Selasa, Julai 15, 2008

My Father's Pride



Cewah. Tajuk kali ni bukan main.

Teksi-teksi di kawasan Johor di sini semuanya satu warna.
Biru laut. Atau biru langit.
Tapi ada jugak yang gatal dan geli cat kereta jadi warna merah dihiasi dengan 'vinyl' bunga raya bunga kebangsaan bertemakan warna biru dan kuning. (Lagi)

Dan setiap teksi ada jambul di atasnya tertulis 'KERETA SEWA'.
Bukan TEKSI.

Ada setengah pemandu teksi ada permit sendiri dan punya teksi sendiri.
Bapak aku lah tu.

Ada setengah yang lain ada taukenya, ada syarikatnya.
Bukan bapak aku lah tu.

Bapak aku sudah lama buat kerja ni.
Memandu teksi.
Sejak beliau bersara dari ATM.

Hingga sekarang.


Minyak naik dengan agak banyak.
Rakyat terpaksa juga bayar.
Pemandu teksi di sini agak sukar.
Syukur bapak aku sudah lama dapat subsidi diesel walaupun sebelum kenaikan yang banyak ini.
Dahulunya pemandu teksi lain tidak ambil kisah sangat.
Yelah, subsidi 15 sen je seliter.
Tapi bila harga sekarang sudah naik, yang lain itu sibuk-sibuk baru nak mohon subsidi.
Padan muka.
Kalau yang padan muka tu yang undi kerajaan sekarang, lagi padan muka dua kali.


Oleh sebab itulah, setelah aku membuat observation di bus stop BP Mall tempoh hari, 1 daripada 5 teksi yang lalu sahaja penumpang yang naik.
Yang lain tiada penumpang.

Teksi dahulu memang banyak.
Kini semakin kurang yang ada di jalan raya.
Banyak yang hanya menunggu penumpang di stesen utama di BP.
Kalau jalan tapi tak ada penumpang memang membazir minyak.

Nak cari penumpang juga kena tengok time dia.
Time orang pergi dan balik kerja adalah time yang paling sesuai.
Selain time tu, nasib saje lah kalau ada orang sekalipun.

Tambahan pula, jalan Kluang di sini kebanyakannya orang kampung.
Mereka jarang sekali keluar berjalan ke bandar-bandar.
Tak macam aku yang selalu keluar berjalan ke bandar-bandar ataupun ke pekan-pekan mencari pengalaman.

Maklumlah orang sekarang ni dah reti hidup berjimat cermat.
Minyak dah naik.
Sawit dah kena cukai.
Harga barang pun semua dah naik.
Tambang bas pun dah naik sikit.
Harga tiket bas ekpress masih tak naik. (Nasib baik. Aku ni selalu naik bas eskpres. hehe)
Tambang teksi pula fleksibel.

Ya. Fleksibel.
Kadang-kadang ikut budi bicara penumpang juga.
Ada yang faham dan tidak mementingkan diri, mereka bayar tambang lebih.
Ada yang tak faham-faham, tak reti bahasa, (fakap), mementingkan diri, mereka naik dan bagi lecture kat pemandu teksi yang tambang teksi tak dapat kuatkuasa untuk dinaikkan lagi.

Cheroi~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan