Selasa, Julai 15, 2008

Berjanggut Aku

Berjanggut aku tunggu HDD external enclosure Phillips aku yang rosak tempoh hari siap diperbaiki.
Warranty masih ada jadi rajinlah hantar repair susah-susah ke Low Yat di Imbi.
Naik tingkat 3 kedai servis di ceruk yang angker.

Sudah 2 bulan lebih tak siap lagi.
Berapa banyak Q daa agaknya.

Tak tahan lagi.
Nafsu aku untuk tengok bahan-bahan tambahan yang bersemadi dalam HDD tu memuncak lantas aku ke kedai komputer yang baru dibuka di BP Mall.

Hanya ada satu kedai tu sahaja di BP Mall.
Jadi aku tak payah nak buang masa usha-usha.
Aku terus mintak HDD external enclosure satu!

Mamat lepasan SPM yang kerja tu siap pasangkan untuk aku.

Jadi ini adalah gambar-gambar kenangan yang aku sempat ambil.


Inilah simpang hadapan kampungku yang aku selalu kutuk tu.


Ini pula tanda nama kampung aku yang aku selalu kutuk tu.
Sedap kan nama kampung aku yang aku selalu kutuk tu.


Jejantas BP Mall yang cantik, anggun, penuh dengan gaya mutu dan keunggulan walaupun ia ada bertemakan biru dan kuning seperti bas Biru & Kuning.


Panjang umur. Bas Biru & Kuning yang aku selalu sebut-sebut tu muncul.


Dan tak selama selepas itu, musuh tradisi Biru & Kuning pula mengejar.


Kebetulan pula di bus stop tempat aku menunggu bas untuk pulang ke kampung ada tong sampah yang tiada fizikal tongnya.

Dan sebagai foto bonus, ini adalah lampu BPMall yang unik, cantik, bersih, dan maju...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan