak Akin tinggalkan.

Kerana seni itu telah sebati dengan jiwa aku.


Fak Akin memperoleh pengalaman asas dari Tronoh Theatre Shop (TTS) yang selalu Fak Akin sebut-sebutkan dalam blog 3S ini.

Sepanjang penglibatan aku dalam kumpulan produksi ini (bukan kelab atau persatuan yang bukan-bukan), aku dapat melihat beberapa jenis ahli.

1. Pelakon yang berbakat semulajadi.
2. Pelakon yang minat (mendalam) berlakon.
3. Pelakon yang teringin nak berlakon.
4. Pelakon yang teringin dan betul-betul minat berlakon.
5. Pelakon yang teringin (gatal), betul-betul minat, dan bersungguh-sungguh berlakon.
6. Pelakon yang nak watak yang besar-besar.
7. Pelakon yang kejap ada, kejap tak ada.
8. Dan banyak lagi..... (termasuk pelakon yang ekstremis - tidak perlu dijelaskan)


Mereka itu, satu demi satu, seorang demi seorang namanya, wajahnya aku masih dapat ingat.
Ada daripada mereka yang berbakat dan berpotensi.
Tetapi apa boleh buat, itu hak mereka.
Ya. Semuanya itu hak mereka.

Cuma Fak Akin sedih dan sedikit kecewa.

Kalau mereka itu semuanya ada sekarang ini, aku rasa mungkin kita sudah ada dua kumpulan.
Jadi bila ada dua show dalam masa yang terdekat tarikh persembahannya, dua-dua kumpulan ini boleh berlatih dalam masa yang serentak.
Sekarang ini hanya cukup untuk satu kumpulan.
Satu kumpulan ini betul-betul perlukan KETABAHAN untuk persembahan akan datang.


Dan bukan mudah juga untuk mencari pelakon yang baru.
Perlu buat sesi audition terbuka kepada semua pelajar.
Dan hendak buat sesi audition itu pun bukan main redah saja.



TTS dahulunya tidak punya kumpulan pengurusan.
Dan tak punya pelakon yang ramai.

TTS kini pula lebih kurang sama jadinya.

1 ulasan:

  1. jenis pelakon ke-8 tu perlu penjelasan sbnrnya. krn sy tidak faham. hihu...

    BalasPadam