Sabtu, Ogos 11, 2007

Suara Akin II - Episod 8

"Hari Itu Hari Ini"


Nota: Entri ini sudah agak lapuk, tetapi saya suka juga memaparkannya pada publik setelah sekian lamanya berstatuskan draf.


Pada 1 hb Ogos 2007 yang lepas, orang ramai sibuk menghebah-hebah tentang Hari Persahabatan Sedunia, khususnya pelajar-pelajar UTP.
Sejujurnya, saya sendiri pun tidak tahu tarikh sebenar Hari Persahabatan Sedunia melainkan Hari Pekerja Sedunia sebab ia memang jatuh pada tarikh lahir saya.
Jadi buat apa saya nak kisah tarikh itu tarikh ini untuk hari itu hari ini?
Namun begitu, tak jadi masalah jika hendak ambil kisah sekalipun.
Mungkin hari-hari tertentu ditetapkan pada satu tarikh yang khusus hanya untuk menjadikannya sebagai satu 'standard' ataupun sesuatu hari yang dianggap 'special' dan boleh diterima pakai oleh seluruh penduduk di muka bumi.
Jika difikirkan, setiap hari pun boleh jadi hari persahabatan dan lain-lain hari lagi.
Kalau melayar masuk ke website 123greetings.com pula, begitu banyak kad elektronik yang telah disediakan secara percuma dan khusus untuk begitu banyak hari-hari sedunia.
Dan kalau kita cari dan masukkan entri 'friendship day' di Wikipedia pula, definisi seperti di bawah adalah keputusan carian yang akan terpapar:

International Friendship Day is celebrated annually, on the first Sunday of August, in several countries. It was initially declared a holiday in honor of friends in the United States by the U.S. Congress in 1935.

Jadinya, jika kita hendak memberi ucapan sekalipun mengikut faktanya, mungkin pada detik jam 0000, 5 hb Ogos adalah waktu yang tepat.
Tetapi saya sendiri pun tidak pasti.
Dan saya tidak berapa ambil kisah pun.
(Jika saya ada tersalah fakta, betulkan saya ya. Saya kurang mengetahui tentang hal ini.)
Yang penting pada saya ialah bukan sambutan atau ucapan, tetapi hati kita di dalam sesebuah persahabatan.
Setulus mana dan sesetia mana kita dalam persahabatan.
Itulah yang akan menentukan.

Sebut fasal persahabatan, adalah elok kiranya saya berbicara sedikit tentang persahabatan saya.
Persahabatan saya dengan kawan-kawan lah.
Ada beberapa persahabatan yang paling bermakna dalam hidup saya.

Pertama, persahabatan dengan 3 orang kawan baik saya sewaktu di zaman persekolahan.
Mereka bernama sebenar Uzair, Adnan dan Solehen dan bernama samaran whizkid, alien46 dan mr zint yang merupakan nama keahlian TX, singkatan bagi nama "TheXpert".
Saya menamakan TheXpert kerana pada waktu itu, setiap seorang daripada kami mempunyai keistimewaan tersendiri ataupun suka saya katakan sebagai 'kepakaran' dalam suatu bidang tertentu.
Bidang apa itu tak bolehlah saya bagi tahu. Agak konfidensial sebenarnya. Hehe.
Apa pun, kami berkawan baik.
Susah sama susah, senang sama senang.
Gembira sama ketawa, menangis sama menghiba.
(Boleh keutarakan lirik lagu Ahli Fiqir - Kawan ni. Huhu~ Tak habis-habis Ahli Fiqir yang saya sebutkan.)

Seterusnya saya bersahabat pula dengan seorang senior yang tidaklah berapa senior sangat.
Hanya beza beberapa bulan sahaja, jika hendak dibandingkan mengikut tarikh lahir.
Namun senioriti tetap menjadi tunggak utama akan tertegakknya sebatang tiang persahabatan dalam mencari sinar kehidupan.
Ah, tak retilah saya nak bermadah pujangga sewaktu saya sedang berdilema dengan skrip Jebat yang agak bosan (pada pandangan saya) jika tidak dapat dibawa dengan gaya yang menarik.
Jadi, nak senang cerita, saya berkawan baik pula dengan seorang perempuan yang kini sudah saya anggap sebagai kakak saya sehinggalah sekarang.
Lagipun saya memang tak ada kakak kandung.
Haa... Elok sangatlah tu!

Persahabatan seterusnya saya perolehi sewaktu menjalani Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2005, selepas SPM.
Jadi, dan apa yang bagus, persahabatan itu kekal sehingga ke hari ini,
sehinggalah kami belajar di universiti di negeri yang sama,
malah jarak antara keduanya tidaklah jauh.
UTP - UiTM Seri Iskandar.

Saya tidak mahu berbicara tentang persahabatan saya di dalam komuniti UTP kerana...

... saya fikir bahawa, di UTP, emm.. saya fikir bahawa, di sini..

err.. saya rasakan kegiatan saya dalam lingkungan ahli-ahli teater,
tidak kira senior atau junior atau sebaya, adalah segenre persahabatan yang paling tidak tipikal pernah saya miliki.
Ikatan silaturrahim (izinkan saya berkata tentangnya) tererat lebih kuat hari demi hari.
Sedang saya sedar akan renggangya ikatan yang lain hari demi hari yang saya cukup sedih dan kecewa sedang ia berlaku.
Saya sendiri pun punya ego lelaki tidak mahu berbuat apa-apa.
Sememangnya saya tidak dapat menafikan.

Apa pun, saya harap semuanya berjalan dengan baik dan lancar dalam pementasan seterusnya, Jebat dan Transit pada awal September nanti.

Kepada pembaca, maaflah jika saya sering berbicara tentang teater kerana itu memang minat utama saya dan saya telah mengdevosikan waktu dan tenaga saya ke arah itu.
Dan, kadangkala boleh jadi kurang betulnya pabila saya lebih seronok datang ke latihan daripada saya datang ke kelas tutorial. Huhu.. (Jangan lakukan ini!)
Tapi saya suka datang ke laboratori.
Saya suka eksperimen yang praktikal. (Saya kurang gemar berteoritikal sangat.)
Walaupun kebiasaannya bahagian membuat laporan adalah suatu yang menjadi keluhan kecil para pelajar. Huhu..

Dengan itu, saya sekiankan entri kali ini dengan sekerat lirik lagu Ahli Fiqir - Kawan.

(Kawan)
Hati-hati memilih kawan
(Kawan)
Takut gunting dalam lipatan
(Kawan)
Lempar batu sembunyi tangan
(Kawan)
Tikam kita dari belakang

Yang namanya kawan
bukan sekadar
mampu bergelak ketawa
bergurau senda
bersenang lenang
kawan kerana ada wang
kerana ada darjat
kerana ada pangkat
Yang namanya kawan
bukan sekadar
mampu bertepuk bersorak
riang gembira
senang sama senang susah
dia hilang kawan
kerana ada rupa
kerana ada gaya
kerana banyak harta
bijak memilih kita tak akan tersalah pilih
bijak menilai kita tak akan tergadai
bukalah mata janganlah leka
semanis-manis gula
ada pasir di dalamnya
sahabat setia memang sukar tuk didapat
yang di depan kita hanyalah syarat
dengar cakap enggak
makan buah beluluk
dengar cakap kawan
sama-sama terjun masuk lubuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan