Rabu, Ogos 08, 2007

Suara Akin II - Episod 7

"Beruk!"

Rambut panjang.
Macam beruk!
Beruk punya Melayu!

Itulah satu keratan dialog dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul 'Rock', yang saya dah tonton sebanyak dua kali.
Tapi saya tak mahu reviu filem tersebut.

Kita lihat perenggan di bawah pula..

Yang bergayut
Beruk
Yang menggaru
Beruk
Yang suka menurut
Beruk
Yang suka meniru
Beruk!!!

Dan ini pula...

Beruk lihat
Beruk tiru
Buruk sangka buruk laku
Beruk tengok beruk buat
Beruk ingat dia kuat

Kedua-dua perenggan ini merupakan keratan lirik lagu Ahli Fiqir - Beruk, dari album terbaru mereka 'Rap Untuk Rakyat'.
Lagu tersebut secara umumnya berkisar tentang sikap sesetengah golongan masyarakat (Melayulah, siapa lagi?) yang banyak menjadi pak turut, banyak meniru, tidak optimis, tidak produktif, tidak kreatif, tidak inovatif dan sebagainya.
Tapi kenapa Ahli Fiqir hendak menyamakan golongan tersebut macam beruk?

Pada pandangan saya, rangkap korus lagu tersebut jelas menerangkan.
Beruk buat apa yang beruk lihat,
jika beruk lihat apa yang buruk, beruk sangka apa yang buruk,
buruklah beruk.
Dan, sejelasnya kita dapat perhatikan bahawa dunia ini semakin dekat dengan zaman penghujungnya.
Dengan bertambah pula lagi bilangan 'beruk' di tanah air ini........

....
.................
...............................

.... tidak terkata saya walaupun pada diri sendiri akan betapa huru-haranya jiwa, haru-birunya raga saya melihat dan menyaksikan pelbagai genre manusia di dunia.
Tidak perlu pergi merantau jauh, di sini pun sudah boleh jadi.
(*sigh~)


"Beruk terasa, beruk padan muka!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan