Jumaat, Ogos 24, 2007

Suara Akin II - Episod 13 - Ikut Musim

Saya sudah jumpa akhirnya lagu yang sesuai untuk Pari-pari rekaan minda saya.
Lagu kehidupan Pari-pari dan juga kematiannya.
Di saat Pari-pari masih dalam fasa revisi, saya termenung sejenak mengenangkan ibu dan ayah di kampung halaman, desa nan permai.
Cuti pertengahan semester pula dianjakkan ke bulan Oktober dan disekaliguskan dengan cuti hari raya puasa pada tahun ini.
Belum puas lagi saya memasang angan-angan untuk bersama-sama famili dalam masa terdekat ini.
Namun begitu, bagus juga jika cuti raya kali ini lebih panjang sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Dapatlah saya menziarah lebih banyak rumah saudara-mara, kaum kerabat.
Dan juga rumah rakan-rakan dan sahabat-sahabat dan taulan.
Sudah lama tidak berkhabar berita, inikan pula bermulut bicara, bersua muka.

Walau apa pun, Pesta Konvo sudah pun berakhir.
Saya tidak mengambil peluang mengisi masa terluang yang sedikit dalam 4 hari tersebut untuk meninjau-ninjau kesemua gerai yang ada di tapak pesta.
Hanya sempat bersinggah di sebuah gerai makan yang menyajikan pelbagai makanan berasaskan sup 'gear box'.
Maklumlah, sibuk sedikit dengan latihan teater memandangkan persembahan sudah dekat.
Sebenarnya, pada malam ini.
Kelas pun banyak yang saya tidak hadiri.
Senang kata, ponteng.
Sudah banyak silibus yang saya sudah tertinggal, barangkali.
Tetapi perkara ini saya sudah pernah hadapi jua.
Namun implikasinya kurang memberangsangkan lah.

Apa pun, di kesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Graduasi, khusus buat semua pelakon veteran TTS yang baru saja selesai Majlis Konvokesyen tempoh hari.
Dan selamat berteater kepada semua pelakon baru yang mana persembahan JEBAT ini pada malam ini adalah yang sulung buat diri mereka di sini.

Akhir kata, KOMITMEN KEPADA TEATER, meniru cogan kata Majlis Konvokesyen UTP, "KOMITMEN KEPADA WAWASAN."

Sekian buat kali ini setelah agak lama tidak bersuara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan