Rabu, Ogos 01, 2007

Suara Akin II - Episod 4

"Stereotaip II"

Sebelum ini pernah berbicara tentang stereotaipnya pemikiran bangsa Melayu secara umum.
Tapi kali ni, dikhususkan kepada dunia teater di negeri Perak ini, setelah selesainya FTP 07 pada 20 Julai.
Teater melayu tipikal dapat disaksikan hari demi hari.
Mungkin kita sahaja yang lain caranya.
Dan lain secara totalnya.
Nama kita sendiri pun sudah nampak lain.
Dan kita bangga untuk jadi lain.
Bangga dengan kelainan kita.
Barulah signifikan segalanya.

Dejavu Seorang Perempuan menang lagi di FTP 07.
Pernah menang juga sebelum ni cuma ia dipentaskan oleh kumpulan lain.
Tetapi ada juga pelakon yang sama yang telah diimport.
Apa-apa pun, sudah pasti kemenangan itu ditentukan oleh para hakim secara zahiriahnya.
Tetapi secara mendalamnya, ada lagi yang lebih layak memenangi jika dibicarakan dari segi mesej, penyampaian dan semua aspek yang bisa diambil kira oleh para hakim dalam pengadilan menentukan kumpulan teater terbaik peringkat Perak.
Tak kisahlah.
Jikalau beginilah cara dan gayanya, sampai bila-bila mereka semua di takuk yang lama.
Sudahlah hakim mengulas tentang kesederhanaan tahap pementasan teater pada FTP kali ni.
Sejurus itu boleh pula berkata-kata tentang keredhaan ILLAHI.
Tetapi yang diangkat ataupun dibela oleh mereka adalah teater-teater yang tidak mampu membuka minda masyarakat secara lebih meluas.
Bukan tidak mampu atau boleh langsung.
Cuma banyak yang dipertikai dan dipersoalkan setelah beberapa lama kita, para aktivis teater di Perak ini memperjuangkan teater di FTP.
Aktivis teater, konon sahajalah.
Yang betul-betul, baguslah.

Mari kita sama-sama bersinopsis tentang Dejavu Seorang Perempuan, karya Ismail Kassan, dipentaskan oleh Kumpulan Sanggar Teater Karyawan Perak.

Sinopsis ini adalah sepertimana tertera di dalam pamplet yang diberi sewaktu malam persembahan teater tersebut pada Rabu, 19 Julai.


DEJAVU SEORANG PEREMPUAN berkisar tentang masyarakat di sebuah daerah yang menjadi tempat penjenayah buang daerah. Memaparkan cerita golongan marhaen dalam liku-liku kehidupan harian. Rohana yang baru sampai dari bandar Kuantan menumpang di rumah Salmi dan Nora yang bekerja sebagai GRO di Kelab Karaoke Semarak Hati. Rohana keliru dengan dejavu yang menunjangi cerita dirinya. Ketika perompak datang dan merompak serta cubaan jahat terhadap Rohana, Nora telah menyelamatkan Rohana dari mangsa perompak itu. Dari peristiwa itulah Rohana sedar dengan perbuatan prasangkanya terhadap Nora selama hari ini salah, Rohana merasakan apa yang berlaku seperti pernah dialaminya sebelum ini.


Dejavu tak nampak dejavu.
Dejavu tak dirasa dejavunya.
Watak yang mengalami dejavu tidak seperti dia mengalami dejavu tersebut.
Dan secara tampaknya watak tersebut seperti sebatang kayu tegar yang berkata-kata senada secara perlahan dan rata.
Watak tersebut watak Rohana.


Seterusnya, secara ringkas...

Pistol ditinggalkan secara jelas di atas pentas selepas berakhirnya babak perompak.

Tayar motorsikal Pak Jamal hampir-hampir menggilis hujung jari Nora yang sedang duduk di atas kerusi di tengah pentas selepas mencederakan seorang perompak. Waktu itu Pak Jamal membawa dua orang perompak tersebut keluar pentas dengan motorsikal yang ada ruang beban itu.

Jelas ketara krew belakang pentas ketika persembahan.

Adegan pertukaran waktu dari siang ke malam tidak berapa menjadi.

Ada yang keluar rumah pakai selipar, ada yang tidak.

Kalau nak buat set rumah, buatlah sepenuhnya. Ada satu rumah tu nampak belakang dari satu sudut.

Yanto walaupun tak pandai main gitar tapi kenalah petik gitar tu betul-betul walaupun takde irama langsung. Nampak jelas sewaktu Yanto bersama teman-temannya di tengah2 cerita.

Ada penonton yang bersorak ketika Nora mengeluarkan pisau belatinya dari celah colinya. Ini ke yang orang Islam Hadhari suka?

Ada pelakon yang nak terpotong queue pelakon lain tetapi dicover oleh pelakon lain dengan menepuk-nepuk bahu atau perbuatan seumpamanya.


Di bawah ini saya petik daripada komen beberapa orang ahli teater kami yang lain:


Komentar 1:


Institusi teater melayu. Semuanya penuh dengan pancaroba dan onar, samada nampak atau tidak, semuanya mahu mencucuk dan menjatuhkan. Senyum hanya di luar, tapi belati di dalam. Kalau karya begitu diangkat, dengan lakonan yang lebih kurang orang tersalah ikut tarikat, haruslah kita jangan mendekati institusi itu.

Tetapi sebenarnya jangan serik. Kita boleh! Walaupun kita bukan orang yang memperjuangkan kesenian melalui peluk cium dan sentuhan haram lelaki perempuan, walaupun kita tiada si bongkok yang ingin merampas mahram sendiri, tiada pak pandir yang pandir sepandir pandir, tiada pisau belati yang tersorok disebalik baju dalam lusuh milik pelacur busuk tepian longkang, tiada pokok besar yang boleh ditanam di tengah pentas, tetapi kita punya mesej yang amat dominan, yang diselitkan dengan cara yang amat kreatif dan genius. Mutu lakonan kita mantap. Set kita juga tiada kurangnya, abstrak dan harmoni. Dari segi teknikal kita mempunyai kepakaran yang tidak boleh dipertikaikan. Setakat skrip sasterawan, kita juga pernah lakukan, dan kita mendapat pujian yang menggunung dek kerna lakonan yang dikatakan berkesan, meski kita sendiri tidak begitu dapat menghayati segala maksud skrip dek kerna bahasa yang sukar difahami. Tetapi yang penting kita telah buktikan bahawa kita juga boleh melakonkan skrip sasterawan. Kesimpulannya, kita boleh lakukan apa yang mereka lakukan. Tetapi mampukah mereka lakukan apa yang kita lakukan?

Menyentuh tentang pengadilan, segalanya abstrak, kerana seni itu sendiri adalah abstrak. Mungkin para hakim lebih menginginkan lakonan yang sememangnya lakonan, berbanding penghayatan sepenuhnya watak yang membangkitkan skrip menjadi realiti di atas pentas. Mungkin pengadil lebih gemar diulit mimpi bersama pelacur berbanding melihat realiti dunia yang ditukarkan dari sekeping skrip kepada suatu pementasan yang penuh dengan sindiran tajam disebalik humor yang menghiasi kehidupan masyarakat. Apakah kita boleh katakan bahawa pengadil tidak layak mengadili, ataupun tidak pandai mengadili? Sebenarnya semua itu bergantung kepada selera pengadil. Mungkin pengadil lebih gemar tidur berselimutkan bau busuk lorong belakang pusat pelacuran. Kita tidak tahu. Kita tidak kenal mereka. Namun apa yang dapat kita kongklusikan ialah mata pengadil mungkin sudah rabun dengan keasyikan melihat aksi liuk lentok di atas pentas, sehingga memerlukan lensa mata berkuasa beribu-ribu X untuk menerima kenyataan bahawa lakonan dari sang gila lebih bermutu berbanding pelacur sumbing.

Namun yang demikian, janganlah kita lunturkan keyakinan. Segala kejadian ini sudah tentu ada rahmat-Nya yang tersirat dan tidak dapat dibaca dalam masa terdekat. Apa yang penting jangan putus asa, teruskan perjuangan kita! Jihad!



Komentar 2:


To judge: U can choose whoever u want to be the champ, but the fact that we are talented in a very special way is not a denial to them...

To TTS: We still in the ranking eventhough we never get champ. The thing is 'it is not easy to be in the ranking for everytime'



Komentar 3:


Kelihatannya pementasan arahan j.jamal itu mempunyai kurang lebih kekuatan berbanding pementasan-pementasan yang lain yang dilihat terlalu banyak kekurangan dan kekaburan hala tujunya. Sedikit kelebihan yang sebenarnya tidak perlu dipandang dan dinilai,dipandang tinggi dan dijunjung setinggi bingkai-bingkai awan. Walaupun cara penyampaiannya penuh dengan hilai tawa dan aksi-aksi yang menarik perhatian,menyegarkan mata dan mencapangkan telinga,namun hala tujunya kabur dek keinginan mewujudkan suara terbahak-bahak dari anak-anak tekak para penonton.

Pelakon utamanya yang dikatakan mengalami dejavu yang sepatutnya memberi impak yang paling besar kepada pementasan,layaknya hanyalah pelakon simpanan yang lalu lalang selama beberapa saat di atas pentas. Namun,sedikit kelebihan dapat disaksikan pada pelakon-pelakon pembantu yang berjaya menyelimuti segala kecacatan yang terlihat.

Namun begitu,secara zahirnya 'Dejavu seorang perempuan' tidaklah begitu gah berbanding pementasan tulus dan telus orang-orang gila yang mencoba dan berusaha untuk membeliakkan mata-mata mereka yang masih terkatup dek kilauan cahaya sang penggoda dan juga mungkin helaian-helaian yang bernilai. Orang-orang gila yang masih dengan niat dan keinginan tulus ikhlas menyampaikan apa yang perlu disampaikan agar kerosakan tidak akan berulang lagi.


Dan, ini pula komen peribadi saya:


Syajar menang set terbaik.
Akin boleh terima.
Kerana Akin sendiri pun suka tengok set syajar.
Simple tetapi bersesuaian dengan konsep dan cerita itu sendiri.
Tak kurang juga dengan Asylum 50.
Akin tertarik dengan set Asylum kali ni.
Kalau seperti biasa, Asylum hanya ada rostrum di tengah, kerusi attendan, dan tangga platform untuk Racer 1 & 2 (sblm jadi Mat Merah & Mat Hijau).
Kali ni kita ada set jalur gemilang di atas pentas.
Memang sangat kena dengan konsep 50 yg kita cuba tunjukkan dan bawak.

Kali ni FTP tak sediakan anugerah Teknik Terbaik.
Sebab kalau ada mesti kita yang akan dapat, InsyaAllah.
Akin katakan ni sebab setelah menonton dejavu dan yg lain2.
Teknik mereka tak sebagus kita.
Dari segi pencahayaan dan audio khususnya.
Lagipun terbukti sudah kita pernah menang Teknik Terbaik dulu.
Jadi kali ni anugerah itu telah 'dihilangkan' dari penganugerahan.
Huhu~

Pelakon harapan lelaki terbaik adalah Ah Chong dari Jalan Sempit.
Tak boleh nak kata apa.
Macam saja je nak sedapkan hati bangsa Cina. (huhu~ tanggapan negatif setelah frust)
Tapi boleh Akin katakan bahawa mungkin juga hakim sendiri menganggap bila bangsa Cina turut sama bergiat dalam seni teater, mereka fikir itu satu usaha yang perlu dititikberatkan.
Jadi mungkin sebab itu Ah Chong menang jadi pelakon harapan terbaik walaupun mutu lakonannya bukan lakonan teater.
Dan lagi, hakim mungkin akan mengalami kesukaran memilih pelakon harapan lelaki terbaik di kalangan kumpulan lain yg terdiri daripada orang Melayu.
Banyak calon pelakon harapan.
Dan Akin yakin, junior2 TTS (yang lepas ni akan menjadi 'senior') pun dikira sebagai pelakon harapan terbaik.


Pelakon pembantu wanita terbaik - memegang watak GRO dejavu.
Takde komen selain:
Bila belati menjadi igauan...
Bila lutut2 terasa gatal...
Bila menonggeng nampak spender...
Bila nak bangun kena betul2kan baju... (reti pulak)

Sama je lah kesnya dengan pelakon wanita terbaik - dejavu.
Pakai baju singkat-mingkat.
Jeans ketat-metat.
Naik pentas amek hadiah, tunduk sedikit sahaja sudah boleh nampak pangkal punggung.
Walaupun rambut dilitupi tudung.

Dasar pelakon.

Tapi nak buat macam mana kalau seni tidak berasaskan tiang agama.
Main sedap dia je nak buat macam mana.
Tak semestinya dejavu perlu ada GRO.
Tak semestinya pandir perlu berpegang tangan dan tubuh.
Tak semestinya bongkok perlu memeluk tanjung.

Ataupun memang hakim suka?

Apa-apapun kita dengan perjuangan kita yang berasas.
Kita bawak mesej yang berasas.
Bukan sekadar ceritera yang tidak mampu membuka minda masyarakat akan panaroma dunia tika ini.

Pelakon pembantu lelaki dari cerita pandirnya si pandir.
Watak Lebai yang menang.
No komen sebab aku tak tengok macam mana diaorang berlakon.
Yang pasti ada pegang tangan yang jelas haram.

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas.

Bukan main lagi hakim cakap2 tentang keredhaan Allah masa memberi ulasan.

Oh ya, sebut pasal ulasan, secara keseluruhannya, tahap pementasan teater dalam FTP kali ni adalah sederhana.
Mana tak sederhana kalau nenek2 si bongkok tiga.
Tanjung puteri entah apa-apa.
Pandirnya si pandir lapok.
Dejavu tak nampak dejavu.
Yang punya dejavu macam tak ada perasaan dejavu.

Walau apa pun, pelakon terbaik lelaki - si bongkok tanjung puteri.
Tak tahulah kenapa si bongkok ni layak menang.
Mungkin sebab setelah masuknya bongkok ke atas pentas (sbb dia naik pentas dari bawah pentas - kalau diikutkan melanggar peraturan - dan seterusnya disqualiy the whole team - tapi boleh jugak menang anugerah pelakon terbaik tu) barulah cerita tu nampak macam cerita yang betul2 nak disampaikan.
Barulah yang menonton ni rasa betul2 nak menonton.



Buat makluman yang membaca, reviu secara besar-besaran ini hanyalah pada pandangan kami.
Dan mungkin juga luahan dan cetusan hati kami.
Sesiapa yang terasa atau sebagainya, kami mohon maaf terlebih dahulu.


"Ku teringat istilah menjebatkan diri dalam teater Jebat, apakah sebenarnya maksud istilah tersebut?"

1 ulasan:

  1. berbau personal.tak da isi.mengutuk pelakon ambil hadiah? pakaian dan sebagainya?siapa kau?bagus sgt kah?

    BalasPadam