Selasa, Ogos 14, 2007

Suara Akin II - Episod 9

"Tun"

Saya fikir ramai dapat menganggap tepat kenapa saya menjudulkan entri kali ni "Tun",
lebih-lebih lagi buat umat UTP sekalian.

Pagi Isnin, 13 Ogos 2007, tepat pukul 10 pagi (agaknya), Tun Dr Mahathir bin Mohamad, ataupun lebih mudah dipanggil 'Tun' sahaja, yang juga merupakan canselor UTP buat masa kini datang menyampaikan syarahan perdana.
Tahun lepas pun beliau turut datang.
Saya pun tidak pasti sama ada sudah menjadi tradisi di UTP ini, apabila sudah dekat dengan Majlis Konvokesyen, Tun akan dijemput memberi syarahan.
Ataupun, dari kaca mata pihak alternatif, ceramah perdana.
Tidak ada beza dari segi maksud melainkan perkataan.
Tetapi, ya lah, manusia ini perkara kecil pun boleh jadi besar.
Apa pun, kita jalani hidup kita ini dengan apa yang kita selesa selagi ia tidak bercanggah dengan hukum-hakam.

Tajuk syarahan perdana beliau adalah 'Wawasan Dalam Mengisi Kemerdekaan'.
Ya lah, sempena Kemerdekaan 50 ni katakan, jadi tajuk pun letak saja lah tentang kemerdekaan.
Tetapi pengisian boleh jadi lebih dari itu.
Dan memang betul pun lebih dari sekadar tajuk.
Saya rasa saya tidak dapat menulis dengan panjang berjela kali ini, jadi suka saya senaraikan beberapa 'key points' yang menarik perhatian saya yang sempat saya tulis hanya menggunakan telefon mobil saya yang sudah agak kokak itu.
Tunggu masa rosak sepenuhnya saja baru saya akan ganti dengan yang baru.
Jadi, inilah dia...

1. Transformasi.

2. Demokrasi.

3. Korupsi.

4. Undi Yang Satu.

5. Rusuhan/Demonstrasi.

6. 450 Tahun Penjajahan.

7. Buta Tuli.

8. Melayu Setia Raja.

9. Tutup Kes.

10. IGP/Hanif Mokhtar.

11. Tanggungjawab Siswa - Antara Akademik Dan Aktiviti Lain.

12. Pembangunan Moral.

13. 'Pelicin'?

14. Anwar Ibrahim.

15. 'Muslim Fundamentalis'.

16. 'Operasi Lalang'.

17. Melawak Syurga.

18. Budak Sekolah Sebut Isu Melayu.

19. Kawalan Diri.

20. Seronok Duniawi.

21. Kembali Pada Islam.


Sekilas lalu pandangan saya:


Melayu Gelak Galak Salak.

Melayu Kanan Kiriku.

Kalau Melayu... memang melayu...

Kalau melayu... memang Melayu...


Salam syarahan.
Salam ceramah.

p/s: Akan saya bicarakan 'key points' yang ada ikut kemampuan saya sepanjang hidup saya yang saya tidak tahu akan hujungnya. Kerana itulah, kita kena sentiasa ingat akan Pencipta dan ingat akan kematian kita bila-bila saja yang telah Dia tentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan